Showing posts with label aku dan... Show all posts
Showing posts with label aku dan... Show all posts

May 3, 2011

jiran tetangga

hidup berjiran tetangga memang best kalau dapat  jiran best2.jiran rumah aku ramai terdiri daripada classmate aku je.perlu cakap ke dorang best?tak perlu kot.


satu perkara membuatkan aku sayang gila gila kat dorang ni pasal makanan.time aku lapor je,aku pergi rumah dorang.time pergi rumah dorang,aku lapor kemudian jadi kenyang.aku memang dah tahu time dorang tengah masak,so agak agak dah nak habis masak tu aku pergi jela.balik kenyang.fuhhh seronok.sambil usap perut macam giant.


orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita....(sambung sendiri aku lupa).kiranya aku nak balas balik la jasa dorang.so,balik kampung haritu aku bawak datang keropok lekor.nak goreng dengan ikhlasnya, lepas tu pergi rumah dorang bawa keropok lekor.wahhh rasa macam raya la pula.kemudian nak cakap SUPRISEEEEE!!!aku tahu dorang suka suprise aku nanti.jannah,gee,mimi,kak ida,izwah,dg,speka,eton,melah suka kan?kan?kan?


aku taruk keropok lekor dalam kuali.malas nak menunggu,aku pun online pesbuk.jimat masa.


tiba tiba satu rumah berasap.pergi dapur.perghhhh!!!hebakkk ngat hasil kerja aku...



no komen.




rasanya kalau hidang betul betul dan tambah salad 2,3 keping lagi menarik .tak pun susun macam main lego.berseni.


aku tekad dan nekad taknak hantar keropok lekor keikhlasan aku tu.akibat dari aku mungkir janji tak bagi keropok lekor tu,salah sorang budak rumah dorang post kat wall aku.





boleh klik untuk besar dan besar.

ps:aku rasa aku perlu pindah ke rumah dorang la...


May 1, 2011

Sikat Rambut Muzik

satu hari tengah lepak lepak kat surau sementara tunggu kelas seterusnya,kepala tersenguk senguk,mata pula tunggu masa nak tutup je,classmate aku nama Tiz Zakiah (ala yang kekasih remy tu) tengah keluarkan alat mekupnya.


perempuan kalau sorang keluarkan mekup,confirm member perempuan yang lain akan mengerumuni.perghhh macam semut la plak.tapi betul la,satu kumpulan akan terhasil duduk dalam satu bulatan.mata aku yang redup ni kembali bersinar macam lepas pekena RedBull gitu.


"wow!!!bedak Loreal."

"perghhh kau beli blusher Revlon.berapa ni weh?".

"dia beli kat sale je tu semalam.ni mesti watson nak habiskan stok "suara tak puas hati berbisik.ayat keji.

kerja aku godek godek barang orang je.kalau rasa cantik,calit sikit kat muka.lepas tu tengok cermin.sengih sorang sorang.dalam mood perasan.


"eleh,setakat bedak,lipstick tu semua...kita ada sikat ada muzik la".classmate aku zizie bersuara.


"woooooowwwww!!!".aku menjerit.terpinga kejap.


"ni hah!".zizie keluarkan sikat rambutnya daripada bag dengan bangganya.muka dia serius.excited aku.



kau nampak ada simbol not not muzik?yang tula dia kata sikat ada muzik.

lepas dari menunjuk,dia terus sikatkan rambut dia.aku tengok je.terpegun.aku bangga la ada kawan macam ni.pada hemah dan pemikiran aku la,sangat wajar  la kawan aku zizie ni jadi bff dengan hausemate aku yang ada filem blue tu.


Apr 30, 2011

Kakak penyayang dan Adik Budiman




perjalanan aku balik ke kampung.lupa pulak nak kalerkan kereta.haiyaaa.


minggu lepas aku balik kampung 2 hari.bayangkan balik ke terengganu 2 hari,memang la hidup aku dalam kereta je.tapi aku puas.terima kasih kakak tumpangkan saya.lain kali boleh tumpangkan lagi.keh keh keh.


dalam 2 hari tu hanya 4 jam je aku sempat tatap muka mak aku.masa selebihnya aku bersantai atas jalan raya dan cukupkan waktu tidur.petua nak cantik perlu cukupkan tidur.tips tu tips..


dalam 2 hari tu,aku rasa seperti seorang bussiness women yang sangat sibuk.yela,kena gunakan masa secukupnya selain tidur.bukan senang dapat balik kg.kesibukan aku kehulu ke hilir sampai lupa adik perempuan aku dah 12 tahun.tahun ni dia ambil UPSR.kejapnya masa berlalu,seingat aku baru lagi aku ajar dia bercakap panggil 'kak yu'.penyayang juga aku ni ajar adik bercakap.


aku ter-sedar dia darjah 6 pun sebab tengah kemas barang nak balik shah alam,aku pandang cermin dan terpandang dinding almari ada ni hah.



"jikalau saya dapat 5A UPSR saya akan puasa selama 2 hari"

rupa rupanya perangai ke-azam-an kuat ,tinggi budi pekerti,jujur,tawaduk,warak,alim,sopan aku diwarisi adik aku,nurin.fuhhh bangga!.mana tak turunnya kuah kalau tak ke nasi.ye dak?


lama aku tatap muka kat cermin.sekali sekala pandang lagi nota kecil nurin.aku senyum.ngeh ngeh ngeh.puasa tahun lepas punya lepas pun belum ganti.lepas ni aku nak buat nota camni tampal dinding locker roomate aku juga la.


"puasa tahun lepas akan saya ganti.".nak ganti tu memang la nak sangat tapi lupa la berapa hari.sob sob sob..

Apr 28, 2011

Lelaki itu seorang photographer


perkenalkan kawan aku,pamela anderson nama bluetooth nya.siang tadi kami ada explorace dekat putrajaya.aku satu group dengan dia.aku berlari sambil pegang tangan pamela .tak lembut,sedikit kasar.

tengah berhenti ambil check point,terjadinya fanomena mata jack sparow. dia memandang tak berkelip ke arah photgrapher rambut serabai tapi cute.boleh bayang?

lelaki tu kulit putih gaya agak sopan.agak lama juga lah dia ngadap budak jambu tu ambil gambar.riak muka pamela minta simpati terlebih.sekali lelaki tu fokus kamera dekat muka dia.balas simpati agaknya. terus undur kawan aku ni pergi kat aku.malu la tuh.kah! kah ! kah!


***********

lajukan cerita.kami dah sampai kolej di shah alam.nak terima hadiah la kononnya.dapat hamper saguhati beserta  rm5 setiap seorang.lepas la nak pekena sirap bandung dan nasi bujang.telan air liur kejap.slurrppp!


menang hamper rasa macam menang grammy award.


selepas dapat hamper,tiba lah masa kemuncak ditunggu tunggu orang gila glamour.masa bergambar beramai ramai.yang tak tahu malu mesti duduk depan sekali.pamela ajak aku duduk depan sekali.eh tipu!.aku sengaja duduk depan dan pandang budak lelaki tu.padahal ada 2 photographer,tapi ntah kenapa aku rasa muka dia sedap mata memandang.so,aku pandang arah dia jela.tu gunanya bakat dan rupa.ye dak?


gambar hiasan.

dia terpaksa panjat kerusi nak dapatkan shoot terbaik.versetile beb.aku pandang dia.bola mata kami bertembung.seakan berhenti kejap saat itu.perghhhh!!!.terkedip kedip mata aku.aku senyum.dia balas senyum.aku malu maka aku pandang pamela.sekali kedebooooooooooommmm bukkk bukkkk!!!.


dengan pantas kaki aku bergerak selangkah sambil tangan terangkat sedikit.tergamam.lelaki tu jatuh dari kerusi.ikutkan hati nak jer sambut tangan dia agar tak terjatuh.arghhhh. ramai pula orang belakang aku,nanti gosip.aku tak mahukan gosip murahan.ngeh ngeh ngeh.

lepas dari tu aku dengar lagu Gareth Gates ni tak henti henti.layan feeling beb.


                          


    can you feel it??kah!kah!kah!

ps:tak sabar nak pergi kolej.





Apr 19, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita.Kita Budaya Bahasa Budi.

Dalam panas mentari , badan  sudah menjadi melekit dan peluh sudah bertukar menjadi ketulan garam .sesampainya teksi didepan mata ,aku masuk dan terus duduk disebelah driver.lelaki muda berspek mata hitam.tidak kacak.


"seksyen 20 ."aku memberitahu tempat ingin dituju.kamera di paha,poster yuna di tangan kanan dan lengan kiri menyandang bag putih.sangat serabut gayaku persis desperate housewife.ayat tak boleh blah.lepas ambil kertas bm julai ye kak?


"kau pakai tali pinggang sekarang."akibat nak betulkan bag penuh dengan buku,aku tak fokus lelaki tak kacak tu cakap.


"kau pakai tali pinggang keledar sekarang.nanti aku brek kecemasan dengan kamera kau tercampak kang!".manis kata kata abang teksi itu.suka la.


"ye,tahu".perlahan aku bersuara.


"asal jauh ni?".aku pelik,jauh perjalanan lelaki itu bawa kami.nak bawa melanconng ke apa ni.konpius konpius.orang kata jauh perjalanan luas pemandangan,aku rasa jauh perjalanan lagi banyak tambang ada lah.

aku pandang muka dia.tenung lama sikit.kasi rasa bersalah.tak juga bercakap dia nih.sesampai je hostel,dia tanya bayaran biasa berapa.aku jawab 8 ringgit je.ikutkan hati nak je cakap 3 ringgit.dah la tak tahu jalan.bisik hati kecilku.perghhh hati kecil tuh.lepas settle pasal duit.kedua kaki aku ke luar pintu teksi.sebelum pintu teksi ditutup kuat kasi retak cermin tingkap lembut....

"Gua blah dulu lah derr".2 kali aku ulang ayat sama.risau juga dia tak dengar.ngeh ngeh ngeh.

Lepas blah dari teksi merah bertuankan lelaki berlagak.dia  pandang aku sekali lagi.bukan teksi tu pandang,lelaki tu pandang aku balik.konon nak ketat kan pintu.tu la bang,lain kali sopan la sikit.abang jeles eh saya bawa kamera pegang poster yuna?abang jangan risau.gambar dalam teksi abang pun saya ambil.masuk blog ni bang.





asal ceroh bebenor poster yuna tuh?.

mak oiii bapak gemuk budak ni.muka pucat.nebes nebes.walau abang aku cakap yuna nyanyi macam baca ABC tapi aku tetap minat gila vavi.nanti aku sambung cerita yuna lain entry.menyampah?ala..suka hati gua la derr..



ps:sebelum aku masuk teksi,yuna baru je peluk aku.



Apr 18, 2011

filem blue

berada dirumah berpetak free pemberian KKM  amat menyeronokkan.selain dapat bergusti bahu dengan roomate,aku dapat juga berhimpit ramai ramai tengok tv sambil makan makanan terkumpul.sapa ada makanan aku kebas,makanan kau jadi milik aku.har har har.



bila malam tiba ,perut berkeroncong ibarat ada anak kucing sawan mahu keluar.krukkk...krukkk bunyinya.maka,aku cari makanan terkumpul.duduk bersila depan tv tanpa memandang tv.sayu pula kan...


tiba tiba roomate aku nama mariah curry menjerit

"weh yuyu!!!mung tengok crito blue.bakpo jadi gitu hah?".dengan loghat kelantannya aku sangat paham.

"berakkk doh mung ni yuyu!!tutup tv tu.blue jah".dia menyambung lagi.

"hah?aku tertenggok filem blue ke sekarang?".dengan muka innocent aku kemudian menggelabah.

"blue???".mata aku memandang tv.oh blue.



kau ada rasa nak kejar tak roomate macam ni dan tarik rambut dia kuat kuat?lepas tu bakor tilam dia dan sorok ID card sama slip exam.




muka innocent macam ini kau permainkan mariah?berani berani kau.dah la innocent,kelabu pula tuh.memang aku dalam kekaburan lah.tak paham eh?.erm.gambar ni kelabu,mata aku rabun.sekian.

ps:gambo bila ntah tuh.pasrah je joyah kena gigit.

Apr 13, 2011

Dasar Syaitan

2 pagi.menulis dalam kegelapan dan hanya berbekalkan cahaya lampu jalan memang kasi feeling mood seram sejuk berpeluh menitik nitik.


semester ini, kami (batch aku yang hijau flourescen tuh lerr) perlu buat theater omputih dan aku memegang watak yang ter-asing ,berbeda dan tidak biasa sangat dipegang oleh aku iaitu watak nenek kebayan .nenek kebayan???cepat beramai ramai cakap "euwwwwwwwwwwwww!!"

(lepas berlakon comfirm aku bakor dewan teater tu).

jika dulu,aku lah gadis yang biasanya  memegang watak snow white,puteri,princess dan segala bagai jenis princess lah.sekarang tidak lagi.MENGAPA??KENAPA?*perasan nak mamposss*



jawapan standard pelakon : I nak variasi kan watak I lah you.takkan la selamanya nak jadi puteri kannnn?bagi peluang kat orang lain pulak.ehem ehem.(cakap jela kau hanya layak pegang watak orang tua jer!!!)


**************


tengah berlatih teater,aku mengajak kawan sekelas,Remy namanya tipu tipu.

"Remy jom la cari tongkat kat aku.takut siang nanti orang nampak kita patahkan ranting pokok.jom lah cari sekarang".

dengan kuasa tangannya yang perghhhh kuat beb,maka patahlah ranting kayu pada pokok disebelah hostel kami.pokok tu paling rapat dengan bilik aku.

kemudian berlakonlah aku dengan feeling nenek kebayan gedik gatal shial shioot dengan tongkat ranting kayu.
selesai berlakon, aku bawa tongkat tu masuk rumah.konon nak jadikan prop.senang sikit nak berlatih pegang tongkat dalam rumah petak ni.bongkok bongkok sikit.arghhh comel aku.

lakaran pokok yang rantingnya aku curi.seram kan??.pliss angguk,kalau tak aku unfollow kau!!



***************


pagi pagi buta ,aku solat isya dalam gelap.bajet alim lah.konon solat dalam kekusyukan beserta tawaduk melimpah limpah dan nur cahaya dari muka terpancar lah.padahal aku risau satu suara keluar.

"weh!!apasal kau kacau aku tidur hah???tutup balik lampu".suara roomate aku.

untuk elakkan semua tu,maka  aku pakai telekung sembahyang dan cahaya dari laptop hanya fokus kat muka aku jer.lagi la berseri seri muka aku dengan wuduk,kalah maya karin taw dalam pontianak harum sundal malam.

pandang semacam je kak?pehal?

tengah malam buta sorang sorang aku search gambar ni.yela takkan nak search berdua pula kan?.jangan masuk dalam mimpi sudah ler.ngeh ngeh ngeh


tengah solat tu..

"macam mana yek kalau kayu tadi tu ambil dari pokok berpenunggu?".bisikan hati pada rakaat pertama.

"kau dah la bawa balik kayu tu masuk rumah.gila la!!!kang meracau malam ni siapa susah?".menyusul pula persoalan pada rakaat ke dua.

"boleh jadi juga ada tuan pokok tu,yela pokok tu takde daun.ranting je banyak".tertanya aku dengan sendiri pada rakaat ke tiga.

"kau tidur tu,hati hati lah lepas ni yuyu...".terketar ketar aku nak beri salam pada rakaat terakhir.



ps:asal nak beribadah je ada setan.ada setan je,tak jadi nak beribadat.

konon budak baik lah tuh.konon !!



Mar 23, 2011

menunggu keputusan SPM

7 pagi hari kejadian


sejuknya...tidur dulu la.berdebar juga ni nak ambil result..shahida,aisyah,karina,dorang semua teror,aku plak?ermm..oh nak sms buah hati dulu lah.."gudluck syg.."teeeeeeeeeettttttt..


10pagi hari kejadian


pergi teman kawan buat medical cheakup .nak hilangkan debor ni.kau tahu ape.

trrrrrettttttttttt teeeeeeeetttttttt.oh mak telefon

"anak bertuah,kau kat mana..mak kat sekolah ni.orang pergi ambil result kau pergi berjimba.pergi sekolah cepat!!!"


2petang
teeeeeeeeeetttt.oh sms dari sidia.

"lambat lagi ke sayang tunggu kawan buat medical cheak up?@#$ kena balik.tumpang moto kawan.kawan nak balik,@#$ kena balik jugak la".

"tunggu la.kita jumpa kat sekolah.tahniah jadi best student!!".tiba tiba berangan best juga kalau cikgu suruh aku buat ucapan sebagai makwe best student kan?.


3petang



baju kurung dah penuh dengan peluh.keluar dari kereta terus cari guru kelas.tengok result.simpan dalam bag.pergi jumpa pakwe.kasi hadiah.lukisan aku lukis sendiri.bertukar tukar gambar.almaklom la tak jumpa banyak bulan.lagipun masa ni kalau mms gambar blurr.cehhh.



hari ini
teringat balik insiden banyak tahun lepas.cehhh @#$ konon.dah lama putus.blah la kau!ngeh ngeh.
karina di UUM,shahida dah nak jadi nurse,aisyah di UPM.

moral:
1.buat adik adik,tak payah la nak bercinta time sekolah.bila masuk matrik/U/sambung belajar mana mana,kejap je boleh berubah.kau cari lain,aku menangis sorang sorang.tak gitewww?

2.sudah lama aku tak cerita macam ni kan?rindu plak dengan  BUKAN BELOG LELAKI MACHO.

3.ingatan aku kuat tentang Spm berbanding subjek yang diambil semester lepas.

4.lepas ni,kalau tak dapat sambung belajar adik2 jangan frust,kadang kadang tuhan nak uji kita untuk dapat yang lebih baik.okeh!pikir positif.dah jadi motivator plak dah aku...ngeh ngeh...

5.GOODLUCK SEMUA YANG NAK  AMBIL RESULT SPM HARI NI!!!!

ps:gambar credit to google marry me marry.motip gambar?takde kena mengena.ngeh ngeh...

aku nak sambung tidur,babai!!!


Mar 21, 2011

Dari Malaysia ke Korea via Bus Sani Ekspress

grrrrrr...sejuk sejuk...
single seat bus nombor 4.pertama kali naik bus aku buat cool tak pakai stokin padahal sejuk hanya kulit je yang tahu.aku tahu dalam bag ada stokin.aku tahu.

dalam bag penuh harta karun.cari punya cari memang ada stokin.
baik punya woookkk ada sehelai jer.setengah pasang.terpaksa la tunggu bus betul betul gelap.kalau tak malu la gua beb...pakwe duduk penjuru  belakang 2 orang..


sementara tangan tengah bermain tresure hunter dalam bag,aku terjumpa lagi baik punya barang..

apa lagi,pakai jela..gaya nak melancong ke korea gitewwwww.kejap kejap buat buat menguap.lepas tu tutup mulut dengan gloves ni.perghhhhh!!!!perghhhhh!!!lama sikit dalam bus buat gaya gosok tangan banyak kali.konon tak tahan sejuk.agak agak la kan nak keluarkan asap kepul kepul ikut mulut tak dapat,maka keluarkan haba la ikut tangan.kau ada????ngeh ngeh..



aku sejuk .kaki ni sabor jela kena pijak dek bag besar gedabak tu hah!kebas akak!kebas ni dek.
dengan perlahan aku keluarkan stokin tadi.pakai sebelah kaki pun cukup la.
janji disebelah orang nampak.

aku duduk bersila.kaki kiri dipakai stokin,kaki kanan aku tindih dengan bag.bila kebas,hilang sikit sejuk tu hah.


sampai je Shah Alam.makcik ni keluarkan asap ikut mulut.wahhhhhhh!!!!
kepul asap lalu depan muka aku.landing baik.asap rokok.


K.terengganu to Shah alam.
makkkkkk!!!!!anakmu sudah selamat sampai!!!


Feb 9, 2011

Diam lebih Bermakna

rasa menyampah makin menebal bila melayan manusia berstatus dan berkuasa.

apa sahaja perbuatan kita mereka akan menilai.

walhal lebih banyak andaian daripada kenyataan.

bila aku diam kau suruh bersuara.

bila aku bersuara kau tujukan bebola mata merah kepadaku.

mahu aku tafsir kau gila?

didalam langkahku,mungkin terselit kau disebelah.

maaf,satu langkahku bukan dalam satu saatmu.

aku tunduk.aku dongak.aku pandang ke depan.

kau kata rasa hormat aku hilang?

kau luahkan.kau bebelkan padaku.

aku tunduk.tidak mencebik.

masih kau kata aku tarik muka?

inilah rautku.itulah wajahku.inilah personalitiku.

mungkin diluar dipandang singa.didalam adalah beda.









Jan 1, 2011

hanya satu.satu lagi.satu.

entry kedua tahun 2011.ececey,rasa bangga update 2 kali sehari.ececey.rasa nak muntah tengok buku.tengok paper past year.muntah.muntah.muntah.petang di Shah Alam waktu ni sejuk.hujan.siapa pergi ICITY semalam sambut new year angkat tangan?ececey.takde kan?*tak puas hati aku kau boleh pergi tapi aku tak.


hari ni birthday adik aku tapi kakaknya yang gatal edit setting dekat facebook birthdaynya hari ini.oh yeah!
alin,happy birthday,nak hadiah apa?apa?laptop sebijik?oh boleh sangat la tuh.memang dari kecik lagi cita cita aku nak kasi laptop sebijik kat adik aku even aku student yang makan nasi lemak kukus hari hari.dapat makan nasi lemak tiga ringgit lima posen tu kira kaya la tuh.kan...keh keh keh...


zul afif a.k.a pendek,aku sengaja taruk muka kau atas sekali.untuk ketiga tiga birthday aku,kau tak lupa pun contengkan wall aku.tahniah!hebat!oh satu lagi.dia single.cepat cepat ngorat okay.


tak muntah pula hari ni sebab buku parasitology aku pun aku lupa taruk kat mana.isnin ni last paper.BERJUMPA LAGI KITA WAHAI DEWAN SESEJUK NEW YORK CITY.
oh sesiapa yang dari belog dan add aku kat facebook tapi tak appove2 dari zaman tok nadok lagi,sila PM kat inbox.sorry.hehehe..peace!!!


satu haribulan satu dua puluh satu satu!!!
satu lagi paper perlu guwa ngadap!!!
satu minggu lagi untuk guwa pulang ke kampung!!!
satu bulan lagi untuk guwa menang pencarian 90 hari mencari dot dot dot.jangan tanya dot dot dot itu apa.
satu satu satu!!guwa mencari satu nama untuk tukar nama belog ni.ada idea?satu jer..




Dec 12, 2010

bakal kakak ipar aku LESBIAN

ditengah kegelapan.housemate guwa si ellaine berjalan disebelah guwa.
apa kelas berjalan disebelahnya?dia siapa mahu berjalan dengan guwa?artis?blogger?penulis skrip?pencipta lagu?pm?puteri?anak raja?
arghhh sudah!sebenarnya guwa temaninya ke pasar malam.eh silap.dia menemani guwa ke pasar malam.kami sama sama ke pasar malam.
ada kau rasa mahu klik pangkah dihujung kanan sana sebab perempuan ini suka ulang ayat sama?


guwa beli apam garing.satu seringgit.disebabkan satu seringgit la kami beli satu je.kongsi makan tapi guwa makan lebih sebab tu duit gua.keh keh keh.

"you,I gemuk tak?".ellaine bertanya.

"takde la.you dah cukup kurus dah." sambil guwa menghabiskan apam garing dengan golojoh.

"tapi ada orang kata I gemuk la You".

"takde la.I tengok body you hari hari.tengok sampai dalaman you.you tak gemuk".guwa menjawab sambil muka serius beserta hipokrit .

"you tengok body I?you bersalah,you kena bertanggungjawab.so I kena kahwin dengan abang you".
ellaine menjawab.dalam hati guwa what the minah ni?dah la makan makanan guwa ,lepas tu nak kahwin dengan abang guwa.

"ait.apa kena mengena you kena kahwin dengan abg I?I yang bersalah,so biar I kahwin dengan you."

"okay you.."

sambil jalan jalan menghabiskan apam garing.guwa terpikir,dia perempuan dan saya (suara lembut) pun perempuan.so dia lesbian la?hah?bakal kakak ipar guwa lesbian?okay jugak.
keh keh keh...

p/s: sepatutnya guwa menjawab "you bercinta dengan I then kahwin dengan abang I lah.".arghh menyesal.


tengok,konpius si aqeef nak menerima mak saudara macam tuh.
ekslusif gambar aqeef buat korang yang join contest nama untuk anak wa.

ini pun anak buah guwa jugak.aleesya.mesti dia muram macam ni juga kalau ellaine bukan nama sebenar tu jadi anty dia kan?ermmm....

p/s:aku rasa terlalu panjang entri ini tapi aku rasa aku hebat dapat hasilkan entri panjang.kah kah kah

Dec 11, 2010

seronok rasanya dalam kegelapan

hari ini sabtu.holiday untuk aku.walaupun korang dah tahu tapi buat buat tak tahu la yek.

aku cuma nak panjangkan ayat je.berbelit korang baca.tak apa la.tu la nasib baik korang baca entry aku.kah kah kah.

hari ini sabtu.ulang lagi sekali.remainder asaimen  penuh di sebalik nota kecil
 (.....ada buku nota ke aku hah?.konpius).

ulang lagi.remainder asaimen itu membuat aku berkobar kobar nak update belog.

lumrah student,masa sibuk itu lah rasa nak ngadap laptop cari topik tiada kaitan dengan asaimen.


erkkkkkkkkkkkkk.sendawa.


malam ni pasar malam di seksyen 20,shah alam.sesiapa berdekatan boleh jumpa aku satgi,aku tunjukkan keaw teaw kerang best.bayar sendiri.



ini bukan keaw teaw kerang aku maksudkan.ini bihun goreng buatan mak dan ayam panggang aku buat sendiri.terselit jari I yang lentik disitu.arghhh malu la I.gedik syial.


ikutkan waktu sekarang 6 petang lebih lebih sikit dah beroperasi pasar malam tu tapi entah mengapa lebih selesa pergi waktu malam.seronok rasanya dalam kegelapan.boleh pakai baju dah pakai semalam dan seluar kelmarin.ye dak?
takde la orang perasan.lagipun dalam kegelapan takde la peminat I serbu minta I belanja keaw teaw kerang kan?
hik hik hik..
*gelak sambil tutup mulut tersipu sipu gaya bini aidil zakuan dalam mami jarum.*

p/s:aku rasa aku cun la.

Dec 2, 2010

surat buat si pemekak

2.31 pagi.doop daap doop daap.bunyi jantung guwa.shit!.tiap malam lu memekak gaduh persis laki lu mahu  kahwin satu lagi.malam malam pepagi camni .bertambah meriah kalau guwa jamming depan rumah lu dengan rambut guwa serabai persis maya karin.asah bakat guwa sikit.mana tahu lu boleh berdebat dan guwa buat debat lu versi akustik.
amacam?mahu try?

################################

p/s:hidup kejiranan perlu disemai



Nov 18, 2010

klon erra fazira

guwa beraya di kl tahun ni.tumpang rumah mak saudara.kawan guwa ikut.guwa kasi nama la senang kat dorang.sorang timah,sorang lagi bedah.
.dorang guwa punya classmate.menyebuk je ikut guwa.guwa malas layan.guwa setuju jer.disebabkan tidak puas hati kasih sayang makcik berbelah bagi kepada guwa akibat dorang muncul,so guwa conquer katil masa tidur.terpaksa la timah dengan bedah ni bangun awal pagi akibat tidak selesa ditendang dengan sengaja.


okay cukup la guwa perkenalkan dorang pada lu ollsss.kan tak pasal pasal kasih sayang lu ollss terbagi bagi juga untuk guwa.fuhhhh!!!


masa guwa blah dari rumah makcik tadi,guwa bawa la bedah dengan timah ikut jalan pendek.shortcut.tiba tiba guwa muncul dari celah kereta penghuni flat tersebut.tiba tiba juga guwa terserempak dengan 2 pakcik.

"macam erra fazira la adik ni.budak sekarang manis manis la.cantik macam erra fazira".

pakcik ni tiba tiba pula kan.kembang lubang hidung guwa.dah la guwa memang minat erra tuh.macam mana pula dia parasan muka guwa pun macam erra juga?tapi kembangan guwa hanya sekejap sebab...

"fuhhh.tengok yang tu pun manis manis juga.cantik."
pakcik tu tuju kat bedah dan timah.apesal pula pakcik ni?nampak sangat pakcik ni tak ikhlas.yela,kalau ikhlas puji mesti puji kat guwa sorang je,sebab memang guwa semanis erra fazira pun..fuhhhh!!


"okay pakcik sekrang nak rendang ke ketupat ni?"guwa bebel bebel sambil bawa plastik macam macam makanan.nak puji pun beragak la.guwa dengan t-shirt  pakai semalam,bertudung senget ,muka berkerut,bau semacam je.fuhhhh!!

sambil jentik hidung,dongak san berjalan kedepan sambil biarkan bedah dan timah dibelakang.

kalau lu nak tahu guwa cantik tak.lu tengok kak erra fazira jer.dia macam guwa la.cuma hidung guwa bulat,mata bulat dan pipi macam buah kelapa je.


ni timah dan bedah bukan nama sebenar,masa ni kami kat mayfair.lu tengok dorang posing muka bawah meja.lepas ambik gambar dorang guwa terus pitam.
sebab sayangkan dorang guwa rela pitam.
omaaaaiiiiigooooddd!!!



Sep 8, 2010

mata baru

Sememangnya apa housemate aku jual aku mesti beli.macam tu jugak dorang.maka,barang aku jual mesti promote kat dorang.kira pelanggan utama lah.house mate aku hani nadia jual contact lens harga RM36 boleh guna sampai setahun.mana kau nak dapat kak besahh oii dengan harga macam tuh?


tunggu punya tunggu akhirnya dapat la aku mata baru.nak pakai kena ada sokongan kiri kanan belakang.depan aku cermin jela.dapat pakai 15 minit aku dah bangga,lepas tuh mata tutup rapat.bukan mati tapi rasa tak selesa dan pedih.kata hani tu maknanya masuk habuk.


keesokan cuba pakai jugak sebab nak pergi shopping
la katakan.duduk dalam kereta tak sampai sejam aku dah buang sebab pedih jugak.


semalam gediks  la nak tunjuk kat famili.pakai paling lama 2 jam.alasan bukak sebab nak kemas rumah padahal tak selesa.raya ini tak tahu la aku.kawan kawan aku yang lain pakai takde la macam aku.contact lens dari produk sama je.


amacam kak besah nak beli satu tak ?


i love myself contest

pertama kali aku masuk contest.thanks syue tag aku untuk contest ini...hehe:)


contest ini dari angelicshoppe.tengok tuh mata perempuan atas nih.jeles aku.
maka,dengan kekuatan dan keazaman aku join la contest ini.mengaharapkan dapat tukar tukar calour contact lens raya nih.amboihh cik kak.berkedip kedip jela mata satgi.

syarat syarat:
  1. upload gambar i love myself korang  macam aku buat nih.done!
  2. lepas tuh korang perlu follow Angelicshoppe.done!
  3. letak banner contest ini.done!
  4. tag minimum 3 orang ,gee ariff,cik za,syamimi.done!
  5. link kan entri ini ke contest itu.done!

hadiah berupa drees@beg@contact lens.berebut weyh orang nak,apa lagi join sama la.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
15 SEPTEMBER 2010



Sep 7, 2010

terima kasih

aku bukan nak ucapkan terima kasih kat cikgu cikgu ke,famili ke,kawan kawan ke,bukan juga aku nak buat ucapan sini tapi aku cukup terharu dengan adik aku sorang ini.beliau antara adik aku lah.korang nak tahu mana sila datang rumah.hehe.entry ni berkait rapat dengan jam tangan.


sampai je kat kampung rumah aku membesar,di kala aku kemas kemas baju dalam luggage ku,adik ternampak jam uptown aku beli.dia senyum.aku apa lagi,upgrade kan lagi la keegoaan.

''ambil la jam nih''dengan berlagak aku bagi.

''wah,cantiknya jam ini kak yu''.lepas tuh aku fikir,jam ada satu,adik aku sorang lagi nak jugak jam kalau aku bagi kat salah sorang.nanti berebut.

''ke nak jam BUM ini''.jam lama aku pakai masa sekolah dulu.dah 5 tahun berlalu aku pakai jam tuh.tali pun dah nak putus,lusuh sangat dah.petak nak tengok pukul berapa dan calar balar,nasib baik ada nombor jer.

dia dengan gembira.memang aku tengok dia sengih sampai ke telinga.gembira semacam.kegembiraannya membuat aku bersalah.amacam ayat aku?

''kak yu betul ke bagi kat orang yang ni?orang nak yang BUM ini lah.TERIMA KASIH''.

part terima kasih dengan nada sangat ikhlas buat aku bersalah sangat sangat.inilah bukti aku kakak penyayang.kah3.maka aku bertekad nak guna duit raya beli jam terbaik satu kat dia.amacam penyayang kan aku?contohi la yuyu..


jam buruk ini lah aku bagi.kejam kejam!petak inilah aku sebut '''petak nak tengok nombor berapa''




sekian,
dari seorang kakak penyayang....kah3

Aug 17, 2010

bila aku budak dan berpikir

Aku tilik punya tilik rasa rasa la otak aku lagi berkembang masa kecil dari besar nih.bukan apa rakan rakan,ni otak jadi lampi sangat taktaw la apa penyebabnya.nak kata makan semut,tak jugak.makan otak ikan lagi la tak.tapi aku kena takes time la kawan kawan kalau nak gelak tuh.ok tutup cerita!

Ni kawan kawan kan,masa aku budak budak dulu suka tengok dan pikir.contohnya

Kisah pertama:
Nak dekat raya,mak saudara dan kaum kerabat pun duk la berkumpul nak tidur.ramai ramai tidur kat ruang tamu rumah nenek sebab bilik tak cukup.rumah kampong bertiang sepoloh  la katakan.hehe.masa tu aku tak sekolah tadika pun lagi.tengah dalam gelap tuh aku Tanya la kat mak cik aku..
‘’mak cik,bakpe rasa pisang dan rambutan lain yek? ’’..dengan berkobar kobar aku menunggu jawaban.
‘’ciptaan Allah yu.dah takdir macam tuh’’.mak cik pun tarik selimut.



inilah rumah kampung tiang sepoloh yek adik adik..tak caye cuba kira tiang bawah rumah dan dalam rumah.


Lagi?

‘’ayah,bakpe lampu isyarat ni tukar kaler?siapa yang duk tekan tuh kasi nyala kaler lain?’’.
‘’komputer yang jaga suruh lampu tu nyala ke tak’’.jawab ayah aku sambil bawak kereta.almaklum la nak explain lebih lebih bukannya anak tercinta ini taw pun .aku hanya tahu computer je lagu mana.so segala soalan aku berkait elektronik,media segala bagai nih dia jawab ‘’komputer yang jaga’’.

Bila  aku dah masuk sekolah rendah .situasi dalam kereta lagi.
‘’ayah,bakpe lampu tiang tepi jalan ni menyala?banyak pulak tuh.siapa yang tekan suis dia?’’
Korang mesti dah tahu jawapan kan?..ayah aku jawab lagi ‘’komputer yang jaga’’


ini lampu jalan raya !


 ini pulak lampu merah orang indon panggil tapi kita warga malaysia sebut lampu isyarat.omputeh pulak traffic light.

Aku Tanya juga kenapa kening aku tak cantik macam kakak kakak aku?(cantik ker?)..haha.kenapa muka aku bulat macam bola padahal muka emak bujur,kening mak macam cukur,rambut mak pula lurus .kakak aku jawab masa mak mengandung aku,mak pergi salon dan buat curl rambut,sebab tu rambut aku tak selurus dorang.aku pun percaya la.macam ayah tak wujud jer.macam 100% genetic dari mak sebab mak yang mengandung.aku keluar pun dari perut mak.so kerja ayah apa?kerja ayah bekerja cari duit la.ala,macam dalam tb tuh.dari sebelum sekolah lagi


Bilamana orang Tanya ‘’mak mana?’’
Aku kena jawab ‘’mak memasak’’
Orang tu Tanya lagi ‘’ayah buat apa?’’
Aku kena jawab ‘’ayah pergi kerja’’.
Ini soalan dan jawapan common untuk budak budak .motifnya nak suruh kita bercakap jer.hampehhh!padahal kedua dua mak tercinta dan ayah tersayang pergi kerja.


Masa budak budak sebelom masuk sekolah rendah korang pikir tak dalam sebulan ada berapa hari?hah!yang ni la siang malam aku duk pikir dulu.
Budak comel:’’mak teh,sebulan ada berapa hari ar?kalau seminggu 7 hari kan.sebulan?hah!jawab!’’
Mak teh merangkap mak saudara yang jaga aku dari aku cuci mata sampai tutup mata:’’sebulan ni macam 1 bulan lengkap.’’
Maka,budak comel ni pun tengok la bulan.muka pun dah macam bulan.bulat!



To be continue yek rakan rakan…….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...