Apr 13, 2011

Dasar Syaitan

2 pagi.menulis dalam kegelapan dan hanya berbekalkan cahaya lampu jalan memang kasi feeling mood seram sejuk berpeluh menitik nitik.


semester ini, kami (batch aku yang hijau flourescen tuh lerr) perlu buat theater omputih dan aku memegang watak yang ter-asing ,berbeda dan tidak biasa sangat dipegang oleh aku iaitu watak nenek kebayan .nenek kebayan???cepat beramai ramai cakap "euwwwwwwwwwwwww!!"

(lepas berlakon comfirm aku bakor dewan teater tu).

jika dulu,aku lah gadis yang biasanya  memegang watak snow white,puteri,princess dan segala bagai jenis princess lah.sekarang tidak lagi.MENGAPA??KENAPA?*perasan nak mamposss*



jawapan standard pelakon : I nak variasi kan watak I lah you.takkan la selamanya nak jadi puteri kannnn?bagi peluang kat orang lain pulak.ehem ehem.(cakap jela kau hanya layak pegang watak orang tua jer!!!)


**************


tengah berlatih teater,aku mengajak kawan sekelas,Remy namanya tipu tipu.

"Remy jom la cari tongkat kat aku.takut siang nanti orang nampak kita patahkan ranting pokok.jom lah cari sekarang".

dengan kuasa tangannya yang perghhhh kuat beb,maka patahlah ranting kayu pada pokok disebelah hostel kami.pokok tu paling rapat dengan bilik aku.

kemudian berlakonlah aku dengan feeling nenek kebayan gedik gatal shial shioot dengan tongkat ranting kayu.
selesai berlakon, aku bawa tongkat tu masuk rumah.konon nak jadikan prop.senang sikit nak berlatih pegang tongkat dalam rumah petak ni.bongkok bongkok sikit.arghhh comel aku.

lakaran pokok yang rantingnya aku curi.seram kan??.pliss angguk,kalau tak aku unfollow kau!!



***************


pagi pagi buta ,aku solat isya dalam gelap.bajet alim lah.konon solat dalam kekusyukan beserta tawaduk melimpah limpah dan nur cahaya dari muka terpancar lah.padahal aku risau satu suara keluar.

"weh!!apasal kau kacau aku tidur hah???tutup balik lampu".suara roomate aku.

untuk elakkan semua tu,maka  aku pakai telekung sembahyang dan cahaya dari laptop hanya fokus kat muka aku jer.lagi la berseri seri muka aku dengan wuduk,kalah maya karin taw dalam pontianak harum sundal malam.

pandang semacam je kak?pehal?

tengah malam buta sorang sorang aku search gambar ni.yela takkan nak search berdua pula kan?.jangan masuk dalam mimpi sudah ler.ngeh ngeh ngeh


tengah solat tu..

"macam mana yek kalau kayu tadi tu ambil dari pokok berpenunggu?".bisikan hati pada rakaat pertama.

"kau dah la bawa balik kayu tu masuk rumah.gila la!!!kang meracau malam ni siapa susah?".menyusul pula persoalan pada rakaat ke dua.

"boleh jadi juga ada tuan pokok tu,yela pokok tu takde daun.ranting je banyak".tertanya aku dengan sendiri pada rakaat ke tiga.

"kau tidur tu,hati hati lah lepas ni yuyu...".terketar ketar aku nak beri salam pada rakaat terakhir.



ps:asal nak beribadah je ada setan.ada setan je,tak jadi nak beribadat.

konon budak baik lah tuh.konon !!



10 comments:

Faiz Tapit said...

nenek.............!!!!!
momo sakit nih! huhu

desperate mama said...

betul sangat sangat... time solat tu... macam macam benda teringat... masa solat, barang yang hilang pun boleh teringat kat mana letak... jahat kan setan...

Yuyu said...

paiz:nnt nenek menurun dulu yek,..pastu baru bleh ubatkan momo..huk huk..

Yuyu said...

kak fiza:hahaha..tugas setan mmg utk sesatkan..perkara yg berkurun berzaman pon bleh ingt balik..haha

manggosteen said...

kalau ponianak maya karin dtg mmg best..ekekeke

M a s A z i m a H said...

ponti anak remaja. hahaha

Yuyu said...

Manggosteen:hahaha...tengok hantu maya pun aku rasa nak pergi mintak sign je..


mas:hahaha..ponti ank remaja???film kan..ngeh3

m i a said...

ahahhaa...lawak la yuyu ni..bole pula mengulas time tgh solat kan...grrrr

Yuyu said...

blade:wsalam...=)..hehe...i'll.thanks

Yuyu said...

mia:kebetulan..keh3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...