Aug 14, 2010

anniversary at pangkor island bebeh





sempena setahun aniversarry kami,so kami tetapkan nak bercuti kat pulau pangkor.sana kan makanan dan souvernior sangat murah.semua murah murah sampai last sekali saya hanya beli sotong merah yang mak pesan.rasa kecewa gila gila sebab nak shooping last minute.tengok la jadinya.haha.padan muka kau yuyu!

kalau nak masuk pulau tolong draw duit dulu.dalam poket tinggal 50 ringgit,risau juga  nak shoping kalau kalau nak guna time kecemasan.selepas draw duit pulak masa dah tak cukup.tambah lagi  kau nih cerewet yuyu!tengok baju dah cantik dari jauh,bila dekat kain pula macam panas.lepas tu bas kami dah sampai untuk pulang shah alam.saya pun cepat cepat la naik bas.baju pun tak beli untuk adik.sempat beli untuk aleesya je.dalam bas rasa menyesal pula tak beli je baju tu.so,saya berbual mesra la dengan uncle driver tuh

''uncle,nak pergi toilet kejap jer boleh?''buat buat muka gelisah macam sembelit.

''you cakap betul betul,you nak ke toilet ke you nak beli baju?''macam tahu tahu je mamat nih.

''nak ke toilet la uncle''dengan bangga sambil kepitkan kaki saya dan menjawab.

''i bagi you 5minit''uncle keling botol nih jawab dan tiba tiba rasa malas jer nak bergaduh saya pun blah jer.bukan blah keluar dari bas tapi blah ke seat.
hampeh betol la!

cukup cukup yuyu cerita pasal uncle tu!!!!



setibanya kami di jeti..
ini van comell yang bawa kami ke pulau pangkor!!!


semua ni muka muka nak berendam dalam air.baru jer sampai kami terus tukar baju dan serbu pantai!!!yeayyy!!!






tengok!yuyu pegang mak enon la!masa nih dah nak balik.so,try
la nak tune dia .sebab tula mak enon tak berbaju.sampai jer shah alam,baru sedar yang tali mak enon putus sebab nyeng chain tuh putuskan masa dalam bas.ala vokalis the donkees tak femes tuh.ganti balik wooooiiiiii!





dalam dorm yang disediakan.kami bayar untuk 1 pakej rm 140 jer dan sekali dengan bas dari shah alam total up jadi rm 200.bilik sangat selesa untuk harga sebanyak itu.
dalam pakej tuh ada snorkeling,bbq,karaoke,sarapan,makan tengah hari,boat tripdan macam macam lagi.murah kan?




kau suke la kan yang ni yuyu!





bawak jer mak enon nih,main tak reti pon.haha..



kenalkan ini budak sesat!kah kah kah




tengok!!!mak enon dah jadi penyambut tetamu dah...




satu lagi.mak enon pon ade personal seat..


makan lagi!yeayyyy!









resort panvill!sini la kami stay for 3days and 2 nigth.
orang tua tua depan nih hanya hiasan semata mata.haha



shoping jom!kat teluk nipah!





yang 3 jelitawan dan seorang mamat tak perasan macho ni lah geng kancil.kalau takde korang tak tahu lah ceq lagu mana.sayang gila babeng lah kat korang!!!!muahhhhhhhhhh!






jelitawan nih lagi!gambar atas tengok mata gee cepat...haha..
mandi pun sekali!!!yang sekor tuh tak malu join kami jelitawan ini.haha




sebelom berendam jugak nih.nak snorkeling!!!yeayyyy!



malam bbq dan karok!last night kami kat sini







malam ni kamu santai tepi pantai main gitar




nak tengok sunrise tapi silap pantai la.tengok yuyu gemokk nih!!tembam giler!lepas tuh upload picture sini..arghhh tak malu!



hampir semua budak kelas 


okay babai semua!!!


inilah anniversary kelas kami!!!budak kkm batch hijau!!
pantai sini taklah secantik pantai dan pulau kat terengganu tapi aktiviti sini best best jugak!
murah murah!clasmates pun best best!thumbs up!!!!

choppppp!chooopppp!
sebelum tuh kalau korang nak pergi pulau jangan lupa bawa
shampoo.serum rambut.handy plast.ubat.bio oil.losyen.sunblock.cuci muka.ubat dan berus gigi.sabun mandi.baju yang cukup.once again!!!draw duit siap siap taw!



Aug 1, 2010

bila benci apa perlu buat?tips atasi perasaan benci

bila saya dah membenci awak!!!
''tengok muka awak pon saya tak hingin lar!!!!''-fb yuyu lar

okay kawan kawan,perlu ke perbuatan seperti diatas?semestinya TIDAK!memang itu dapat puaskan hati kita tapi itu juga menunjukkan kita tidak matang.okay yuyu,kau sekarang membenci seseorang tapi kau kena berubah menjadi pemaaf.kau dah minta maaf banyak kali tak bermakna kau loser!kau pengalah!kau muka tembok takde maruah!okay yuyu.tiba tiba cakap sorang-sorang.hehe.


apa tips nak bagi benci itu hilang?


okay kawan-kawan,sila tarik nafas.bertenang.ingat kembali jasa orang yang awak benci tu.apa?takde?


next!!!!
disebabkan tiada,cuba pula fikirkan bagaimana kalau tiba tiba awak tahu awak dibenci seseorang?apa?bukan seseorang tapi dah tubuh satu fans club membenci awak?okay okay nevermind.setiap orang boleh berubah untuk menukar benci menjadi suka atau paling tidak menjadi tidak rasa apa apa terhadap orang yang nak sangat kita serbu.tembak tembak.pukul sepak tendang belakang,tarik rambut,kasi koyak baju,patahkan heels dia,atau maki dia depan depan.''cukup cukup cukup!!!!!'' tiba tiba yuyu menjerit tapi takde orang pandang sebab dia menjerit dalam blog yang takde bunyi.lalalalalalal~~~~ 


tips lain makcik yuyu?yang atas tu budak sekolah pun tahu.

okay okay sabar sabar.apa sabar?.iya,kawan kawan kena sabar menahan benci.benci itu syaitan yang hasut kat tepi kiri kanan kita tambah pula kawan baik dia hawa nafsu.nak tambah kawan ke?boleh boleh tapi bukan kawan dengan syaitan yang sememangnya tak hansome.ya!tak hansome sebab dia api.api hansome ke?tak kan.so fikir fikir kan.tengok,makcik yuyu dah jadi ustazah.ehem ehem.:)


cuba tenangkan diri dengan tidur.apa tidur?taw la kau kuat tidur.alahai makcik.
ini saya selalu buat.boleh katakan hidup saya banyak dalam mimpi je.bukan apa kawan kawan,saya juga manusia normal membenci orang dan nak orang tu hilang bila saya bangun dan benci itu juga turut hilang.ini bergantung pada individu la kan tapi kalau saya kan, akan tidur 2,3,5 jam dalam kebencian,bangun tu hilang benci itu sekit demi sedikit dan bila benci itu datang semula,kawan kawan sila tidur macam saya buat juga.terlebih la kau yuyu,suruh orang ikut kau!takpe takpe sememangnya yuyu gila kuasa.


cuba luah rasa benci itu kat mana mana.macam saya sekarang ni saya nak kurangkan rasa benci saya,so saya menaip tips bagi hilang benci.dalam masa sama saya tengah bagi ceramah kat diri sendiri juga kan?


sekarang pergi ke depan cermin dan tengok muka masam awak bila berdepan dengan dia se benci?alahai burukkan?tengok lagi.buruk jugak.hilang seri muka.rugi pakai mekup tapi muka masam.so,cubalah senyum dalam kebencian.okay try.try lagi.lagi dan lagi.hah,tengok!kan manis.apa kata kita senyum kat si benci itu?ini bukan hipokrit tau tapi cara nak kurangkan peratus benci itu.macam lagu ''hadapi dengan senyuman,apa yang terjadi biar terjadi''.cewah.cuba senyum ikhlas.kalau tak boleh cuba pandang muka si benci dan senyum dalam hati.



ambil wuduk.hehe.takpun awak mandi la kasi sejuk.saya akui ini cara last saya buat sebab saya sangat malas bangun tapi suka tenangkan emosi lagi sebab tak perlu tenaga.haha.bapak malas kamu yuyu!



cuba lupakan dia itu musuh awak.anggap dia kawan awak walaupun dia pun benci awak.haha.kawan disini bukan maksud pergi kat dia,peluk peluk,ajak keluar tengok wayang,add dia sebagai BFF kat FB.ini macam keterlaluan dan susah nak buat tapi kalau boleh buat.saya dengan ini tabik spring kat awak!!!!



last sekali.apa???
''maaf?oh no!!!tidak sama sekali saya maafkan dia.sampai tujuh keturunan saya tak maafkan dia!kalau anak saya kahwin dengan cucu dia pun saya saman dia!(tiba  tiba rasa nak kaya terus nak saman kan,ini salah satu job juga).''
menjadi seorang pemaaf itu yang terbaik.memang susah apatah lagi awak ego macam makcik yuyu.ala makcik yuyu yang hidung kembang mata bulat tu.dia ego.nak jadi kembang dan bulat macam dia ke?kalau taknak buang la ego tu.tak kemana ego,bukan kalau ada ego tak bertempat tu awak boleh jadi cantik,anggun,menawan pun.langsung tidak.buat orang menyampah ada la.cuba la maafkan dia.anggap perkara yang terjadi takdir tuhan yang tepat pada masa waktu dan dengan siapa awak benci.sekarang tuhan nak uji awak menjadi seorang yang lagi baik iaitu pemaaf.









tengok muka baby dan main dengan baby pun dapat jadi hati kita lembut dan mana tahu boleh jadi pemaaf kan?
tapi dengan syarat jangan tutup mata baby dan suruh dia nangis,ini kejam namanya.kejam macam makcik yuyu.
ini anak saudara sulung saya,aleesya.lepas dia nangis,saya ketawa.ketawa boleh hilangkan rasa benci meluat menyampah itu juga kan?hahahahahhahahahaha:)
kalau saya paksa baby ni menangis,so saya paksa diri saya gelak dan buang dia sebagai musuh.anggap dia itu bukan sesiapa yang boleh bagi kita jadi jutawan.sekali lagi.jutawan okay!!!




okay kawan kawan.kalau nak tambah tips,sila komen dibawah.ya! saya yakin dengan jawapan awak!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...