May 3, 2011

jiran tetangga

hidup berjiran tetangga memang best kalau dapat  jiran best2.jiran rumah aku ramai terdiri daripada classmate aku je.perlu cakap ke dorang best?tak perlu kot.


satu perkara membuatkan aku sayang gila gila kat dorang ni pasal makanan.time aku lapor je,aku pergi rumah dorang.time pergi rumah dorang,aku lapor kemudian jadi kenyang.aku memang dah tahu time dorang tengah masak,so agak agak dah nak habis masak tu aku pergi jela.balik kenyang.fuhhh seronok.sambil usap perut macam giant.


orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita....(sambung sendiri aku lupa).kiranya aku nak balas balik la jasa dorang.so,balik kampung haritu aku bawak datang keropok lekor.nak goreng dengan ikhlasnya, lepas tu pergi rumah dorang bawa keropok lekor.wahhh rasa macam raya la pula.kemudian nak cakap SUPRISEEEEE!!!aku tahu dorang suka suprise aku nanti.jannah,gee,mimi,kak ida,izwah,dg,speka,eton,melah suka kan?kan?kan?


aku taruk keropok lekor dalam kuali.malas nak menunggu,aku pun online pesbuk.jimat masa.


tiba tiba satu rumah berasap.pergi dapur.perghhhh!!!hebakkk ngat hasil kerja aku...



no komen.




rasanya kalau hidang betul betul dan tambah salad 2,3 keping lagi menarik .tak pun susun macam main lego.berseni.


aku tekad dan nekad taknak hantar keropok lekor keikhlasan aku tu.akibat dari aku mungkir janji tak bagi keropok lekor tu,salah sorang budak rumah dorang post kat wall aku.





boleh klik untuk besar dan besar.

ps:aku rasa aku perlu pindah ke rumah dorang la...


May 1, 2011

Sikat Rambut Muzik

satu hari tengah lepak lepak kat surau sementara tunggu kelas seterusnya,kepala tersenguk senguk,mata pula tunggu masa nak tutup je,classmate aku nama Tiz Zakiah (ala yang kekasih remy tu) tengah keluarkan alat mekupnya.


perempuan kalau sorang keluarkan mekup,confirm member perempuan yang lain akan mengerumuni.perghhh macam semut la plak.tapi betul la,satu kumpulan akan terhasil duduk dalam satu bulatan.mata aku yang redup ni kembali bersinar macam lepas pekena RedBull gitu.


"wow!!!bedak Loreal."

"perghhh kau beli blusher Revlon.berapa ni weh?".

"dia beli kat sale je tu semalam.ni mesti watson nak habiskan stok "suara tak puas hati berbisik.ayat keji.

kerja aku godek godek barang orang je.kalau rasa cantik,calit sikit kat muka.lepas tu tengok cermin.sengih sorang sorang.dalam mood perasan.


"eleh,setakat bedak,lipstick tu semua...kita ada sikat ada muzik la".classmate aku zizie bersuara.


"woooooowwwww!!!".aku menjerit.terpinga kejap.


"ni hah!".zizie keluarkan sikat rambutnya daripada bag dengan bangganya.muka dia serius.excited aku.



kau nampak ada simbol not not muzik?yang tula dia kata sikat ada muzik.

lepas dari menunjuk,dia terus sikatkan rambut dia.aku tengok je.terpegun.aku bangga la ada kawan macam ni.pada hemah dan pemikiran aku la,sangat wajar  la kawan aku zizie ni jadi bff dengan hausemate aku yang ada filem blue tu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...