Kadang kadang rasa magic,mimpi "eh betul ke ni?"berlakon buat buat tanya diri sendiri.Sepanjang setahun ni aku la orang obses dengan duit.segala jenis bisnes kalau boleh nak buat.target nak kahwin tapi tak tahu bila.Masa tu tak tahu bila tarikh nak kahwin,yang pasti detik dalam hati ni cakap kahwin awal dari dijangka.Ye,memang awal dari dijangka.Kahwin sebelum bakal suami tamat belajar.Pengalaman aku,bila niat tu ikhlas kerana nak bina masjid,memang rezeki mencurah curah tak kira kau kerja apa,memang Allah cukupkan dan limpahkan rezeki.
Istikarah.Bukan nak tunjuk baik tapi ni la yang aku yakin dari zaman belajar sampai bila bila.Buat lah isktikarah pasal jodoh ke,apa apa pilihan yang kau rasa ragu ragu dan nak sangat jawapan.Dalam jodoh,aku doa dulu 'Allah,kau pertemukanlah aku jodoh yang terbaik untuk aku dan kau permudahkan la'.Aku harap kepada kaum wanita/lelaki yang asyik putus cinta tu 'beristikarah la'.Tak perlu komen 'kenapa ditinggalkan,kenapa bla bla bla dan asyik mengeluh je.'Bila kita minta yang 'terbaik ' tu,redha ye kalau datang yang macam mana pun.
Dari redha tu,Allah bawa aku ke jalan yang sangat mudah.Sepanjang aku kenal dia,tak pernah rasa susah hati.Tak pernah risau 'kenapa dia tak reply sms aku','dia dah tidur ke belum,mandi ke tak'.Dia buat apa dibelakang pun tak pernah rasa ragu sebab aku yakin jalan Allah tu dah cantik.Kalau dia bukan untuk kita,akan ada orang menunggu khas buat kita.
Aku tak pernah rasa dia hansome ke,buruk ke(boyot tu je aku perasan juga),hitam putih ke,kaya ke miskin dan aku tak tahu macam mana sampai ke tahap ni,kenal 2 tahun setengah dan boleh buat keputusan kahwin.
Pestime jumpa.Pertama kali jumpa di panggung wayang event nuffnang.Tengok cerita katun.Tak tahu la bertemu jodoh bermula dalam panggung wayang.Disebabkan sama sama orang terengganu,jadi senang nak speaking.senang berkawan.Bila orang tanya kenal dia kat mana,aku cuma cakap 'kat google'.Mesti dorang ingat duk chating chatting lepas tu blind date macam dalam muvi.Oh no silap silap.
senget mulut.
Ambil keputusan kahwin.Dulu jumpa sebulan sekali dan dia akan datang kat rumah kat kampung siap hafal ayat minta kebenaran dengan ayah untuk keluar.Disebabkan mak ayah tak pernah tahu kewujudan blog Mejah,jadi dia sangat sangat berkenan la.Kalau dia tahu mungkin dia reject sebab risau anak dia akan jadi Senah lepas kahwin mengikut imaginasi bakal menantu.
Ni memang betul Mejah buat.
Apa aku serius takut adalah jadi senah real.Disebabkan aku yakin dan bersyukur Alhamdulilah mejah jenis beriman orangnya,maka aku bayang dia sebaik gambar dibawah ni.
Huhuhuhu.
Bila aku kerja,kami dah dekat sentul-gombak.Rasa tak selesa tu bila dah senang mudah sangat berjumpa ke sana sini.Sampaikan dalam bisnes,jumpa klien ingat tu suami aku.Jadi segan dan tak selesa.Maka niat nak cepatkan kahwin untuk elak tak sedap mata memandang dan elak maksiat.giteww.
Bulan 7 kami ke Program Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan(IMKK),mentor kami Dr Azizan Osman yang sangat sangat ohsemmm.Lepas IMKK,niat dan tulis serta sebut bila tarikh akan menjadi isteri kepada Mohd Faez.Doa dan doa.Spesifikkan doa tu.Dia pun buat benda sama.Dalam IMKK aku inform mak,anak dia nak kahwin bulan 10.Solehah sangat kan anak,3 bulan buli mak dia hempas pulas nak siapkan wedding.
Bulan 8 merisik.Bulan 9 tempah segala nak tempah.Bulan 10 tunang serentak nikah.Bulan 11 honeymoon.Bulan 12....HAHAHAHAHA.KAH KAH KAH!!!
Disebabkan aku jenis doa spesifik contoh ' akan ada orang sponsor honyemoon aku di cameron tapi tak tahu siapa orang tu pada sekian sekian sekian'.Guna teknik Alpha Doc Azizan,Alhamdulilah dengan izin Allah juga ada hamba Allah sponsor honeymoon di Equatorial resort,cameron highlands 3 hari 2 malam.
Disebabkan Mejah belajar lagi,lepas kahwin masih duduk berasingan tapi takpe janji halal.Dekat dekat nak kahwin ni memang tak dinafikan ada juga cabaran setan,bisikan halus,mainan emosi kejap rasa nak kahwin kejap rasa tak.Kalau yang tengah bertunang bertahun tu tak tahu la macam mana cabarannya sebab aku bertunang sejam atau setengah jam je sebelum akad nikah.senang.jimat.mudah.
3 bulan prepare kahwin,kena ada buku dan file untuk memudahkan.
Aku tak tahu macam mana rupa aku time kahwin,rupa mejah lagi la takleh bayang.Jadi elok la entry ni bersambung lepas aku tangkap gambar kahwin.ehehehehe...
Bersambung...
10 comments:
alhamdulillah...
semoga impian tercapai...
Tahniah,.. moga semua berjalan lancar. Amin.
yey! Yuyu nak kawen!
Semoga dipermudahkan urusan Yuyu. :D
wah3 tak sangka pulak kan..suka3
Hihihi senah. Klakar btul katun mejah. Peberet.
Yelah yuyu. Mmg tgh nak kawen ni bnyk plak dugaan. Time ni la nak bertekak. Adeh. Time ni la mak andam ade je tak kene. Adui. Tapi dugaan kan. Moga dipeemudahkan.
Nebes kan. Ika pun. Lg dua bulan beberapa mnggu ni. Nebesss.hihi.
Selamat pngantin baru
salam dear,
We all ada buat give away
http://gerobokadria.blogspot.com/2013/09/gerobok-adria-giveaway.html
We customize veil, shawl and beading dress
Thx
salam dear,
We all ada buat give away
http://gerobokadria.blogspot.com/2013/09/gerobok-adria-giveaway.html
We customize veil, shawl and beading dress
Thx
ohh likee juta kali. yu, kat terengganu bulan 19 hb je ea? huhu tiba2 ada sekolah ganti pulak yang. nak dtggggg!!
so sweet.... memula kenal mejah rasa macam tak logik lak dia nak kawen..... ngan yuyu yang sweet, lagilah tak logik. apapun i wish both of u happiness and the best of marriage.... semoga kekal bahagia sampai ke jannah......
tengkiu semua.muah muah!!!tengkiu.
Post a Comment