Jul 30, 2011

Memilih Booties

Atas permintaan dua tiga empat orang rakan, Meh sini nak cerita sikit tentang booties/boot/kasut but untuk perempuan blablabla...



Boot adalah kasut yang sangat selesa dipakai kalau tahu memilih dan mengayakannya. Serius. Tapi macam mana nak pilih yang sesuai untuk jadi selesa ???. Buat adik akak comel yang baru nak try boot,  jangan takut. Boleh boleh try. Tapi kena tahu tips dulu. Cehhh,pandai pandai je kan aku.


Buat yang baru nak pakai...


Semua diatas Disini. Nanti dilain entry saya berikan link online shop /blogshop kasut but di Malaysia ya kawan kawan.


1. Saiz kasut but ni ada banyak jenis, yang rendah,sederhana dan tinggi (sampai ke lulut). Untuk permulaan pakai la yang rendah (paras 4cm dari buku lali). Nanti takde la rasa macam pakai kasut gajah pula sebab tersekat sampai ke lutut.





2. Tekstur but tu ada yang keras,kulit,baldu. Aku lagi suka yang baldu sebab ia lembut tapi elakkan dari kena air. Nanti macam bulu anak tikus baru lepas lahir. Comel tak comel tak ???





3. Untuk permulaan,better korang pakai but yang tumit rendah atau sedikit tinggi. Jangan tinggi sangat,nanti tak selesa dan yang tinggi2 kalau korang nak pergi ke tempat sejuk, its okay tapi kalau dalam Malaysia yang suhunya bahang membakar ??? Rimas lorh.





4. Jangan lupa pakai stokin. But ni menutupi keseluruhan kaki, bila berpeluh. Haiyooo. Bagi aku yang malas nak selalu basuh, maka perlu sentiasa pakai setokin. Nampak mudah tapi sangat penting.





5.But yang tumit tak tinggi sangat susah nak bagi kaki melecet. Sebab tu selesa nak berjalan tanpa henti kemana mana.Eh...Adakah aku ulang point yang sama seperti no 1? *tepuk dahi*




6. Warna!!! Penting lorh. Apa kata korang pakai kaler hitam/kelabu dulu. Lepas tu nak pakai kaler merah,pink,hijau,purple pun suka hati la asalkan baju korang tak sarat warna warni sangat. Bila banyak sangat kaler korang pakai (lebih dari 3 kaler), terlalu sarat dengan perhiasan bagai, dah tak jadi aggun jelita dah tapi serabut dan pening.





7.Kasut But ni sesuai pakai dengan skinny jeans. Legging pun boleh kalau berani pakai dan kurus keding . Bukan seluar yang londeh/terlalu longgar sebab kita nak seluar slim dibahagian hujung kaki untuk muatkan boots tersebut.





8. Ada banyak online shop jual booties dekat Malaysia ni, tapi kalau korang tinggal area kl, lagi baik korang pergi je dekat Berjaya Times Square. Banyak booties dari Korea/ Jepun di sana. 




Maafkan aku kalau salah bagi tips. Hehe, Ni pandangan dan pengalaman aku je.




Pilihan aku kasut but dari FOREVER 21 sebab kualiti dan harga berpatutan. Agak berbaloi harga dengan kualitinya.




Kalau korang tahu blogshop mana lagi yang jual boots, Boleh share share .Ngeh ngeh ngeh.

PS: Akhirnya siap entry yang berusia seminggu.

19 comments:

Etong said...

cool!

akmalhilmi said...

yg kau pki tu lawa wat??

lavenderlover said...

teringin nk pakai boot..ntah bl la blh kan..enjoy ur day!

hamzah ian said...

alo lo lo.. comey

Faiz Tapit said...

wuuu. nak pakai legging gak ah

Wani said...

haha .
tak pernah terpikir pun nak beli .
tapi , suka bila tengok orang pakai .
huhu

Anonymous said...

ermmm..setahu i la..org ckp.bkn i y ckp..nk pkai boots ni kene tgk ketinggian si pemakai jgk..and then boots tu kene fit dgn kaki baru nampak cun..ap pendapat anda..??

iz said...

ak plak pesen minat pakai safety boots.

crayon said...

kalo laki pakai booties.. tobat gay!!

sam said...

booties gorgeous! :)

done following you!
www.gadisbernamasamhana.blogspot.com

Ema Razali said...

i love boots!! <3

Ema Razali said...

i love boots!! <3

fairuz said...

kaki aku kuding*** hehehehe

nurayunni said...

nak pkai tp xjump yg berkenan lgi...

nurayunni said...

nak pkai tp xjump yg berkenan lgi...

iqbalhakimi said...

pakai yang pua chu kang pun lawa apa.. =P

iqbalhakimi said...

pakai yang pua chu kang pun lawa apa.. =P

fatihah said...

sy pon suke boot. :D
bru jek bli satu... :)

Anonymous said...

kedai mane awak pegi tu..banyak boots

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...