Feb 25, 2011

tips penjagaan rambut selepas REBONDING RAMBUT.

"rambut rosak?"

"hah?"

"macam mana ni?"

"I bertudung,nanti lagi rosak la rambut I selepas lakukan bla bla bla....pada rambut I"


kalau anda alami masalah diatas.jangan risau.jangan sedih.aku pun pernah dan sentiasa alami benda alah ni semua.tambah lagi jenis yang bertudung macam aku jugak.seriously aku sangat malas nak jaga rambut berhari hari.so,tindakan bodoh kurang bijak,aku pergi salon,rebonding rambut.maka dalam masa beberapa bulan tak perlu lagi bangun pagi cari sikat rambut.ececehhhh.berlagak la kau.


bila rambut baru dah mula tumbuh.rambut lama akan jadi keras kan?.dah boleh buat penyapu dah.kalau kau potong bahagian rosak tu kau rasa ada orang nak beli ke?tuuuuuuuuuuuuuttt.


maka,selepas hair rebonding,perlulah lakukan beberapa etika seperti:

1.tidak perlu basuh rambut selama beberapa hari tetapi PERLU BASAHKAN RAMBUT DENGAN VITAMIN ATAU SERUM RAMBUT untuk setiap hari.biasanya salon/kedai gunting rambut akan berikan beberapa biji vitamin rambut.saranan aku lagi elok kau habiskan kesemua vitamin tu dan kemudian belilah SERUM RAMBUT atau VITAMIN RAMBUT sendiri untuk mengekalkan kecantikan rambut.

*BASAHKAN DISINI BERMAKSUD SAPUKAN SERUM ATAU VITAMIN DARI PARAS RAMBUT SE-PARAS BAHAGIAN  ATAS TELINGA HINGGA KE HUJUNG RAMBUT,ELAKKAN TERKENA KULIT KEPALA.

2.jika bertudung,sebaiknya jangan basahkan rambut dengan air sebelum pakai tudung tetapi rambut perlu dicuci setiap hari atau paling malas 2 hari sekali.pilihlah waktu yang sesuai.

3.untuk syampoo rambut,seelokkan gunakanlah syampoo yang berkualiti bukannya kuantiti.sebaiknya yang diiktiraf oleh profesional.


Sejak saya menggunakan TRESemme,rambut saya tidak gugur lagi.serius tak tipu ooo.

selain gunakan syampoo diikhtiraf profesional,anda boleh gunakan serum yang juga diiktiraf profesional seperti L'oreal serum hair.boleh didapati kat Watson,Guardian dan mana mana shooping compleks.

ni pendapat aku selepas rebonding rambut beberapa bulan yang  lepas.terbukti berkesan dengan gunakan tips tips diatas.
selamat mencuba!!!!

Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!





SAKURA CANDY PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA
Cantikkan??nak tahu lebih lanjut pasal Sakura candy Malaysia ni boleh klik link bawah ni



Feb 22, 2011

menghadapi ujian dikeesokan hari

kawan saya sibuk buat nota.belek nota.saya pula membaca kulit depan buku ,seterusnya menghayati kulit akhir buku.membaca dari kulit ke kulit lah katakan.yang tengah tengah saya skip.ala macam tengok drama korea.

macam la aku tak tahu antara korang yang excited nak tahu ending tu siap tengok episod last awal awal lagi.eleh....kan kan kan??




motif update blog:
mengumumkan mulai minggu depan aku exam final!!!


tulisan siapa ni hah???

cantik.kemas.

kemas.cantik.





Feb 21, 2011

saki baki daki

apa kau rasa kau cantik upload gambar macam ni?jawab!!! jawabbb!!

semalam,mesin basuh tolong cuci saki baki daki diuniform aku.selepas 45 minit aku pun jemur.selepas 4 jam baju pun kering.

"alaammmaakkk!!!baju uniform aku jatuh masuk longkang!!!"

sepantas 2 minit aku geledah longkang.Dalam panas terik aku ber'sweater' konon nak cepat gantikan baju amoi buat pergi pasar malam.

ade kesan hijau diuniform putih tu.
"ohh lumut".gaya patrick.aku pun serta merta taruk dalam mesin basuh housmate aku.
"hah!!!cuci la kau!"

sekembalinya aku ke ampaian,kot kot la ada baju terjatuh lagi.cari cari.kau tahu aku jumpa 2 pasang uniform aku sedang bersenang lenang ditiup angin dijemuran.
"habis tu siapa punya uniform aku baik hati la sangat pergi basuh tadi?".bebel la aku sorang sorang.

selidik punya selidik tuan punya uniform tengah tidur di baringan.
kesian tahu anak anak lemak aku dibakar dek panas terik dalam longkang tanpa atap.

ps:harap kau mengerti lah kenapa aku upload gambar diatas sedemikian rupa.uniform aku kebiruan ala ala baju baru beli tapi housemate aku punya keputihan seakan susu sedikit warnanya.sepatutnya sebelum ambil aku scan dulu warnanya.alamakkk!!!!kenapa terlalu berterus terang ni??

apa kau ingat kau tutup mulut orang lain tak tahu la gigi kau jarang???hah!!

Feb 20, 2011

tempat paling seram

boleh tak aku kembali normal?mahu feeling dalam berkarya?berkarya tuh.watde?okeh2 tukar,
mahu feeling dalam menaip .tukar 'gua' boleh???cehhh.kena mintak keizinan jugak tuh.sengsara hidup.pedih pedih ulu hati.

gua duduk sorang sorang.pikirkan masa depan.siapa suami gua?siapa anak anak gua?siapa bapak mentua gua?siapa mak mentua gua.siapa siapa?


gua pikir lagi.kalau ada anak,mesti dorang suka cerita kartun.gua benarkan semua cerita kartun dorang nak tengok kecuali tiba tiba dorang cakap 

"mummy mummy,gua nak jadi detective conan"

confirm gua telan air liur dan kasi ceramah

"lu nak ke hidup dalam kawasan penjenayah je?belom dapat menantu lagi,kau dah mati.tak bersambung la zuriat aku."


picture credit to mr google

ps:nasihat aku buat conan...sudah sudah la jadi detective..tiba tiba emo.watde?




Feb 19, 2011

Aleesya and her sunglasses


sambil sebelah tangan urut tapak kaki yang gatal nak memanja dengan krim susu kambing perniagaan warisan a.k.a minyak angin a.k.a losyen la buat aku yang sentiasa keluarkan angin.mahu order angin?
boleh sajaaaaa (nada serak gaya  suara stacy).
dalam sendawa erkk erkkk tuh,rindu pula kampung halaman nun jauh beribu batu.terbelek album kenangan silam 3 minggu lepas semasa bercuti poya sakan bersama anak saudara sulong,Aleesya.
sadis sadis,kenangan kenangan. (tone suara sila rujuk kepada movie hantu kak limah balik kampung bala,bala,balasan balasannn.sekian terima kasih)


hei budak,pandang depan la...penat aku senyum.pandang depan!!!

hah!sudoh budak ni dah dapat sepek mata hitam...hidung tu kembang kuncup je takut jatuh mata belalang dia.


konon konon tertidur padahal mata bukak.apa kau ingat aku tak nampak???
sebenarnya acha (aleesya ) risau sepet mata htam tu jatuh.penat tahu nak kasi mantain benda alah ni kat tengah batang hidung.

pandangan sisi.


jangan kau pandang bawah.atas je dibenarkan.duduk meneran ke apa hah?

panas la mama.silau.silau.silau..ouchhhhh.
kami baru sampai kat warung tepi pantai Teluk Ketapang,Kuala Terengganu untuk memenuhi keehendak anak anak lemak meratah segala biantang laut di warung atau restoran atau nak kelessss lagi 'hotel' disini.
iyer iyer je kan kau yuyu..

okeh sekarang I diapit bodyguard yang terpaksa disembunyikan muka bagi menjernihkan dan tidak mencacatkan gambar I.


bersama penaja.

mana order ni tak sampai sampai lagi?gua lapar ni.lapar.


fuuhhh lepas dapat.dengan gelojohnya kasi meja makan.


selingan sikit.ini cikgu shida.oppps.mamposs aku dikerjakan nanti.silap2.ni anty zila.makcik aku la.dipaksanya juga acha buat peace.tak ke menderita dan memalukan budak tu sebab sampai nampak pampers skali?

takleh nak katoo apooo dah.dirasuah gula gula pun tetap taknak buat 'peace' jugak.


sesampainya aku di Shah Alam,ternampak la seluar jenis macam ni kat petronas sebelah rumah.mahu tak gediks aku gaya suka sangat la budak budak pegang seluar ni dan terus bayar.lupa pula tujuan ke Petronas bukan untuk membeli dan belah tapi untuk pinjam mesin ATM untuk mendapatkan duit sringit dua.


selepas beberapa minggu bersulamkan rindu,kakak aku pun MMS la gambar.kau tengok!!!tetap spek mata lapan belas ringgit tu jugak  nak bergaya bergambar.tak berubah yek kau budak.










Feb 16, 2011

Vlog Pertama aku bersama 1tube.my

musim berganti musim.banyak produk Malaysia telah keluar,baik dari segi kenderaan mahupun barangan.
iklan kat Tv melambak promote barangan Malaysia.contoh iklan gigi mukmin,kasut gombak,syampoo.Buat yang mahukan barangan bermutu daripada MALAYSIA ,korang boleh membeli belah bersama PADINI,BONIA, dan macam macam lagi lah.yang penting bermutu.gua bebel panjang panjang dah gaya nak ambil bahasa malaysia SPM dah.tutup perenggan satu.

****************
sekarang,Malaysia pun dah ada website yang korang boleh upload video sendiri. macam youtube tuh.kalau  korang ni jenis kaki upload video,boleh la ke 1tube.my,kemudian SIGN UP dan automatik menjadi warga 1tube.my untuk upload video kat sana.amacam???.kalau terasa nak usha sembunyi sembunyi 1tube ni.konon konon la korang ni pemalu,apa kata LIKE je fanpage 1tube.my,mana tahu bakat korang yang terpendam tiba tiba ter-serlah dengan adanya korang di 1tube.my ???kelessss gitewwww...


pasal KEJUTAN DIBUKIT BINTANG tu,sambungannya korang tengok la ni hah...
VLOG PERTAMA BELOG YUYU LAR DENGAN 1TUBE.MY


aku bersama blogger darkbatman ,si lelaki seksi aknalhilmi,tia fazunia,andyhowtt,Dd fabulous dan skandal nisa kay....kyerull helios.tak lupa jugak syafiq rosli pun ada malam tu datang bersama nisa kay lewat sikit.mereka semua blogger femes femes,aku je blogger baru kenal apa itu blog.ececeh.segan weh.banyak diam daripada bercakap.konon pemalu la.blah la weh yuyu!!!tapi betul tak tipu,segan gila gila jumpa dorang ni.tunduk lap hingus.


semalam ada gathering blogger lagi kat extreme park,Shah Alam.baru boleh mesra  dengan mereka.sorry Tia,asyik silap panggil nama je.sorry sengaja.kah kah kah.




Vlog DARKBATMAN.beliau ni TOP 10 MOST INFLUENTIAL BLOGGER IN MALAYSIA BY FACES MAGAZINE.perghhhh!!perghhh!perghhhh!!!..beliau ni blogger otai tapi langsung tak sombong.cayalahhhhh..ehem ehem..




Vlog andyhowtt.kau punya kasut sempoii la andy.!!!


Apa itu Vlog???
Vlog ni singkatan bagi video blog.korang pun boleh upload vlog sendiri kat sana.sekali lagi,terima kasih kepada krew 1tube.my sudi jemput kami.muahhh muahhh muahh...ececeh...


ps:sorry kalau Vlog aku tu aku guna bahasa agak kasar 'aku'.nampak je kasar tapi hati gua lembut beb.betul tak tipu.

Feb 14, 2011

Persoalan pada diri sendiri

semalam aku pergi kursus kahwin.
tak tahu la apa motif tuan empunya badan nak gatal gatal pergi jugak.anjuran MSU.aku join jela.
petang tadi berakhirlah ranjau onak duri selepas 2 hari ber-kursus la sangat.


pulang ke hostel dengan gelojohnya aku terus pergi dapur.dah memang hostel aku gaya rumah ke-baratan sikit.dapur dan toilet didepan.maka ke dapur la aku dulu.

dalam tergesa2,aku campakkan sangkutkan tudung ke tempat sepatutnya.kemudian kembali ke dapur.buka peti ais.dengan cepat dan selamat aku ambil kuih segera yang dibawa dari kampung untuk digoreng.peti ais hostel aku mesti la lagi sejuk dari rumah ke-korang-an kan sebab dah namanya hostel gaya ke-baratan kan.oleh itu,perlu la dikeluarkan kuih itu dengan cepat dan selamat.kang beku pula jari jemari yang perlu disarungkan cincin merisik,tunang,nikah sekali ni kannnnnn.banyak la kau punya 'kan'.

"cakap jela yuyu peti ais rumah kau bau macam perfume D&G.kan senang."


selepas gorengan dilakukan,jemputlah jiran tetangga datang.
kau tak nampak ke effect dari kursus kahwin tuh???
terus rasa nak call mak

"mak call la bakal mentua gua,cepat2 la yek mak ter-cerita anak mak ni tiba tiba   menjamu jiran tetangga.".nada suara anak mak ni merayu sikit sebanyak.harap mak kepada anak ni paham yek.

garu juga kepala mak aku yang tak gatal tu satgi kang.
"perempuan mana aku nak call pulak dah.nak assume tu bakal mak mentua kau"

*untuk pengetahuan,aku dan mak duduk berasingan .bukan gaduh ke apa.cuma nak kasi rindu rindu-an tu lebih sikit*

************************

malam punya cerita pula.ewah ewahhhh cepat betul kau cepatkan masa.

aku duduk sendirian...
tiba tiba persoalan timbul.
1."kenapa kau taruk nama belog kau BBLM?orang nak ingat pun susah"

2."kau tak rasa nak tukar nama belog ke weh?

3."apa kau rasa kau cantik taruk header gambar gediks-mata sembab-eye bag dah macam panda -tudung senget tuh?hah?".

4."kenapa belog kau tak ke-pink-an hah???baru nampak sweet.tolonglah buktikan kau sweet!!!baru la traffic up gila gila.kasi jammed sikit belog ni.lalu lintas berduyun.kan sesak namanya tu.ye dak?"

5."kenapa kau tak banyak taruk gambar dalam belog sedangkan kau comel dan anggun?package tuh."
(sorry ayat ni aku terpengaruh dengan calon protege mentor kat tv3 tadi saya taknak jadi penyanyi walau saya tahu saya nyanyi sedap,saya nak jadi mekup aritis jer").kalau korang tak paham ayat aku yang ni,silalah baca dari atas yer.


panjang sudah aku taip.taip panjang panjagn pun bukan ada yang baca.maka,macam ni jela.aku bagi jawapan pada next next entry la.senang cerita.okay tuan tuan puan puan,tarik selimut.tido.persoalan ni akan bersambung dot dot dot(...) dengan jawapan dikemudian hari.wassalam.

Feb 12, 2011

Kejutan Di Bukit Bintang.VLOG pertama.Bersama 1tube.my


gua nak tunjuk lu barang baikkk punya ni.tengok arrr belakang gua.lu ada nampak orang shooting tak?siapa tu yek?artisss?selebriti?
hah!!! bloggers?oppppssss!!



wehhh yuyu apesal kau posing tengah tengah bukit bintang tuh?belakang tu siapa?kasi zooommm sikit.
oh DD FABULOUS.yang gelak tu MIA,ADMIN 1tube.my.
intai lagi dan lagi...TIA FAZURINA pun ada jugak.


relax alip,satgi la kita serbu hottest2 di belakang kita yang tengah disorokkan tu.



krew dah panggil,gua blahh dulu.opppppsss.
saya pergi dulu.



kaku kejap aku jumpa dengan DARKBATMAN.beliau pun ada dalam VLOG yang kami sedang bertungkus lumus shooting ditengah Bukit Bintang dan A&W ni.baca dalam satu nafas ayat aku okeh.
tunggguuuuuuuuuuu.....
picture ni credit to FANPAGE DARKBATMAN.


saksikan  VLOG PERTAMA BUKAN BELOG LELAKI MACHO dengan kerjasama KREW 1tube.my rabu ni.nak tengok yuyu lar yang serabut,loglat boleh dan sangatlah boleh nanti.cepat cepat ambil handphone taruk reminder rabu ni VLOG PERTAMA BUKAN BELOG LELAKI MACHO..menyampah pula kau  kan nanti dengan aku.

cop cop!!
bukan aku saja.bukan cuma blogger picisan dan hingusan macam YUYU  lar saja untuk VLOG nanti,blogger hebat macam andyhowwt,tia fazurina,akmalhilmi,kyerull fresco,dd dan special blogger super duper otai Darkbatman juga ada.




Feb 9, 2011

Diam lebih Bermakna

rasa menyampah makin menebal bila melayan manusia berstatus dan berkuasa.

apa sahaja perbuatan kita mereka akan menilai.

walhal lebih banyak andaian daripada kenyataan.

bila aku diam kau suruh bersuara.

bila aku bersuara kau tujukan bebola mata merah kepadaku.

mahu aku tafsir kau gila?

didalam langkahku,mungkin terselit kau disebelah.

maaf,satu langkahku bukan dalam satu saatmu.

aku tunduk.aku dongak.aku pandang ke depan.

kau kata rasa hormat aku hilang?

kau luahkan.kau bebelkan padaku.

aku tunduk.tidak mencebik.

masih kau kata aku tarik muka?

inilah rautku.itulah wajahku.inilah personalitiku.

mungkin diluar dipandang singa.didalam adalah beda.









Feb 6, 2011

Di Old Blossom Boxstore

okay sekarang musim vintage.sesiapa yang minat tentang vintange pasti tahu old blossom boxstore.
minggu lepas sebelum balik kampung,aku temankan  Hani Nadia a.k.a housemate aku ke sini.kami masih lagi memakai uniform masa ni sebab baru balik dari kelas.haha..

I bukan cikmisi.



Bersama Jezmine.


yang kanan sekali tuh iffa,aku punya classmate.beliau sangat tinggi okeh.jeles jeles..

Hani Nadia tengah sembang sembang dengan Jezmine.Jezmine sangat mesra oii.even kita tengok dia perghhh fesyenista tuh tapi Jezmine masih lagi sempoi sempoi lilit tudung tanpa pin.oppppsss.ingatkan aku je camtu.Jezmine cool.

Jezmine dan Hani Nadia

kau terkejut tengok aku ke iffa??


GADIS SEMASA SUNSILK yang MELDA AHMAD berlakon kat TV3 tu pun shooting kat sini tahu.
ramai juga artis,selebriti shooping kat sini.
nak tahu lebih lanjut tentang OBB ni???
sila ke OBB.
babai....=)





Feb 2, 2011

hadiah dari tuhan

suasana kelas gamat.masing masing mengira pointer midsem.satu demi satu dibualkan.aku menarik diri.undur setapak.langkah demi langkah.gelap.tiada arah tuju sehinggalah anak tangga gelap aku temui.gugusan air mata berderai tanpa kenal erti mengalah untuk berhenti.tetap berderai.

Dalam kegelapan masih lagi terdengar gelak lawa mereka.aku hubungi emak.lebih banyak esakan daripada perbualan.emak pesan mengucap banyak banyak.itulah dugaan.itulah rezeki.peluang masih ada,cuba lagi.


sampai suatu saat aku perlu berdepan.cukuplah kau menangis.perkara sudah lepas.pengajaran.

anak tangga perlahan aku turuni.aku tatap bola mataku dari kaca cermin.bengkak sudah berkurangan.aku silau dengan cahaya matahari.masih keseorangan.terdengar suara daripada junior memanggil namaku tapi aku endahkan saja.

aku bergegas dapatkan teksi pulang ke hostel.trafic jammed.pakcik teksi sudah membebel.aku mengiyakan saja bebelannya.kadang kadang jatuh juga airmata.jangan lemah.kuatkan hati....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...