Hai kawan kawan.
Setiap hari ada je berita baru, dari cerita beli karipap sekilo sehinggalah cerita bla bla bla dihujung ceruk dunia. (Blablabla tu maksudnya malas aku nak mention apa). Semua cerita perlu tahu dan disebarkan ke?
Meh sini meh kita nak cakap. Duduk duduk duduk.
Perkara perlu tahu,
1. Orang sebangsa dan seagama kita ada lagi susah dikala ramadhooon menjelma dan raya bakal tiba. Sudah sedekahkan anda kepada mereka? Eh silap, sudahkah anda bersedekah kepada mereka? Sambil tunjukkan jari telunjuk gaya Ustazah blablabla tengah ceramah. Kali ni tak ada semput semput. Baru rasa semangat sikit nak menaip.
2. Ada musuh ketat Islam yang gelarkan dirinya Makcik Hajah kutuk dan hina Nabi kita Muhammad SAW. Bagaimana mahu jahanamkan/hapuskan/pulaukan/musnahkan dia? Sama sama kita pikirkan.
Usaha mencari identiti sebenar perempuan ahli sihir. Ni laporan polis Nor Arlene Tan aka Makcik Hajjah Terima kasih gaysac menyelongkar identiti makcik @#$%.
3. Sahabat dan saudara Islam kita di negara Arab yang sedang berjihad melawan musuh agama. Paling tidak, sudahkah kawan kawan tadahkan doa mohon kesejahteraan mereka?
Cukuplah 3 yang simple daripada korang sibuk nak tahu 'pasal perkara tak usah tahu'.
Perkara tak usah tahu,
1. Bila Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) betul betul putus dengan tunangnya?
2. Adakah KFCM benar benar curang?
3. Mengapa KFCM berbuat tindakan sebegitu?
4. Siapa lagi cantik bekas tunang KFCM atau kekasih gelapnya (kalau ada) ?
5. Apa nasihat perlu diberikan kepada tunang/ bekas tunang KFCM?
6. Agak agak KFCM boleh menganti Norman Hakim atau tidak?
7.Bekas tunang/ tunang KFCM boleh menyanyi dan buat album atau tidak seperti Ina Naim?
8.Rasa rasanya blog bekas tunang/ tunang KFCM lagi meletup bagai bubur lambuk panas panas selepas ini atau jatuh merudum sejuk membeku persis air.............(tergantung, tak ada idea)
Hainamasayarain.
Kesimpulannya, Sudah sudah la update pasal KFCM dan tunangnya itu dan ini. Biarlah mereka dengan kisah personal mereka.Tak perlu dijaja sana sini. Kbai. Assalamualaikum dan selamat berpuasa.
20 comments:
semputttttttttttttttttt~~~~~ hahaha.aku dengar cerita kau,aku duduk2 ni tau :P
Nenek sihir tu memey gangster....
saya putus cinta, saya ok.
ok, takde kena mengena dengan entri. (--,)
itulah itu, mentaliti orang malaysia ni pelik2. yang patut buat tak buat pulak.
disibok2nya pulak hal dalam kain orang.
biasala..kadang2 jadi yterlupa lak ngah ngadap bulan mulia..lagi 'nak selak kain' orang...
terbaekk wokkk!!
HAHA, aku tak cara pon pasal KFCM ni XD
jum selak kain orang. auummm
aku mmg malas nk amik port pasal KFCM nie.. blog ex dia tue pun aku tak baca.. Pasal KFCM nie aku baca tajuk jer..
kan kan kan tak payah nak sibuk2 pasal org . dunia oh dunia . adeiii
mereka yang buat entry pasal KFCM nie saje nak cari trafik murahan..eh..ada ke..heheh
nice entry...:D
Harap Identiti Mak Cik Halijjah dapat dibongkarkan sendiri oleh pihak polis..Gaysec telah menjalankan tugasnya dgn mendakwa Arlene Tan sebagai makcik Halijjah...tugas polis adalah utk mengesahkan dakwaan tersebut sama ada benar atau tidak..
nice info.. huhuhu...
hahaha,.btol3,..bnyk lg bnde lain yg ptot kite amik tau,.huhuh
sudahkah anda menunaikan zakat fitrah?
ngeh3..
sebelum neh tak pernah amik kisah..lam paper pun wat xtau...dk asyik baca blog org ja kisah2 diorg neh..
biar la kan..hal diorg...depa ja yg tahu hal sbnr..ehehh
erm sungguh2
tak payah sibuk sgt
dia pakwe saya..... sobsobbbsss
yg pasal hajjah tu kan ke dok cari lagi kan
bila baca artikel pasal KFCM tu, rasa nak tahu je... huhu
psst. KFCM punya scandal tu cun kan.bhahahha
Post a Comment