Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

May 10, 2011

Strategi Perniagaan Di Mall

Hari mahu berganjak ke petang,Burung burung enak bergayut pada wayar elektrik.Aku dengan pantas masuk ke dalam Plaza Alam Sental,Shah Alam.Panas kat luar.Risau sunburn pulak.Amboihhhhh...


Hati ni resah.Muka pula pucat tak goles Lip ice Lisa surihani lagi harini.Oh patut la kurang cantik .Bisik aku pada cermin kedai cermin mata.Aku masih mencari kebaya hitam sebagai ganti kebaya kawan baik , Gee.Dengan bangganya aku koyakkan kebaya dia pagi tadi.Rasa bersalah la ni, maka aku  pergi beli.Dalam hati mengharapkan jumpa kebaya murah sangat.


Berjalan seorang dalam mall  memang seronok.Nak kena tipu dengan salesman sangat senang.Apatah lagi nak terpengaruh dengan geng Lingua Franca.Turun je tangga escalator terakhir,seorang perempuan menghulurkan tanggan kanannya.

"Adik,meh tangan adik."Dia menyapu tangan lembutku dengan krim apa ntah.putih seperti tanganku juga.


"Adik cuba la krim ni,mula mula taruk krim .Lepas 5 minit sapu,tengok la kesannya.Keluar daki." Pantas je tangan kakak tu mengusap belakang tapak tangan mulusku.Aku biarkan saja.Dengan harapan bau sambal belacan di tangan turut hilang.


kemudian datang lelaki tak kacak ,kawan sekerja kakak tak henti cakap macam murai tu.Lelaki tu datang nak ambil alih tugas perempuan murai sambil hulur tangannya.tugas apa?belai belai tangan aku.


Banyak cantik kau lelaki.Dahiku berkerut dan tarik tangan.Lelaki tu malu.Padan muka.Lain kali tukar jadi Stephen Rahman dulu kalau nak main tangan aku.grrrrrrr.



Hi Stephen.Kenyit mata sikit.pelissssss...


"Berapa ni kak?".Aku konon konon bertanya.

"Murah je".

"Berapa kak?"Aku tanya lagi.Semoga daki di tanganku hilang dan kulitku bertambah gebu.

"Adik tengok kat botol ni,Rm 15.90 kan? Akak bagi Rm 15 je."

"Takpe la kak..."

"Bukan nak kecilkan hati adik,tapi krim ni boleh hilangkan eye bag adik.Malam malam sapu la dengan krim ni.Nanti Hilang la tu".

"Pandai pula kakak ni yek nak besarkan hati aku.Rajin pula la aku nak sapu kat mata?".Getus hatiku.

"Belilah dik , Cuba la try.Harini last promotion,Akak bagi lagi murah  tapi jangan bagitahu orang lain.RM 10 je." Perlahan je suara dia.

"Takpe la kak.."

"Kenapa taknak beli?takde duit eh?".Tersentap aku .Pandai kakak ni menilik orang.Dah tahu aku takde duit,tak payah la promote barang.Tak gitu?.Nak panggil dia "kakak pintar" la.


Aku kemudian cari escalator untuk naik.Best juga naik turun escalator ni.Tak perlukan tenaga.Maka sesampainya aku ke tigkat atas,Aku mencari escalator untuk turun.Tempat tanganku diusap penuh kasih sayang tadi aku lihat pekerja krim putih keluarkan daki tu ada pasangan masing masing.Pekerja lelaki mengusap tangan perempuan dan Pekerja perempuan  menyapu sambil mengusap muka lelaki.oppps!bakal pelanggan dia lah.






"Bagus strategi perniagaan kau orang.Siapa boss kau orang?Aku nak ambil gambar dengannya.Boleh ganti Dr Rozmey.Kelas giteeewwww".



Betul la kata kakak murai @ kakak pintar tu bahawasanya aku memiliki eyebag cantik sangat.Mata pula bengkak sebelah.Sepatutnya aku beli krim tu.Arrggghh menyesal la sangat tak beli.kah!kah!kah!.Akhirnya aku jumpa juga kebaya hitam.Gambar ni nak tunjukkan betapa kakak indon yang kemaskan jahitan kebaya tu sangat baik.Tak tipu.Ini Serius.



ps:Nasib baik kakak pintar panggil aku adik.Ehem ehem...

May 8, 2011

EMAK

 hari sangat panas,semacam jauh lagi perjalanan nak pergi kenduri kahwin kawan ayah.aku pula baru pekena gulai ketam .tiba tiba...

"ayah,berhenti!!!yu nak muntah...wekkkkkkkk!!!".muntah aku dalam kereta.aku memang alergik dengan ketam,dah tahu alergik tapi gatal nak makan.tu namanya nafsu.

emak kemudian keluar dari kereta,cari air dan cuci muntah aku.sampai sekarang aku ingat.


                               


harus  lepas muntah   menyanyi lagu Boyz 2 men- A song for mama.




********


aku sandarkan pipi pada belakang emak.air mata tak henti mengalir.tula padah bercinta pada awal usia.

"sudah la yu,nanti ayah tengok...".pujuk emak.tapi aku masih lap hingus dan kesat airmata pada belakang baju emak.sabar je emak tahan sisa sisa bendalir anaknya.bendalir?euwww.baru lah sains sikit.kau ni.

ayah lalu depan kami anak beranak.emak mula menceriakan suasana dan alihkan perhatian ayah.emak sangat memahami.



********

hari pertama aku berada di koleh pitih pitih yang sememangnya bukan pilihanku.emak hantar sampai shah alam.di kolej aku muram,isi borang seperti main titik atas kertas.sangat malas.

"mak,yu nak ke UTM,yu taknak kesini.bangunan macam rumah kedai.yu taknak!!!!".aku meraung.menangis seperti budak budak.emak diam.kemudian dia sebak.airmata dia turut mengalir.aku tidak hiraukan orang lalu lalang dikaki lima kolej.kami tetap keluarkan airmata.kami?ya!air mata emak tumpah demi aku.

                                
emak sanggup mengalirkan airmata demi anak.touching.lagu ni sangat sedih.




********



"mak,yu nak balik".aku menangis teresak esak.waktu itu aku di matrikulasi kedah.ada masalah membuatkan aku tak dapat control emosi.asyik menangis je.lemah.tak matang.

"yu...kenapa?nak balik?tiket bas ada?"

"takde.nak balik macam mana dah dekat dengan exam.tak boleh balik juga".aku masih menangis.kerja menangis je kan.tula part time aku dulu.

"takpe takpe nanti mak bincang dengan ayah.mak pergi kedah malam ni jumpa yu."jarak terengganu ke kedah bukan 2 meter  tapi emak sanggup nak kesana demi menahan airmata aku.demi mengembalikan semangat aku.betapa bodohnya aku waktu tu.menangis untuk perkara sia sia.



             
lagu sesuai untuk emak-Because you Love me (celine dion).ce dengar ce dengar...dimana saja kita ,dia tetap disisi.cewah.




*******

sekarang,bila pulang ke kampung.walau satu malam,aku akan tidur dengan emak.kadang kadang aku curi peluk dia.sebab dia lah yang mengembalikan semangat aku.dia bina hidup aku semula.

                                  


tutup mata,dengar la lagu you raise me up ni.khas buat emak,ibu,ummi,mummy,mama...                                             SELAMAT HARI IBU...


ps:emak,yu sayang emak sangat sangat.baru je ucap selamat hari ibu kat emak.sebak.korang yang belum ucap,dakap ibu korang,buat lah.selagi dia masih ada.setiap hari adalah hari ibu.:)



May 7, 2011

Pesta Buku bersama Neolofa,Fazley,Imran Ajmain

sebagai student yang baik , wajib pergi pesta buku tiap tahun kan.bila masuk ke tempat penuh dengan buku,rasa macam ilmiahnya aku.tak rugi la pergi pesta buku minggu lepas kat PWTC naik KTM dari Shah Alam.bersesak dengan ramai orang memang satu cabaran.




kalau masuk pesta buku tak sah gunakan buku untuk objek bergambar kan?.konon baca buku.



terima kasih bodyguard.fazley yaakob dan Imran ajmain.




see,Neolofa wooo.sangat cantik.kulit dia mulus.gambar tak clear,semua gambar aku guna kamera phone je.

tengah duk belek majalah dekat karangkraf,tiba tiba seorang perempuan cuit bahu aku.

"adik,jom masuk contest tudung express,anizon dan majalah dara yang anjur,kejap je dalam 4 minit.".

ragu ragu juga nak masuk takut kena buka tudung tengah ramai orang .hahaha.gila kau.akhirnya aku tarik roomate aku masuk juga,kami pair.



sebelum ditudung dengan tudung lain.ngeh ngeh ngeh.anizon dah sediakan kami selendang dan aksesori.pilih je nak yang mana.aku lebih prefer akesori tak sarat dan cara yang paling senang,mudah,ringkas tanpa gunakan kerongsang.hanya gunakan 2 jarum dan siap.masa 1 minit diberikan.




entah kenapa aku tak rasa berdebar berdiri atas stage neolofa tadi,kah kah kah.sebab rasa akan kalah kot.

kak anizon mengumumkan budak tudung purple menang nombor 1.berpelukan la aku dengan roomate macam menang miss universe.cehh.terima kasih kak ani.inner dari kak ani macam best je.nak try la.siapa nak kenal kak ani,boleh la beli majalah dara.hihihi.



terima kasih kak ani.terima kasih diba sebagai assistant.kah3.terima kasih syikin sebagai photographer.hik3



bersama para pemenang.

ps:lepas ke pesta buku,aku berjimba dengan nisa kay pula kat Berjaya Time Square...


oppps!!terima kasih kepada semua peserta contest tagline blog yuyu.semalam contest ditutup.pemenang akan diumumkan insyaallah 9hb 5 (isnin).pastikan jenguk blog ni kalau nak tahu pemenang.hihihi.minta maaf lambat umum pemenang.

Apr 23, 2011

Menangis

pagi yang mendebarkan.result semester aku paling benci sudah keluar.perghhh !!hampir semua kawan perempuan kelas aku dapat dekan.tahniah pada dorang dan bukan pada aku.huk huk huk.aku lipat slip result exam dan terus masukkan dalam poket.dengan gelojoh aku cari bag duit aku.buka je purse,aku telan air liur,tunduk dan  sebak.



adat kot kalau perempuan bila dapat result akan call mak ayah kakak abang bagitahu result .tula terjadi dalam kelas aku. disebabkan pengaruh dorang ,maka lepas dapat result kali ni aku miscall mak.dengan pantasnya mak call balik.part mak call balik tu biasa tapi part beritahu result tu luarbiasa.sebelum ni aku jarang sangat sangat dan sangat la nak call mak cerita beriya iya pasal result.


berlakon la kau berlakon.

"yu,result dah dapat belum?".ni soalan wajib mak tanya 2,3 menjak nih.kalau soalan ni tanya dalam exam,aku dah boleh hafal dah jawapannya.

"result yu bla bla bla..."

"oh okay la tuh.cuba lagi."

"mak...."

"duit eh?"

"erm...$$$$$$$$$$$$$ bla bla bla.."

"nanti petang mak bank in".

menitis air mata aku.dahaga.nak beli air soya pun tak lepas.dalam purse ada SERINGGIT.

pasal result?.abaikan.sekarang dalam mata aku ada $$$$$$$$$ jer.menangis sebab $$$$$$$$.penting $$$$$.sangatttttt!!!

ni duit jugak kan?


tapi sekarang aku boleh tersenyum hanya dengan kertas corak diatas.ngeh ngeh ngeh..


ps:niat aku miscall lebiih menjurus kepada duit seringgit bukan pada result.bila pandang kiri kanan,semua kawan aku duk bergayut dengan mak bapak dorang.aku kena la buat action cakap telepon jugak.ye dak?baru lah hidup ni bersaing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...