Showing posts with label kampung saya cantik. Show all posts
Showing posts with label kampung saya cantik. Show all posts

May 30, 2011

Keseronokkan Naik Bas

Hidup ini banyak kemudahan. Tak perlu jalan kaki nak merantau dari Terengganu ke Selangor, dari Uganda ke Korea. Hanya dengan klik booking tiket di laman web Air Asia / Mas/Fire fly, anda mampu terbang sejauh yang mungkin. Itu anda tapi tidak pada saya. Tak mampu nak beli tiket flight, hanya mampu tempah tiket bas sahaja. 


                                
                                              
 Naik flight boleh usha pramugari dan pramugara. Naik bas?




Seronok taw naik bas ni. Pengalaman itu lagi luar biasa dan menyeronokkan bila dalam perjalanan jauh dan  ada penumpang / pemandu...


1.Bawa baby 10-20 orang kemudian ajarkan mereka untuk menangis.

2.Bawak jajan yang bau ala ala kuah kari dan makan tersembur sembur.

3.Baru makan petai kemudian kentut.

4.Pasang lagu kuat kuat mengalahkan disko.

5.Sembang dalam bas seperti dah lama tak jumpa padahal tinggal serumah.

6.Bergayut sambil tergelak sorang sorang dan volume boleh pecahkan tingkap bas.

7.Air corn dipasang seperti di kutub utara (terus rasa nak keluarkan asap dari mulut)  dan ditutup secara mendadak rasa panas membahang seperti berada di padang pasir.

8.Seat kecil macam kerusi makan baby. Sesuai untuk memanaskan bontot je. Nak bersila pun kena tengok orang sebelah.


9.Bas asyik rosak dan terpaksa berpindah randah seperti nomad ke bas lain. Menunggu bas lain pula seperti tunggu Amir Maharaja Lawak tersingkir. Lama la jugak.


10.Penumpang sebelah psyco tak habis habis. Kadang bercakap sorang sorang,ketawa terbahak bahak .Kesimpulannya macam macam _______Arghhhh sila sambung sendiri. Hihi


11.Duduk di sebelah lelaki gila seks.


12.Lupa bawa stokin / sweater.Dalam bas sejuk kalahkan iglu.


Ada lagi korang nak tambah? Sila tambah untuk keseronokkan. Euwww euwwww....



                            
                          Hiburan untuk korang yang selalu naik bas perjalanan jauh balik kampung.


Untuk adik adik pula, Selamat berholidays!!! Balik kampung naik bas hati hati dan jangan lupa kirim salam kepada abang kacak adik siapkan kerja sekolah. Ngeh ngeh ngeh...

Ps: Baru semalam aku naik bas dari K.Terengganu ke Shah Alam. Seronok la sangat...Hik hik hik


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...