Dec 31, 2010

selamat datang sayang...

2001. di sekolah kebangsaan kampung tengah.perhimpunan sekolah.seorang guru berucap sambil meneka neki...

"boleh tak kalau masak nasi tahun ni,tapi tahun depan baru makan?"

lama kami berpikir.kemudian aku bosan.aku main batu kecil serpihan tar di tengah perhimpunan dalam gaya bersila sambil baling kepada kawan.

walau gambar aku lukis ni tak mengambarkan situasi sebenar.tapi aku tetap berbangga.keh keh keh...


sambung story..
cikgu aku pun jawab teka yang di teki pada diri sendiri.
"okay.kamu sudah puas berpikir?".orang lain berpikir la kot tapi aku tak.

"jawapannya.kalau kamu masak nasi pukul 11 malam 31 disember 2001,kamu makan la nasi kamu masak tu 1.1.2002"

aku diam.muka pelajar lain teruja dan ketawa mendengar jawapan melainkan aku muka blurr.ni la teka teki sampai sekarang aku ingat.terima kasih cikgu Mat Yassin kasi ingatan aku pulih kembali kepada zaman persekolahan!ngeeeee....



happy new year 2011!!...
happy birthday Nurul Wahida Amalin Musa!
congratulation Fakhrurazi Musa !!

ni jer ayat omputeh aku tahu...keh keh keh...

ps:perlu ke ada azam tahun baru?





Dec 30, 2010

kau excited.aku teruja.

sayup sayup telinga tidak capang ini dengar orang memangil yuyu!!!ella!!wani!!!.kenal sangat la guwa dengan lu si malin.beliau housemate guwa jugak.cepat cepat si comel ni angkat bontot tinggalkan lappy dan menghalakan diri ke pintu rumah.Malin terus menjerit ke-excited-an melebihi segalanya.

tak bawak kunci kot minah nih. teka aku.

sangkaan guwa meleset.dia masuk ke rumah tidak berkunci dan menarik tangan lembut ini ke pintu di jendela.mukanya ceria seribu tanda tanya.
"aku nak tunjuk ni.aku dapat ni.meh la sini."
riak mukanya sangat excited dan gembira tak dapat si gadis ayu ini bayangkan.senyuman lebar ke telinga.kalutnya semacam.
"nak tunjuk setanan buat projek depan rumah ker?siang siang ni.biar betul."
gadis penuh dengan sifat innocent ini bersangkal lagi.ragu ragu di dalam hati.
"dapat duit free ke minah ni?ke jumpa jongkong emas lepas tu nak minta aku gadaikan?. "

dengan gelojohnya dia keluarkan harta karun yang membuatkan tidak sabar gadis comel ini ingin lihat.
"aku dapat ni.rm 3.sehelai seringit.aku beli 6 helai.tak sangka aku dapat dengan harga ni".
seluar dalam keluaran TESCO dikeluarkan oleh Malin dari bag kuliahnya

.Mantap kawan,lu memang kasi hormon adrenalin guwa laju macam LRT.!

guwa masuk bilik.klik new post.buat entry ni.



nota si gadis bibir mungil,berkulit gebu segebu Manohara:

hujung tahun bukan saja SOGO kasi less 70%,TESCO pun tak lebih tak kurang kasi less 90%.seluar dalam tu dari RM10 BOLEH DAPAT RM1.kau tak terasa nak borong banyak2 dan jual pertengahan tahun ker???????




Dec 27, 2010

sejuk,exam dan lelaki

hari ini guwa exam biokimia 2.dewan exam sejuk seperti guwa dalam bus sani balik ke kampung.
guwa tengok ramai lelaki pergi toilet.guwa diam.pandang atas.lubang aircorn dikepala guwa.
memang syok gila.guwa bercakap sorang sorang tanpa keluarkan suara.dengan harapan dari mulut guwa keluar kepulan macam dalam cerita korea.


soalan sangat senang.jawapan sangat susah.
dengan tulisan guwa berkaler biru,guwa nekad conteng disegala genap kertas kosong.
jelingan 180 darjah guwa kasi kat orang sebelah.memang cun .cun sangat jawapan beliau.
guwa senyum.mata guwa kabur.baru ingat guwa rabun.spek dibawah katil.tapi tanpa spek guwa rasa lagi bergaya.guwa sanggup kerabunan.


pertama kali guwa berjumpa pengawas peperiksaan bijak susun atur kuadran (macam group gituh).
guwa kuadran ke 10.menanti giliran kuadran guwa dipanggil untuk blah dari dewan.
"kuardran 8 boleh keluar..."

dalam kegelisahan guwa genggam tangan sendiri.masih berharap
 "cepatlah la weh kuadran 10 disebut.guwa orang melayu berbaju kurung bukan omputeh berbaju bulu tebal"

"kuadran 14 sila keluar".sayup suara pengawas perempuan berbaju oren.

"memang aku suka duk lama lama sini.rasa memang taknak balik.memang aku berniat nak kasi kat orang lain dulu keluar dewan.memang aku berhajat nak kuadran aku balik subuh esok pun:aku pun suka sangat kau randomkan kuadran dari 8 terus jadi 14"
grrrrrrr...semahunya guwa bangun dan pergi berucap didepan gaya ini.


akhirnya tersebut juga kuadran 10 second last daripada terlast.
okeh la tuh.terima kasih cik pengawas.jumpa lagi esok.

walau I lukis huduh,buruk tapi hati I ikhlas wish kat kawan2 senior junior I.
keh keh keh..











Dec 26, 2010

bercuti di luar negara.kau ada?

selepas alaun KKM masuk.guwa nekad ikut rakan seperjuangan ke sana.
bukan mudah bukanlah juga sangat sukar untuk ke sana.menunggu ketibaan kenderaan beroda roda itu amatlah bosan.sementara itu,sempat lagi kami mengabdikan photo photo sebagai kenangan.perlu kah cerita kah semua ini kah?


grrrrrr...



sila cari perbezaan gambar diatas.

sampai di SACC MALL shah alam,I konon konon la nak baiki jam dengan sendirinya walhal kaku bersama jam tersebut sehingga ayat "sudah! aku dah snap picture kau".
Untuk tukar bateri jam baru rasanya korang tak perlu sampai ke sini sebab sini mahal.rm18.biasanya rm10 jer okeh.


ini classmate I.hanya 5 minit I boleh sentap prosperity burger mekdi.sumpah sedap.slurrrppppp

pertama kalinya si pendek ini boleh kenyitkan mata dalam gambar.ini pun tidak sengaja akibat silau teramat.tapi tetap rasa hebat .


selepas promote eyeshadow,sekarang nak promote mascara.okeh.maskara Estte lauder adalah terbaik.cepat kering dan tidak meleleh.eyeshadow Estee lauder juga hebat.perghhhh!!!

makcik makcik!!!SACC mall ada sale sembonia,bonia,carlo rino dan macam macam lagi untuk habiskan stok tahunan.baju bonia kalau beli sekarang boleh dapat dari rm70 kot.sehingga 12jan ini.bolehlah beli untuk suami,abang,ayah dan semua!!!


guwa chow dulu la.esok midterm exam.
oh kejap!kembali kepada tajuk.
bercuti diluar negara.kau ada?
aku langsung tak pernah.

ps:siapa yang tak paham entri ni sila tengok gambar sahaja sebab guwa yang menulis ni pun tak paham motif sebenar.keh keh keh....

Dec 25, 2010

dulu aku ada hamster tapi mati ditelan kucing.kalau ku tahu kucing yang mana akanku bedah kucing tu masa itu juga

lu tak rasa kucing tu buta ke boleh telan hamster yang comel?


p/s:kalau jumpa kucing buta tolong hubungi guwa.sekian.babai.goodnite.


Dec 22, 2010

sepantas kilat

saya busy.petang ini ada 2 quiz.pagi esok ada lab test mikrobiology.minggu depan midterm.
okeh babai..

sudah lama tidak menunjukkan diri.doakan saya kawan kawan...
keh keh keh..

ps:guwa benci entry ini.lu?

Dec 19, 2010

cinta monyet bernyet nyet (bahagian akhir)

seperti biasa,di waktu cuti panjang guwa akan ke rumah mak saudara guwa .kesemua anaknya perempuan,maka nak berpoya poya dan menari berjimba sangatlah mudah dan effisien.waktu magrib menjelang.disaat makcik guwa sembahyang magrib,guwa ambil kesempatan mendail nombor nombor yang asyik gatal miss call guwa menggunakan talipon makcik guwa.

"hello".oh panggilan guwa beliau balas.lelaki.macam kenal suara ini tapi dimanakah?

"siapa ni?"

"kau siapa?"

tiba tiba terpacul juga namanya dimulut guwa.juga terpacul nama guwa dibibirnya.oh orang inilah yang guwa cari selama ini.dari situ mulanya kami berhubung.dialah S.A guwa.keh keh keh...

dia jelaskan beliausudahlamasukakanguwa.katanya guwa anggun berbaju kurung.cehhh...zaman tu talipon guwa tiada kamera.kalau ada gambar pun blurr semacam.maka kami berjumpa dihari pemberitahuan result SPM.dia best student SPM tahun itu tapi guwa student biasa biasa saja.cukup makan untuk ke matrikulasi saja.perlukah saya sebagai kekasihnya menggantikan beliau untuk berucap?
kah kah kah...


disebalik tembok luar dewan kami berjumpa.bertukar gambar serta lukisan guwa lukiskan.seorang gadis mencium bunga.amacam?
katanya...

"kamu harus seperti peri yang riang,
yang terbang dengan sayap bertebangan...
cahayanya bla bla bla..."



jarak kami jauh.guwa ke utara,dia ke selatan bagi sambung pelajaran ke menara gading.ke menara gading tuh..ayat tak boleh blah..

benarlah cinta jarak jauh sangat sukar untuk ditempuhi.kepercayaan dan keyakinan semestinya perlu sentiasa wujud dalam diri.tapi pada suatu tahap keyakinan dan kepercayaan guwa terhadapnya pudar.masing masing undur diri.guwa mengakui banyak kelemahan.jujurnya,sewaktu dengannya guwa menjadi perempuan lagi baik.dia selalu ingatkan tentang solat,doa dan bla bla bla...terima kasih awak...

sekarang jarak tidak jauh namun rasa itu sudah lama hilang.bukan jodoh kita.bertemu nanti dihari persandinganku.Insyaallah.

TAMAT

kartun pun cantik lagi lukis dari kau yuyu!

kemana kau menghilang?

kemana kau menghilang?

Answer here

aku kena kahwin pilihan mak

tepat 7.45 pagi aku bangun.nak ke toilet.subuh ke mana,isya kemana entah aku terus ke katil semula.tiba tiba teringat perihal semalam.rumah aku dipenuhi ramai orang.mak cakap tak payah pergi ke sekolah.bukan ke aku sekarang sudah 3 tahun tinggalkan sekolah?oh kolej la mak.

setahu aku orang ramai sebanyak  2 gerombolan atau 2 puak atau 2 group atau bla bla bla itu adalah dari utara tanah air.mereka saudara mara cik ngah aku.oh dari perlis.joh noh mai ke terangganu.tiba tiba aku dengar makcik aku cakap "kau dah ditunangkan sebelum ini,mak kau yang setuju dengan pingangan mereka dan kau sudah ada tunang."


what the?

"mak!kenapa terima pinangan orang lain?yu tak tahu pun yu dah bertunang.taknak!!!"
tanpa mencari dimana mak,aku terus talipon mak.guna teknologi sedia ada.

"mak,guwa tak boleh terima guwa ada tunang,guwa nak batalkan semua ini"
tanpa usul periksa dan mengetahui siapa jejaka tersebut,dengan lantangnya guwa (aku) bersuara.

"kokye pun pergi la salam dulu dengan tetamu".
tiba tiba datang dari mana entah suara mak dan menyuruh guwa bersalam dengan keluarga bakal mentua aku.hah bakal mentua?gila!

guwa dengan patuhnya pergi bersalam dengan semua orang.mereka di tangga rumah guwa.bukan ke rumah guwa tidak bertangga?takkan tiba tiba rumah agam guwa jadi istana SM Naza kot?

tiba tiba tangga rumah guwa jadi berpusing pusing gaya hindustan seperti diatas.
*picture ehsan belas mr.google.


tengah sibuk bersalam siap cium tangan bagai lagi,guwa terpandang satu wajah kacak.dia senyum kepada gadis berbaju kurung ini,pandangannya redup memandang ke bawah kerana sememangnya dia lagi tinggi dan tinggi dari guwa.
*sila bayang gerak geri guwa sangat slowly*
badannya sasa,kulit persis remy ishak campur ezlan yusof,rambutnya lebat,tinggi.guwa terpaku tapi langkah  guwa harus laju sebab guwa kena malu,guwa la si gadis yang diraikan di majlis itu.guwa haruslah malu berhadapan dengan keluarga yang meminang guwa.guwa harus masuk ke bilik sekarang barangkali akibat malu.cehhhh!!geli geli.



"mak,gaya dia persis ini ke mak?dia hansome macam ni ke?oh makk!!sangat memahami jiwa anakmu.yu setuju mak!!"
gedik gedik gedik...

agaknya kalau mimpi semalam tuh guwa sambung lagi malam ni,boleh jadi macam ni tak?
semalam bertunang,malam ni kahwin.buat resepsi macam ni la mak yek?
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

p/s:tula kau yuyu,sebelum tidur tuh jangan la tengok gambar orang kahwin banyak sangat.paling kurang baca doa dan basuh kaki dulu.ni main redah je.mimpi bukan bukan.tapi kalau jadi betul,guwa suka beb....keh keh keh keh keh...hik hik hik....



Dec 16, 2010

nasi lemak ajaib!!!

lu olls tak rasa malam ni tak ramai yang update blog ke?guwa tengok side bar layout,tetap link entry sama dari petang tadi.arghh bosan.guwa dah baca banyak kali entry sama.meh guwa update lah.

makan nasik lemak.berak.makan nasi lemak .berak.makan nasi lemak.berak.makan nasi lemak.berak.makan nasi lemak.berak.makan nasi lemak.berak.
*sila baca dari bawah ke atas*

amacam?guwa berseni bukan?

p/s:mungkin nasi lemak berkualiti memangkin enzim pencernaan lebih efektif kot..
contoh:nasi lemak akak di seksyen 20 shah alam.


Dec 15, 2010

apa kau rasa yuna je ke layak menang SHOUT AWARD?aku pun layak juga la

guwa tahu tahun ini tahun yuna.di malam shout award tu guwa beraya dengan kemenangan demi kemenangan yuna.hebat!amazing!fuhhh!perghhhh.rasanya kita perlu buat a deeper conversation lepas ni yuna,lepas tu kita decorate album sama sama.sudah lama tidak jumpa,seperti missing star dah ni.di sebalik bulan di tutup awan,guwa rasa gelora jiwa mendadak ni akibat penangan gadis semasa.


tengok gambar yuna,ibarat meluncur dengan rocket.you memang randome owesome lah.kita jadi bff nak?
here by me ,dan sebenarnya  I  nak cakap oh blue sands,I pun menang shout award juga.
I bukannya penakut ,cuma belum dapat cinta sempurna lagi dari you yuna,sebab tu la I lambat ucap tahniah untuk you malam tuh.ehem ehem...


malam semalam I menang,sikit sebanyak dapat la merasa feeling kemenangan tuh.
hah!tengok award I ..



thanks saya syamimi kasi award ni.*tunduk sambil pegang award.pegang screen laptop.

disebabkan I menang dan you olls tak menang,so ada la soalan  untuk I.meh I jawab.
ehem ehem,

siapa yang bagi award ini?
kawan baik I la.syamimi.ishh you ni I kan dah cakap kat atas tuh.*ada je yang baling telur kat aku satgi.

apa komen anda terhadap  blog yang memberi awards ini
blog ni sweet daripada syamimi kepada gogoi.banyak cerita tentang kami geng kancil,kisah peribadi mimi sendiri.peribadi?opppsss

ayat yang anda selalu tinggalkan di shoutmix?
salam singgah.
hai.
i follow u
keh keh keh

tagkan kepada 5 orang blogger
dengan rendah dirinya I tag kak anem arnamee,
dan dengan gelojohnya I tag,


Dec 14, 2010

tips berblogging

sebelum lu bakal terasa nak muntah baca tips berblogging daripada guwa sendiri,guwa dengan rendah diri dan sememangnya rendah mahu kasi tips tak seberapa ini kepada blogger blogger baru seangkatan guwa.selama penglibatan serius selama 6 bulan dan tak serius selama setahun sebagai blogger,guwa nak kasi tips yang selama ini guwa belajar daripada blogger blogger hebat.
"cehhh yuyu.belog macam haram  gini, ada hati nak kasi tips kat orang lain".


pertama
ELAKKAN TARUK LAGU DAN KALAU BOLEH JANGAN LETAK  LAGU dalam belog.bukan akak jeles ke apa dik belog akak tiada lagu,tapi sebagai pengunjung,ramai antara mereka akan lepak kejap je kalau lagu dibelog adik abang tu membingitkan telinga mereka.ini belog ,bukannya restoran atau kelab kelab malam.kalau korang tengah berblogwalking kemudian buka 10 belog,kesemua ada lagu.tak ke rasa nak close kesemua blog tersebut sebelum baca entry mereka?


kedua
tak salah kalau orang follow kita dan kemudian kita follow balik.sebab dunia blog ,blogger saling bergantungan.saling membantu.ibarat orang datang berkunjung ke rumah kita sambil kasi mee goreng.apa salah kita berkunjung balik dengan kasi goreng pisang.tak salah juga kalau korang follow belog mereka dulu.tak rugi pun untuk klik follow.

ketiga
pentingnya chatbox kat side blog.ia untuk tinggalkan jejak tetamu yang datang.kalau korang masuk kemana mana blog,paling kurang kasi "salam,"."hai"."hoiiiii" pun okay sebagai tanda korang datang ke belog mereka.belog ibarat rumah.bagi la salam dulu,kemudian nak selongkar dapur selongkar la.keh keh keh...


keempat
JANGAN GUNA SHORT FORM dan PERKATAAN GEDIK  ditambah 'W" macam sayew rasyew saye lapow cgt,lgpown manyak kejew tak shiap lg".
ini akan peningkan pengunjung untuk memahami setiap baris ayat lu oolls taip.susah juga untuk up traffic blog sebab kebanyakan pengunjung adalah bukan blogger.mungkin mereka sedang mencari tentang "penyakit diabetes".key penyakit diabetes ada di blog lu tapi bila tengok ayat lu  penuh seperti ayat diatas walhal perihal diabetes memang terbaik dari lu.siap cerita pengalaman diri sendiri lagi walaupun sikit sebanyak lu tipu tetapi mereka tetap klik pangkah dihujung kanan screen sebab malas nak cuba memahami satu satu.


kelima
JANGAN LETAK WIDGET YANG SARAT.ini akan memberatkan blog korang dan lambat untuk loading.maka,belog yang cantik pun kalau berat sangat sampai tak boleh buka juga akan membuatkan pengunjung klik pangkah awal awal sebab malas menunggu.kah kah kah.


ke enam

ini kelemahan belog guwa.guwa akui.JANGAN GUNAKAN KATA KATA KESAT TERLAMPAU LAMPAU dan LAMPAU BANYAK GILA BABI MACAM CILAKA sambil meludah HAIK TUIH.guwa guna juga tapi terlampau banyak je.keh keh keh..


memperkenalkan blog baru kawan guwa.ZAINNE ZIKER .serius dia hot okeh.so apa lagi.follow la wahai gadis gadis .gay diharamkan okeh untuk follow okeh  .
*cekak pinggang gaya memaksa okeh.*

ps: "kakyu bergambar pakai topi macam orang gila".
adek i gewdik tue la chakap macam tue.ishh manew adew kan?i rasew i chantek mcm tuee kannn...





dengan nada tak puas hati

apa kau rasa kau hansome?macho?comel?hansem?
comel?macho?kiut?

kau pulak!apa kau rasa kau comel sangat la dengan shawl dot dot tuh?
dengan legging leopart tuh?kau rasa kau bergaya sakan ke?
comel sangat la tuh.kau rasa kau cantik?cun?comel?


kau rasa kau sempurna la kalau kentut pon merata?

keh keh keh...

p/s:suka hati korang la nak tafsir apa ayat aku diatas.aku taip untuk update entry semata mata.
tiada kaitan dengan yang insan tinggi atau rendah.

Dec 12, 2010

bakal kakak ipar aku LESBIAN

ditengah kegelapan.housemate guwa si ellaine berjalan disebelah guwa.
apa kelas berjalan disebelahnya?dia siapa mahu berjalan dengan guwa?artis?blogger?penulis skrip?pencipta lagu?pm?puteri?anak raja?
arghhh sudah!sebenarnya guwa temaninya ke pasar malam.eh silap.dia menemani guwa ke pasar malam.kami sama sama ke pasar malam.
ada kau rasa mahu klik pangkah dihujung kanan sana sebab perempuan ini suka ulang ayat sama?


guwa beli apam garing.satu seringgit.disebabkan satu seringgit la kami beli satu je.kongsi makan tapi guwa makan lebih sebab tu duit gua.keh keh keh.

"you,I gemuk tak?".ellaine bertanya.

"takde la.you dah cukup kurus dah." sambil guwa menghabiskan apam garing dengan golojoh.

"tapi ada orang kata I gemuk la You".

"takde la.I tengok body you hari hari.tengok sampai dalaman you.you tak gemuk".guwa menjawab sambil muka serius beserta hipokrit .

"you tengok body I?you bersalah,you kena bertanggungjawab.so I kena kahwin dengan abang you".
ellaine menjawab.dalam hati guwa what the minah ni?dah la makan makanan guwa ,lepas tu nak kahwin dengan abang guwa.

"ait.apa kena mengena you kena kahwin dengan abg I?I yang bersalah,so biar I kahwin dengan you."

"okay you.."

sambil jalan jalan menghabiskan apam garing.guwa terpikir,dia perempuan dan saya (suara lembut) pun perempuan.so dia lesbian la?hah?bakal kakak ipar guwa lesbian?okay jugak.
keh keh keh...

p/s: sepatutnya guwa menjawab "you bercinta dengan I then kahwin dengan abang I lah.".arghh menyesal.


tengok,konpius si aqeef nak menerima mak saudara macam tuh.
ekslusif gambar aqeef buat korang yang join contest nama untuk anak wa.

ini pun anak buah guwa jugak.aleesya.mesti dia muram macam ni juga kalau ellaine bukan nama sebenar tu jadi anty dia kan?ermmm....

p/s:aku rasa terlalu panjang entri ini tapi aku rasa aku hebat dapat hasilkan entri panjang.kah kah kah

free domain by BroFramestone

assalamualaikum..
wasssup wassup..guwa ditag oleh manggosteen untuk join contest nak meneka nilai cashout nuffnang oleh 
broframestone.guwa teka aih.erm berapa ek?
RM 600 kot


dah lama mengidam nak domain baru nih.serius tak tipu tapi tak tahu macam mana nak tukar sihingga dapat domain baru.kalau dapat free terasa seperti belog ini di naik taraf.seperti anugerah oscar milik guwa.seperti rapunzel dapat turun dari menaranya.fuyoooooo!!!

syarat dan kelayakan lu olls boleh ke belog bro macho ni.

p/s:andai belog ini ditukar domain mesti jadi ryujan.com.
fuyooooooo!!!nak nak nak..*mata berkaca kaca seakan sailormoon*

Dec 11, 2010

seronok rasanya dalam kegelapan

hari ini sabtu.holiday untuk aku.walaupun korang dah tahu tapi buat buat tak tahu la yek.

aku cuma nak panjangkan ayat je.berbelit korang baca.tak apa la.tu la nasib baik korang baca entry aku.kah kah kah.

hari ini sabtu.ulang lagi sekali.remainder asaimen  penuh di sebalik nota kecil
 (.....ada buku nota ke aku hah?.konpius).

ulang lagi.remainder asaimen itu membuat aku berkobar kobar nak update belog.

lumrah student,masa sibuk itu lah rasa nak ngadap laptop cari topik tiada kaitan dengan asaimen.


erkkkkkkkkkkkkk.sendawa.


malam ni pasar malam di seksyen 20,shah alam.sesiapa berdekatan boleh jumpa aku satgi,aku tunjukkan keaw teaw kerang best.bayar sendiri.



ini bukan keaw teaw kerang aku maksudkan.ini bihun goreng buatan mak dan ayam panggang aku buat sendiri.terselit jari I yang lentik disitu.arghhh malu la I.gedik syial.


ikutkan waktu sekarang 6 petang lebih lebih sikit dah beroperasi pasar malam tu tapi entah mengapa lebih selesa pergi waktu malam.seronok rasanya dalam kegelapan.boleh pakai baju dah pakai semalam dan seluar kelmarin.ye dak?
takde la orang perasan.lagipun dalam kegelapan takde la peminat I serbu minta I belanja keaw teaw kerang kan?
hik hik hik..
*gelak sambil tutup mulut tersipu sipu gaya bini aidil zakuan dalam mami jarum.*

p/s:aku rasa aku cun la.

tips bergaya ke kelas

okay rakan rakan,dengan kepantasan jari selepas berpeluh bermain badminton (...la sangat)15 minit yang lepas,guwa terpanggil untuk menaip entry yang dirasa diperlukan untuk setiap perempuan bergelar pelajar.
TIPS BERGAYA KE KELAS.

okay sekarang diam semua.
fokus fokus fokus...
selepas klik dan klik album peribadi..

**anggap disini gambar tersebut.baru sahaja diremovekan**


dengan lipatan tudung persis gadis suci dan senyuman bagai makcik mahu beli ikan,
guwa nekad hentikan niat untuk kasi tips bergaya ke kelas.
lain kali kalau terasa layak dan berkeyakinan,yes!!!guwa akan kasi tips bergaya ke kelas.

kenapa alviss kong dan lelaki ditinggalkan perempuan?

merujuk kepada tajuk diatas.
sila baca belog alviss kong dan di oh media.
sudah baca?okay berbalik kepada tajuk.sambil gigit jari dan muncungkan mulut gaya curiga.
alviss kong bunuh diri sebab perempuan.dia dikecewakan dan ditinggalkan oleh kekasih baru 4 bulan dalam perhubungan dan kemudian ditinggalkan.nak tengok ex dia?sila klik link diatas.hua hua hua...


kenapa lelaki ditinggalkan perempuan?
pada pendapat aku la kan,lelaki kebanyakannya psyco lebih.bila perempuan seakan bosan,terus mengambil langkah dengan berkata kata seperti
"kalau you tinggalkan I,I potong urat tangan I dengan pisau pemotong daging."
"kalau you tinggalkan I,you akan merana."
"kalau you bla bla bla..."
tidak terasa ayat ayat ugutan sebegini membuatkan perempuan takut dan kemudian tawar hati.lastly tinggalkan you juga wahai laki laki?

dari blog alvis kong,dia seakan mengugut ex dia kan dan menakut nakutkan dengan luahan perasaannya.



kedua,lelaki yang kebanyakannya membosankan,
contoh.kalau sms balas 3 patah perkataan.tak ke berbelit belit saraf otak si perempuan nak berfikir

1,"apa perlu aku balas yek?"

2."topik apa perlu aku buka yek?"

3."dia ni asyik nak matikan ayat aku je.reply nokhtah jela senang,tak payah buat ayat.menyampah syial.
seperti 
girl: "you,semalam kan bla bla bla bla...."(200 patah perkataan)
boy:"oh ye ke"
kau tak rasa nak baling handphone tu ker?


ketiga..
tidak mampu nak jaga awek sendiri.
*tiada kaitan dengan lelaki diatas*

 sekian saja persoalan dan jawaban dalam keluh kesah percintaan kak senah.
okay take care everybody.jangan bunuh diri pula.haram disisi agama.

Dec 7, 2010

bila sentuh sayang menjerit keriangan tapi kemudian hampa

hidup seharian guwa
hanya 3 barang guwa rasa sayang serta mahu jilat jilat
dibelai belai
bila jauh terasa rindu teramat.segalanya indah bila bersama tapi satu je tidak indah bila guwa mendengar lagu cinta tetapi mereka tidak mengertinya dan feeling guwa out.


mereka...


guwa punya express music 5610 hasil duit titik peluh ayah tercinta



gitar  kapok giblick hasil duit alaun guwa 


dell espiron beserta broadband csl hasil duit kutipan derma kakak serta abang guwa

perlu ke guwa menunjukkan semua ini?

pertama,kedua okay
tapi ketiga punyalah beruk guwa mahu maki je.
bila maki dia diam.guwa kena sentuh sentuh,pegang pegang baru la mahu berfungsi si broadband tuh
maafkan kalau guwa tak sempat balas kunjungan chatbox di belog lu olls
maafkan guwa jugak tak sempat follow back
maafkan juga kalau lu rasa guwa sombong jika tak membalas IM chat di Facebook.
semua gara gara modem broadband guwa dah uzur
hanya mampu online paling lama 10 minit
erkkkkkkkkkkkkk

semalam,pukul 2 pagi lebih kot,
maafkan kepada 2 jejaka jika guwa remove lu dari friend list guwa
guwa bosan dengan ayat
"awak bukan bla bla bla..."
"blablabla....."
padahal guwa tak kenal pun lu.guwa fedup dengan lagak menanyakan guwa itu ini sedangkan guwa tak ingat pun lu siapa dan menambahkan lagi keserabutan guwa dengan pelbagai pertanyaan.guwa rimas.
guwa remove lu olls.sorry.
semalam juga lu send massege di fb meminta maaf.
guwa tersentuh apabila lu sent massege padahal tu salah guwa tapi biarlah...
kah kah kah....


p/s: guwa memang berlagak.guwa banyak assigment.guwa cepat bosan.yang penting guwa tak percayakan lelaki okay!

mak,hadiah birthday guwa bila nak kasi?

"mommmmmmmmmmmmm alwaysssssssssss knowwwwwwwwsssssss".
guwa terbayang bayang gaya gedik mak angkat rapunzel siang tadi sambil menari nari dan menyanyi lagak seakan gaya rika sumato dalam drama bawang putih bawang merah.beliau seorang ahli sihir berjiwa keibuan.masih jelas di mata bulat ini screen pawagam  .shit! harga tiket mahal.rm14.arghhhhhhhhhhhhh..

Rapunzel

teringat guwa akan birthday guwa yang lepas apabila tengok rapunzel minta hadiah untuk birthdaynya tadi.rupanya mak guwa tak kasi apa apa pun kat guwa.ini tidak adil.adik guwa punya birthday siap ada bbq lagi.jemput jiran sebelah serta sanak saudara.maka,guwa tekan nombor tepon mak guwa dan tutup mata.

si anak :"mak,guwa tak puas hati.birthday guwa mak tak kasi apa apa pun!!!"

si ibu:"arghhh,peduli apa guwa lu dapat hadiah ke tidak"

si anak:"apakah mak tidak mengerti anak lu ini sudah 21 tahun?"

si ibu:"arghhh ..21 ke 12 ke tetap sama!"

si anak :"guwa mahu hadiah"

si ibu: "apakah?"

si anak:"guwa mahu husband!!"

si ibu:"baiklah.apakah ciri cirinya?"

si anak:"fuhhhh!begitu heaven hidup.guwa sudah berkenan dengan seorang lelaki berbadan sasa,matanya  sepet bila senyum,kulit tan,tinggi,berkening lebat,kulit muka licin tiada jerawat,gayanya macho persis                    adam lambert."

si ibu:"baiklah mak akan pinangkan.minggu depan dia jadi husband lu."

begitu bahagianya hidup jika guwa tekan nombor tepon mak guwa  sambil dail dan dibalas seperti dialog diatas.





Dec 4, 2010

hidup anak remaja!

dan guwa memang rindu lu betul betul nih.semalam pukul 4 pagi guwa balik hostel.mampos kalau mak guwa baca entry nih.pukul 8.30 malam guwa pergi  funfair kat depan stadium melawati shah alam,kemudian ke uptown shah alam.puas berlegar legar di shah alam guwa pergi ke putrajaya.tengok lampu kat sana.cantik woo.tapi apa kaitan rindu dengan guwa jalan jalan?aisshhhh.

kawan syamimi namanya alip dan farid bawa guwa,mimi dan linie jalan jalan.dah lama tak keluar sebegini.hidup disaat remaja.baru boleh cerita kat anak anak nanti

"mama dulu dulu lepak kat putrajaya pukul 3 pagi.bla bla bla....".terus anak guwa bersemangat nak ikut jejak langkah maknya,bagus bagus.



mula mula guwa diam je dalam kereta.kat funfair guwa mengantuk.bila guwa main mainan yang pusing pusing tu apa nama ntah,orang lain menjerit.apa kejadahnya nak menjerit sebab guwa rasa nak tidur je lepak atas tu.tak mencabar.kah kah kah.

kat uptown pula kami pergi sana semata mata minum jus buah.1 gelas rm4.50.so,minum air jela.tak makan.duit dah habis kat funfair tadi.tapi kat sini baru la mata guwa terbeliak sikit sebab tengok farid kamil kat  tv.kat tv?apekah?

guwa sembang sembang la pasal lagenda budak setan.farid pun pernah layan juga movie ni.ingatkan wanita berjiwa keibuan macam guwa je tengok.kah kah kah....


syamimi taknak kasi guwa tidur dia ajak alip pergi karok.huahuahua.tapi ramai sangat orang.kami pun blah pergi ke putrajaya.tapi kat sana dorang lepak ,guwa pula ambil port tidur dalam kereta.aman.


siapakah!




yang kanan tu linie dan muka monyok tu ehem ehem...


kitorang relax relax ambil gambar tiba tiba ada bunyi.
hah!farid!!!telah keluarkan sebutir boommmmm!
kah kah kah


Dec 3, 2010

bahagia akan tiba untukmu

mengharap kau bangun dan senyum.
bahagia akan tiba untuk dirimu.
hadapilah dugaan seandainya ia bisa mematangkanmu.
mengalah kau bukan bererti kau lemah.
tinggalkan dia jika disana kebahagiaannya

aku disini masih menerimamu..
aku disini masih dalam pelukanmu.
akan ku ajarkan kau tentang cinta dan akanku dakap kau tentang sayang
jika kau titis tangis.
akanku kutip tiap titisan itu
kerana kau selayaknya ukir senyum...

jangan tonjolkan kau lemah
kerana kau sedang belajar untuk menjadi tabah





yang sentiasa bersamamu,
yuyu

*image credit to mr google*

Dec 2, 2010

surat buat si pemekak

2.31 pagi.doop daap doop daap.bunyi jantung guwa.shit!.tiap malam lu memekak gaduh persis laki lu mahu  kahwin satu lagi.malam malam pepagi camni .bertambah meriah kalau guwa jamming depan rumah lu dengan rambut guwa serabai persis maya karin.asah bakat guwa sikit.mana tahu lu boleh berdebat dan guwa buat debat lu versi akustik.
amacam?mahu try?

################################

p/s:hidup kejiranan perlu disemai



Nov 27, 2010

bersembang dengan mak ayam disebalik tembok semen persis rumah pelacuran

"mak rasa makin maju la mak punya bisnes".
sambil menunggu boss untuk guwa pulang hujung minggu ke kampung.guwa sembang sembang dengan mak ikan a.k.a  mak ayam a k a itu housemate aku.


"hah!tengok tu dah 2 orang sangkut terus masuk dalam kereta.".
"yang tu pula dah peluk peluk.kira on la tuh.berjaya la mak didik anak anak mak macam nih."mak menuding jari ke arah kereta keluaran Malaysia kemudian menjuih mulutnya ke arah sepasang berpelukan berjalan perlahan menuju ke arah jalan hitam.

"yang tu pula mak berbincang apa pula mak?"
guwa kasi jelingan kepada 3 gadis bersembang seakan tidak puas hati dipenjuru parking blok 1 bukan kepunyaan mak tapi disalah erti olehnya itu rumah pelacuran.
itu hostel guwa okeh.
tapi gayanya tidak ubah macam rumah tumpangan sebab keluar masuk sesuka hati bagai dunia ini dia saja yang huni.



"yang tu tengah plan cari customer".mak menjawab

"habis tu kenapa dia tak pandang pun mak".guwa mencelah

"memang macam tula bila dah up sikit.dulu mak la yang bawa dia kesini.didik menjadi seperti cinta chanduri".
mak menjawab,tokok tambah ayat pula guwa ubah gaya guwa sendiri.

guwa tidak pandai bersiul maka guwa menyanyi lagu SYURGA IDAMAN.lagu 60-an.kalau lu olls pernah tengok af2,linda nanuwil nyanyi lagu nih.seriously guwa nak upload lagu kasi lu feel tapi beruk guwa memang down down down.putus wayar halus dalaman barangkali.

"mak,ni la lagu kalau nak tackle customer kaya raya berpangkat serta berusia".guwa bagi tips kat mak.

"pandai la lu,tak sia sia lu jadi anak mak jugak"

"cisss!"


guwa bangun.mak tarik bagasi guwa.boss a.k.a drebar terhormat guwa sudah siap mandi.guwa panggil dia boss sebab dia boss
"manyak awai lu turun ooo".guwa baca mesej dari dia.

"takpe takpe boss,guwa sanggup tunggu boss sementara sembang dengan mak sambil usha anak anak ikan.guwa tak kesah boss"

dalam kebasahan rambut selepas mandi,boss start enjin hantar guwa ke stesen bus.dia tak layak jadi anak ikan mak kot sebab tula jadi drebar mak a.k.a boss guwa.

ibarat mati sebelum baligh

masalah masalah masalah.
broadband aku ni kena tekan lama lama baru dia on hijau.
tu pun berjanggut aku menunggu nak klik new post untuk entry baru.
terasa sawan sekejap.
arghhh bukan sekejap tapi bertahun aku rasa.
senget punya beruk CSL.
lu nak mati pun biar la mati sebelum warranty tamat tempoh.ni tak.seminggu warranty tamat  lu buat hal.
tak guna!


*******************'


ibarat mati sebelum baligh = berukben tak berfungsi sebelum warranty tamat tempoh.ada can la juga aku nak tukar baru.

berukben mati  selepas warranty tamat= mati bunuh diri.tak habis2 menyusahkan.


jahanam!huhu...

nak berbelogwalking pun tak dapat

Nov 25, 2010

lelaki gila seks takkan jenguk belog aku



petang 25 november.banner baru disiapkan.tengok atas sekali.hitam dan gelap.hanya tertulis
bukan belog lelaki macho.
sambungan tajuk menjadi amaran
"usah mengharap omelan gadis seksi disini.anda silap belog."

*******************
maka sesiapa yang mengharapkan gambar porno seorang gadis semulus maria ozawa.
anda silap jalan sampai kesini.
bagi anda inginkan anak ikan fresh fresh anda juga silap berada disini.
sebab ini sememangnya bukan belog lelaki apatah lagi berbadan sasa
dan berlagak macho persis adam lambert.



p/s: terasa sunyi ?on chat "sunyi" ke 3299978957466.


Nov 24, 2010

sampai disini

Diakhir cuti semester,kawan guwa  mengajak guwa berbisnes jual shawl,tudung.degan semangat kobar kobar hari tu juga guwa buat emel baru dan fanpage faacebook.



keesokkannya guwa pikir susah juga kalau berkongsi ni.so,guwa undur diri.guwa kasi fanpage sekali dengan emel kat kawan guwa tu.


pakcik guwa kasi tudung berawning.guwa bukak fanpage baru.belog jual tudung.promote kat sana.dengan bermodalkan alaun sikit sebanyak,guwa tabur untuk sediakan stok tudung.


kawan mak guwa percayakan guwa.dia kasi silver untuk guwa berbisnes.mahu beribu juga dia kasi.guwa nekad nak masukkan ke dalam belog dan fanpage.tapi haram,ambil gambar pun tidak sampailah sekarang juga tiada gambar silver untuk diupload.


kakak guwa kira orang akaun juga la,dia ajar cara guwa berbisnes secara online.guwa buka akaun bank baru.siap kemaskini cimb cliks segala bagai lagi tuh.


********************************


sampai je tempat yang dituju untuk guwa promote barang bisnes guwa .tempat tu hostel guwa .tapi hanya sehari guwa nak promote.hari hari lain guwa malas.malas dan mood guwa down dan down sampai sekarang.
guwa mampu jual tudung syria  sepasang je.tu pun guwa kasi modal.yang berkilo kilo lagi guwa terpaksa pulang hujung minggu ni dan pulangkan semuanya.


baru guwa tahu susah juga nak buat duit ni.keyakinan  guwa tak ada,semangat kejap je muncul.tambah lagi guwa jenis cepat bosan.bosan.bosan.bosan.

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Nov 23, 2010

terasa mahu blah

aku dah fed up hidup di tempat sekarang.arghhhh!tak boleh tak boleh macam tu!!!terasa muka jadi petak.malu menebal.mahu pulang ke kampung.taknak datang sini lagi.cepat lah masa berlalu.mahu forward setahun lagi.pakai lab coat dan masuk lab.balik ke rumah drive sendiri.orang kenal aku sebab aku .petang petang makan goreng pisang.malam malam makan mee goreng basah.pagi pagi pekena milo free dari mak.fuhhhh!!!


serius!!aku dah tawar hati.aku dah meyampah.aku dah muak!!!errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..................


p/s:terasa macam budak gedik taip entry camni.

Nov 20, 2010

cerita comolot

sekarang ni fames cerita uncle seekers tu kan.
korang boleh baca kat belog uncle seekers sendiri.
huahuahuahuaaaaaaaaa....


sekarang lagi femes cerita comolot kat depan klcc,pavillion dan merata la.
arghhh!tu bukan hal guwa jugak.


kisah guwa.
lu tahu mayfair?
ala tempat orang kuruskan body,buat facial muka tu.
tu tempat guwa kencing.
seyes!guwa teman kawan pergi sana minggu lepas.penat menunggu berjam jam guwa masuk la toilet kat sana.
takkan nak pergi jauh ye dak?
*mayfair,jangan saman guwa pula.guwa pinjam toilet jer*



selain tu,guwa buat facial muka sendiri pun kat sini juga.
tak mampu nak guna service dorang,guwa buat sendiri la.
janji disana..
okay tata...


Nov 18, 2010

PEMENANG CONTEST NAMA UNTUK ANAK WA

ini sticky post untuk contest nama untuk anak wa

maaf seribu kali maaf ye kepada yang join contest nama untuk anak wa sebab guwa lambat umumkan pemenang.empat kali okay guwa round blog korang untuk cari pemenang.kakak guwa si pengadil dan guwa hanya assistant.kalah menang adat contest.guwa nak minta maaf jugak kepada belog yang tak bagi URL dengan betul,ada yang guwa cari sampai jumpa entry contest korang dan ada juga langsung tak boleh buka belog tuh.



sememangnya guwa terharu dengan kejoinan korang masuk contest cikai nih.



drrrrrrrrrrrruuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!*bunyi drum*



pemenangnya ialah

tempat pertama

tempat kedua


ketiga



guwa sebenarnya masih mencari yang memberi nama ADHA..1st round guwa ada jumpa nama baby ni tapi 2nd,3rd dan 4th round nama ni hilang.jika lu yang bertuah tu,sila juga contact guwa.


pemenang diatas boleh add guwa kat facebook dan pm kat inbox guwa bahawa lu adalah pemenang.

nama anak buah guwa adalahhhhhhhhhhh
Raja Aqeef Adha


dan terima kasih kepada yang beritahu bahawa nama SHAH bermaksud kambing hitam.
so,kakak guwa tak taruk nama anak dia shah.jika lu juga pemention itu,sila komen dibawah.
cayalahhhh!!!


klon erra fazira

guwa beraya di kl tahun ni.tumpang rumah mak saudara.kawan guwa ikut.guwa kasi nama la senang kat dorang.sorang timah,sorang lagi bedah.
.dorang guwa punya classmate.menyebuk je ikut guwa.guwa malas layan.guwa setuju jer.disebabkan tidak puas hati kasih sayang makcik berbelah bagi kepada guwa akibat dorang muncul,so guwa conquer katil masa tidur.terpaksa la timah dengan bedah ni bangun awal pagi akibat tidak selesa ditendang dengan sengaja.


okay cukup la guwa perkenalkan dorang pada lu ollsss.kan tak pasal pasal kasih sayang lu ollss terbagi bagi juga untuk guwa.fuhhhh!!!


masa guwa blah dari rumah makcik tadi,guwa bawa la bedah dengan timah ikut jalan pendek.shortcut.tiba tiba guwa muncul dari celah kereta penghuni flat tersebut.tiba tiba juga guwa terserempak dengan 2 pakcik.

"macam erra fazira la adik ni.budak sekarang manis manis la.cantik macam erra fazira".

pakcik ni tiba tiba pula kan.kembang lubang hidung guwa.dah la guwa memang minat erra tuh.macam mana pula dia parasan muka guwa pun macam erra juga?tapi kembangan guwa hanya sekejap sebab...

"fuhhh.tengok yang tu pun manis manis juga.cantik."
pakcik tu tuju kat bedah dan timah.apesal pula pakcik ni?nampak sangat pakcik ni tak ikhlas.yela,kalau ikhlas puji mesti puji kat guwa sorang je,sebab memang guwa semanis erra fazira pun..fuhhhh!!


"okay pakcik sekrang nak rendang ke ketupat ni?"guwa bebel bebel sambil bawa plastik macam macam makanan.nak puji pun beragak la.guwa dengan t-shirt  pakai semalam,bertudung senget ,muka berkerut,bau semacam je.fuhhhh!!

sambil jentik hidung,dongak san berjalan kedepan sambil biarkan bedah dan timah dibelakang.

kalau lu nak tahu guwa cantik tak.lu tengok kak erra fazira jer.dia macam guwa la.cuma hidung guwa bulat,mata bulat dan pipi macam buah kelapa je.


ni timah dan bedah bukan nama sebenar,masa ni kami kat mayfair.lu tengok dorang posing muka bawah meja.lepas ambik gambar dorang guwa terus pitam.
sebab sayangkan dorang guwa rela pitam.
omaaaaiiiiigooooddd!!!



Nov 14, 2010

contest nama untuk anak wa

INI STICKY POST.entry terbaru dibawah lagi.

tajuk contest ni macam nak bagi nama kat anak jer.wa muda lagi lah!taknak kahwin lagi.tak remaja arrrr kahwin awal awal.hehe.seperti biasa la kan pantang ada saudara terdekat nak  beranak jer wa akan cari nama.dorang setuju ke tak nama wa kasi tu lain kira tapi suatu kepuasan bagi wa bila jumpa nama untuk baby.pantang ada yang nak beranak,wa akan masuk kedai baby nak cari hadiah.sifat keibuan wa terserlah kan?huahuahuahua.cepat angguk!


wa search nama baby kat sini dan sini dan juga sini.nama apa yek sesuai untuk anak kakak wa?lelaki.lu kena isi tempat kosong raja____________shah.apakah yang sesuai?


wa dah ada 2 anak saudara.semua perempuan.seorang nama noor diana aleesya,lagi seorang nama nur aisyah.kalau yang lahir nanti perempuan kan senang,wa gabung jer nama dorang.tak pun wa terbalik kan nama jadi aleesya diana noor,aleesya noor diana,aisyah nur aleesya,diana nur aisyah.kan senang.sebut jer nama nama macam ni dah tahu tu kerabat wa.nak jejak kasih pun senang kan?


sebab macam susah jer nak perah otak cari nama,lu kasi lah senang.entry lu mesti ada link wa.nama yang berkenan dihati wa akan wa kasi hadiah berupa......

juara

cincin silver 925.original punya.saiz ikut saiz pemenang.


naib juara

 botol susu,hamper dari annakku dan poney,stok susu selama setahun digantikan dengan tudung indon (macam ekin bini mawi pakai tuh bersaiz dan warna ikut suka rasa lu,kain dijamin selesa dan lembut)
@
selendang macam yuna.lu boleh pilih nak kaler apa.siapa menang nanti kita bincang lu nak yang macammana.sekali dengan post wa kasi hadiah.jika pemenang lelaki wa akan kasi topup rm20 
(boleh pilih hadiah tapi satu jer)

tempat ketiga

topup celcom,maxis atau digi selama sekali berharga rm10




syarat syarat:
1.lu buat entry 'NAMA UNTUK ANAK WA' dalam blog lu.

2.lu perlu lengkapkan tempat kosong ni dengan nama RAJA_____________________SHAH.

3.jadi follower wa.dan taruk gambar baby wa suka kat bawah sekali nih.

4.tarikh tutup : SAMPAI ANAK BUAH WA LAHIR TERUS TUTUP TARIKHNYE. 14hb 11 

5.post link entry lu sebagai komen dalam entry ini.

6.tag kawan lu sekurang kurang 3 orang.(pastikan mereka tahu lu tag dorang okeh..)



macam kepala wa besar jer dalam gambar nih.arghhh pedulikan.lu taruk gambar ni taw!

semoga berjaya!
PENGUMUMAN!!!!TARIKH TUTUP SAMPAI ANAK BUAH WA LAHIR OKEH
(kemungkinan besar pada tanggal 14 november 2010)

contest ini diadili oleh ibu raja bakal dilahirkan

p/s:letaklah banyak mana nama pun korang suka.wa tak kesah.hehe

Nov 11, 2010

entry terbaik abad ini

sila baca dengan memahami secara mendalam






"Aku dah bosan"






bersambung....

Nov 2, 2010

jangan biarkan dia berbogel!!

hujung tahun.tiba masanya  susun buku.hantar kepada cikgu.sesiapa tak cukup buku,kena bayar denda.disebabkan guwa jiwa penyayang dan berhati lembut,aku akan mengamuk minta duit kat mak ayah kasi settle duit buku teks yang hilang.tapi kat rumah berlambak je buku abang tak pulangkan.sampai hari ini ada lagi buku yang bercop "hak kerajaan.bukan untuk dijual".cisssss...

 awal tahun.aku dapat buku teks baru.darjah 2.kakak tulis nama kat setiap buku teks dan buku tulis.berat bag kendong buku buku tu semua pada minggu pertama darjah 2.



"buku pun kena ada baju,takkan nak bogel jer.korang balik rumah sila balut buku".itu arahan cikgu.

pada malam yang gelap.cuma ada cahaya lampu kalimantang.kakak kakak balut buku teks dorang.aku perhati jer.untuk pengetahuan korang,aku ada 2 kakak okeh.saja jela nak bagitahu.aku duduk bersimpuh.kakak berdua becok mulut bercakap.aku pandang buku guwa.masih berbogel.


"buku aku nak berbalut jugak."dengan mata berkaca kaca aku luahkan perasaan.

"pergi cari buku lama lama yang ada plastik pembalut buku,kemudian koyakkan.jangan kasi carik dan berlubang."

Dengan berbunga ceria aku masuk stor,cari buku lama lama.senyum.dah berjaya jumpa pembalut buku di buku teks lama.dengan perlahan plastik pembalut buku  dibogelkan.kasi kat kakak.kakak tolong balutkan.aku cuma potong salotaip saja kemudian tampal di betis dan kaki.kakak kemudian ambil pecahan pecahan salotaip tu dan gunakan untuk balut buku.


tahun ini.malam ini.giliran adik aku pula cari buku nak pulangkan esok. hairan la kenapa dorang tak balut buku dengan plastik lama lama?kenapa aku jer berpelakuan kedekut tahi hidung masin macam tu?aku salahkan kakak kakak!arghhhhhh...






untuk tatapan.kah kah kah

Nov 1, 2010

cinta chanduri pelacur kelas atasan

kepada korang yang lepak tengok cerita melayu dan indon mesti tengok jugak drama Chinta kat TV3 pukul 6.30 petang setiap isnin sampai khamis.aku ngaku la tak terkecuali tengok.drama ni je aku tengok,yang lain sipi sipi jer.

Chinta binti Musa ditukarkan kepada Chinta Canduri.korang perasan tak episod awal awal dulu bila chinta lakonan Fasha Sandha pergi ke KL dan menukar nama untuk glamour.masa ni orang kampung yang lepak kat warung kopi  cakap "chinta tukar nama kepada chanduri sebab nama ayah dia musa iaitu nama nabi".gua cukup terkejut.tapi baru sikit tuh..


masuk part chinta dah kenal dengan makcik jadi pembancuh teh pejabat Natasha hudson tu kan,ada part Chinta berdendam.berdendam pada siapa?berdendam pada tuhan.macam cerita hindu dah.lepas tuh chinta langsung tak solat.terus jadi pelacur kelas atasan.sebab?marahkah tuhan.aku rasa ramai je orang melayu jadi macam tuh,diuji sikit,lepas tu tak puas hati terus tak solat langsung.secara umum okay.


part chinta dah kenal dengan Rasul Iman,Rasul suruh dia ingat tuhan kot.lepas tu chinta marah marah "kenapa aku perlu ingat kat dia? dan bla bla bla".pada fikiran dia tuhan kasi ujian sebab tak suka dia,benci dia.apa la bodoh sama bangang kan perempuan hina nih?.sekali rasul iman kasi penampar."Allah itu wujud,kita perlu yakin dia wujud".lebih kurang macam ni la ayat dia.



bukan ke bila seseorang itu dah tidak percaya Allah jadi kafir namanya?wallahualam.


sebab apa tuhan uji kita?sebab nak tingkatkan pangkat kita menjadi khalifah yang lagi sempurna.sebab DIA sayangkan kita.sayangkan kita macam mana tuh?bila ujian diturunkan dan kita bersabar menghadapinya,maka gugurlah dosa dosa kita.sebab Allah lebih mengetahui dari engkau yang langsung tidak mengetahui.DIA lebih mengetahui bila Ajal kita datang.kalau ajal kau dah tiba esok,lusa tapi kau masih leka pada hari ini,tak ke kasihan pada diri kau???nak mengadap ALLAH.raja sekian alam..subhanallah...


kau kalah jika kau rasa kau menang dari -NYA...


drama ni bermesej sebenarnya,dan watak chinta tu banyak kot berlaku dekat sekeliling kita.nauzubillah...minta jauh untuk korang semua dan juga aku yang tenggelam timbul dengan perubahan sekeliling dan diri sendiri.

p/s:sekian saja dari Ustazah....selepas ustazah baca belog otomen dan artikel dan juga isu freemason,tergerak hati pula nak menaip entry..hihihi...terus meletopp jadi ustazah..secubit pendapat dari insan yang lemah dan kekurangan ini...


chinta canduri 


credit to abang nara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...