Dec 31, 2010

selamat datang sayang...

2001. di sekolah kebangsaan kampung tengah.perhimpunan sekolah.seorang guru berucap sambil meneka neki...

"boleh tak kalau masak nasi tahun ni,tapi tahun depan baru makan?"

lama kami berpikir.kemudian aku bosan.aku main batu kecil serpihan tar di tengah perhimpunan dalam gaya bersila sambil baling kepada kawan.

walau gambar aku lukis ni tak mengambarkan situasi sebenar.tapi aku tetap berbangga.keh keh keh...


sambung story..
cikgu aku pun jawab teka yang di teki pada diri sendiri.
"okay.kamu sudah puas berpikir?".orang lain berpikir la kot tapi aku tak.

"jawapannya.kalau kamu masak nasi pukul 11 malam 31 disember 2001,kamu makan la nasi kamu masak tu 1.1.2002"

aku diam.muka pelajar lain teruja dan ketawa mendengar jawapan melainkan aku muka blurr.ni la teka teki sampai sekarang aku ingat.terima kasih cikgu Mat Yassin kasi ingatan aku pulih kembali kepada zaman persekolahan!ngeeeee....



happy new year 2011!!...
happy birthday Nurul Wahida Amalin Musa!
congratulation Fakhrurazi Musa !!

ni jer ayat omputeh aku tahu...keh keh keh...

ps:perlu ke ada azam tahun baru?





Dec 30, 2010

kau excited.aku teruja.

sayup sayup telinga tidak capang ini dengar orang memangil yuyu!!!ella!!wani!!!.kenal sangat la guwa dengan lu si malin.beliau housemate guwa jugak.cepat cepat si comel ni angkat bontot tinggalkan lappy dan menghalakan diri ke pintu rumah.Malin terus menjerit ke-excited-an melebihi segalanya.

tak bawak kunci kot minah nih. teka aku.

sangkaan guwa meleset.dia masuk ke rumah tidak berkunci dan menarik tangan lembut ini ke pintu di jendela.mukanya ceria seribu tanda tanya.
"aku nak tunjuk ni.aku dapat ni.meh la sini."
riak mukanya sangat excited dan gembira tak dapat si gadis ayu ini bayangkan.senyuman lebar ke telinga.kalutnya semacam.
"nak tunjuk setanan buat projek depan rumah ker?siang siang ni.biar betul."
gadis penuh dengan sifat innocent ini bersangkal lagi.ragu ragu di dalam hati.
"dapat duit free ke minah ni?ke jumpa jongkong emas lepas tu nak minta aku gadaikan?. "

dengan gelojohnya dia keluarkan harta karun yang membuatkan tidak sabar gadis comel ini ingin lihat.
"aku dapat ni.rm 3.sehelai seringit.aku beli 6 helai.tak sangka aku dapat dengan harga ni".
seluar dalam keluaran TESCO dikeluarkan oleh Malin dari bag kuliahnya

.Mantap kawan,lu memang kasi hormon adrenalin guwa laju macam LRT.!

guwa masuk bilik.klik new post.buat entry ni.



nota si gadis bibir mungil,berkulit gebu segebu Manohara:

hujung tahun bukan saja SOGO kasi less 70%,TESCO pun tak lebih tak kurang kasi less 90%.seluar dalam tu dari RM10 BOLEH DAPAT RM1.kau tak terasa nak borong banyak2 dan jual pertengahan tahun ker???????




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...