Tengahari yang panas . Peluh menitik setitis dua . Rasa dahaga bagai ingin terjelir ( OMG!) . Maka aku pergi ke kedai makan dalam kolej membeli Lemon Ice Tea . Oh kegemaran aku sekarang ini . Lepas ambil terus pergi ke kaunter sambil layan lagu meteor garden ' Wo Yao De ai ' . Volume lagu dikuatkan , Jika earphone boleh bercakap dia tak mahu lagi aku jadi tuannya barangkali sebab suka pasang lagu mengalahkan speaker orang kahwin.
"Awak ni dah kahwin belum ? " . Mamat Indon jaga kaunter tanya aku .
"Berapa ni ? " . Aku taruk botol air atas meja tanpa memandang kearahnya.
"Awak ni dah kahwin belum ? ".
"Ya, dah kahwin. ".Aku bengang dan jawab kemudian tunduk.Dalam hati cepatlah weh aku nak kejar bas ni , aku dahaga la .
"Oh ye ke ."
"Berapa ni ?'
"RM 2.20 "
"Oh 2 Ringgit eh ?"
"2 Ringgit 20 sen."
"Apa ! 2 ringgit ???? " . Memang la mula mula aku tak dengar dia cakap 2 ringgit sebab aku dengar lagu tapi bila lagu perlahan ambik kau aku buat buat pekak .
2 ringgit tu aku ulang sebanyak 5 kali .
Aku hulur duit dan terus blah .
Ps : Muka aku ni dah macam orang kahwin ke ? .Nasib baik aku buat pekak je . Kalau aku buat bahasa isyarat tadi ?.
***********
Di pertengahan jalan sementara menunggu bas , Aku lepak dengan budak kelas . Pelawa lemon ais tea setitik dua kat dorang . Kemudian datang la pak guard lingkungan 40 - an . Entah macam mana dia boleh ceritakan pasal perkahwinannya .
"Bini saya pun ambil kos Medical Lab macam korang juga tapi sekarang cuti bersalin ."
Kami angguk.
"2 semester dia extend . 2 orang anak dengan dia . Kesian kat perempuan sekarang ni ramai sangat , So tak salah aku ambil dia jadi bini nombor 2 ."
Aku telan air liur kemudian kawan kawan aku buat buat sembang sesama mereka . Dengan harapan bas datang secepat kilat .
Sebelum pak guard tu blah , Aku sepatutnya tanya "Pakcik ada kena mengena ke dengan Salih Yakob?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dua golongan lelaki diatas adalah perempuan paling tak suka.
Moral :
1.Kalau nak tegur / kawan dengan perempuan , tak perlu la pergi tanya statusnya terus terang sambil buat muka minta pelempang .
2.Tak perlu la teruja sangat wahai lelaki pada pertama kali sembang dah nak cerita kehebatan diri yang tak hebakkkk!
3.Buat Pakcik , tak perlu la berbangga kalau bini pakcik sekarang ni tua setahun dari saya dan sebaya anak ke tiga pakcik .












