Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

May 10, 2011

Strategi Perniagaan Di Mall

Hari mahu berganjak ke petang,Burung burung enak bergayut pada wayar elektrik.Aku dengan pantas masuk ke dalam Plaza Alam Sental,Shah Alam.Panas kat luar.Risau sunburn pulak.Amboihhhhh...


Hati ni resah.Muka pula pucat tak goles Lip ice Lisa surihani lagi harini.Oh patut la kurang cantik .Bisik aku pada cermin kedai cermin mata.Aku masih mencari kebaya hitam sebagai ganti kebaya kawan baik , Gee.Dengan bangganya aku koyakkan kebaya dia pagi tadi.Rasa bersalah la ni, maka aku  pergi beli.Dalam hati mengharapkan jumpa kebaya murah sangat.


Berjalan seorang dalam mall  memang seronok.Nak kena tipu dengan salesman sangat senang.Apatah lagi nak terpengaruh dengan geng Lingua Franca.Turun je tangga escalator terakhir,seorang perempuan menghulurkan tanggan kanannya.

"Adik,meh tangan adik."Dia menyapu tangan lembutku dengan krim apa ntah.putih seperti tanganku juga.


"Adik cuba la krim ni,mula mula taruk krim .Lepas 5 minit sapu,tengok la kesannya.Keluar daki." Pantas je tangan kakak tu mengusap belakang tapak tangan mulusku.Aku biarkan saja.Dengan harapan bau sambal belacan di tangan turut hilang.


kemudian datang lelaki tak kacak ,kawan sekerja kakak tak henti cakap macam murai tu.Lelaki tu datang nak ambil alih tugas perempuan murai sambil hulur tangannya.tugas apa?belai belai tangan aku.


Banyak cantik kau lelaki.Dahiku berkerut dan tarik tangan.Lelaki tu malu.Padan muka.Lain kali tukar jadi Stephen Rahman dulu kalau nak main tangan aku.grrrrrrr.



Hi Stephen.Kenyit mata sikit.pelissssss...


"Berapa ni kak?".Aku konon konon bertanya.

"Murah je".

"Berapa kak?"Aku tanya lagi.Semoga daki di tanganku hilang dan kulitku bertambah gebu.

"Adik tengok kat botol ni,Rm 15.90 kan? Akak bagi Rm 15 je."

"Takpe la kak..."

"Bukan nak kecilkan hati adik,tapi krim ni boleh hilangkan eye bag adik.Malam malam sapu la dengan krim ni.Nanti Hilang la tu".

"Pandai pula kakak ni yek nak besarkan hati aku.Rajin pula la aku nak sapu kat mata?".Getus hatiku.

"Belilah dik , Cuba la try.Harini last promotion,Akak bagi lagi murah  tapi jangan bagitahu orang lain.RM 10 je." Perlahan je suara dia.

"Takpe la kak.."

"Kenapa taknak beli?takde duit eh?".Tersentap aku .Pandai kakak ni menilik orang.Dah tahu aku takde duit,tak payah la promote barang.Tak gitu?.Nak panggil dia "kakak pintar" la.


Aku kemudian cari escalator untuk naik.Best juga naik turun escalator ni.Tak perlukan tenaga.Maka sesampainya aku ke tigkat atas,Aku mencari escalator untuk turun.Tempat tanganku diusap penuh kasih sayang tadi aku lihat pekerja krim putih keluarkan daki tu ada pasangan masing masing.Pekerja lelaki mengusap tangan perempuan dan Pekerja perempuan  menyapu sambil mengusap muka lelaki.oppps!bakal pelanggan dia lah.






"Bagus strategi perniagaan kau orang.Siapa boss kau orang?Aku nak ambil gambar dengannya.Boleh ganti Dr Rozmey.Kelas giteeewwww".



Betul la kata kakak murai @ kakak pintar tu bahawasanya aku memiliki eyebag cantik sangat.Mata pula bengkak sebelah.Sepatutnya aku beli krim tu.Arrggghh menyesal la sangat tak beli.kah!kah!kah!.Akhirnya aku jumpa juga kebaya hitam.Gambar ni nak tunjukkan betapa kakak indon yang kemaskan jahitan kebaya tu sangat baik.Tak tipu.Ini Serius.



ps:Nasib baik kakak pintar panggil aku adik.Ehem ehem...

May 8, 2011

Dating bersama Nisa Kay di Pizza Hut dan Salon rambut




bosan la kalau tiap hujung minggu terperap dalam rumah sambil tengok filem hindustan.bazir hingus je duk touching2.ye dak?sudah puas bazirkan hingus,sekarang nak bazir peluh pula. minggu ni aku dating lagi dengan Nisa Kay.sebelum belai belai manjakan diri ke saloon,kami nak makan dulu.jom ke Pizza Hut Subang .gara gara terpengaruh Entry Pizza Hut Darkbatman ,so kami ke sini.hahaha..



pizza royal masala.kecur air liur tak?sedappppppppppppppp....


mahu yang mana dong?semuanya sangat menyegarkan.I tell you..hah giteww.


makan dulu yup!!



buat ibu ibu sekalian.selamat hari ibu dan ini untuk emak kesayanganku.


jom ke saloon rambut pula.kami mahu belai belai rambut.ngeh ngeh ngeh.


dikala rambut dibelai dan kepala diurut,sempat lagi berfacebooking . eh tutup pula laptop.


sangat best layanan mereka.aku cuci dan blow rambut je tapi 3 orang yang buat. lama pula tu.salah seorangnya macam hanis zalikha.serius.kami ada bergambar tapi tak perlu kot  diupload.iya iya je kan kau yuyu.keh keh keh.terima kasih lieya belai rambut budak pemalas ni!!!


oh ye terima kasih tak terhingga (ayat pelajar cemerlang naik stage) Nisa Kay belanja cuci dan blow rambut yuyu!!okay!selamat berhujung minggu semua!!!



May 7, 2011

Pesta Buku bersama Neolofa,Fazley,Imran Ajmain

sebagai student yang baik , wajib pergi pesta buku tiap tahun kan.bila masuk ke tempat penuh dengan buku,rasa macam ilmiahnya aku.tak rugi la pergi pesta buku minggu lepas kat PWTC naik KTM dari Shah Alam.bersesak dengan ramai orang memang satu cabaran.




kalau masuk pesta buku tak sah gunakan buku untuk objek bergambar kan?.konon baca buku.



terima kasih bodyguard.fazley yaakob dan Imran ajmain.




see,Neolofa wooo.sangat cantik.kulit dia mulus.gambar tak clear,semua gambar aku guna kamera phone je.

tengah duk belek majalah dekat karangkraf,tiba tiba seorang perempuan cuit bahu aku.

"adik,jom masuk contest tudung express,anizon dan majalah dara yang anjur,kejap je dalam 4 minit.".

ragu ragu juga nak masuk takut kena buka tudung tengah ramai orang .hahaha.gila kau.akhirnya aku tarik roomate aku masuk juga,kami pair.



sebelum ditudung dengan tudung lain.ngeh ngeh ngeh.anizon dah sediakan kami selendang dan aksesori.pilih je nak yang mana.aku lebih prefer akesori tak sarat dan cara yang paling senang,mudah,ringkas tanpa gunakan kerongsang.hanya gunakan 2 jarum dan siap.masa 1 minit diberikan.




entah kenapa aku tak rasa berdebar berdiri atas stage neolofa tadi,kah kah kah.sebab rasa akan kalah kot.

kak anizon mengumumkan budak tudung purple menang nombor 1.berpelukan la aku dengan roomate macam menang miss universe.cehh.terima kasih kak ani.inner dari kak ani macam best je.nak try la.siapa nak kenal kak ani,boleh la beli majalah dara.hihihi.



terima kasih kak ani.terima kasih diba sebagai assistant.kah3.terima kasih syikin sebagai photographer.hik3



bersama para pemenang.

ps:lepas ke pesta buku,aku berjimba dengan nisa kay pula kat Berjaya Time Square...


oppps!!terima kasih kepada semua peserta contest tagline blog yuyu.semalam contest ditutup.pemenang akan diumumkan insyaallah 9hb 5 (isnin).pastikan jenguk blog ni kalau nak tahu pemenang.hihihi.minta maaf lambat umum pemenang.

Apr 26, 2011

Teater

hari bersejarah la sangat buat aku apabila memegang watak  nenek kebayan dalam pementasan teater .hebak kan???terpaksa la aku jadi nenek tua bongkok bongkok atas pentas.grrrrrr!!!menyampah.tapi ada satu part aku suka bila aku kena cakap

"see clearly,i'm nenek kebayan but you can just call me Lisa Surghihani!".ngeh ngeh ngeh.sengih kejap.tu watak gedik geli sesangat.



secara ekslusif.nah nyah!gay boleh contact aku mintak nombor telepon dorang.sentap hati mak nak tahu.sabor jelah.kah kah kah.



batch hijau flouresen tanpa uniform.



kesayangan aku.mimi dan gee.



bersama prince.ifah sangat macho!


sebelah aku tu princess gunung ledang.dah hilang crown kena curi.


kalau paris hilton ada bela anjing comel bawa kemana mana,nenek kebayan ada bela sea lion @ dugong.ni la dia.aku mekup jadikan sea lion cute.kau mampu?ngeh ngeh ngeh...


ololor,sangat comel okeh.doraemon.






gambar gambar ni gabungan 3 group.aku join untuk dapatkan markah coursework semester ni.hehe.sampai sekarang aku tak tengok video teater tu.tak akan tengok sampai bila bila.malu malu.tutup mata.haishh


ps:siapa tak join lagi contest tagline belog yuyu lar boleh join!!!hehehe..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...