Dengan jujur dan sopannya aku mengakui aku sangat malas . Sampai nak suap nasi ke mulut pun aku mengharapkan orang suapkan . Bila tengah malas dan tiada sesiapa nak tolong belikan makanan untuk aku , Maka aku cari blog banyak makanan dan tatap sepuasnya . Kadang kala aku tutup kejap kejap mata ni bagi imaginasi bau makanan tersebut . Kasi real sikit. (Mak , sila jangan baca entry sedih ini.)
Inilah yang di idam idamkan. Sampai masuk dalam mimpi .( Dalam mimpi ? Okeh tipu) . Walau sosnya pelik warnanya namun dek termakan kata kata orang lain , Aku tetap juga terpengaruh . Nak ternak lemak weh . NAK NAK NAK!!! Tak cukup lagi lemak diperut dan pipi ni . Nak juga meatballs diatas.
Aku pandang nasi ayam pun macam biasa biasa je . Makan untuk kenyangkan perut . Masih lagi terbayang bayang meatballs di sana . Kepingin weh .Teringin .
Semua ni berlarutan dari masa ke semasa sehinggalah aku buka blog yang sentiasa tunjuk makanan best best tu . Tekak aku geli (euwww euwww) dan rasa nak muntah bila dia tunjuk ni hah...
Semua ni berlarutan dari masa ke semasa sehinggalah aku buka blog yang sentiasa tunjuk makanan best best tu . Tekak aku geli (euwww euwww) dan rasa nak muntah bila dia tunjuk ni hah...
*
*
*
*
*
*
*
Aku terkesima sambil urut perut dan pegang bibir." Nasib baik mulut , kau tak telan benda haram dan selamat kau perut tak berbelit belit dengan 'pork'. "
*klik untuk pembesaran*
Aku tengok dekat facebook meatbalss Ikea , Ramai post dalam nada geram (grrrr) dan marah marah (Urghhh). Aku sampai sekarang tak pasti adakah ini suatu propaganda ? Kenapa baru sekarang timbul Halal Haram di foodcourt Ikea sedangkan itu tempat famous orang Islam suka bebenor makan . Walahualam.
*klik untuk pembesaran*
Ps : Semalam blogger.com problem , Aku tak dapat nak sign in blog / balas komen / komen blog orang lain / publish post . Sedih , sedih tapi terima kasih banyak banyak yang sudi juga follow sepanjang blog ini bersawang . Aku tak dapat follow balik dan aku memang tak follow orang pun sebab limit follow 300 blog je . Dah terlebih la weh.Okay kawan kawan , much love!!! Babi Babai kacak dan jelita !



