Showing posts with label semacam diary. Show all posts
Showing posts with label semacam diary. Show all posts

Apr 17, 2011

KULI,PENGAMPU,BOSS

sudah menjadi adat hidup atas bumi Malaysia bertuah ni bila berada di kelas bawahan.hidup berdasarkan istilah 'anak tiri',tumpang kasih dan berpayungkan bangunan usang lagi buruk tidak sekelas Lim Kok Wing mahupun MAHSA atau seteguh IMR.

IMR

berada di semester agak akhir baru lah aku sedar duit diperlukan setiap semester.sebut je aktiviti,mesti duit pelajar dikeluarkan.sebut je duit,mesti aktiviti lah tu.senang.gampang.


sekarang aktiviti mengutip dana untuk Aktiviti ke Perkampungan Orang Asli dijalankan.oleh itu setiap jumaat,kami pelajar swasta dan KKM (Kementerian kesihatan malaysia) dan beberapa ketul yang lain akan cari kereta staff kolej dan basuh.cuci kereta.kereta orang atasan juga kami basuh.


"I tahu kat mana kesan calar kereta I,so basuh elok elok.".LIMA RINGGIT (RM5) dihulurkan.duit diterima dan kami saling memandang.diam.elok sangat la digelar kedekut.

"ala.orang bagi duit pun dah kira  bersyukurlah".kaki bodek bersuara.adat la tu,kaki bodek akan mengampu ada dimana mana.

dah la kau taknak sponsor kami buat aktiviti.bila dapat nama ,kau juga yang sapu.kolej kau masuk majalah,masuk suratkhabat,pamer kat TV,tak cukup lagi,radio pun adooo..


elok sangat la tu,BOSS dan PENGAMPU  bergandingan.

semalam.cerita baru.agak panas lagi bak goreng pisang disalut tepung dan digoreng dalam minyak panas.kawan baik PENGAMPU memarahi kami.katanya kami tidak buat kerja.yang mengadunya budak swasta.APA NI SAYANG?kerja?kerja tayangan movie pada malam jumaat bagi kutipan dana?ohhh...

oh ye.kadang kala setiap kita lakukan perlu ditunjukkan.tidak begitu?barulah kerja tu dilaksankan.menunjuk pun satu kerja bukan?








tiba tiba aku rindu nak menjadi pelatih di IMR.walau hari pertama daftar ke delta hostel adalah hari pertama aku kenal Institute Medical and Research (IMR) sebab pagi tu aku hantar jiran aku kesana dulu. selayaknya kami ke sana.belajar disana.kalau nak kami bangkitkan isu ada banyak je.itu baru part basuh kereta,belum part DELTA HOSTEL.



RAYUAN BUAT KKM,TOLONGLAH JANGAN HANTAR BAKAL BAKAL JUNIOR KAMI KE SINI.TOLONGLAH!!!!mata berkaca kaca.

selain entry ni,boleh baca ini juga.


ps:nak cari kaki bodek,senior kami ada lah tapi bukan kami si hujau flourescen.

Apr 7, 2011

SALAH PAHAM


entry ni bosan dibaca.harap maklum.




hari ini kelas pukul 9 pagi,bagi kami (batch aku) yang takde kenderaan sendiri,wajib kena bangun sebelum pukul 7 pagi dan berebut naik bus ke kolej.2 jam selang masa nak ke 9 pagi tu diisi dengan sambung mimipi semalam di surau dalam kolej.



tengah tidur dalam surau dan menanti kelas pukul 9 pagi,tiba tiba kami dapat berita KELAS ENGLISH PUKUL 9 PAGI BATAL.okeh fine.semua sambung tidur.NEXT CLASS PUKUL 11 PAGI SUBJEK SITOLOGI.

dalam 25 orang tunggu dalam lab patologi.13 orang lagi ke sitologi.serius!aku tak tahu pun kena pergi lab sitologi sebab minggu lepas kelas kat lab patologi.kami lewat 10 minit sebab berita baru  sampai bahawa lab hari ini di lab sitologi.


kami tidak dibenarkan masuk lab sitologi.hanya 13 orang kawan kami bernasib baik dapat masuk sebab mereka awal 10 minit ke sana .maka,saya dan rakan rakan tunggu diluar lab sitologi.dengan harapan,amali pewarnaan hari ini saya dan rakan rakan dapat lakukan bersama.ngeh ngeh ngeh..


WAJARKAH????

lewat 10 minit je pun.tu pun sebab SALAH PAHAM.kami dibawah KKM(kementerian kesihatan malaysia),surat amaran kalau di berikan kepada KKM,alaun kami akan di sekat.nak makan apa weh???kami menumpang kolej swasta.kolej orang lain.Terima kasih tumpangkan kami.=)


BUAT ORANG ATASAN,TOLONGLAH CARI KESALAHAN KAMI LAGI...PLISSSSS...tolong juga datang ke delta hostel tengok kami hidup.tolong juga naik bus bersama kami.tolong duduk tempat kami..

dasar !!!


BUAT LECTURER PAGI TADI,KAMI MINTA MAAP LEWAT 10 MINIT.SILAP KAMI TAK PEKA JADUAL KELAS.


ps:bila buat entry ni,aku rasa macam aku wakil penduduk kampung yang nak kerajaan tarik balik kilang pelupusan sampah yang bau harum kalahkan perfume pink coral.



Apr 6, 2011

AIR


Begitu indahnya hari bila  takde kelas dan kena buat lab report bertimbun timbun.bila bangun pagi,cahaya matahari memancar dari tingkap.seakan senyum padaku.aku segera ke bilik air bagi membersihkan diri.oh air karat  bewarna keemasan.sukanya sukanya.sebab air nampak mahal dan warnanya seperti emas,maka jumlahnya pun sedikit.ada la dalam 2,3 titis.cukup cukup nak cuci muka dan gosok gigi.





ni lukis ke conteng???kehkehkeh.bila petang menjelma,air pun dalam setitis dua dari paip dan aku sayangkan air dari gunakannya sia sia,maka aku tidur.mandi pun tidak.hujan diluar membuatkan lena semakin panjang.



sedar sedar pukul 7 petang.solat pun belum.tergesa gesa ke toilet,alang alang masuk melangkah ke bilik air sebaiknya aku melakukan beberapa tugas...nasib baik air dari 2,3 titis kembali jadi berbaldi baldi.banyak air.rasa lagi mewah.



aku pun mandi la sambil menyanyi nyanyi lagu anuar zain.bila syampoo rambut pula terasa macam kepala diurut oleh tangan sendiri.seterusnya aku gosok gigi,maka bertambah jarang la gigi aku.muka pula bila dicuci dengan lembut. aku rasa mulus je kulit.wahhh giteew.


lepas mandi,tuala aku pun dah bertukar emas.perghhhh!!kau ada??air dalam baldi aku pun warna emas.sebenarnya air karat tapi aku nak sedapkan hati dan aku redha je mandi.bayangkan...

  karat  + air + sabun lifebouy berketul ketul = ?

air+ syampoo treseme berbuih buih + karat = ?

ubat gigi Darlie + air + karat = ?

pencuci muka + air karat persis gold = rania gold?


lama lama aku mandi air karat rasanya kulit boleh jadi tan kot...

macam Beyonce ni hah..woahhhh...






TOLONGLAH KEMBALIKAN AIR BERSIH KEPADA KAMI PENDUDUK SELANGOR!!TERUTAMA KAMI YANG BERADA DI DELTA HOSTEL yang berseri lagi meriah ni.KEMBALIKANLAH AIR BERSIH BUAT PENDUDUK SHAH ALAM yang kaya dengan show artis  ni.



TOLONGLAHHHHH!!!

credit pic:mr google

Apr 4, 2011

HAI BEBI

setibanya di kolej PITIH PITIH(PTPT) bukan nama sebenar pada tengah hari yang terik,batuk berselang seli dengan esakan mukus hingus dihidung,aku dan 2 orang kawan turun dari bas menuju ke kedai makan cekik darah  namanya.teruja pula apabila budak budak school hospitality turut makan disitu.teruja sesanggattttt taw...


keistimewaan mereka adalah sangat  suka menarik perhatian.bukan salah ibu mengandung tahu.kesian kesian.mereka berseragam hitam putih hari ni.tak kira lelaki mahupun perempuan.kami pula berseragam putih hijau persis Nurse.

"sakit!!sakit!!".mereka jerit kemudian gelak.

kami bertiga diam.rasa tawar nak makan kat situ.aku cadangkan makan kat lain sebab kami akan mengadap muka muka bajet bagus(budak school hospitality tu lerrrr).

sekali lagi aku dengar budak budak hospitality yang tengah makan tu jerit dan gelak gelak.

"sakit!!sakit!!".

aku undur 2 langkah pandang ke arah mereka.

"HAI BEBI".kemudian aku blah terus.

"oh mencarut!".

aku teruskan langkah,kawan aku 2 orang ikut dari belakang.gaya charlie's angel giteww.

coppp!!! aku yang tengah.oh puas hati aku .keh keh keh.

kami terus melangkah ke kedai makan shiro berdekatan .mentang mentang kami beruniform macam nurse,nak jerit jerit sakit pula.kau tu nama je school hospitaliy tapi kerja kat hotel.school hospitality ni termasuk juga budak budak kulinari yang suka menari nari ala drama Hotel Mania kat tv3 tu.



kedai makan Shiro tiada kena mengena dengan binatang ini.pasrah je muka dia kan?



ps:jika tak paham entry ni sila klik link link yang bertaip biru.sekian.

Mar 31, 2011

SAKIT

hampir 2 bulan yang lepas

gee dan aku berjalan di kaki lima kolej menuju ke surau.menuju ke surau.menuju ke surau.di dalam perjalanan kami memang akan melalui bengkel kuli-nari.kuli menari nari.seorang lelaki memandang kami dari jauh.bila menghampirinya aku senyum.budak kulinari.tak pernah aku senyum tapi hari itu aku kasi sedekah.Senyum.

tiba tiba

"aduhhh sakitnya.tolong tolong CPR.CPR!!!".

nak je aku patah balik dan tanya

"adik.CPR tu sejenis kuli macam adik juga ke?ngeh ngeh ngeh.."

namun aku menuju ke arah kebenaran.menuju ke surau.

*****************
Hari ini.

Aku dan Gee menuju ke kelas dengan berbekalkan sarapan pagi.

tiba tiba seorang lelaki dari arah belakang mengiringi kami.

"aduh sakit!sakit!".dia menjerit sambil tangan pegang perut.gaya sakit nak beranak.

"BODOH!".aku rawat sakitnya.

"BENGAP KAU!".aku masih lagi merawat sakitnya.Merawat sakit otak budak kuli tuh.



tahulah aku pakai baju ni je tiap tiap hari.tudung hijau floresen.tapi....
(bukan gambar aku tahu.gambar kawan.ngeh ngeh ngeh)

wahai kuli kuli,beruniform seperti diatas tidak semestinya nurse.

pic:kuli dari google.

moral of the story:kalau orang tak cari pasal dengan kau.kau jangan la gedik santai cari nahas.

ps:saya tahu mulut saya sopan ketika bercakap.saya baik sebenarnya.ngeh ngeh ngeh...



Mar 30, 2011

BAS

Semalam tunggu bas macam biasa nak ke kelas,bas lewat hampir sejam.oh biasa.sebelum naik bas terasa dahaga,aku beli jelly kelapa.ngeh ngeh ngeh.

"yu,tak boleh bawa masuk makanan dalam bas".kata kawan aku.

"oh ok.".aku masukkan jelly kelapa dalam bag dan naik tangga bus.

"mana makanan you tadi,ingat I tak nampak ka?".uncle driver keling paria  India sound.

"saya simpan.ni hah."dalam hati aku,nak kata aku makan dalam bas la tuh.nak kata nanti bas busuk la tu.bau kau lagi busuk la.grrrr

"you jangan makan dalam bas,simpan".

aku angguk.tahu tahu je nama aku yu.

****************

hari ini.tengahari ada meeting.terpaksa la aku naik bas pukul 12.30 TENGAH HARI.meeting tengah hari?what the??grrrr.

uncle semalam tunggu diluar bas.

"tengok bag you ada makanan tak?"

"tak ada".aku tunjuk bag 

aku naik tangga bas dengan genggam tangan.panas cuaca hari ini.bila genggam rasa macam kat negara omputih pula.konon sejuk.psyco sorang sorang.

dalam bas aku terseliuh.sakit.aku gelak.kawan kawan terlebih lebih gelak.terhibur dorang.

earphone bawa,handphone tertinggal pula.macam mana nak dengar lagu.2 seat untuk aku sorang.bosan.aku selidik bag cari bahan menarik.banyak pula sampah dalam bag.siap pasir pergi pangkor 5,6 bulan lalu masih ada.aku keluarkan segalanya.gula gula kepanasan pun ada.aku keluarkan semua tu.simpan atas lantai bus.



aku diam.pandang keluar bas.=)

Mar 13, 2011

pakcik,saya rayu halalkan dua poloh sen itu

stadi la konon.

4.15 petang 12hb 3 2011

pengawas 4 orang bersembang.ada gaya nak suruh aku blah.paper akhir semester ini.soalan biokimia sangat mudah seakan bercakap dengan bangla,bersembang dengan orang jepun,berjimba dengan orang iban.jawapannya susah.aku orang terakhir keluar.


7.30 malam.

makan apam balik dua keping.online gaya remaja.minum tea o ais tengah hari punya.taknak membazir.

8.45 malam,

bas Sani sudah sampai.dengan bergayanya aku tinggalkan Gee dan Syafiqa.tinggalkan Shah Alam pulang ke Kuala Terengganu.

4.30pagi.
sampai ke perhentian bas KT.tiba tiba perut memulas.sakit.aku ke toilet,nak berjalan pun rasa tak mampu.

"pakcik tolong jagakan bag saya".dengan lemah aku minta tolong pakcik jaga jamban.

"tak boleh letak bag kat sini"

"saya sangat sakit.pakcik jaga la.."

"tak boleh".

peduli aku.aku masuk toilet.tak salah.toilet perempuan.

dalam toilet aku telepon mak.

"cepat datang,yu sakit perut.cari yu dalam toilet".


****************
ketibaan emak dan ayah.

"mak tolong belikan yu 100plus!!!".

dalam toilet awam aku jerit.peduli aku orang lain.aku sakit macam nak beranak.

"beli apa??"


"100plus!!!!"


"hah?"


"100plus".


"mak beli air mineral boleh?"


"suka hati mak la.".aku jerit lagi,memang anak tiada budi bahasa.

mak ragu ragu nak belikan 100plus sebab risau perut aku sakit disebabkan gastrik.aku tahu.grrrrrrrrrrrrr.

sepatutnya dalam jamban tu aku jerit.

"mak!!!belikan air tulis seratus plus!!!yang boleh kembalikan cecair badan yang hilang.bukan air gas yang mak rasa bahaya tu.bahaya untuk anak mak yang selalu gastrik!bukan!!!"

***********
tersandar aku didinding toilet.bersih kotor aku tak peduli.dah la masuk toilet berselipar jepun ber-stokin carik.
kemudian emak dan ayah kejarkan aku ke Pusat Perubatan 24 jam,klinik Intan kata mak.

"tapi tak bawa duit ni."mak keluarkan suara.dalam kereta.

Mak telepon kakak suruh datang kasi duit.kakak tengah tidur.

"cepat datang Klinik Intan,nurul sakit.mak tak bawa duit."laju je kereta bergerak.setahu aku lambat lagi nak sampai klinik.


"kasi gelang saya ni la dulu kat INTAN(klinik Intan).nanti datang tebus balik siang."
ya Allah sampai tahap tu mak sanggup bergadai.anak dia cirit birit je pun.paling teruk tengah tahan gastrik.


"ishhh.macam tu pula.tu senyap tu.dah okay dah kot.perut memulas jer.biasa la tuh.tak payah pergi klinik la".ayah bersuara.

"tapi kalau sakit lagi mesti ke pergi juga."kata mak.

"ala..biasa la tu sakit perut pagi pagi".kata ayah.

sampai di Pusat Perubatan Intan.ayah berhentikan kereta.

"tak payah pergi la mak.rasa dah elok".perlahan aku jawab.

dalam hati,berkat aku selawat dan baca bismillah tahan sakit tadi kot.Allah memahami mak ayah tak bawa duit.toilet tadi pun aku tak bayar.100plus tak cukup 20 sen.sedih weh.pukul 4 pagi lebih kau nak seluk kat mana duit weh?.

pesanan ringkas:

*pakcik toilet,halalkan yek 20 posen tu.*

*tuan kedai,bukan biasanya 100plus 2 ringgit je ke?halalkan la 20 sen.*



 pakcik halalkan due posen tueeeee..!!

*
*
*
*
*
*


kalau pakcik ingat muka ni.terbaca entry ni.sila PM inbox pesbuk yuyu lar..

Mar 1, 2011

anggota Nepal yang bijaksana

Didalam bilik peperiksaan,mata aku renung jam dinding.ekor mata selari dengan jarum panjang bergerak.nak keluar ke nak sambung conteng kertas jawapan.kasi banyak jawapan,minta pemeriksa kertas pilih mana satu dia berkenan.kalau semua tak berkenan,maknanya makan basuhan airliur lagi la jawabnya.


selesai makan.tunggu driver datang ambil.itu kenderaan wajib setiap hari untuk pulang ke hostel.gatal dibelakang.oh lupa pakai uniform sama untuk kedua kali.relax relax,bukan pengotor tapi jimat wang basuh baju.


singgah mencari hiburan di kaki lima bangunan kolej.bangunan usang lagi bersawang.sebenarnya,warga Nepal datang ke Malaysia bukanlah sekadar bekerja keras bagi menyuap capati dimulut malahan...malahan..arghhh tak bisa kukatakan dengan indah apatah lagi menyeru suara berharap dilontarkan.what the?..

aku dan kawan seperjuangan melepak sekejap di meja security berketurunan Nepal.tugas security melaporkan segala tugas-nya didalam buku Log.ala ala tulis diari dalam blog gituh.





sepatutnya LOG tu di tambah B didepan.


"cermin pecah.Tangan sebelah kiri ANGGOTA NEEPAL LUKA.HANTAR ANGGOTA TERSEBUT KE KLINIK  rm70 UNTOK RAWATAN-"terpaksa aku capslock kan sama seperti tulisan beliau.

Ps:sekali kelim rm70,boleh beli sepasang snickers Everlast tuh.cantekk.

"TANGGA NO.1 CERMIN PECAH.1 ANGGOTA NEEPAL BUAT TUGAS TANDAS (***).1.SEMASA TURUN TERLANGGAR PINTU---"

(***)= aku tak paham.

PINTU GRIK NO.8 ROSAK 
(soalan aku:adakah beliau yang langgar lari pintu tersebut dan kemudian laporkannya?)

Tara Pati ROUNDA BLOCK A

PS:rounda=round the

"MOTER CYCEL.HONDA.BLOCK.C.****"

ps:kemajuan meringkaskan ayat.

sorry anggota Neepal,bukan mengutuk cuma suka la baca  buku log you.keh keh keh.ayat dari atas sampai akhir semua mendatar.mood "ngantuk weh".


aku tekan klik publish post.





Nov 23, 2010

terasa mahu blah

aku dah fed up hidup di tempat sekarang.arghhhh!tak boleh tak boleh macam tu!!!terasa muka jadi petak.malu menebal.mahu pulang ke kampung.taknak datang sini lagi.cepat lah masa berlalu.mahu forward setahun lagi.pakai lab coat dan masuk lab.balik ke rumah drive sendiri.orang kenal aku sebab aku .petang petang makan goreng pisang.malam malam makan mee goreng basah.pagi pagi pekena milo free dari mak.fuhhhh!!!


serius!!aku dah tawar hati.aku dah meyampah.aku dah muak!!!errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..................


p/s:terasa macam budak gedik taip entry camni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...