Showing posts with label senyum sopan. Show all posts
Showing posts with label senyum sopan. Show all posts

Jan 22, 2011

budak belum baligh bagai kacang lupakan kulit.

suatu malam..

gua teman kawan ke food court dekat Delta hostel.ala Delta hostel,tempat gua tidur malam malam tu.

anak tokey foodcourt main basikal.budak lelaki kecik lagi.sekolah pun belum.belum lagi pergi sekolah.basikal baru beli gamaknya.plastik tak bukak lagi.




lebih kurang macam ni la ghupenye beskal tuh.


macam ni ghupe bagi beskal feeling anak orang kaya,ada "chopper" tuh.


yang ni tak payah feeling anak orang kaya la.aku tengok pun rasa macam hebat giler dah.kaya bebenor bapaknya kalu beli beskal ghupe ni.kau ada?takde kan?aku pun seram nak naik.tak tahu nak naik kot mana.
sekali naik terus pengsan sebab teruja.



si abang sudah buat berapa pusingan dah.si adik masih lagi statik.kakinya kayuh basikal ke belakang.mana tak gigit jari cik melah oii.geram ni geram.*tiba tiba emo.pekajadahnya kan?


"meh sini lu budak gua ajar kayuh basikal.buat rugi jer bapak lu beli beskal tapi tak reti kayuh.".kata hati gua.



"adik,meh sini akak ajar naik basikal."ni ayat dari bibir mungil I.sila baca dalam nada lembut pliss..

budak tu gua ajar bawak basikal.abangnya yang tua setahun dua dari dia tiba tiba rampas basikal tu dari dia.jeles la tu kan aku  tak ajar kau kan?.gaya I mengajar persis wanita diatas okay.

kemudian yang kecik tu naik basikal abang.I pun terus la pegang kakinya suruh kayuh kedepan.sampai sudah tak bergerak basikal tu kecuali I kayuh guna tangan I nyah...


order sudah siap.waktu gua perlu blah.babai kecik.esok akak datang lagi yek.

memang keesokkan gua datang lagi....

adik...meh sini kat akak.mana basikal?

kau tahu sampai sudah dia lupa aku yang ajar dia semalam...bagai kacang lupakan kulit...



"takpe la dik kau tak ingat aku.lagipun basikal kau sekrang dah canggih.tak macam akak punya macam gambar ni.ni la basikal akak dulu dulu kalau kau nak tahu.simple je kan..huk huk.puas akak cari dalam album lama lama,jumpa jugak akhirnya"

gambar belas ehsan encik google.
chow....

Nov 1, 2010

cinta chanduri pelacur kelas atasan

kepada korang yang lepak tengok cerita melayu dan indon mesti tengok jugak drama Chinta kat TV3 pukul 6.30 petang setiap isnin sampai khamis.aku ngaku la tak terkecuali tengok.drama ni je aku tengok,yang lain sipi sipi jer.

Chinta binti Musa ditukarkan kepada Chinta Canduri.korang perasan tak episod awal awal dulu bila chinta lakonan Fasha Sandha pergi ke KL dan menukar nama untuk glamour.masa ni orang kampung yang lepak kat warung kopi  cakap "chinta tukar nama kepada chanduri sebab nama ayah dia musa iaitu nama nabi".gua cukup terkejut.tapi baru sikit tuh..


masuk part chinta dah kenal dengan makcik jadi pembancuh teh pejabat Natasha hudson tu kan,ada part Chinta berdendam.berdendam pada siapa?berdendam pada tuhan.macam cerita hindu dah.lepas tuh chinta langsung tak solat.terus jadi pelacur kelas atasan.sebab?marahkah tuhan.aku rasa ramai je orang melayu jadi macam tuh,diuji sikit,lepas tu tak puas hati terus tak solat langsung.secara umum okay.


part chinta dah kenal dengan Rasul Iman,Rasul suruh dia ingat tuhan kot.lepas tu chinta marah marah "kenapa aku perlu ingat kat dia? dan bla bla bla".pada fikiran dia tuhan kasi ujian sebab tak suka dia,benci dia.apa la bodoh sama bangang kan perempuan hina nih?.sekali rasul iman kasi penampar."Allah itu wujud,kita perlu yakin dia wujud".lebih kurang macam ni la ayat dia.



bukan ke bila seseorang itu dah tidak percaya Allah jadi kafir namanya?wallahualam.


sebab apa tuhan uji kita?sebab nak tingkatkan pangkat kita menjadi khalifah yang lagi sempurna.sebab DIA sayangkan kita.sayangkan kita macam mana tuh?bila ujian diturunkan dan kita bersabar menghadapinya,maka gugurlah dosa dosa kita.sebab Allah lebih mengetahui dari engkau yang langsung tidak mengetahui.DIA lebih mengetahui bila Ajal kita datang.kalau ajal kau dah tiba esok,lusa tapi kau masih leka pada hari ini,tak ke kasihan pada diri kau???nak mengadap ALLAH.raja sekian alam..subhanallah...


kau kalah jika kau rasa kau menang dari -NYA...


drama ni bermesej sebenarnya,dan watak chinta tu banyak kot berlaku dekat sekeliling kita.nauzubillah...minta jauh untuk korang semua dan juga aku yang tenggelam timbul dengan perubahan sekeliling dan diri sendiri.

p/s:sekian saja dari Ustazah....selepas ustazah baca belog otomen dan artikel dan juga isu freemason,tergerak hati pula nak menaip entry..hihihi...terus meletopp jadi ustazah..secubit pendapat dari insan yang lemah dan kekurangan ini...


chinta canduri 


credit to abang nara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...