Sep 8, 2011

Kau kutuk mereka, kau pun sama.

Aku asal orang kampung dan bila dikampung waktu sekolah dulu, aku hanya duduk dalam bilik sambil baca buku. Ye! betul tak tipu. Kalau tipu sikit sikit je. Bila duduk dirumah, aku hanya tertumpu pada keadaan dalam rumah dan kampung. Tidak bayang sosial club malam dan orang comolot depan depan macam dalam drama. Nak cakap budak baik la ni? Geli tekak nak muntah.

Bila besar aku terpaksa merantau ke bandar besar di sebelah Kuala Lumpur (Merantau?hahahahikkkuiii).

Disini macam macam ada.

1. Kau nak tengok orang melayu mabuk balik pagi pagi? Ada.

2. Kau nak tengok orang bercomolot dalam kereta pukul 10 malam? Juga ada.

3. Mahu tengok culture shock lelaki dan perempuan bersosial namun dorang masih gunakan dialek pekat dorang? Lagi la ada.

4. Perempuan dulu bertudung litup kini tiada lagi litup. Ada banyak.

Aku mengaku aku bukan budak baik, Dulu mula mula sampai kesini pernah juga  skodeng konon jemur baju sambil mulut cakap " Macam hareeem kau beromen depan rumah aku.".  Bab mengutuk aku cakap awal awal, janganlah kutuk orang sebegini kaw kaw. Aku bersalah dulu mulut agak longkang.

Ya, dorang bersalah buat dosa namun siapa kita nak adili mereka sebegini "Kau perempuan kotor!!! kau pula lelaki tak layak jadi suami sebab mabuk tiap tiap malam". 

Jangan kutuk pasangan dalam kereta buat perkara tidak senonoh kaw kaw. Kalau berminat, tengok dan diam sudah. Telan liur. Kalau tak berminat jaga tepi kain orang, sila pejam mata dan pergi tidur. Atau cara mudah panggil JAIS. Jangan jaja cerita merata Si Polan dan Si Polan buat ni buat tu. Begitu juga dengan yang tiba tiba bukak tudung tapi dahulunya kau tengok alim. Jangan terus pandang rendah "Eiii kau, perempuan tak sedar diri!!! Tak kenal asal usul!!!".

Sama juga memaksa seorang perempuan untuk bertudung secara mendadak. Dia tak ikut kehendak kau, kau umpat dia merata tempat. Sekarang kau pun sama je dengan dia.

Bagi aku, mereka sekarang diuji kawal nafsu. Mungkin bila kau ditempat mereka kau akan lakukan perkara lebih teruk dari itu? Maka, diam. 

Mungkin suatu hari nanti mereka lebih dan lebih baik dari kau sekarang. Siapa tahu? 



Kagum dengan perubahan Wardina Safiyah. Kalau tengok dia dulu mungkin tidak boleh bayangkan dia sekarang. Semua kuasa tuhan memberikan hidayah.


Aku pernah jumpa seorang wanita yang mengalami culture shock, kemudian lahirkan anak luar nikah dan hidup dia bertukar menjadi sangat sosial tapi bila diberi hidayah, dia lebih baik dari aku dan mungkin dari korang yang menggangap diri baik sekarang.

Jangan pandang rendah golongan sebegini. Tuhan sayang setiap hambanya cuma jalan menguji hamba hambanya adalah lain lain. Semuanya bersebab. Ketika dia diuji bantu lah dia sikit sebanyak, jangan terus salahkan dia seratus peratus.

Tak mampu cegah, doa dalam hati.


Bila dengar Isteri Sham cakap " Ya Allah kau dengar doa aku...". Touching. Kita tak mampu ubah orang untuk dia berubah tapi kita mampu berdoa untuk kebaikan dia.

Ps: Entry ni entry aku taip semasa Ramadhan tapi laptop buat hal, Sekarang dah raya. Maka Selamat menyambut syawal. Eh ?

27 comments:

Faiz Tapit said...

fuiyoooo. semat ah incik yuyu

Unknown said...

mmg kuasa tuhan mmberi hidayah..namun kita sendiri kena berusaha meraihnya

Abg deryck said...

memang style!!!!

! Sam Posmen ! said...

kutuk pon perlu. kalau asyik puji masalah juga tu. tapi biarlah ada isi :) berpada-pada. hehe

A.R said...

Hmm kalau sempat diberi hidayah. Kalau malaikat cabut nyawa sebelum tu? So ape2 pon, jauhkan la diri dari benda2 mcmtu. Amal makruf nahi mungkar #pesenustazahustazah.

Akim Iqbal said...

Boleh buat calon bini ni.. hik3..

Farahin Ahmad said...

mari doakan mereka !

suk said...

yeah kita bukan tuhan nak adili orang.

hana said...

erm...
kuatkan iman jgn ikutkan nafsu...
jgn dok menjaja cite orng lebih baik cermin diri sndiri dulu...

cintailmu89 said...

err...org kita memang suka bagi persepsi macam2.. mengalahkan spy.. mengalahkan reporter..haha

btw,new hupdate>>

pernah tak??

Abang Long said...

Salam...kadang2 Tuhan menunjukkan kpd kita perbuatan buruk orang lain dgn tujuan utk mendidik kita supaya tidak terikut2 perangai buruk mereka tetapi penerimaan kita pula sebaliknya dan hanya nampak itu sbg kesalahan dan keburukan orang lain dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.

Anonymous said...

sokong JIJI YU tu.Kita sendiri yang kena bentuk diri kita

the dr said...

entri yang bagus.hidayah ALLAH boleh bagi kat sape2 je.kita memang xbleh sombong punya

Wadi AR said...

gua pon ade RAMAI kawan mcm ni. RAMAI. tapi gua hanye mampu DIAM. same mcm lu

IZZAT MIRZA FIRDAUS said...

meme..kdg2 bile benda baik knela jage elok2...benda yg xbek 2 samo2 la kite cegah...berdoa agar dikurniakan hidayah...aminnnn...

Anonymous said...

menangis tgk video sham kamikaze...

nazirulhazwan~ said...

gile la, hebat giler yuyu bagi ceramah.ko da berubah ye yuyu?hahaha

Unknown said...

cayalahh yuyu..ZouL pun kene culture shock gak ni pas datang uitm s.alam ni...berbulus jee..

sYafIk-wAy said...

jom berubah kepada kebaikan . wewewe

yusuf mujahidin ™ said...

Aib org kite nampak..
aib sendiri Allah dh tutup

nik lan nik mat said...

hidayah tu turun bkn kita tau bila...kn?

Syazwan said...

patut buat entri bnyk2 masa ramadhan tu.
pastu baru publish

hikhik

suzyana naim said...

suka entri nie . setuju sangt2 ... :)

Pojiepooh Abdullah said...

terbaek ah carutan yuyu!

khaizarien said...

kita takkan pernah tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. adakala insan yang lebih jahil dari kita akan punyai pengakhiran hidup yang lebih indah...sentiasa beringatlah....

YouSOF said...

"Soalan : Adakah hidayah itu perlu dicari ya Pak Ostat?"


Itu adalah petikan dari entryku dulu..


Dapat chance tengok Inilah Kisahku pasal Cham Kamikaze tu je.. Serius tersentuh. Allah Maha Besar..

miera said...

waaaa~
aku nak sangat tengok segmen sham ni, tengkiu tengkiu tengkiu. Akhirnya dapat gak tgk,

kesimpulannya , kita sebagai manusia takde hak nak menghukum. Apa salahnya kita doakan mereka yg mungkin tersilap langkah tu terbukak hati nak berubah,.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...