May 2, 2012

Promoter/tokey dan pelanggan.

Walau aku suka berniaga dan tak pernah berjaya, nak juga bebel cerita pasal penjual yang buat kita sebagai pelanggan tak jadi beli barangan mereka.


1. Kaki promoter sentiasa ikut bontot pelanggan.

Petang tadi dan sebelum sebelum ni aku ke beberapa kedai kasut nak tengok kasut dan pilih yang berkenan. Semuanya cantik termasuklah pekerja kedai yang SELALU IKUT BONTOT KAT BELAKANG. AKU PUSING,DIA PUSING. AKU PEGANG KASUT KEMUDIAN DIA BETULKAN KEDUDUKAN KASUT TU. AKU JALAN SELANGKAH,DIA SELANGKAH.

 "Hei budak, kau tahu aku rimas???".-kekadang terasa nak cakap macam ni kan.

Mungkin aku saja lah bakal pelangganya hari tu. Sekali tawaf kedai,terus blah.


2."Rupa kau cikai,kau jangan beragak masuk disini!!!"-Promoter barangan berjenama.

Promoter di butik butik berjenama seperti 'Gucci', 'Guess', ' MAC' dan macam macam lagi butik kecantikan terutamanya yang  bodynya solid (dalam bayangannya) berskrit dan mekapnya tebal. 

Mereka ini kebanyakkannya akan pandang kau dan bisik dalam hati "pehal ko datang sini, pehal,pehalll hah???". Pandang atas bawah atas bawah sebab kita yang datang ni pakai t-shirt dengan seluar slack lusuh atau baju kurung zaman darjah 5.





Masuk kejap . Sengih sengih. Terus blah. Tak merasa pakai alat mekap tahan lasak macam dalam tivi tunjuk kecuali bawa kawan high class (luarannya) dan kita berlakon konon juga high keless (takkuasa). Hewhewhew.



Dalam tivi tunjuk pakai barang mahal itu nampak sangat keles dan cantik. Perempuan memang terasa nak cuba. Bila mahu cuba dan jumpa promoter gaya begitu, terus cancel. Buat rugi je buat iklan mahal mahal kat tivi tapi pilih promoter cap ayam. Marah ni marah.*Tetiba kau!!*


3. Tokey muka bosan.


Kau tahu bila kita memang nak beli handhone kat kedai tu. Memang berkenan sangat sangat sampai masuk dalam mimpi tapi bila duk depan pandang pandang handphone nak dibeli depan tokey kedai yang muka macam halau lalat bila pandang kita, terus rasa nak blah kan.

Lagi menyampah bila tanya pasai handphone hendak dibeli, dia jawab acuh tak acuh. Sambil main games kat handphone.

*Muka bosan kalau hansome macam Aaron kwok pun tetap nampak BOSAN tahu*


Se'bosan' muka Shinbee, bosan lagi muka tuan kedai yang berlagak dalam jual barang. Macam kita kita ni tak mampu beli barang depa. Kan dah marah.

4. Terlalu berkira.

Boleh jadi kerana seposen penjual itu berkira membuatkan pelanggan dah tak nak datang datang kedainya. Boleh jadi kerana halalnya 'seposen' daripada peniaga tu membuatkan pelanggan rela datang biarpun jauh. Lihat, benda remeh pun boleh  buat orang senang hati/tawar hati untuk berurusan dalam jual beli ni.


Banyak lagi senario bila kita adalah pelanggan tawar hati untuk membeli disebabkan sifat tuan kedai/pekerja kedai itu sendiri. Yang baiknya pun ada buat kita rasa senang membeli dengan mereka.


1.Hormat pelanggan.

Bukan bermaksud  jumpa tunduk, bila pelanggan dan beli kemudian sujud. Bukan! bukan!. Cukup la cakap dengan mesra dan tak memaksa pelanggan. Kau tahu bila kau ikut bontot aku, nak keluarkan bunyi kasut  sendiri pun rasa macam seram sebab orang terlalu MEMERHATI kita. Apatah lagi terkentut kan.


2.Memahami pelanggan.

Kalau awal awal orang masuk kedai dah cakap 'nak tengok tengok je kak'. Maksudnya dia tak ada duit/tak berminat/saja window shooping dulu. Tak perlu terus cari saiz baju/kasut untuknya. Tak perlu juga kau ikut dia sampai dah takde beza bayang bayang kau dengan dia. Buat letih kau je senah.


3. Yang ke tiga aku tak tahu. Sambung lipat kain dulu. Chow lu brader!!! Eh kasar. Selamat tinggal, Terima kasih sudi membaca :)




Feb 20, 2012

Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan?

Ramai perempuan selalu tanya diri sendiri mengapa ditinggalkan. Untung la mana mana perempuan yang mana cantik atau tidak tapi tak pernah ditinggalkan kekasih. Tak pernah rasa kehilangan. Untung la...


Gambar hiasan. Tiada kena mengena. 

Entry ni bukan nak salahkan perempuan tapi cuba kita selidik sendiri dimana silap kecil/besar kita. Contoh nya:



Merajuk.

Cuba akak akak sekelian congak dengan jari berapa kali awak merajuk seminggu?. Tak mampu congak dengan jari, nah buku tiga lima!!! setiap kali merajuk sila catat dalam buku itu. Kalau melebihi sepoloh kali, korang dah buat lelaki bosan. Tambah lagi lelaki yang tak matang( Sebaya korang berumur awal 20-an atau belasan tahun) dan sejak azali dari ber-cop jenama Crocodile dan Lacoste (muka muka mulut manis tapi sebenarnya mulut panjang macam buaya).


Manja.

Manja berlebihan. Sikit sikit nak bergesel. Lengan boyfriend tak nak lepas dari pagi sampai malam. Bercakap dalam low note dan merengek sentiasa. Kau mampu buat camtu? bakal membuat kekasih kau rimas. Tahniah. Bakal ditinggalkan. Tapi lain pulak kalau boyfriend kau jenis gila seks. Tak ditinggalkan kot. 


Hipokrit.

Korang (perempuan) tak menjadi diri sebenar. Berjalan sambil bilang saat. 10 saat pertama baru jalan selangkah, kemudian selangkah lagi. Nak ambil barang semua dalam slow motion depan kekasih. Lelaki mungkin tak nampak bagaimana kehipokritan perempuan tapi golongan perempuan memang nampak sambil mencarut dalam hati dan sesama golongan mereka. Geli ok geli. Terasa macam ulat bulu naik tengkuk.


Berprasangka.

Bf kau tengok handphone, kau tuduh dia message dengan perempuan lain. Bf datang dating lambat sebab hujan, kau kata dia dating dulu dengan perempuan lain. Bf balik kampung jumpa mak dia, kau kata dia bersiap sedia nak beli hantaran pinang anak dara orang. Hah sudah. Semua perkara dilakukan adalah salah dan ragu ragu bagi kau.


Gaduh/ Cari gaduh.


Lebih kurang macam prasangka la juga. Sikit sikit cari gaduh. Lepas gaduh asyik fikir ' Sebelum ni banyak kali gaduh, boleh je baik. Kira kali ni pun sama.' Tu andaian perempuan sebenarnya. Lepas tu cari gaduh lagi, lama lama salah seorang akan tawar hati. Lagi lama jadi lah..........



Jodoh.

Senang cerita. Ada jodoh bersama la tak kira ditinggalkan berapa kali. Tapi ini biasanya untuk sedapkan hati sendiri lepas clash 'Ramai cakap muka dia iras aku, so tang mana pun dia tetap akan jadi laki aku sebab orang tua tua kata muka iras sama ada jodoh. '.  Lepas tu berharap berharap berharap. Mulalah kecewa sendiri. Makan diri sendiri.

Sebenarnya pasti ada yang Mr/Mrs right muncul. Ni ayat nak sedapkan hati jugak ke Yuyu??


Kalau takde jodoh, berpisah sampai bila bila jugak. 




Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki??? Lain kali aku cerita, nak pergi soal selidik dulu.




Ditinggalkan adalah PENGALAMAN BERHARGA kerana kita kenal baik buruk seseorang tu dulu sebelum kita menerima padah olehnya di kemudian hari. Pengalaman kau dapat lebih berharga dari orang yang sentiasa bahagia sebab dia hanya tahu ketawa tanpa duka dan tak sedar kesilapan diri sendiri. Bila masa berubah, kau berubah dan ada hidup baru, kau akan rasa betapa bersyukurnya ditinggalkan dan tak bersama Dia. PERCAYALAH!!! 


Ps: Perkataan 'padah' dengan 'duka' tu aku taip pun rasa lain semacam.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...