Showing posts with label lelaki idaman. Show all posts
Showing posts with label lelaki idaman. Show all posts

May 18, 2011

Kenapa Salih Yaacob Dipilih Wanita Muda ?


Salih Yaacob bersama isteri isterinya. Perghhhh  hebakk!


Bila tersentuh pasal wanita muda ni terasa la pula. Ngeh ngeh ngeh. Ehem ehem ehem.Umur baru 17 . Tapi bukan calon isteri Abang Salih Yacob hebat kesayangan para wanita muda . Teeeeettttttt. 


Dulu aku hairan juga kenapa perempuan memilih lelaki tua dijadikan suami ? Bukan ke muda lagi hansome dan  tak berkedut ? . Dulu masa Siti nak pilih Dato K aku bantah sekeras keras nya . Aku bantah sebab waktu tu umur aku 12 tahun ( Iya iya je kau...) dan aku hanya lihat luaran sahaja. Siti comel dan Dato K hansome juga ( Ambil hati..) tapi bermisai . Aku geli dan aku bantah.?Normal la tu budak 12 tahun berfikir.


Sekarang lepas berguru dengan pengalaman. Aku boleh meneka sebabnya. Pengalaman la sangat kan...

1.Matang.

Kau akan jumpa ke budak lelaki umur 20 sematang lelaki 40 -an?.40- an pengalaman banyak derr. Kau sorok emosi dia masih lagi boleh membaca. Budak umur 20 mampu ke?


2.Kemas , Pandai bawa diri .

                                 
             
Lelaki 20-an memang la kemas juga tapi kemas luaran je . Ce try terjah bilik dia ? Ada kau nampak indah  seperti Deco Bersama Eric Leong ? Tentu tidak!.Lelaki berusia lebih terurus dan pandai membawa diri. Lelaki muda pandai tengok bola , main DOTA je.


3. Pandai Jaga / ambil Hati Perempuan dan Famili.




Lelaki muda pun pandai juga tapi pandai sekejap je . Apabila tak sanggup terima kekurangan perempuan / pasangan , Maka jalan terbaik cari perempuan lain . Setuju tak kakak kakak ?. Disebabkan lelaki berusia ni lebih bijak dalam menjaga hati dan perasaan , maka mereka dipilih wanita terbabit . 


4.Bijak Berwang.$$$$$$.




Aku nak taip berharta kang cakap mata duitan pula . Maka ,  berwang dan bijak menguruskan duit lebih tepat dan sopan barangkali . Golongan abang Salih ni dipahamkan ada duit dan mampu menyara anak dara orang berbanding lelaki muda yang mampu bazirkan wang untuk Winston ( Rokok eh?...) dan barangan pembaziran yang lain.


5.Mampu menguruskan keluarga / Menjadi Ketua keluarga yang sempurna.

Pengalaman orang tua lebih berusia dan matang kata orang . So , nak menguruskan keluarga tu senang baginya . Lelaki muda mampu ke jadi ketua keluarga kalau tuala pun letak merata , baju pun 5 hari pakai baru basuh  dan bini dianggapnya orang gaji.


Cukup la kot faktor lelaki berusia dipilih. Tapi terus terang , Lelaki muda akan mendahului carta jika lelaki tua adalah seperti....

Hansome tak hansome tak. ( Boleh dibaca dari kanan ke kiri sesuka hati anda.)


1.Kahwin untuk cukupkan kuota.

Nafsu semata mata . FULL STOP ! Dasarrrr @#$!%!#$%!

2.Tawar hati dengan bini sedia ada yang agak berisi selepas melahirkan anak 7 orang.

Melampau namanya tu  . Suka hati bapak tiri laki mak engkau je. 

3. Sentiasa ingin merasa muda walau cucu dah masuk sekolah menengah.

Nak muda sangat tukar nama la . Imuda. Grrrrrr.

4. Tidak bertanggung jawab

Tanggungjawab boleh dilihat sewaktu perkahwinannya terdahulu (nak cakap dia duda la nih?....). Jika isterinya / bekas isterinya seorang yang agak sempurna namun masih mencari wanita lain dan abaikan anak anak , Maka lelaki sebegini wajib diabaikan. 

5 .........................( Untuk korang isi...)


Setiap orang ada taste tersendiri . Taste aku biasa biasa je . 

Fahrin Ahmad ? Oh tidak !!! Aku tak pernah rasa dia hansome . Dia pun tak pernah rasa aku cantik kot.ngeh ngeh ngeh.



Farid Kamil ? Semestinya!!!!!


                                 

                                 Mungkin Emi dengar lagu ni kot dia terus  jatuh cinta .Siapa tahu kan?

Apr 28, 2011

Lelaki itu seorang photographer


perkenalkan kawan aku,pamela anderson nama bluetooth nya.siang tadi kami ada explorace dekat putrajaya.aku satu group dengan dia.aku berlari sambil pegang tangan pamela .tak lembut,sedikit kasar.

tengah berhenti ambil check point,terjadinya fanomena mata jack sparow. dia memandang tak berkelip ke arah photgrapher rambut serabai tapi cute.boleh bayang?

lelaki tu kulit putih gaya agak sopan.agak lama juga lah dia ngadap budak jambu tu ambil gambar.riak muka pamela minta simpati terlebih.sekali lelaki tu fokus kamera dekat muka dia.balas simpati agaknya. terus undur kawan aku ni pergi kat aku.malu la tuh.kah! kah ! kah!


***********

lajukan cerita.kami dah sampai kolej di shah alam.nak terima hadiah la kononnya.dapat hamper saguhati beserta  rm5 setiap seorang.lepas la nak pekena sirap bandung dan nasi bujang.telan air liur kejap.slurrppp!


menang hamper rasa macam menang grammy award.


selepas dapat hamper,tiba lah masa kemuncak ditunggu tunggu orang gila glamour.masa bergambar beramai ramai.yang tak tahu malu mesti duduk depan sekali.pamela ajak aku duduk depan sekali.eh tipu!.aku sengaja duduk depan dan pandang budak lelaki tu.padahal ada 2 photographer,tapi ntah kenapa aku rasa muka dia sedap mata memandang.so,aku pandang arah dia jela.tu gunanya bakat dan rupa.ye dak?


gambar hiasan.

dia terpaksa panjat kerusi nak dapatkan shoot terbaik.versetile beb.aku pandang dia.bola mata kami bertembung.seakan berhenti kejap saat itu.perghhhh!!!.terkedip kedip mata aku.aku senyum.dia balas senyum.aku malu maka aku pandang pamela.sekali kedebooooooooooommmm bukkk bukkkk!!!.


dengan pantas kaki aku bergerak selangkah sambil tangan terangkat sedikit.tergamam.lelaki tu jatuh dari kerusi.ikutkan hati nak jer sambut tangan dia agar tak terjatuh.arghhhh. ramai pula orang belakang aku,nanti gosip.aku tak mahukan gosip murahan.ngeh ngeh ngeh.

lepas dari tu aku dengar lagu Gareth Gates ni tak henti henti.layan feeling beb.


                          


    can you feel it??kah!kah!kah!

ps:tak sabar nak pergi kolej.





Apr 16, 2011

Lelaki dan Motosikal

lelaki ni banyak jenis,ada yang terasa hebak dengan perlakuan,harta benda,dan pergaulan.yang aku nak ketengahkan pasal harta benda.ni ayat selepas baca buku karangan BM  SPM.


lelaki kalau takde moto nak pergi kelas,baik menangis sekarang.tak rasa sedih ke bila tengok lelaki lain ada motosikal berkuasa kecil dan besar? helmet pula conteng sana sini.aku tengok ramai je budak kolej Pitih Pitih ni bawa motosikal kuasa besar dengan gaya takleh blah.aku tak minat tengok tapi tertengok.ngeh ngeh ngeh...


kalau gaya stok stok awie,body taff giteww takpe la.tapi kalau kurus keding kering kalah osman kering?*pitam.


nah motosikal sebijik.aku tak tahu nama apa moto macam ni.tak join group motosikal berkuasa besar kat facebook,jadi aku tak tahu menahu la.hah!gitewwww.

lelaki sebegini terasa hebak bila hari selepas hujan,lalu tepi awek dan percikkan air setinggi ombak tsunami kalau boleh.lepas tu buat muka serius dan blah.lepas parking motosikal,dalam hati mengharapkan jumpa sigadis yang telah terpercikkan air sebentar tadi.kemudian minta maaf dan belikan baju baru.hebakkk bukan?gentle-man lagi.


lagi rasa hebakk bila  sekali sekala ada awek tulis surat layang kat atas moto macam ini...

"moto awak cantiklah...awak mesti hensem kan..=)"


Bab surat layang ni baru je buat minggu lepas.tak sempat tengok tuan motosikal datang ,bas dah datang.selamat tinggal abam taff..ngeh ngeh ngeh..


ps:aku tak minat lelaki bawa motosikal besar besar,cukup la setakat bawa mini cooper.kecil je tapi cool.

Apr 9, 2011

Tanda Tanda Lelaki Jatuh Cinta

Duhai rakan taulan.tiada perkara lain selain ke selain gambar ni kau tertag aku kat facebook?




  1. Dia bersungguh memutar belitkan keadaan.
  2. Dia sentiasa berlagak macho
  3. Dia banyak menipu
  4. Dia berusaha sedapkan hati perempuan untuk memikat tetapi bila dapat dia sengaja lukakan hati perempuan.
  5. .Dia sentiasa memuji perempuan untuk kebaikannya
  6. .Dia selalu mengutuk perempuan di belakang dan depan-an
  7. Dia tidak suka perempuan mekup tebal tetapi yang tu juga dia pandang tak kelip
  8. Dia mudah berubah hati 
  9. adakalanya dia jujur tak bertempat
  10. Dia menjadi berani bila berada dalam kumpulannya
  11. Dia kadang kadang je caring
  12. Dia merasa hebat bila melucah
  13. Dia selalu campak tuala merata tempat
  14. Dia akan selalu menggatal
  15. Dia kerap tengok porno
  16. Dia cuba jeling perempuan lain walaupan aweknya disebelah
  17. Dia membuat alasan dimana mana saja
  18. Jika didepan bakal mertua,sopannya mengalahkan anak dara tetapi dibelakang adalah sebaliknya...
  19. Apabila ada peluang,dia akan mengambil kesempatan
  20. Dia menggangap perempuan bagai baju boleh pakai buang dan tukar tukar.
  21. Dia tidak akan  bersimpati keatas perempuan yang terlalu sayangkannya
  22. Tidak semua lelaki adalah lelaki,kebanyakkannya adalah GAY!!

korang tak payah la klik next dan next aplication tu yek.aku dah bagi jawapannya.ngeh ngeh ngeh..

Mar 28, 2011

MENJEJAKI LELAKI IDAMAN

Lepas balik dari Genting kota keriangan ,terus terpikir selama ni aku buka tutup mata siang malam,buat assignment malam malam la sangat,pergi balik sekolah,masuk matrik sia sia,join KKM sebab nak kaya dengan alaun,merantau ke banyak negeri (2 jer tapi lebih la dari SATU)...(dot dot dot maksudnya sambungan)

namun...(ada angin meniup selendangku)
namun...aku lupa tentang suatu perkara..
oh lelaki idaman!!!!


walau video ni sepenuhnya babak dalam movie Eiffel i'm in love..kau nak hayati susah melainkan lirik lagu tu ubah jadi subtitle atau kau alih sendiri bahasa kepada suara gaya telenovela,namun tetap dapat feeling nak cari lelaki idaman..cu buat..feeling kan?(kalau kau tak rasa pape maknanya kau kahwin dengan lelaki pilihan nenek kau!!!),,ngeh ngeh...

Mula mula aku jejak dan ikut dan skodeng mamat korea ni.

kau tengok.berkepit jer.tak mahu la aii.

 


kau tengok lagi.bukti bukti dia memang setia dengan awek dia.tangan tuh.tuh tangan dorang tuh!!
maka,beliau tidak langsung memandangku yang jauh lebih gelap dari buah hatinya.nak jadi kekasih gelap pun tak mampu you olls.maka,jangan berangan yuyu!!STOP IT!




TAK DAPAT YANG KOREA,DAPAT YANG NI PON BOLEH masuk list kot.kot kot..macam la dia nak kat kau.eleh.

okeh.dari baju nampak topi.

fuhhhhh!!!macho beb.*gigit jari

sayang..pandang la sini..I nak ambil gambar nih..


tudia...gila hansome.macho.tinggi.putih.maskulin.muda.remaja.taff.kulit mulus.hidung mancung.ada gaya.

CARIKAN LELAKI INI UNTUK SAYA!!!!SEBIJIK INI!!!

gataii nak mamposs kau!


emak: mak nak kau cari yang beriman.
 anak:okeh. disebabkan saya anak solehah maka...

CARIKAN LELAKI INI UNTUK SAYA!!!SEBIJIK INi!!!TAPI..BERIMAN..
sejuk perut mak mengandung.tak gitewww mak??ngeh ngeh ngeh



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...