Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

May 29, 2011

BOLA.DRAMA

Minggu lepas.

Tengah relax sedut udara . Panas bontot kejap duk atas kerusi di jendela sambil online laptop , aku tengok facebook. Home penuh dengan NORA ELENA .

"Nora Elena tu sapa? " Aku tertanya tanya.


 Nora



Oh ni ke gabungan jadi Nora Elena nyer. Cantik . Macam yang tengah taip ni juga .


***********

Pagi ni

Bangun subuh subuh, tengok laptop tak tutup tutup lagi. Siapa punya kerja la tidur jadikan laptop sebagai lampu tidur. Biarkan saja  menyala sampai ke pagi .Bijak punya orang kan. Mesti comel .Aku tengok home facebook.

"MAN U KALAH"

"BARCA-4 , MAN U -1"

Semua duk cerita pasal Man U , Barca .

"Oh, Man U kalah eh ? .Ok aku nak sambung tidur la." Aku cakap sorang sorang atas katil dalam gelap gelita sambil tarik selimut.

 Buat peminat setia Manchester United, takpe kalah pun , awak tetap hebat di mata saya (errrrrrrr? ). Ehem ehem.


**********


Minggu depan?

"Hebat Terengganu !!! TERENGGANU MENANG PIALA FA LAWAN KELANTAN ...." Aku tengok di home facebook.

kemudian aku sengih dan hidupku sangat ceria sampai ke bulan depan dan bulan bulan seterusnya .


Ps: Semalam aku mimpi Maria Elena. Sumpah tak tipu. 


[update : Aku tengok kat home pesbuk ada budak cakap 4-1. Aku taktaw la 3-1. Ngeh3]




May 14, 2011

Piala FA Terengganu vs Pahang



Dengan semangat berkobar kobar bagai obor obor tengah menyala,aku dan Tiz (Jiran sebelah katil) berganjak dari kedai mamak pulang ke hostel.Kata emak siang tadi malam ini ada siaran langsung Piala FA Terengganu vs Pahang di TV1.Ulang sekali lagi di TV1.

Di hostel,peluh menitik nitik akibat balik ke hostel bagai kena kejar anjing.Lisa surihani tengah menyanyi di TV9,Housemate aku Mariah tengah syok tengok tv,Aku tiba tiba datang alih channel.Diam je dia.

“Aku wajib tengok separuh akhir malam ni.”Banyak kali aku alih channel dari TV1 Ke TV 9,TV 9 ke TV 1.Ke Astro Arena je belum sebab hostel aku tidak membekalkan dan melanggan Astro.

“Mak ,tadi cakap Tv1 ada siaran bola.grrrrrr.”. Aku terus menelepon emak

“Oh gol.oh tak jadi gol.oh laju lagi.ala…”.Suara emak seperti mengulas siaran langsung bola.Lagi la aku geram.Sudah 10 minit permainan berlalu.

“Ramai kat rumah ni.Anak beranak semua ada.Jadi tengah kalut,mak silap,bukan tv1 tapi Astro arena lah”.

“Oh ok.”.Sedih sambil mengusap handphone.Mana aku nak cari Astro Arena ni.Rumah aku sekarang berkampung anak beranak tengok bola.




Terus aku pegang tangan Tiz,mengajaknya ke kedai mamak kembali.Dari pandangan anak matanya aku tahu dia nak suarakan ni.


“Tapi sekarang orang buat part time simbah asid.Bahaya perempuan keluar malam malam.”

Maka bertambah la tanda penuaan aku,dahi berkerut.Gelisah.Aku cancelkan segala janji dan perjanjian keluar ke Time square siang tadi gara gara risau tak sempat tengok bola malam ini.

“Tapi ni team adik aku.Semi final.Perlu tengok.”.

“Sorry yu..”.


 Tiz.Renungannya membuatkan aku tak sampai hati nak ajak lepak tengok bola.

Lajukan cerita.Sara Jessica Anderson, jiran sebelah rumah setuju keluar  bersama sama mencari Astro Arena di Food Court dekat dengan Hostel.

“Woahhhh.Gembira”.Berjalan sambil hayungkan tangan.     
                  
Aku cari meja,duduk serta merta,order nescafe ais ambil syarat je.Sengih dapat tengok.Leher terpaksa ditinggikan sebab lelaki agak obesity berada didepan.Tepat pukul 10 malam , pelayan kedai makan tu alih chanel ke Astro Warna.Maharajalawak.

“Bang…pelisss tukar chanel bola tadi.”.Kau ingat senang ke aku nak panggil bang bang.Ingat ni Inul ke.

“Tapi ramai nak tengok Maharajalawak.” Dia membalas.

“Kalau nak tengok bola beli tv sendiri la,lagi elok pergi stadium la dik oiii.” Aku dapat rasakan inilah suara hati abang tu.

Kami pun blah.Pergi ke foodcourt sebelah.Ambil meja paling depan dengan tv.Bak kata Idris Jusoh Tiada halangan cuma peluang.hehe,Satu demi satu Ashaari Samsudin jaringkan gol.Lega sikit aku rasa.Abang kedai makan tu tengok aku semacam je,akhinya dia join aku tengok.Isnin ni ke Terengganu pula jom!!!Aku nak balik tapi pitis takdop boh.


Kelantan lagi berbisa 5-1 tuh.


Aku rasa aku taip entry ni mendatar je.Nasib la korang baca.Aku nak cakap Tahniah Terengganu!!!Yeah Peteh Ganu Peteh.




May 12, 2011

Peteh Terengganu Peteh

Oh betapa rindunya kampung.Lagi rindu bila tahu esok bola Liga Super Terengganu vs Pahang.Aku mahu tengok adik sendiri ke separuh akhir lorh.Nak tengok bersama famili dan sorak kuat kuat!!!.Rasa nak menangis tak dapat balik.



                           

                        Lepas tengok video ni la buat aku rasa dokleh jadi ni.nok balik jugok!!!






Aku support mu dari jauh!!!!Gambar paling buruk.Kah!kah!kah!!!All the best Fakhrurazi Musa.:)


Mar 20, 2011

Keputusan penuh bola Liga FA Terengganu vs Perak Suku Akhir 2011(19.03.2011)

stadium memenuhi manusia malam ini.memang tak tidur la tengok bola malam ni antara TERENGGANU VS PERAK SUKU AKHIR LIGA FA.

TERENGGANU menang dengan agregat 5-4 menentang PERAK.

stadium gelap dalam setengah jam pada awal perlawanan akibat lampu padam.

maafkan kualiti gambar tidak jelas.kamera tertinggal di rumah.adushh..
lampu tidak kesemuanya menyala pada waktu ini.lagi la malap.

separuh masa pertama.Terengganu 1,Perak 0

Terengganu Menang ditempat sendri 3-1 selepas Perak menjaring 1 gol semasa separuh masa ke 2.

di stadium perak sebelum ini,Perak menang 3-2 dengan Terengganu.
mengembalikan maruahnya,Terengganu membalas 3-1 kepada Perak pada malam ini 19.03.2011.

pengadil memang berat sebelah.I tell you,betul tak tipu.10 minit terakhir aksi cemas pengadil menhentikan perlawanan akibat kepalanya terkena lontaran botol atau batu daripada penonton.tula lain kali jujur.jujur!!!

Terengganu mendapat gol pertama selepas 6 serangan dan Perak mendapat 3 free kick tak silap saya.
tengok Live dari Stadium Terengganu.



Jan 3, 2011

darjah satu.sekarang kau gelak orang,dulu kau menangis ke tak?

semalam tengok berita kat tv3 budak darjah satu masuk sekolah.kalau yang manja sikit duk menangis la.yang rasa hebat pula sibuk nak cari musuh.sibuk je nak buli anak orang.yang perempuan pula seminggu sebelum kelas dah suruh mak beli kepit rambut baru.aku darjah satu dulu sekolah belakang rumah je.pergi dengan kakak yang darjah enam jalan kaki.sampai sekolah hari pertama aku happy lagi tapi masih menunggu bila nak balik.aku happy sebab kawan tadika ada sorang dua yang sekelas.takde la keseorangan.


balik rumah cerita kat ibu tercinta pasal sekolah siang tadi.tak sabar pula nak pergi sekolah keesokkan harinya.bangun pagi pagi sejuk teramat tapi masa tu guwa mandi beb.terketar ketar salam mak salam bapak.jalan kedek kedek ke sekolah.sampai sekolah aku tengok ramai budak nangis,budak semalam lagi menangis.aku pun berlari lari anak ke kelas kakak.tempoh nak cari kelas tu lama juga sampai la jumpa kawan kakak.kemudian,kakak aku gabra terus pergi cari aku.

"nak balik....".

apa punya bengong la aku terpengaruh dengan budak budak manja yang taknak pergi sekolah.tapi hari tu aku nangis.esok nangis kejap kejap je..keh keh keh..


masuk darjah tiga pula adik lelaki aku darjah satu.tiap hari mak  kena temankan dia sampai tengahari di Sekolah rendah.apa lemah sangat entah adik aku ni sampai nak tatap muka mak aku je memanjang.tak sunat lagi kot masa tu.sebab tu la kena buli.taknak pergi sekolah.yang penting dia kena buli jiran sebelah rumah.lelaki sama lelaki,gaduh jela tapi taknak gaduh,nak juga kau mengalah ye dik.pelik bebenor bunyinya aku panggil dia "dik".keh keh keh...



setiap hari mak aku kasi 5 ringgit kat cikgu suruh adik aku diam duk tempat jangan intai mak kat luar.balik ke rumah dia sibuk bercerita cikgu baik hati kasi dia duit padahal tu duit mak aku.ciss.sampai satu masa kami terpaksa pindah sekolah dan adik aku jauh dari pembuli.keh keh keh.dari situ mak aku kasi bola kat dia.jadi la dia wakil sekolah.wakil negeri dan sekarang pemain bola negeri Terengganu.aku pula masa sengket minta duit dari dia.hah!kantoi.ala baju sehelai dua takkan tak boleh kot dik.kata adik beradik.



ps:aku nak anak aku jadi jaguh badminton ganti Misbun.kesian orang tv duk pujuk dato Misbun.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...