Rumah Saya

Aug 24, 2011

Seminggu yang tembus

Lagi seminggu lebih nak raya. Secara automatik, minggu ni adalah minggu tembus. Aku lihat segala benda, aku nampak kampung halaman aku. Tengok pokok, terbayang Kak Yah. Tengok tiang terbayang Pak Musa. 

Untuk mempercepatkan masa dalam seminggu ni (Kau ingat doremon je ke mampu?), aku ada langkah langkah bijak. Lepas berbuka dalam pukul 9 malam aku dah tidur dan bangun bila nak bangun. Ke kelas. Kemudian balik cari makanan untuk berbuka dan selepas itu tidur. Buat status di facebook dan kemudian tidur lagi. Bangun, update status dan kemudian tidur.

Belog, aku sayang sangat kau sebab tu aku update. Hari ini.

Sorry, aku tak mampu berfikir lebih lagi untuk tulis apa. Perut aku lapar. Tekak aku perit. Hidung aku berhingus tanpa henti. Mata aku merah kalau celik. Apa lagi apa lagi?? Semua bukan alasan. Betul tak tipu. Sikit sikit je kalau tipu pun.

Ok Bai. Ada juga yang unfollow blog aku kang.




14 comments: