Rumah Saya

Feb 20, 2012

Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan?

Ramai perempuan selalu tanya diri sendiri mengapa ditinggalkan. Untung la mana mana perempuan yang mana cantik atau tidak tapi tak pernah ditinggalkan kekasih. Tak pernah rasa kehilangan. Untung la...


Gambar hiasan. Tiada kena mengena. 

Entry ni bukan nak salahkan perempuan tapi cuba kita selidik sendiri dimana silap kecil/besar kita. Contoh nya:



Merajuk.

Cuba akak akak sekelian congak dengan jari berapa kali awak merajuk seminggu?. Tak mampu congak dengan jari, nah buku tiga lima!!! setiap kali merajuk sila catat dalam buku itu. Kalau melebihi sepoloh kali, korang dah buat lelaki bosan. Tambah lagi lelaki yang tak matang( Sebaya korang berumur awal 20-an atau belasan tahun) dan sejak azali dari ber-cop jenama Crocodile dan Lacoste (muka muka mulut manis tapi sebenarnya mulut panjang macam buaya).


Manja.

Manja berlebihan. Sikit sikit nak bergesel. Lengan boyfriend tak nak lepas dari pagi sampai malam. Bercakap dalam low note dan merengek sentiasa. Kau mampu buat camtu? bakal membuat kekasih kau rimas. Tahniah. Bakal ditinggalkan. Tapi lain pulak kalau boyfriend kau jenis gila seks. Tak ditinggalkan kot. 


Hipokrit.

Korang (perempuan) tak menjadi diri sebenar. Berjalan sambil bilang saat. 10 saat pertama baru jalan selangkah, kemudian selangkah lagi. Nak ambil barang semua dalam slow motion depan kekasih. Lelaki mungkin tak nampak bagaimana kehipokritan perempuan tapi golongan perempuan memang nampak sambil mencarut dalam hati dan sesama golongan mereka. Geli ok geli. Terasa macam ulat bulu naik tengkuk.


Berprasangka.

Bf kau tengok handphone, kau tuduh dia message dengan perempuan lain. Bf datang dating lambat sebab hujan, kau kata dia dating dulu dengan perempuan lain. Bf balik kampung jumpa mak dia, kau kata dia bersiap sedia nak beli hantaran pinang anak dara orang. Hah sudah. Semua perkara dilakukan adalah salah dan ragu ragu bagi kau.


Gaduh/ Cari gaduh.


Lebih kurang macam prasangka la juga. Sikit sikit cari gaduh. Lepas gaduh asyik fikir ' Sebelum ni banyak kali gaduh, boleh je baik. Kira kali ni pun sama.' Tu andaian perempuan sebenarnya. Lepas tu cari gaduh lagi, lama lama salah seorang akan tawar hati. Lagi lama jadi lah..........



Jodoh.

Senang cerita. Ada jodoh bersama la tak kira ditinggalkan berapa kali. Tapi ini biasanya untuk sedapkan hati sendiri lepas clash 'Ramai cakap muka dia iras aku, so tang mana pun dia tetap akan jadi laki aku sebab orang tua tua kata muka iras sama ada jodoh. '.  Lepas tu berharap berharap berharap. Mulalah kecewa sendiri. Makan diri sendiri.

Sebenarnya pasti ada yang Mr/Mrs right muncul. Ni ayat nak sedapkan hati jugak ke Yuyu??


Kalau takde jodoh, berpisah sampai bila bila jugak. 




Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki??? Lain kali aku cerita, nak pergi soal selidik dulu.




Ditinggalkan adalah PENGALAMAN BERHARGA kerana kita kenal baik buruk seseorang tu dulu sebelum kita menerima padah olehnya di kemudian hari. Pengalaman kau dapat lebih berharga dari orang yang sentiasa bahagia sebab dia hanya tahu ketawa tanpa duka dan tak sedar kesilapan diri sendiri. Bila masa berubah, kau berubah dan ada hidup baru, kau akan rasa betapa bersyukurnya ditinggalkan dan tak bersama Dia. PERCAYALAH!!! 


Ps: Perkataan 'padah' dengan 'duka' tu aku taip pun rasa lain semacam.




48 comments:

  1. ewahhh ewahhhh !kemain lgggggggggg ! huhu.. mcm pnh alami je ni ?? hahaha

    ReplyDelete
  2. entah ler.
    salah dua2 org sebenaqnya..

    ReplyDelete
  3. xdaya weh nak merengek je 24jam klo dgn boyfren.hik3 :P

    ReplyDelete
  4. aku awek yg baik oke..senang je sbbnye..sbb die da jumpe awek yg lebih gebu dr aku. Lahanat

    ReplyDelete
  5. 1 lagi jawapan adalah jawapan raden.

    betul2.bila jumpa lagi gebu dia akan tinggalkan.

    nafsu namanya.

    ReplyDelete
  6. perghhh kemain lagi.bab manja n merajuk tuh memang gua pon terasa ada ulat bulu atas tengkuk!

    ReplyDelete
  7. setuju ngn yuyu.... yg di tinggalkan akan lebih tahu erti menghargai & erti hidup sebenar....

    ReplyDelete
  8. amboi..dah bleh jd doktor cinta ni yuyu..hehe..;p


    kenapa lelaki tinggalkan perempuan ek?

    err..sebab perempuan tu terlalu baik untuk die..kan selalu laki kalau nak tinggal pompuan reason cliche die.."awak terlalu baik untuk saya.." ececeh..tahik die!


    boleh tak jawapan macam tu? kuikuikui..;p

    ReplyDelete
  9. betul3...
    stuju sgt...llki mne boleh dkongkong sgt...
    24jam nk brsme...
    fuh....gli laa...
    klu nk kkl,smnggu skli jmpe pun dh ckup..hahaha

    aq byk tgok,
    bdak yng lng distnce rltionship ni sllunye kkl skit dri yng sllu jmpe 24jm..hihi

    ReplyDelete
  10. huhui amik kau se-das . haha , suke ayt yg pling bwh tuh , nampak cool gila :D

    ReplyDelete
  11. dan perempuan juga akn rse rimas jika lelaki bperangai seperti diatas. sekian (",)

    ReplyDelete
  12. Gua tan pernah tinggal dan tak kena tinggal sebab gua takdak awek.. hahahaha

    ReplyDelete
  13. kawin je la terus... huhu~

    tp, serius menyampah kalau keje asyik nak majok je

    ReplyDelete
  14. kite akan rasa kehilangan bila org tu dah xde..br nk hargai...br nk faham..oo dulu sepatutnye xbole wat camni camtu..sesal kendian tak guna dah hehe

    ReplyDelete
  15. sbb tu kena cari cinta berlandaskan hukum ALLAH! dan mencintai seseorang kerana ALLAH..
    COMFEM TA KENE TINGGAL!!

    ReplyDelete
  16. Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki???

    tu ko kena tanya aku..hahaha

    ReplyDelete
  17. Sebab hanya DIA yang Maha Mngetahui sipa yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  18. yes...den sgt2 setuju..yang tang bold color itam tuh...hhehehe

    by the way. good luck dlm mencari cinta yer....

    to all yang tak der jodohnyer

    ReplyDelete
  19. ok. fine.. gua x romantic.. sbb tu asyik kena tgl.. puih!!

    ReplyDelete
  20. merajuk,manja,berprasangka,dan cari gaduh..semuanya ada pda saya..huwaarrggghh!!tpi dia ttap than dgn sy. hehe

    ReplyDelete
  21. aku takde dalam list sume tu pun kena tinggal jugak..oh..

    jwpnnya: aku tak ckup ayu..cett!!!

    ReplyDelete
  22. emmm takutnya. em kdg2 mungkin takde jodoh dan di usia muda di mana sifat tak matang.

    ReplyDelete
  23. macam mana syg pn, serasi pn kalau da bukanjodoh. pisah gak. ;)

    ReplyDelete
  24. hehhee, stuju btol yuyu. stuju jgk dgn jawapan raden tu..

    ReplyDelete
  25. setuju laa..
    tp kita tkde penglman lg huhu^^

    ReplyDelete
  26. lepas dah ditinggalkan belajarlah dari kesilapan :)

    ReplyDelete
  27. ayat yang terakhir mengenai DITINGGALKAN itu memang menusuk jiwa. the best!

    ReplyDelete
  28. yess!!! i loike all this point...

    *x sabar nk tggu sbb pompn tgglkn laki lak

    ReplyDelete
  29. Kadang2 bkn salah sesaoa pon, tp da xdak jodoh buat lagu mana pon berpisah juga akhirnya. :-)

    Allah da tetapkan yg lagi baik utk kita d masa akan dtg. :-)

    ReplyDelete
  30. semua tu bergantung pada jodoh..kalau kuat jodoh seseorang tu, maka akan bertahanlah hubungan dorang

    ReplyDelete
  31. kemon sister kemon..update weeiii

    ReplyDelete
  32. artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

    ReplyDelete
  33. tp kn beb if xwt panagai annoying gitu, stil dtinggalkn ugak,means jodoh xkuat la herk...
    tuk pihak yg seakan begitu bgusla bace text tu.. dpt memotivate diri yg xtermotivasi lg tu...

    ReplyDelete
  34. eden baru putus kelmarin... huhuhu..

    ReplyDelete
  35. Mudah je... terima dia seadanya.. in syaa Allah lepas kawen awk xsuh dia berubah mcm awk nak pun dia akan berubah. Dan satu faktor lagi jodohlah... lelaki baik utk pempuan baik. Dan sebaliknya...

    ReplyDelete
  36. my bf tinggalkan saya for bitch .. pompuan duk anta gambar seksi Kat bf. tp xpela dia lagi laws pun dari I.. xpe la.. bail pisah sblm kawin dari LPs kawin x sempat nak menyesal

    ReplyDelete