Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Mar 28, 2011

MENJEJAKI LELAKI IDAMAN

Lepas balik dari Genting kota keriangan ,terus terpikir selama ni aku buka tutup mata siang malam,buat assignment malam malam la sangat,pergi balik sekolah,masuk matrik sia sia,join KKM sebab nak kaya dengan alaun,merantau ke banyak negeri (2 jer tapi lebih la dari SATU)...(dot dot dot maksudnya sambungan)

namun...(ada angin meniup selendangku)
namun...aku lupa tentang suatu perkara..
oh lelaki idaman!!!!


walau video ni sepenuhnya babak dalam movie Eiffel i'm in love..kau nak hayati susah melainkan lirik lagu tu ubah jadi subtitle atau kau alih sendiri bahasa kepada suara gaya telenovela,namun tetap dapat feeling nak cari lelaki idaman..cu buat..feeling kan?(kalau kau tak rasa pape maknanya kau kahwin dengan lelaki pilihan nenek kau!!!),,ngeh ngeh...

Mula mula aku jejak dan ikut dan skodeng mamat korea ni.

kau tengok.berkepit jer.tak mahu la aii.

 


kau tengok lagi.bukti bukti dia memang setia dengan awek dia.tangan tuh.tuh tangan dorang tuh!!
maka,beliau tidak langsung memandangku yang jauh lebih gelap dari buah hatinya.nak jadi kekasih gelap pun tak mampu you olls.maka,jangan berangan yuyu!!STOP IT!




TAK DAPAT YANG KOREA,DAPAT YANG NI PON BOLEH masuk list kot.kot kot..macam la dia nak kat kau.eleh.

okeh.dari baju nampak topi.

fuhhhhh!!!macho beb.*gigit jari

sayang..pandang la sini..I nak ambil gambar nih..


tudia...gila hansome.macho.tinggi.putih.maskulin.muda.remaja.taff.kulit mulus.hidung mancung.ada gaya.

CARIKAN LELAKI INI UNTUK SAYA!!!!SEBIJIK INI!!!

gataii nak mamposs kau!


emak: mak nak kau cari yang beriman.
 anak:okeh. disebabkan saya anak solehah maka...

CARIKAN LELAKI INI UNTUK SAYA!!!SEBIJIK INi!!!TAPI..BERIMAN..
sejuk perut mak mengandung.tak gitewww mak??ngeh ngeh ngeh



Mar 21, 2011

100 perkara perempuan jelik tengok perempuan


gambar hiasan



1.tengah tidur kemudian jiran sebelah bising bergayut jerit maki hamun atau gelak ketawa dengan pakwenya.

"apa kau ingat kau sorang ada pakwe?hah?"


2.tengah syok main boling masuk longkang tiba tiba satu group lelaki tolong perempuan pakai heels 5 inci main boling.siap ajar cara pegang dan baling bola lagi.

"kok ye pon nak tunjuk hero,baik kau ajarkan dia cara pakai kasut boling dulu"


3.perempuan buruk burukkan pakwenya masa gaduh tapi bila berbaik burukkan kawan yang dia  dicari dulu.


4.gedik bergatal dengan pakwe/tunang/suami orang.


5.kulit muka mulus bukan macam tepung gomak.opppps!


tiba tiba mata aku kuyu,kaki aku kebas dan badan letih sangat,lupa siang aku tak tidur.tidur  tak cukup.8jam belum cukup untuk tidur.aku perlu tidur.walau drama korea banyak lagi aku tak habis tengok.aku perlu tidur.walau 95 perkara perempuan jelik tengok perempuan aku tak habis story lagi.aku kena tidur.arghhhh!!!

bersambung...

good night dunia!


Sep 8, 2010

hati perempuan

''perempuan boleh maaf tapi tak boleh lupa''.
korang pernah dengar tak ayat ini?macam itu jugak la hati perempuan.kalau laki laki dia sayang hancurkan hati dia,dia akan sabar dan dan sanggup bertahan tapi pada satu tahap dia rasa lali dan hati jadi keras,kau wahai jantan jangan dekatinya dan mintak maaf.tiada maaf bagimu.wahai laki laki nak ke seorang sumpah kau akibat kau curang dengan dia.ayat dia biasa biasa jer macam ini.


''aku sumpah kau takkan bahagia dengan mana mana perempuan sebab perbuatan kau tuh!''
amacam bro?baru sikit nih.kena sumpah je pun.tu pun kalau mulut dia masin.


lagi kak?


''tiap titis airmata aku mengalir sebab kau,tiap tu jugak la aku tak maaf kau.''

ni pun sikit jer.setakat tak maaf,apa la sangat kan?



curang la lagi wahai jantan.ambik kau yang ini

''aku sumpah kau mandul,Ya Allah kabulkanlah doa hambamu ini''.
sesungguhnya doa orang yang dizalimi dimakbul tuhan.kau curang dengan dia,kau tipu dah kira zalim dah.tambah lagi kau buatkan mak bapak perempuan tuh risau anak tak sentuh nasik pun,makan apatah lagi.


''kalau aku tak mampu maafkan kau di dunia,tuntut aku diakhirat''.
jangan main main....jantan di luar sana,bersedialah kena sumpahan yek gara gara perangai korang.kah3..



jangan fikir positif yang hati perempuan lembut,boleh dipujuk.perempuan sesopan Nur kasih pun perlu masa maafkan Adam.tu pun kalau berubah macam adam.kalau tak?go to hell la kau!



perempuan ini bagi hati pada seorang lelaki

namun lelaki itu hancurkan hati seperti ini...



sepanjang umur aku hidup setakat ini,tak pernah lagi aku dengar seorang perempuan maafkan seorang lelaki akibat kecurangan,penipuan.itu boleh jadi FAKTA sebab aku seorang perempuan.

Sep 5, 2010

tips hilangkan sunburn

hiiii kawan kawan.bertemu kembali dalam gedik gedikks yuyu lar!harituh kan i pergi berjemur kat pulau pangkor. balik tuh terus hitam   tan kulit sekali dengan muka i.makkk oiiii.dari terus nak tackle anak cina terus i surrender.tapi suka jugak kaler kulit  macam tuh.ala ala jeniffer lopezz gituh.kira tak dapat tackle anak cina,dapat tackle anak mat saleh pun ok lah.auuuwwww ...




ni gambar sebelom pergi pulau pangkor.apa kau ingat cantekk ker yuyu?kipas sebelah tuh lagi cantekkk lah!saje kecilkan gambar.maluuuu...malu?hotak kau!hahaahahaa

ini pulak semasa kejadian.inilah kulit akak seakan tan.taknak aku ngaku hitam.tan okay!!nak kecilkan jugak gambar.malu malu malu.gedikksss

yang ini kesian pulak aku tengok.kah3..kalau boleh lagi kecik aku nak kecilkan..hahaha..gila sedih..sob3

masih lagi mengecilkan muka sebab kulit tak seperti dulu tapi hampir2.apa kau rasa kau putih ke yuyu?

.





akak akak ambil kertas dan pen.i nak kasi tippsss nih.


  • bila sunburn,kulit pun jadi kering.so,jangan tinggalkan bio oil atau minyak zaitun untuk dipakai dikulit termasuk muka.sangat berguna okay!kalau takde sila beli.kah3..memaksa pulak si gedikss nih.

  • biarkan kulit rehat tanpa mekup.bila sunburn la kau nak tempek bedakk banyak2 kasi putih kan?oohhh itu salah!kulit sekarang tengah terrrrrrkeeezuuuutttt beruk dengan UV kau taruk tempoh hari tuh.kau boleh taruk bedak tapi sebelum itu taruk bio oil dulu.

  • toner jugak sangat penting.toner ini berfungsi membuang sel mati.bila sunburn,kulit mengelupas kan?tak perlu kau tarik kulit tuh macam buang masker.lagi seksa.kat tangan pun i sapu toner dengan kapas.

  • sekarang pigment untuk sekatakan kulit juga diperlukan.ia berfungsi membuang melanin dikulit.disamping sekatakan kulit.



  • jangan lupa cuci muka sebelum tidur dengan pencuci muka.selamat tidur dengan bedak sejuk.aloevera pun boleh jugak.macam i nih konpem la pakai alovera sebab dia dari tumbuhan.baru nampak ada style sikt.berlagakkk!takde lah sebenarnya i pakai alovera yang berbentuk gel dari de bella.nanti i tunjuk.harga rm 37.sangat berguna.3 bulan pakai pun tak habis habis lagi.


  • orang kata pakai sunblock sebelum berjemur.tapi kan kita orang asia,macam i nih pan asia konpem konpem la takleh pakai sebab alergikk.asyik alergikk jer kau nih.blahhh arrrr weyy....kalau alergik jangan gatai habiskan duit beli!



  • untuk kulit,pakaikan losyen taw.fungsinya nak lembabkan kulit.selain dari itu dapat cerahkan kulit jugak.



  • jangan basahkan muka masa panas panas.tambah lagi air laut.lagi teruk kulit kau.

hah!yang ni macam berlagak gila.apa kau ingat masuk mall kau ada duit ke?last sekali kau pusing uptown jugak kan.ini lah terbaru selepas macam2 tips i guna you..cuma tak cucuk botox je.


toner ,pigment dan alovera i dapatkan daripada humairahs boutique set de bella.
selama sebulan aku pakai,ada perubahan la.gila perasan minah nih!  tak kesah la kalau korang rasa takde.tapi yuyu gediksss tetap nak kata ada.hehe..

selamat mencuba.jumpa lagi di lain entry...


Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!


Cantikkan??nak tahu lebih lanjut pasal Sakura candy Malaysia ni boleh klik link bawah ni

Sep 3, 2010

tutorial cara memakai selendang memberi bentuk V

assalamualaikum....
kesempatan ini aku nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA' maaf zahir batin.terima kasih tak terhingga visit belog ini.kah3.akak akak makcik makcik adik adik,maiiii aih sini!nak tunjuk sikit cara pakai selendang kasi bentuk V .macam mana V tuh?hah tengok....


maksud V nya macam tudung perempuan kat atas nih.yang kanan tuh senget sikit ditiup angin.ahaksss...

tutorialnya ini tanpa jarum taw.simpan semua jarum jarum korang guna untuk pakai susuksss jek.oppsss!
bahan bahannya kakak kakak yek  hanya mana mana selendang.seharusnya kain selendang  agak tidak terlalu lembut kerana nak memberi bentuk kepada muka..memberi bentuk  kepada muka  agak susah terutamanya yang bulat macam perempuan di atas.


kerongsang atau pin digunakan hanyalah 3 bijik.
semudah ABC.tak sampai 2 minit dah siap pakai.
nak pergi beraya takde lah semua orang bising bising menunggu kita 
korang.hehe


sorry yek adik adik.suara tak kuat.projek ini dijalankan semasa roomate tengah tidur .
kah3..

  • selendang di ukur  sebelah panjang dan sebelah pendek.tak perlu gunakan pembaris.itu melampau ye dik .lipat dahulu selendang tuh sebelum di pin.pinkan sekali bersama lipatan tuh.

  • yang sebelah panjang dililitkan dan kemudian longgarkan pin tadi dan pinkan sekali dengan lilitan yang baru tuh.korang boleh agak labuh mana korang nak.seeloknya jangan pinkan lagi dibahgian bahu itu.biarkan atas bahu tapi jangan kasi jatuh pula selendang tuh.hehe
  • yang sebelah pendek ditarikkan ke bahu kiri atau kanan.(korang boleh agak agak yang ni).akak nak eksplen tak berapa mahir.hehehe.akak lagi suka pinkan kedua dua belah bahu akhir sekali sebab kita boleh agak center dia kat mana.

  • akhir sekali.korang boleh pin kan kiri kanan bahu.cucuk!kelabuhan ikut sesuka rasa dan kesesuaian korang nak.bila jadi V nampak agak kemas kan?

akak biasa pakai gaya ini untuk ke kelas.sangat mudah dan kemas.
nanti akak tunjuk gambar.next next entry kot.
kalau tak paham boleh jumpa secara personal...
ini first entry akak pasal tutorial.maaflah segala silap.








Aug 25, 2010

kenapa perempuan berubah hati?part one

okay kawan kawan.bertemu kembali dalam keluh kesah kak esah  yuyu.sebagai perempuan la kan,nak berubah hati tu bukan senang tapi kadang kadang senang jugak.

apa kau cakap ni yuyuuuu?.

macam ni la kan,perempuan ni pun manusia jugak dan berubah ubah juga sifatnya.macam aku,dulu suke sangat kaler putih tapi sekarang lagi sukakan kaler yang ceria.kuning.merah,hitam.hijau bersinar sinar.


dalam bab hati ni.perempuan berubah sebab sifat lelaki tu sendiri.takkan bergoyang pokok kalau tiada angin yang menolak,tak bergelora air jika tiada ombak mendampinginya.amboiiii kau berbicara!ehem ehem.tak dinafikan mula mula bercinta amboi laki pijak semut tak mati tapi lama lama perangai asalnya akan keluar.
pada mulanya semut tu pikir banyak kali

 '' aku nak mati ke tak.laki ni pijak aku ke belai belai aku?''tak ke konpius semut tu kannnnn...

lama lama,semut tuh berkata:
''kau tak pijak pun aku rasa nak mati!''




perangai macam mana tuh yek?


  • lelaki dengan semulajadinya ada sifat cepat bosAn.so,membuatkan perempuan ragu ragu.so,kena la reject awal awal laki nih.

  • lelaki yang ego nya melambung!yang ni memang meluat menyampah aku nengok.kalau hansome ,mata kuyu macam farid kamil takde la nak meluat sangat,ni tak cakap pun senget benget,pastuh nak ego ego.amboihhh bang,mau pelempang ka?

SORRY yek abangg  farid kamil.i terpaksa letak gambar you nih.just nak tunjuk mata you yang kuyu nih membuatkan yang menyampah jadi menyuka...ehem ehem...
  • lelaki yang berlagak .dapat malukan diri sendiri je.


KES PERTAMA
''bapak i ada bmw,merz...boleh la ronda2 bawak you''...

KES KEDUA
''i baru je beli bag.rm 300 taw.selepas tolak tolak campur campur..sangat murah''

padahal si makwe tahu je tu barang siam.oppppps!dapat makwe yang taktaw  boleh la kau kelentong.tapi kalau yang high taste kau kelentong alamaknye reject lagi la.
nah!masuk dalam plastik bag i nih.oh my DIOR! *gedik gedik dengan punggung tertonggek*.sebolehnya lelaki tu rendahkan la diri tuh (bukan pendekkan body taw,cuma hadirkanlah rasa rendah diri tu).baru hati wanita ini cair.betul la you.i tak tipu.nak berlagak buat apa kannnn...

  • lelaki perasan macho dan buat buat macho pun membuatkan wanita masa kini rimas yek wahai abang abang.jadilah diri sendiri.wanita lebih tertarik pada lelaki yang sedia adanya dirinya macho konpemnya dan lelaki yang menjadi dirinya.

tengok abang  depp nih.nak kata macho semestinya la kan.cuba bayangkan lelaki tak macho buat2 macho macam nih.tak ke buruk?....telebih la pulak kau yuyu!jangan marah...hik3
 
  • kalau lelaki tak suka wanita yang ada body order.macam tu jugak la wanita kurang suka lelaki yang sedemikian.so,jagalah kebersihan badan anda serta pemakanan anda.

  • lelaki yang selalu abaikan girlfriend nya demi bersama kawan kawan dia je 24jam .perempuan ni lebih beremosi dan selalu fikir bukan bukan.contohnya....
''you,tak jadi la dating hujung minggu nih,i nak main futsal.kalau takde i dalam team maknanya musnah la team tuh.kawan kawan i mengharapkan i pergi'' si teruna berkata demikian.

buat perempuan yang dah biasa dan lali dengan keadaan ini akan jawab dalam hati

''entah2 kau nih gay.asyik nak berkepit dengan laki jek''.tak ke jadi fitnah dalaman tu yek?ehem ehem.akak taktaw.


mak aiiiii...euuuuwwwww...

  • lelaki yang selalu abaikan teman wanitanya dalam bahasa sopan.lelaki lelaki ini tunggu masa je untuk girlfriend nya berbaik dengan lelaki lain dan berubah hati.so,jika terkena pada batang hidung sekarang.sila sila la meminta maaf dan berubah.sememangnya pemikiran wanita dan lelaki itu berbeza.wanita akan lebih fikirkan negetif bila perkara yang sama berlaku pada dirinya.

  • bila rasa hormat wanita terhadap seorang lelaki berkurang,maka kurang jugak la kesetiaan itu.so,wahai lelaki,jangan telalu memilih wanita yang jauh lebih tinggi citarasanya daripada anda.risau suatu hari beliau jumpa yang sama seangkatan,beliau berubah hati dan selamat tinggal la romeo....

semua ni bergantung pada hati wanita jugak.walau banyak mana keburukan dan hati tu sayang dan setia macam akak ni kan,tetap tak berubah jugak hati tuh.selama akak perhati,inilah antara puncanya.wahhhh tetiba keluar akakkkkk bila tengok gambar gay tadi kan.kah3

ok la akak nak tidur dulu.banyak lagi nak cerita nih.to be continue yek.cow cin cow....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...