Rumah Saya

Aug 17, 2011

Masker Telur

Selepas permintaan tutorial pakai eyeshadow tak menjadi dan panduan memilih boot sesuka hati, sekarang aku nak tunjuk sikit cara mudah memakai masker muka secara semulajadi. Sebelum tu, aku nak minta maaf awal awal dekat Mia. Entry ni sepatutnya dibuat 3/4 bulan yang lepas atas permintaaannya. Wahh permintaan konon. Cehhh. Sorry sangat sangat Mia.


Orang cakap nak cantik perlu cari masker yang mengandungi blablablabla (macam macam kandungan), bagi aku nak kulit lembut halus hanya perlu luangkan masa 2 kali sebulan mungkin untuk buka liang pori dimuka dan cuci liang pori tersumbat/ white head/ black head dengan menggunakan masker.


Ya, banyak masker dijual tapi bukan semua berfungsi berkesan untuk menanggalkan sumbatan sumbatan yang menyebabkan peluh tersumbat dan jadi la jerawat kesayangan. Nak tunjuk sikit cara buat masker telur yang tak perlu belanja besar besaran, tapi hanya sedia telur sebijik. Tu pun ambil yang putih je, yang kuning boleh goreng. Jimat jimat. Lagi jimat guna lebihan nak buat biskut raya tak menjadi.





Bahan bahan :

-Putih telur


-Kapas muka yang dicarik dua. [ Gunakan bahagian berbulu untuk tempek ke muka nanti]


-Toner


-Air suam


-Pencuci muka sedia ada


Cara cara:

1. Cuci muka. Tuamkan muka ke air suam/ air berwap. Kita nak wap sahaja supaya pori pori terbuka dan muka berpeluh. Jangan pergi basuh muka dengan air panas/suam/berwap tu pulak.


2.Kapas muka yang dicarik 2 tu di celup dengan telur putih. Nak celup telur putih tu, gunakan bahagian kapas berbulu . Kemudian tempek ke muka macam hantu pocong. Ya, macam pocong sebab muka sekarang penuh dengan kapas putih melekat lekat.


3. Tunggu sehingga kering. Lebih baik duduk dekat dengan kipas atau buat pada waktu malam sebelum tidur, Lama sikit telur tu melekat dan menarik black head/white head . Biasanya dalam sejam/ 2 jam dah kering melalui peredaran udara yang sempurna. Fuhhh!


4. Tarik topeng terhasil dimuka dan lihat la berapa banyaknya bintik bintik hitam ditanggalkan dari muka.


Perhati betul betul, warna kuning tu white head/black head yang keluar. Macam tengkorak pulak aku tengok ni. Tengkorak roomate aku.


5.Cuci muka dengan air putih/ pencuci muka.


6. Sapukan toner untuk menutup pori pori yang telah dibuka sebentar tadi.


Selamat mencuba dari perempuan pakai baju terbalik !!!

Ps: Kulit aku tak cantik pun, pucat lesi. 

"Sedor pun".

Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!



SAKURA CANDY PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA
Cantikkan??nak tahu lebih lanjut pasal Sakura candy Malaysia ni boleh klik link bawah ni


29 comments:

  1. kalo jadi cam muke engko..aku rasa aku tak wat kot

    ReplyDelete
  2. wahh bagusnya petua ni ! nanti nak cuba lah. save duit,tak payah susah nak beli mask muka tu ;)

    ReplyDelete
  3. dulu slalu wat time dok hostel. tp slalunye guna putih telur tu campur ngan tomato. skrg da tua ni makin malas. haha. muka pn prob teruk dh. haihhh

    ReplyDelete
  4. aku malas cenggini camne weh..muke da macam kertas pasir da nie

    ReplyDelete
  5. saya pun slalu try macm u uat ni..bgus kan :)

    ReplyDelete
  6. ptt la muke kaw cantik
    nak try pas nieh

    ReplyDelete
  7. hahahaha, kemain lagi siap ada nama kat situ..eehhee..

    huwa, mia da try da ni yang..mmg terbaekla..suka3..

    sebb tu pp yu gebusss..auww!

    ReplyDelete
  8. Wahhh..boleh try nih..thanks kak share info nih..hihi. =))

    ReplyDelete
  9. Macam best je.. hahhaa.. tapi... mahal woo telur sekarang...

    ReplyDelete
  10. ya dear mira suke wat benda ni..memang hasilnye umph hehe

    ReplyDelete
  11. hee.. dulu selalu buat gak.. tapi geli la pakai telur ni.. sekarang buat facial je..:)

    http://khadijahhishamuddin.blogspot.com/2011/08/facial-sebelum-berbuke-puasa-bersama.html

    ReplyDelete
  12. Ohhoi mau teghai lah! Tp die mbusukan ka?

    ReplyDelete
  13. salam ziarah :)
    jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

    ReplyDelete
  14. macam sonok jeee , nak wat gak laaa . haha

    ReplyDelete
  15. macam nak buat resipi biskut raya la plok.

    nak try ehhh..

    ReplyDelete
  16. kalo tempek kuning telo jadi camane?

    ReplyDelete
  17. kalau xpakai toner pakai pelembap je boleh ?

    ReplyDelete
  18. askum..nk pkai telur ayam ke telur itik...

    ReplyDelete
  19. anon:boleh2..pkai toner tujuan nk tutup/kecilkan pori2 je..hihi

    sivaji:telur ayam..:)

    ReplyDelete
  20. waaaa.. so nice! suka cara awak sampai kan info.. da folo awak.. ^_^
    p/s: kulit x lesu pon.. cantik jeww.. >_<

    ReplyDelete