Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

May 14, 2011

Piala FA Terengganu vs Pahang



Dengan semangat berkobar kobar bagai obor obor tengah menyala,aku dan Tiz (Jiran sebelah katil) berganjak dari kedai mamak pulang ke hostel.Kata emak siang tadi malam ini ada siaran langsung Piala FA Terengganu vs Pahang di TV1.Ulang sekali lagi di TV1.

Di hostel,peluh menitik nitik akibat balik ke hostel bagai kena kejar anjing.Lisa surihani tengah menyanyi di TV9,Housemate aku Mariah tengah syok tengok tv,Aku tiba tiba datang alih channel.Diam je dia.

“Aku wajib tengok separuh akhir malam ni.”Banyak kali aku alih channel dari TV1 Ke TV 9,TV 9 ke TV 1.Ke Astro Arena je belum sebab hostel aku tidak membekalkan dan melanggan Astro.

“Mak ,tadi cakap Tv1 ada siaran bola.grrrrrr.”. Aku terus menelepon emak

“Oh gol.oh tak jadi gol.oh laju lagi.ala…”.Suara emak seperti mengulas siaran langsung bola.Lagi la aku geram.Sudah 10 minit permainan berlalu.

“Ramai kat rumah ni.Anak beranak semua ada.Jadi tengah kalut,mak silap,bukan tv1 tapi Astro arena lah”.

“Oh ok.”.Sedih sambil mengusap handphone.Mana aku nak cari Astro Arena ni.Rumah aku sekarang berkampung anak beranak tengok bola.




Terus aku pegang tangan Tiz,mengajaknya ke kedai mamak kembali.Dari pandangan anak matanya aku tahu dia nak suarakan ni.


“Tapi sekarang orang buat part time simbah asid.Bahaya perempuan keluar malam malam.”

Maka bertambah la tanda penuaan aku,dahi berkerut.Gelisah.Aku cancelkan segala janji dan perjanjian keluar ke Time square siang tadi gara gara risau tak sempat tengok bola malam ini.

“Tapi ni team adik aku.Semi final.Perlu tengok.”.

“Sorry yu..”.


 Tiz.Renungannya membuatkan aku tak sampai hati nak ajak lepak tengok bola.

Lajukan cerita.Sara Jessica Anderson, jiran sebelah rumah setuju keluar  bersama sama mencari Astro Arena di Food Court dekat dengan Hostel.

“Woahhhh.Gembira”.Berjalan sambil hayungkan tangan.     
                  
Aku cari meja,duduk serta merta,order nescafe ais ambil syarat je.Sengih dapat tengok.Leher terpaksa ditinggikan sebab lelaki agak obesity berada didepan.Tepat pukul 10 malam , pelayan kedai makan tu alih chanel ke Astro Warna.Maharajalawak.

“Bang…pelisss tukar chanel bola tadi.”.Kau ingat senang ke aku nak panggil bang bang.Ingat ni Inul ke.

“Tapi ramai nak tengok Maharajalawak.” Dia membalas.

“Kalau nak tengok bola beli tv sendiri la,lagi elok pergi stadium la dik oiii.” Aku dapat rasakan inilah suara hati abang tu.

Kami pun blah.Pergi ke foodcourt sebelah.Ambil meja paling depan dengan tv.Bak kata Idris Jusoh Tiada halangan cuma peluang.hehe,Satu demi satu Ashaari Samsudin jaringkan gol.Lega sikit aku rasa.Abang kedai makan tu tengok aku semacam je,akhinya dia join aku tengok.Isnin ni ke Terengganu pula jom!!!Aku nak balik tapi pitis takdop boh.


Kelantan lagi berbisa 5-1 tuh.


Aku rasa aku taip entry ni mendatar je.Nasib la korang baca.Aku nak cakap Tahniah Terengganu!!!Yeah Peteh Ganu Peteh.




May 12, 2011

Peteh Terengganu Peteh

Oh betapa rindunya kampung.Lagi rindu bila tahu esok bola Liga Super Terengganu vs Pahang.Aku mahu tengok adik sendiri ke separuh akhir lorh.Nak tengok bersama famili dan sorak kuat kuat!!!.Rasa nak menangis tak dapat balik.



                           

                        Lepas tengok video ni la buat aku rasa dokleh jadi ni.nok balik jugok!!!






Aku support mu dari jauh!!!!Gambar paling buruk.Kah!kah!kah!!!All the best Fakhrurazi Musa.:)


May 8, 2011

EMAK

 hari sangat panas,semacam jauh lagi perjalanan nak pergi kenduri kahwin kawan ayah.aku pula baru pekena gulai ketam .tiba tiba...

"ayah,berhenti!!!yu nak muntah...wekkkkkkkk!!!".muntah aku dalam kereta.aku memang alergik dengan ketam,dah tahu alergik tapi gatal nak makan.tu namanya nafsu.

emak kemudian keluar dari kereta,cari air dan cuci muntah aku.sampai sekarang aku ingat.


                               


harus  lepas muntah   menyanyi lagu Boyz 2 men- A song for mama.




********


aku sandarkan pipi pada belakang emak.air mata tak henti mengalir.tula padah bercinta pada awal usia.

"sudah la yu,nanti ayah tengok...".pujuk emak.tapi aku masih lap hingus dan kesat airmata pada belakang baju emak.sabar je emak tahan sisa sisa bendalir anaknya.bendalir?euwww.baru lah sains sikit.kau ni.

ayah lalu depan kami anak beranak.emak mula menceriakan suasana dan alihkan perhatian ayah.emak sangat memahami.



********

hari pertama aku berada di koleh pitih pitih yang sememangnya bukan pilihanku.emak hantar sampai shah alam.di kolej aku muram,isi borang seperti main titik atas kertas.sangat malas.

"mak,yu nak ke UTM,yu taknak kesini.bangunan macam rumah kedai.yu taknak!!!!".aku meraung.menangis seperti budak budak.emak diam.kemudian dia sebak.airmata dia turut mengalir.aku tidak hiraukan orang lalu lalang dikaki lima kolej.kami tetap keluarkan airmata.kami?ya!air mata emak tumpah demi aku.

                                
emak sanggup mengalirkan airmata demi anak.touching.lagu ni sangat sedih.




********



"mak,yu nak balik".aku menangis teresak esak.waktu itu aku di matrikulasi kedah.ada masalah membuatkan aku tak dapat control emosi.asyik menangis je.lemah.tak matang.

"yu...kenapa?nak balik?tiket bas ada?"

"takde.nak balik macam mana dah dekat dengan exam.tak boleh balik juga".aku masih menangis.kerja menangis je kan.tula part time aku dulu.

"takpe takpe nanti mak bincang dengan ayah.mak pergi kedah malam ni jumpa yu."jarak terengganu ke kedah bukan 2 meter  tapi emak sanggup nak kesana demi menahan airmata aku.demi mengembalikan semangat aku.betapa bodohnya aku waktu tu.menangis untuk perkara sia sia.



             
lagu sesuai untuk emak-Because you Love me (celine dion).ce dengar ce dengar...dimana saja kita ,dia tetap disisi.cewah.




*******

sekarang,bila pulang ke kampung.walau satu malam,aku akan tidur dengan emak.kadang kadang aku curi peluk dia.sebab dia lah yang mengembalikan semangat aku.dia bina hidup aku semula.

                                  


tutup mata,dengar la lagu you raise me up ni.khas buat emak,ibu,ummi,mummy,mama...                                             SELAMAT HARI IBU...


ps:emak,yu sayang emak sangat sangat.baru je ucap selamat hari ibu kat emak.sebak.korang yang belum ucap,dakap ibu korang,buat lah.selagi dia masih ada.setiap hari adalah hari ibu.:)



Apr 30, 2011

Kakak penyayang dan Adik Budiman




perjalanan aku balik ke kampung.lupa pulak nak kalerkan kereta.haiyaaa.


minggu lepas aku balik kampung 2 hari.bayangkan balik ke terengganu 2 hari,memang la hidup aku dalam kereta je.tapi aku puas.terima kasih kakak tumpangkan saya.lain kali boleh tumpangkan lagi.keh keh keh.


dalam 2 hari tu hanya 4 jam je aku sempat tatap muka mak aku.masa selebihnya aku bersantai atas jalan raya dan cukupkan waktu tidur.petua nak cantik perlu cukupkan tidur.tips tu tips..


dalam 2 hari tu,aku rasa seperti seorang bussiness women yang sangat sibuk.yela,kena gunakan masa secukupnya selain tidur.bukan senang dapat balik kg.kesibukan aku kehulu ke hilir sampai lupa adik perempuan aku dah 12 tahun.tahun ni dia ambil UPSR.kejapnya masa berlalu,seingat aku baru lagi aku ajar dia bercakap panggil 'kak yu'.penyayang juga aku ni ajar adik bercakap.


aku ter-sedar dia darjah 6 pun sebab tengah kemas barang nak balik shah alam,aku pandang cermin dan terpandang dinding almari ada ni hah.



"jikalau saya dapat 5A UPSR saya akan puasa selama 2 hari"

rupa rupanya perangai ke-azam-an kuat ,tinggi budi pekerti,jujur,tawaduk,warak,alim,sopan aku diwarisi adik aku,nurin.fuhhh bangga!.mana tak turunnya kuah kalau tak ke nasi.ye dak?


lama aku tatap muka kat cermin.sekali sekala pandang lagi nota kecil nurin.aku senyum.ngeh ngeh ngeh.puasa tahun lepas punya lepas pun belum ganti.lepas ni aku nak buat nota camni tampal dinding locker roomate aku juga la.


"puasa tahun lepas akan saya ganti.".nak ganti tu memang la nak sangat tapi lupa la berapa hari.sob sob sob..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...