Bulan 8 lepas aku mengalami keguguran,nanti kite citer ye tapi kali ni nak citer Alhamdulilah pregnant anak kedua lepas gugur. Sekali je period lepas gugur then mengandung. betapa cepatnya kan? sebelum ni tunggu hampir 3 tahun nak mengandung lepas lahirkan Aira Qadeeja :)
Aku menulis ni saja2 nanti baby keluar inshaallah boleh tau mak nyer rasa caner masa mengandungkan dia kan..haha!
9 weeks pregnant
morning sicknes start lambat berbanding anak sulong dulu.8 minggu barulah takleh makan nasik,muntah muntah. mungkin penangan minum MaMariam,alhamdulilah berkurang sikit letih dgn alahan tu..
Masa minggu 4 hingga 7, waktu awal mengandung nak makan aje kerjanya,kalau tak perut rasa berangin. tengah makan boleh pulak dia rasa lapor.acaner?hahaha
Makin lama dia nak makan western jer,mulut rase pahit. Nasik taknak tapi laporr. kalau dulu feveret tomyam,kali ni makan tomyam je tak sampai 2 minit terus muntah.
perut melebar sebab rasa seluar makin ketat. Dulu boleh pakai seluar kerja sampai hujung trimester. Hebat kan?haha. Mungkin anak 1st.
Sebab pernah frust keguguran, aku berjaga jaga kali ni. Hampir setiap minggu jugak Mejah outstation dan aku tak ikut :( sedih.
Macam biasa aku alahan takleh masuk dapur.Bau dapur tu busuk apatah lagi kalau tengah masak. jadi aku tak masak. Hari hari beli kedai, tak lalu jugak makanan kedai.so makan buah,oat, burger jer. Alhamdulilah ada jugak makanan boleh telan.
sekarang ni tengah buat experiment makanan ni boleh telan ke tak.Haha. kalau takleh telan,memang takkan sentuh pastu. kalau boleh telan alamaknya hari hari la makan tu. tadi boleh telan telur punyuh. esok confirm makan lg .hahaha..
gitulah gayanya nak keluarkan sorang2 budak. so husband, terima kasih memahami :)
Sebenarnya takut nak bagi tips ke apa buat mommy yg tengah preggy sekarang dan ada history keguguran kan, cuma aku share mana yang mak ajar dan aku buat..
- Banyakkan duduk ,baring.
- Jangan makan nenas atau masakan ada nenas,contoh ikan siakap 3 rasa ada tabur nenas. tak payah makan takpe lauk tu. Air dia pun dikira ada nenas. Nenas ni boleh kecutkan rahim kata doktor Wan Fazidah aku jumpa awal pregnant haritu.
- Elak makan jeruk/ benda berasid. Doktor ada pesan elak makan nenas je cuma aku jenis penakut dan serik utk makan benda berasid ada cuka macam tomyam,somtam. Awal2 tak sentuh langsung. kecur liur tengok somtam tapi takpe, ibu kena berkorban.
- Jangan mengurut badan terutamanya celah peha,perut.
- pesanan doktor dan orang tua, elak bersama utk trimester pertama ni. bagi katogori rahim mudah gugur.
- pakai lapik bantal masa bawak kereta. nak elak punggung kita bergegor.
- naik turun tangga pun jangan kerap sangat.
semoga bermanfaat :)
No comments:
Post a Comment