May 25, 2014

Mejah & Yuyu juniors?

Assalamualaikum.Ramai tanya aku " bila nak ada isi??".Sebenarnya benda macam ni aku paling tak suka dengar dan sangat faham bagi mereka yang kahwin tapi belum ada anak.Sebenarnya takde anak awal perkahwinan (2 tahun perkahwinan) bagi aku normal cuma yang jadi beremosi bila ada yang menanya dan buat benda tu pelik.

Kemudian cakap "berusaha!!berusaha!!".Kau ingat "usaha" buat anak macam lari jarak 100m ke??Macam main bola petang petang??Ini melibatkan emosi pasangan.Siap ada cakap "tak reti buat la tu.meh nak ajar".Ya Allah sedihnya bila dengar orang main main bab ni.Ini rezeki dan kurniaan Allah.

5 bulan kahwin,tiba tiba satu hari tu aku buat balik UPT strip.Aku memang kerja makmal dan setiap hari buat Upt test untuk patients.Saja je buat Upt test dan biar je,lupa nak tengok.Lama sikit masuk balik toilet tengok ada double line slow je.

Esok tu buat test lagi sekali (tipu.repeat hampir 10 kali dlm seminggu.Semua positif).Buat ujian B-Hcg dan alhamdulilah result positif.Dalam 4 minggu macam tu.

Kali pertama scan gelak gelak sebab tengok ada benda bergerak dalam perut kita.Kali kedua scan masa 8 minggu.Saja saja scan kat HKL sebab kerja sini.

Yang check MA(Medical assistant) perempuan.

"Ada cyst ni."-Kata beliau.Terkejut juga la aku

"Nak buat macam mana ye?"-Aku curiga.takut.kaget.(biasalah,masuk bahasa sinetron sikit)

"Ni normal.kecil lagi 2 cm.Kena check up semula."

MA perempuan tu nak sure dia panggil MA lelaki yang nampak lagi senior.

"Ni cyst.You ada famili kembar ke??Ada kembar ni"-MA lelaki bersuara sambil duk tekan tekan perut aku.Aku iyakan dan sengih.Excited dengar kembar.Dah terbayang 2 stroller.

"Tapi ni kembar macam tak jadi."



Walau dia sebut kembar tak jadi,aku tetap gembira.Paling kurang ada 2 kantung dalam rahim.Yang 1 tu beating okay.Yang satu lagi kecil je kantungnya.Harap harap tengah menyorok.Jangan la hilang ye baby kantung kecil,Ibu nak beranak sekaligus dapat dua ni.



Disebabkan banyak kali tipu Mejah cakap mengandung tapi tak.Kali ni dia dah tak percaya.Lama lama baru percaya.Efek jadi Mat jenin yang suka menipu.Dah tak percaya dah tapi ni tipu gurau je.Hihihihi.

Lepas tahu 2 kantung,terus lupa ingatan pasal cyst.Jika takdir yang kantung kecil tu hilang dan mengecil,aku redha.Malam tu tidur dengan telipon sebab google baby kembar.Yang kembar tak jadi omputih cakap "vanishing twin".Ada yang hilang kantungnya dan ada yang muncul semula.

Dengar cerita Ma(mak mentua) cakap dia dulu mula2 scan macam ni ada 2 kantung tapi satu kantung kosong.5 bulan baru muncul yg kosong tu.Harap harap sama la macam dia.



Selasa ni check up,kita sambung cerita ye.

Mejah Dan Yuyu Selamat Kawen(Entry Bergambar)


Setelah banyak bulan kawen baru reti nak upload gambar.Sorry kawan.














okay.setakat ni saja.banyak lagi.ni baru hari akad nikah.gambo2 famili dulu.Nanti kita upload gambo kawan kawan ye.peace.

May 4, 2014

Apakah Beucure?

Beucure (Rejuvenation skin) merupakan krim pertama di Malaysia dan Asia yang menggabungkan Pure Vitamin C,Argan oil,Sweet Almond Oil dan Apple stem cell.Dimana fungsinya khas untuk merawat,mencerahkan kulit secara semulajadi.


Beucure Rejuvenation Skin



Nama Beucure diilhamkan gabungan BEU(Beauty/cantik) dan CURE(rawat).Proses penghasilan Beucure makan masa sampai 8 bulan.Kami sedaya upaya berikan krim hebat yang terbaik untuk mereka ada masalah jerawat,jeragat,kusam,penuaan,berminyak dan kering.

Apakah bahan bahan Beucure??

1.Pure Vitamin C (COS-VCE):

Cos--Vce merupakan vitamin c yang stabil dan tak merubah warna.Molekulnya sangat halus.Fungsinya mencerahkan,menganjalkan dan merawat kulit bermasalah.Bau Beucure seakan citrus dan wangi sebab kandungan Cos-Vce yang tinggi.

2.Apple Stem cell:

Menggunakan Swisstech formula,maka terhasilnya Apple stem cell.Ia sangat berkesan untuk anti aging atau awet muda.Serta melembabkan dan mencerahkan.Tak mustahil lepas cuba Beucure,kulit rasa tegang sebab faktor utama Apple stem cell dalam Beucure juga untuk menegangkan dan melembutkan kulit.

3.Argan Oil & Sweat Almond Oil:

Argan oil sangat popular dinegara timur tengah dan telah menjadi satu fenomena luar biasa disana dalam industri kecantikan.Argan oil boleh menyihatkan kulit dan menyembuhkan kulit.

Sweat almond oil merupakan agen pelembab yang tinggi.Disebebakan agen pelembab ini,ia dapat lembabkan kulit dan cegah kulit daripada menjadi kering dan kusam.

4.Collagen:

Fenomena baru dalam industri kecantikan Malaysia.Kolagen khas untuk menegangkan kulit dengan lebih cepat dan menggantikan sel mati dengan pantas.

5.Beta White dan Tiny White:

Untuk kesan pencerahan lebih pantas.Gabungan Beta white dan Tiny white sangat berkesan untuk mencerahkan kulit 10 kali ganda.


Beucure mampu:

  • Musnahkan jerawat
  • Hapuskan Jeragat bak peta Malaysia
  • Bunuh kedutan
  • Cuci Minyak
  • Lembabkan kulit
  • Tegangkan wajah
  • Cerahkan kulit
  • Pudarkan dan buang parut
  • Licinkan kulit
  • Sekatakan tona wajah
Siapa boleh guna Beucure?
Kandungan Beucure bebas Paraben,bebas hidroquinon dan merkeri.Ibu mengandung boleh guna.Individu tidak kira perempuan atau lelaki berumur seawal setahun hingga tua boleh pakai Beucure.

Cara pakai:

Seeloknya pakai malam sebelum tidur kerana kulit dalam keadaan rehat waktu itu.Beucure mudah menyerap dan mereawat.



Cepat cepat dapatkan krim Beucure dari stokis/agen Beucure dekat dengan anda!!!



Kalau nak Beucure FREE,boleh join contest mudah ni!!Selfie jerrr.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...