Showing posts with label tips gediks. Show all posts
Showing posts with label tips gediks. Show all posts

Apr 11, 2011

Hilangkan EYE BAG?

masalah paling ketara dimuka aku bila eye bag taknak hilang hilang.apa itu eye bag???


EYE + BAG?=EYE BAG

bukan!!!bukan!!! bukan..

sorry lukisan buruk.ini la Eye bag.yang beri muka nampak tua selalu.grrrrr.


jom kita tengok cara mengatasi EYE BAG .maka, lingkaran hitam di mata anda bakal hilang tidak lama lagi.percaya lah!(versi jual ubat paksa dan rela)

1.mata perlu diurut menggunakan krim badan selama 5 minit ,kemudian lap dengan kapas.


2.lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndamkan dengan air susu .


3.basahkan kapas dengan air mawar pada kapas ,kemudian biarkan pada mata selama 10 MINIT.


4.Masukkan kiub ais kedalam kantung teh.sejukkan selama 1 jam didalam peti ais.kemudian,tekap pada mata.


5.urut bahagian lebam bawah mata dengan menggunakan krim pemutih dengan lembut.(untuk lebam masalah eye bag saja,lebam dipukul terkecuali okay)


6.sapu timun di bahagian bawah kelopak mata setiap kali sebelum tidur.


7.kisar isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon.sapu pada bahagian bawah mata sehingga kering.


contoh mata letih macam....



try menangis sekali nak tengok..nangis la..






Apr 8, 2011

Tips Mengambil Hati Bakal Mertua

tengah aku baring ngadap laptop yang agak suam suam kepanasannya,roomate aku termenung.aku tenung.

"awat ni babe?lu gelisah jer".dengan gaya prihatin aku soal.

"aku risau la mak aku banyak soal pasal pakwe aku.dia macam tak suka je.macam mana kalau dia betul betul tak suka???"

aku diam.aku dongak.aku tunduk.tarik nafas.kawan aku ni sekarang kalau diberi pakai kebaya dan suruh duduk bawah pokok pisang,tak ubah seperti video gelora nyanyi P.Ramlee dan saloma dah.

macam lagu gelora jiwa ni.takkan la aku nak suruh dia cari lelaki lain.maka....


"macam ni la kawan,wahai sahabatku(tambah sendiri)..mula mula kau kena tahu mak kau suka lelaki macam mana"

"mak aku pentingkan lelaki jaga solat,sederhana jer"

"kalau macam tu kau bawa la Remy(bukan nama sebenar) kerumah kau dan pastikan dia tak solat lagi.pastikan dalam poketnya ada tasbih.dalam kereta ada surah yassin.bila sampai je rumah kau,pastikan dia terkejar kejar nak solat walau masuk waktu solat satu setengah jam lagi."

Remy-bukan gambar sebenar
credit pic:mr google


"mak aku risau remy anak orang kaya,pergi kelilingi dunia tapi aku semenanjung  Malaysia pun boleh kira berapa biji (biji ni lebih kecil dari buah.maknanya kawan aku tu memang tak meluas la tempat dia pergi) tempat je aku pergi".jawab dia dalam tangisan.

aku dekatkan diri dengan kawan aku ni.rangkul bahu dia.

"kau ubah cara ketrampilan Remy dari sekarang juga.kalau dia pakai baju Bonia jer,apa kata kau tukar imej kepada baju dari HARI HARI?.sangat low profile tuh.".aku jawab tanpa berbekalkan modal nasihat yang kukuh.


"kalau lepas kahwin macam mana pula?".hah sudah! makin mendalam soalannya.sekali lagi aku diam.tunduk.

"tunggu kau kahwin dulu baru aku cakap boleh?..ngeh ngeh ngeh".



akhir kata,aku cuma boleh cakap.kalau jodoh tak kemana.mak bapak tak suka ,jiran tetangga benci,kucing memeow suruh pergi tu semua hanya cobaan jer.sampingan.ala,macam daki di celah kuku je,kalau Tuhan Izinkan,bersatu la jua.tiba tiba jiwang.grrrrr.




Apr 3, 2011

kesalahan dan bersolek/bermekup.

hai you olls.tips gediks lagi dan lagi.sekarang ni ramai perempuan beli mekup untuk cantik tapi kalau salah teknik rugi ooo beli alat mekup mahal mahal.eleh macam la aku pandai mekup.cakap je lebih.hehe.aku kutip dari pengalaman dan pembacaan , kemudian buat entry ni.keh keh keh.


1.jangan berbedak terlalu tebal.
mak oii kok ye pun nak tutup cela di muka jangan tutup dengan bedak tebal tebal,muka akan nampak seperti topeng.sekali lagi "topeng".



2.elakkan memakai maskara pada bahagian bulu mata bawah.
kalau anda seperti saya yang memang tak mahir memakai maskara,mata anda akan jadi lebam dan makin sembab.mataku semulajadi lebam dan kadang kadang jer tak lebam.bila melakukan teknik salah,terus masuk dalam spesis panda.



3.memakai blusher terlalu tebal.
kegunaan blusher ni nak naik seri muka tapi bila ber-blusher tebal dan pink je muka tu seakan pink panter terus nampak pelik.jangan buat ye kawan kawan.



4.bedak terlalu nipis
serba salah dah disini.tadi kata bedak terlalu tebal jadikan muka bertopeng,bedak nipis jadi macam mana pula?.bedak nipis akan nampakkan muka pucat.seperti selalu dilakukan olehku.selain tu calar balar muka terjelas you olls.takde dah perempuan ayu,dah nampak macam minah rempit yang insaf adalah.



5.pilih warna bedak dan foundation yang sesuai.
kecantikan sesuatu solekan bergantung kepada pe-nyolek-nya.
bergantung pada kualiti solekan.
bergantung pada warna asas yang ditepek di muka.
ibarat sehelas kertas untuk dilukis.lukisan pula jenis stok stok kaler pastel.seakan bermain dengan rona.apa kau cakap ni?tepuk dahi.ermmm.kesimpulannya,pilih warna asas yang sesuai dengan muka you olls.







Mar 28, 2011

CARA/TIPS PERGI TEMUDUGA LEPASAN SPM

adik adik lepasan SPM sekarang jangan  ketar kaki,pucat muka sebab dapat interview/temuduga bagi menyambung pelajaran tapi tak tahu macam mana menyediakan diri atau membuat persiapan bagi menghadiri temuduga.meh akak cerita sikit sebanyak pengalaman akak untuk temuduga pertama dan bagaimana nak siapkan diri pada hari itu.


korang tahu SPA?

akak dapat tawaran SPA pertama kali selepas mendapat keputusan spm.korang kena isi dulu taw borang secara online kat SINI.Temuduga pertama akak tak lepas,maka akak masuk matrik changlun,kedah.jujur la akak berlagak bila dapat masuk matrik,dah tak pandang kos separa perubatan .gila keji kau kan tapi akhirnya akak ke SINI jua selepas isi borang balik dan dapat temuduga kali ke 2.masa tu selepas matrik,tengah isi borang masuk universiti dan alhamdulilah akak dapat UTM buat degree tapi alhamdulilah akak tak pergi..ngeh ngeh..panjang pula kan kau bercerita.

tips ni akak guna masa temuduga kali ke 2 sebab kali pertama gagal.



TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA LEPASAN SPM

1.susun sijil dengan betul dalam file dengan kemas.Ingat sijil SPM paling penting!!!hari temuduga ramai je tak bawa sijil asli.kena marah free free..


2.pakai baju formal.perempuan pakai baju kurung yang sopan.tudung kemas sampai bawah dada.masa ni buang la stylo mylo tuh.korang tunjuk korang la paling innocent okay!!!kalau free hair,ikat la rambut tu kasi kemas.


3.kalau ada kawan,tinggalkan bag korang kat kawan tu.tak payah gatal gatal bawa handbag carlo rino bagai.bukan interview nak dapat kerja ni.hehe.akak pernah buat  bawa handbag pinjam macam tu.gagal weh.


4.mekup u nipis nipis jer.tak perlu la malam sebelum kejadian kau pergi trim  kening ke apa.setakat pakai bedak dan lipice/nude lipstik colour dah cukup.bagi muka tak pucat.berkeyakinan sikit.


5.masa penting.lagi bagus korang dapat no 1 atau 2 untuk temuduga.maksudnya korang antara yang awal ditemuduga.


6.kasut bertutup dan bagi perempuan tak perlu la kasut high heels tinggi gila gila macam nak pergi dinner.kuncinya korang kena nampak innocent taw!


7.bila penemuduga tanya baru korang jawab okeh.


8.mula mula masuk kena bagi salam.jangan belakangkan punggung kat dorang.bagi sijil.dia suruh duduk baru duduk.


9.korang tunjukkan minat korang tuh.isu semasa kena study dan study apa kos yang korang minta tuh.


10.banyakkan doa.solat hajat malam sebelum interview.kalau dapat tu adalah rezeki,kalau tak dapat maknanya ada lagi yang lagi baik menanti korang.



KENAPA GAGAL DALAM TEMUDUGA PERTAMA?



1.Pakai kasut muncung mengalahkan mulut buaya.tingginya macam nak catwalk depan penemuduga.

2.pakai bag pinjam carlo rino.dah macam janda anak 2 plak aku ni.

3.bercakap dengan penemuduga macam kawan.siap gelak mengalahkan dorang.

4.datang lambat

5.tunggu lambat sangat,bila masuk mula lah rasa nak tidur.oh alasan!!!


Adik adik boleh search lagi tips lain.ni pengalaman akak DO and DONT'S before/during interview.ngeh ngeh..

SELAMAT MENCUBA!!!!


Ps:pakej untuk pelajar perempuan,jika penemuga tu lelaki,buat ayu lebih tahu.kasi bergenang airmata gitu.mata berkaca kaca,mahu depa tak teragak nak kasi lulus kan?tak gitewwww??ngeh ngeh..

Mar 22, 2011

tips tidur bagai Sleeping beauty

serius .serius.aku tak cukup tidur lagi walau semalam tidur awal dan buat orang menyampah baca entry aku.ngeh ngeh.kadangkala impikan  rasa nyaman tanpa sebarang gangguan sewaktu tidur.
seperti....


bahasa tagalog tuh.dulu time kapel dengna Jericho rosales paham la juga.semenjak  dengan si kacak ni memang aku paham korea jer.ehem ehem,

selalunya lepas bangun terasa juga nak beriang gelak ketawa seperti ...

comel kan?ngeh ngeh....


bila tua sikit selalu juga nak tidur ala ala...

sleeping Beauty.nyenyak gitewww you olls.

tips nya apa?tips tidur tanpa gangguan dan hilangkan masalah insomia
banyak pula aku cakap kan.okeh meh sini nak kita tuju pada point sebenar.

1.Mandi air panas dengan usapan aromaterapi
haruman terapi terbaik adalah lavender,vanilla dan sitrus.tabiat mandi dengan air panas  dapat menghangatkan badan kata Dr.Micheal Breaus.tudia...


2.Pilih permaidani yang betul
Fabrik terbaik adalah daripada bahan lembut dan boleh memberi kehangatan pada kaki.kata Dr.Joseph Mercola.so,nak bangun malam malam tu kurang la sikit.tidur pun lena.


3.Bantal harus lembut dan menyokong kepala dan leher dengan baik.
tapi kan aku lagi cepat tidur bila tiada bantal atau bantal nipis.maknanya tahap batal nak sokong kepala dan leher aku setakat bantal nipis nipis jer.kan?ngeh ngeh...


4.Pencahayaan lampu tidur harus betul.
lampu dengan penyaring warna biru adalah terbaik kata Dr.Micheal Breus.dia cakap dapat bantu otak hasilkan mekatonin dengan semulajadi.


5.jangan pakai baju tidur yang ketat.
baju renang je dibenarkan ketat .opppss!


6.wangikan bilik tidur anda.
kalau saya yang sudah sememangnya ada peluh yang wangi tak perlu kot wangi wangi ni.ngeh ngeh..


siapa ada masalah Insomia,boleh cuba!!!!



Mar 17, 2011

Tips Mencegah dan Merawat Bau Mulut

“lalink..hari tu I pergi…bla bla bla..(3000 patah perkataan)”.

seorang gadis berjiwa peramah meceritakan pelbagai cerita kepada kekasih buah hati sanubarinya namun si jejaka hanya diam dan Cuma kadang kadang menjawab.mengapa?


3 minggu kemudian si jejaka meminta undur diri.punca adalah bau mulut.mereka berpisah.


***********


Apakah yang perlu dilakukan jika anda mengetahui anda mempunyai masalah bau mulut namun tidak dapat lari dari masalah bercakap tanpa henti???oh aku tahu mesti ada terbayang dia berada ditempat itu.bagus bagus.


1.memberus gigi 2 kali sehari-setelah sarapan pagi dan makan malam.


2.berikan kesegaran pada gigi selama 2 minit menyelami rasa ubat gigi sambil membuang sisa makanan pada celah gigi.buang tahi gigit senang cerita.hehe


3.gunakan Dental Floss selepas memberus gigi bagi buang sisa makanan terlebih.


4.kumur dengan cairan kumur mengandungi essential oil untuk bunuh bacteria .


5.makan lebih buah buahan dan sayur sayuran


6.kurangkan makanan manis sebelum masuk tidur.


7.cara mudah,kunyah chewing gum perasa mint.

(alasan berfakta untuk anda yang sentiasa mengatuk dalam kuliah.”saya sekarang dalam proses hilangkan bau mulut,maka boleh kunyah chewing gum bila bila masa saj.”)


8.teh hijau mampu mencegah pembentukan plak sebab ada antioksida,maka kita pakat minum teh hijau jom.serius tak tipu.


9.daun mint plak mempunyai aroma kesegaran.elok juga untuk masalah kesihatan di paru paru dan organ pernafasan.lepas ni bolehlah cari benih pokok keluarkan daun mint.oh yeah!


10.yogurt dapat bersihkan mulut,lemahkan bacteria yang dihasilkan dilidah.sila suka yogurt sekarang juga.grrrrrr.



tengah berkumur?macam tak sihat je aku tengok.ngeh ngeh.

sumber: yang boleh dipercayai.

Mar 16, 2011

tips glamour dan menyerlah gaya selebriti

 anda ingin kejar impian menjadi selebriti?sepeti jeniffep lopez atau masklulin seperti erique iglasian?atau mahukan gaya dipandang mewah seperti paris hilton??


be like me??ouchhhh!!!!
credit:mr google


Sedang duduk tak bangun bangun sebab malas,aku terbaca la tips menyerlah dan glamour di majalah budak awal remaja.tapi tips ni aku dah ubah hampir 99%.harap lagi berkesan daripada tips sebenar.


1.Memakai cermin mata hitam yang besar dan gayakan ke tepi tasik atau sungai tempat ramai orang kemudian memancing. pastikan waktu sebenar juga gelap iaitu malam.



2.Memakai kasut tumit tinggi ke pasar.nak glamour mestilah pada tempat yang ramai orang.Pakai cincin besar dan berkilat sekilat pengasah dan pisau yang digunakan pemotong daging di pasar .



3.Berpakaian sentiasa ber’bling’ bling.senang dicam dari jauh terutamanya berada di pasaraya besar sebesar one utama mungkin.



4.Setiap hari pastikan memberikan tandatangan kepada kawan kawan.pada mulanya mungkin teman teman anda saja yang relakan diri meminta tandatangan,lama kelamaan orang tidak dikenali juga akan mahukannya.sila lah cuba.



5.Jika berada di tempat awam,pastikan alarm telefon sentiasa di ON kan.apabila berbunyi ,off bunyi dan buat buat gaya angkat telefon.kemudian berbual sesuka hati.konon anda sangat sibuk mengalahkan Bush mencari Osama Laden.



6.Anda kenal glitter?rugi tak beli weh.beli lah dan sapu ke seluruh kulit.I tell you,senang nak dapat job nanti.pakai seluruh badan okeh.paling berkesan pada bahagian muka.



7.Nasihat aku,kau carilah identity sendiri.kat sini contohnya gaya bergambar.buatlah posing gaya orang tak pernah buat.nak buat macam mana?kreativiti sendiri okeh.



8.Sentiasa senyum walau melihat lalang ditiup angin dan lembu sedang bersama rumputnya.



9.Seminggu sekali atau tiap hari buatlah konsert kecil kecilan dirumah.jangan lupa panggil rakan dan teman serta jiran.lagi bagus konsert tu digelar konsert amal.


10. membawa binatang ternakan kemana mana anda pergi.

credit picture:mr google.
tips asal:YEZZ

ps:sekarang broadband aku dicut.maka aku taip guna microsoft word.kau tengok tulisan aku tak jadi arial kat atas.mahu banyak kali aku edit masuk sini tapi tetap degil.kalau ni entry ni kertas,aku bako jer.bako je,grrrrr.

Mar 12, 2011

TUTORIAL MEMAKAI FOUNDATION

perkara asas dan selalu perempuan lupa sebelum pakai bedak,mekup dan sewaktu dengannya adalah tak memakai foundation.akibatnya bedak pun hilang dek dikebas minyak muka.face foundation ni membantu mekup tahan lama dan menggelakkan kulit terkena pancaran UV you olls.

Foundation ni ada 3 jenis yang biasa iaitu:

jenis liquid atau cecair.sesuai you olls yang muka berjerawat .so,nak selamatkan jerawat boleh la gunakan jenis ini.

credit to mr google.

foundation jenis mousse pula sangat sesuai untuk kulit berminyak.

yang jenis krim dan stick sesuai untuk kulit kering.macam suhu panas sekarang.kulit kering mudah mengelupas,so bila pakai foundation ditambah dengan bedak pula kulit jadi seperti kulit mati.tak ke menangis tengok muka sendiri?maka,penyelesaian hebat gunakanlah minyak zaitun atau lebih senang dan ringkas dan moden sekarang sapukanlah kulit anda dengan minyak bio oil.bukan berkempen ke apa ni tapi kenyataan beb.ye beb.



Bio oil yang sangat banyak kegunaannya buat si kulit kering.tak rugi senyum meleret,hujung bibir masuk dalam gambar jugak walau sudah di-crop-kan.
urut muka gunakan bio oil dari bahagian dahi hingga ke dagu dan urutkan perlahan dari dagu ke atas berulang kali.dari bawah pipi ke tengah pipi diurut agar pipi naik macam tepung penaik.


face foundation stick dan krim.yang krim Revlon ni dah lama pakai.sangat smooth .
jenis stick jenama de'bella.dipakai setiap hari sebab senang nak tenyeh kat muka.
sapuan lagi best REVLON.tak rugi.


edit sikit kasi kulit tan.keh keh keh.
sekarang I guna stick foundation.

kemudian ratakan gunakan span dari bahagian dahi,ke T zone,pipi dan kemudian dagu.

*elakkan sapu bedak atau faundation dari bawah ke atas untuk menggelakkan liang roma tertutup dek alas mekup itu.*



selepas.muka berlagak.



dah puas aku rotate tetap sama nak belok belok camni juga.haiya.




selamat mencuba!!!!

Feb 25, 2011

tips penjagaan rambut selepas REBONDING RAMBUT.

"rambut rosak?"

"hah?"

"macam mana ni?"

"I bertudung,nanti lagi rosak la rambut I selepas lakukan bla bla bla....pada rambut I"


kalau anda alami masalah diatas.jangan risau.jangan sedih.aku pun pernah dan sentiasa alami benda alah ni semua.tambah lagi jenis yang bertudung macam aku jugak.seriously aku sangat malas nak jaga rambut berhari hari.so,tindakan bodoh kurang bijak,aku pergi salon,rebonding rambut.maka dalam masa beberapa bulan tak perlu lagi bangun pagi cari sikat rambut.ececehhhh.berlagak la kau.


bila rambut baru dah mula tumbuh.rambut lama akan jadi keras kan?.dah boleh buat penyapu dah.kalau kau potong bahagian rosak tu kau rasa ada orang nak beli ke?tuuuuuuuuuuuuuttt.


maka,selepas hair rebonding,perlulah lakukan beberapa etika seperti:

1.tidak perlu basuh rambut selama beberapa hari tetapi PERLU BASAHKAN RAMBUT DENGAN VITAMIN ATAU SERUM RAMBUT untuk setiap hari.biasanya salon/kedai gunting rambut akan berikan beberapa biji vitamin rambut.saranan aku lagi elok kau habiskan kesemua vitamin tu dan kemudian belilah SERUM RAMBUT atau VITAMIN RAMBUT sendiri untuk mengekalkan kecantikan rambut.

*BASAHKAN DISINI BERMAKSUD SAPUKAN SERUM ATAU VITAMIN DARI PARAS RAMBUT SE-PARAS BAHAGIAN  ATAS TELINGA HINGGA KE HUJUNG RAMBUT,ELAKKAN TERKENA KULIT KEPALA.

2.jika bertudung,sebaiknya jangan basahkan rambut dengan air sebelum pakai tudung tetapi rambut perlu dicuci setiap hari atau paling malas 2 hari sekali.pilihlah waktu yang sesuai.

3.untuk syampoo rambut,seelokkan gunakanlah syampoo yang berkualiti bukannya kuantiti.sebaiknya yang diiktiraf oleh profesional.


Sejak saya menggunakan TRESemme,rambut saya tidak gugur lagi.serius tak tipu ooo.

selain gunakan syampoo diikhtiraf profesional,anda boleh gunakan serum yang juga diiktiraf profesional seperti L'oreal serum hair.boleh didapati kat Watson,Guardian dan mana mana shooping compleks.

ni pendapat aku selepas rebonding rambut beberapa bulan yang  lepas.terbukti berkesan dengan gunakan tips tips diatas.
selamat mencuba!!!!

Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!





SAKURA CANDY PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA
Cantikkan??nak tahu lebih lanjut pasal Sakura candy Malaysia ni boleh klik link bawah ni



Dec 14, 2010

tips berblogging

sebelum lu bakal terasa nak muntah baca tips berblogging daripada guwa sendiri,guwa dengan rendah diri dan sememangnya rendah mahu kasi tips tak seberapa ini kepada blogger blogger baru seangkatan guwa.selama penglibatan serius selama 6 bulan dan tak serius selama setahun sebagai blogger,guwa nak kasi tips yang selama ini guwa belajar daripada blogger blogger hebat.
"cehhh yuyu.belog macam haram  gini, ada hati nak kasi tips kat orang lain".


pertama
ELAKKAN TARUK LAGU DAN KALAU BOLEH JANGAN LETAK  LAGU dalam belog.bukan akak jeles ke apa dik belog akak tiada lagu,tapi sebagai pengunjung,ramai antara mereka akan lepak kejap je kalau lagu dibelog adik abang tu membingitkan telinga mereka.ini belog ,bukannya restoran atau kelab kelab malam.kalau korang tengah berblogwalking kemudian buka 10 belog,kesemua ada lagu.tak ke rasa nak close kesemua blog tersebut sebelum baca entry mereka?


kedua
tak salah kalau orang follow kita dan kemudian kita follow balik.sebab dunia blog ,blogger saling bergantungan.saling membantu.ibarat orang datang berkunjung ke rumah kita sambil kasi mee goreng.apa salah kita berkunjung balik dengan kasi goreng pisang.tak salah juga kalau korang follow belog mereka dulu.tak rugi pun untuk klik follow.

ketiga
pentingnya chatbox kat side blog.ia untuk tinggalkan jejak tetamu yang datang.kalau korang masuk kemana mana blog,paling kurang kasi "salam,"."hai"."hoiiiii" pun okay sebagai tanda korang datang ke belog mereka.belog ibarat rumah.bagi la salam dulu,kemudian nak selongkar dapur selongkar la.keh keh keh...


keempat
JANGAN GUNA SHORT FORM dan PERKATAAN GEDIK  ditambah 'W" macam sayew rasyew saye lapow cgt,lgpown manyak kejew tak shiap lg".
ini akan peningkan pengunjung untuk memahami setiap baris ayat lu oolls taip.susah juga untuk up traffic blog sebab kebanyakan pengunjung adalah bukan blogger.mungkin mereka sedang mencari tentang "penyakit diabetes".key penyakit diabetes ada di blog lu tapi bila tengok ayat lu  penuh seperti ayat diatas walhal perihal diabetes memang terbaik dari lu.siap cerita pengalaman diri sendiri lagi walaupun sikit sebanyak lu tipu tetapi mereka tetap klik pangkah dihujung kanan screen sebab malas nak cuba memahami satu satu.


kelima
JANGAN LETAK WIDGET YANG SARAT.ini akan memberatkan blog korang dan lambat untuk loading.maka,belog yang cantik pun kalau berat sangat sampai tak boleh buka juga akan membuatkan pengunjung klik pangkah awal awal sebab malas menunggu.kah kah kah.


ke enam

ini kelemahan belog guwa.guwa akui.JANGAN GUNAKAN KATA KATA KESAT TERLAMPAU LAMPAU dan LAMPAU BANYAK GILA BABI MACAM CILAKA sambil meludah HAIK TUIH.guwa guna juga tapi terlampau banyak je.keh keh keh..


memperkenalkan blog baru kawan guwa.ZAINNE ZIKER .serius dia hot okeh.so apa lagi.follow la wahai gadis gadis .gay diharamkan okeh untuk follow okeh  .
*cekak pinggang gaya memaksa okeh.*

ps: "kakyu bergambar pakai topi macam orang gila".
adek i gewdik tue la chakap macam tue.ishh manew adew kan?i rasew i chantek mcm tuee kannn...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...