Entry ni untuk perempuan saja.
Bila kerja banyak, assigment melimpah ruah minta siapkan cepat, aku pula ada idea melencong ke lain pulak. Melencong rasa nak make up. Walhal, tiap hari pandai pakai compact powder sama lip balm je ke kelas. Tak sedar diri ada hati nak bagi tutorial. Eleh.
Dengan menggunakan pilihan warna purple dan hitam (dalam petak ) daripada Melissa Saira Beauty, aku conteng conteng dan jadilah rupa dibawah.
Sila abaikan bahagian lain kerana aku hanya make up dibahagian mata. FOKUS MATA. Dongak sikit walau tudung senget benget kemek.
Sekarang kita mahu cerita bagaimana mendapat mata ada kaler purple sebegitu.Minta maaf gadis gadis comel, aku hanya pandai menggunakan paint untuk tunjuk cara memakai eyeshadow. Potoshop dan edit mengedit saya sangat fail . Nak ambil gambar, telefon aku rosak/kamera takde sd card dan blablabla. Banyak alasan kau kan.
Sapukan warna paling asas sekali, [biru muda, purple muda dan segalanya muda muda muda]
Selepas sapu warna asas, sapukan warna sedikit gelap [2] dibahagian keluar mata (tengah ke luar mata). Sapukan warna sedikit lembut pada tengah kedalam mata [1].
sapukan warna hitam/gelap pada hujung kelopak mata sampai ke tengah.Kasi shading/bayang bayang.
Akhir sekali lukis mata menggunakan eyeliner. Nak melentikkan lagi mata, gunakanlah maskara. Sebenarnya nak menambah kegojesan mata adalah guna bulu mata palsu tapi aku tak reti nak guna dan tak pernah try. Hik hik hik.
Selamat mencuba!!! Boleh try dipagi raya.
Ps: Entry ni ditujukan khas buat roomate kesayangan yang telah berada jauh dimata kini. Wahhhh!!!!























