Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

May 18, 2011

Jujur Tentang Perasaan

Tengah aku belek nota untuk exam esok sebagai penyedap hati walhal aku tengah ngadap laptop dari bangun tidur lagi, Tiba tiba aku terklik formspring dan agak lama aku tenung soalan yang aku sudah 'terjawab' .




Kenapa susah nak jujur pada seseorang tentang perasaan . Baik pendam atau luahkan ?

Perasaan macam mana ni ? Kawan kepada kawan ? Anak kepada Ibu ? Perempuan kepada lelaki ? Lelaki kepada perempuan ?. Hehe. Aku fokus pada perempuan dan lelaki . Suka bebenor kome yek. Ke aku je yang suka ? Ngeeeeee...Bluek...

Situasi 1 :


Kesemuanya melibatkan risiko . Sesuatu yang diluahkan dan pihak satu lagi tidak dapat menerima luahan perasaan , lagi teruk jadinya . Contoh , Di kolej ,Maya sukakan Remy dan luahkan tetapi Remy menolak cinta Maya . Mungkin lepas satu masa yang panjang / pendek , Maya boleh lupakan Remy namun Remy masih fikirkan Maya masih sukakannya . Lelaki perasan namanya . So , hubungan asalnya kawan mungkin sudah renggang gara gara luahan perasaan . Lebih baik diam daripada tergesa gesa luahkan.

Situasi 2 :


Siti dan Kamil berkawan rapat . Kamil meluahkan perasaan pada Siti dan Siti dapat menerima luahan hati Kamil . Kemudian mereka bahagia , Lebih baik luahkan daripada pendam .


Sebelum luah tengok dulu 'dia' tu bagaimana . Macam mana nak tengok ? . Tengok Cara dia berkomunikasi , Gerak badannya (Body language ) , Kata hati sendiri dan pandangan orang yang boleh dipercayai . Bukan pada semua situasi kita boleh luahkan , Kadang kala pendam / diam itu lebih baik . Ye dak?


Panjang pula aku membebel .


PS: Lepas taip entry ni terus aku rasa lain semacam . ewwww ewwwww....

Apr 29, 2011

suka,cinta itu beda

entry ini bosan.tak percaya try baca.

pagi yang indah,redup semacam je.buka mata,tarik nafas dan hirup segala macam udara di Shah Alam ni.arghhh sesak nafas aku.

start semalam dah cuti.boleh balik kampung tapi aku tak balik.mak cakap nak datang sini.aku menunggu.


seperti hari hari semalam,bangun pagi aku cari buah hati aku dulu,laptop.online facebook,tengok notification.bosan.tengok komen kat blog,ramai pula cakap aku falling in love.mungkin.tapi bukan Dengan Si photographer.titik.


aku pun tak paham dengan aku.tiba tiba dapat notification baru.cepat cepat aku tengok.

"tiz zakiah likes your status".aku mengeluh.aku tak layan.kejam.aku mengharapkan orang lain.

selimut aku dibiarkan berselerak atas katil.aku ambil tali gitar dibeli semalam.try pasang.gitar kapok berhabuk. okay siap.aku renung jauh.kembali petik tali gitar.try tune gitar.cuba main 2,3 kord.arghh bosan.

buka tv,tengok dr Tambi duk sembang pasal pencuci alat sulit.yang perempuan duk gelak gelak.what the?tutup tv.


"ayam gorengggggg!!".bunyi hanset aku.ada sms .muka aku excited.tapi bukan dari orang aku harapkan.aku balas sms tu pendek je.malas.

ada notification masuk.aku tengok.aku senyum.

"**** post on your wall".

lepas dari tu hidup aku hari ni rasa bahagia semacam.suka?cinta?.tak tahu.orang jiwang cakap suka ,cinta itu beda.



okeh malu malu.terus jadi kucing.malu malu kucing.euwwww...











Apr 28, 2011

Lelaki itu seorang photographer


perkenalkan kawan aku,pamela anderson nama bluetooth nya.siang tadi kami ada explorace dekat putrajaya.aku satu group dengan dia.aku berlari sambil pegang tangan pamela .tak lembut,sedikit kasar.

tengah berhenti ambil check point,terjadinya fanomena mata jack sparow. dia memandang tak berkelip ke arah photgrapher rambut serabai tapi cute.boleh bayang?

lelaki tu kulit putih gaya agak sopan.agak lama juga lah dia ngadap budak jambu tu ambil gambar.riak muka pamela minta simpati terlebih.sekali lelaki tu fokus kamera dekat muka dia.balas simpati agaknya. terus undur kawan aku ni pergi kat aku.malu la tuh.kah! kah ! kah!


***********

lajukan cerita.kami dah sampai kolej di shah alam.nak terima hadiah la kononnya.dapat hamper saguhati beserta  rm5 setiap seorang.lepas la nak pekena sirap bandung dan nasi bujang.telan air liur kejap.slurrppp!


menang hamper rasa macam menang grammy award.


selepas dapat hamper,tiba lah masa kemuncak ditunggu tunggu orang gila glamour.masa bergambar beramai ramai.yang tak tahu malu mesti duduk depan sekali.pamela ajak aku duduk depan sekali.eh tipu!.aku sengaja duduk depan dan pandang budak lelaki tu.padahal ada 2 photographer,tapi ntah kenapa aku rasa muka dia sedap mata memandang.so,aku pandang arah dia jela.tu gunanya bakat dan rupa.ye dak?


gambar hiasan.

dia terpaksa panjat kerusi nak dapatkan shoot terbaik.versetile beb.aku pandang dia.bola mata kami bertembung.seakan berhenti kejap saat itu.perghhhh!!!.terkedip kedip mata aku.aku senyum.dia balas senyum.aku malu maka aku pandang pamela.sekali kedebooooooooooommmm bukkk bukkkk!!!.


dengan pantas kaki aku bergerak selangkah sambil tangan terangkat sedikit.tergamam.lelaki tu jatuh dari kerusi.ikutkan hati nak jer sambut tangan dia agar tak terjatuh.arghhhh. ramai pula orang belakang aku,nanti gosip.aku tak mahukan gosip murahan.ngeh ngeh ngeh.

lepas dari tu aku dengar lagu Gareth Gates ni tak henti henti.layan feeling beb.


                          


    can you feel it??kah!kah!kah!

ps:tak sabar nak pergi kolej.





Dec 19, 2010

cinta monyet bernyet nyet (bahagian akhir)

seperti biasa,di waktu cuti panjang guwa akan ke rumah mak saudara guwa .kesemua anaknya perempuan,maka nak berpoya poya dan menari berjimba sangatlah mudah dan effisien.waktu magrib menjelang.disaat makcik guwa sembahyang magrib,guwa ambil kesempatan mendail nombor nombor yang asyik gatal miss call guwa menggunakan talipon makcik guwa.

"hello".oh panggilan guwa beliau balas.lelaki.macam kenal suara ini tapi dimanakah?

"siapa ni?"

"kau siapa?"

tiba tiba terpacul juga namanya dimulut guwa.juga terpacul nama guwa dibibirnya.oh orang inilah yang guwa cari selama ini.dari situ mulanya kami berhubung.dialah S.A guwa.keh keh keh...

dia jelaskan beliausudahlamasukakanguwa.katanya guwa anggun berbaju kurung.cehhh...zaman tu talipon guwa tiada kamera.kalau ada gambar pun blurr semacam.maka kami berjumpa dihari pemberitahuan result SPM.dia best student SPM tahun itu tapi guwa student biasa biasa saja.cukup makan untuk ke matrikulasi saja.perlukah saya sebagai kekasihnya menggantikan beliau untuk berucap?
kah kah kah...


disebalik tembok luar dewan kami berjumpa.bertukar gambar serta lukisan guwa lukiskan.seorang gadis mencium bunga.amacam?
katanya...

"kamu harus seperti peri yang riang,
yang terbang dengan sayap bertebangan...
cahayanya bla bla bla..."



jarak kami jauh.guwa ke utara,dia ke selatan bagi sambung pelajaran ke menara gading.ke menara gading tuh..ayat tak boleh blah..

benarlah cinta jarak jauh sangat sukar untuk ditempuhi.kepercayaan dan keyakinan semestinya perlu sentiasa wujud dalam diri.tapi pada suatu tahap keyakinan dan kepercayaan guwa terhadapnya pudar.masing masing undur diri.guwa mengakui banyak kelemahan.jujurnya,sewaktu dengannya guwa menjadi perempuan lagi baik.dia selalu ingatkan tentang solat,doa dan bla bla bla...terima kasih awak...

sekarang jarak tidak jauh namun rasa itu sudah lama hilang.bukan jodoh kita.bertemu nanti dihari persandinganku.Insyaallah.

TAMAT

kartun pun cantik lagi lukis dari kau yuyu!

aku kena kahwin pilihan mak

tepat 7.45 pagi aku bangun.nak ke toilet.subuh ke mana,isya kemana entah aku terus ke katil semula.tiba tiba teringat perihal semalam.rumah aku dipenuhi ramai orang.mak cakap tak payah pergi ke sekolah.bukan ke aku sekarang sudah 3 tahun tinggalkan sekolah?oh kolej la mak.

setahu aku orang ramai sebanyak  2 gerombolan atau 2 puak atau 2 group atau bla bla bla itu adalah dari utara tanah air.mereka saudara mara cik ngah aku.oh dari perlis.joh noh mai ke terangganu.tiba tiba aku dengar makcik aku cakap "kau dah ditunangkan sebelum ini,mak kau yang setuju dengan pingangan mereka dan kau sudah ada tunang."


what the?

"mak!kenapa terima pinangan orang lain?yu tak tahu pun yu dah bertunang.taknak!!!"
tanpa mencari dimana mak,aku terus talipon mak.guna teknologi sedia ada.

"mak,guwa tak boleh terima guwa ada tunang,guwa nak batalkan semua ini"
tanpa usul periksa dan mengetahui siapa jejaka tersebut,dengan lantangnya guwa (aku) bersuara.

"kokye pun pergi la salam dulu dengan tetamu".
tiba tiba datang dari mana entah suara mak dan menyuruh guwa bersalam dengan keluarga bakal mentua aku.hah bakal mentua?gila!

guwa dengan patuhnya pergi bersalam dengan semua orang.mereka di tangga rumah guwa.bukan ke rumah guwa tidak bertangga?takkan tiba tiba rumah agam guwa jadi istana SM Naza kot?

tiba tiba tangga rumah guwa jadi berpusing pusing gaya hindustan seperti diatas.
*picture ehsan belas mr.google.


tengah sibuk bersalam siap cium tangan bagai lagi,guwa terpandang satu wajah kacak.dia senyum kepada gadis berbaju kurung ini,pandangannya redup memandang ke bawah kerana sememangnya dia lagi tinggi dan tinggi dari guwa.
*sila bayang gerak geri guwa sangat slowly*
badannya sasa,kulit persis remy ishak campur ezlan yusof,rambutnya lebat,tinggi.guwa terpaku tapi langkah  guwa harus laju sebab guwa kena malu,guwa la si gadis yang diraikan di majlis itu.guwa haruslah malu berhadapan dengan keluarga yang meminang guwa.guwa harus masuk ke bilik sekarang barangkali akibat malu.cehhhh!!geli geli.



"mak,gaya dia persis ini ke mak?dia hansome macam ni ke?oh makk!!sangat memahami jiwa anakmu.yu setuju mak!!"
gedik gedik gedik...

agaknya kalau mimpi semalam tuh guwa sambung lagi malam ni,boleh jadi macam ni tak?
semalam bertunang,malam ni kahwin.buat resepsi macam ni la mak yek?
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

p/s:tula kau yuyu,sebelum tidur tuh jangan la tengok gambar orang kahwin banyak sangat.paling kurang baca doa dan basuh kaki dulu.ni main redah je.mimpi bukan bukan.tapi kalau jadi betul,guwa suka beb....keh keh keh keh keh...hik hik hik....



Dec 11, 2010

kenapa alviss kong dan lelaki ditinggalkan perempuan?

merujuk kepada tajuk diatas.
sila baca belog alviss kong dan di oh media.
sudah baca?okay berbalik kepada tajuk.sambil gigit jari dan muncungkan mulut gaya curiga.
alviss kong bunuh diri sebab perempuan.dia dikecewakan dan ditinggalkan oleh kekasih baru 4 bulan dalam perhubungan dan kemudian ditinggalkan.nak tengok ex dia?sila klik link diatas.hua hua hua...


kenapa lelaki ditinggalkan perempuan?
pada pendapat aku la kan,lelaki kebanyakannya psyco lebih.bila perempuan seakan bosan,terus mengambil langkah dengan berkata kata seperti
"kalau you tinggalkan I,I potong urat tangan I dengan pisau pemotong daging."
"kalau you tinggalkan I,you akan merana."
"kalau you bla bla bla..."
tidak terasa ayat ayat ugutan sebegini membuatkan perempuan takut dan kemudian tawar hati.lastly tinggalkan you juga wahai laki laki?

dari blog alvis kong,dia seakan mengugut ex dia kan dan menakut nakutkan dengan luahan perasaannya.



kedua,lelaki yang kebanyakannya membosankan,
contoh.kalau sms balas 3 patah perkataan.tak ke berbelit belit saraf otak si perempuan nak berfikir

1,"apa perlu aku balas yek?"

2."topik apa perlu aku buka yek?"

3."dia ni asyik nak matikan ayat aku je.reply nokhtah jela senang,tak payah buat ayat.menyampah syial.
seperti 
girl: "you,semalam kan bla bla bla bla...."(200 patah perkataan)
boy:"oh ye ke"
kau tak rasa nak baling handphone tu ker?


ketiga..
tidak mampu nak jaga awek sendiri.
*tiada kaitan dengan lelaki diatas*

 sekian saja persoalan dan jawaban dalam keluh kesah percintaan kak senah.
okay take care everybody.jangan bunuh diri pula.haram disisi agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...