Sep 26, 2011

Zaman tak gemilang

Setiap tahun muka sama je beraya rumah aku (Katogori kawan). Kalau bukan budak lelaki sekelas  satu kumpulan, memang tak ada yang lain. Aku takdela se-excited Memey time kahwin pun tapi gembira ada la pada raut wajah aku mulus ni PADA MULANYA DORANG DATANG (zaman sekolah dulu dulu dulu tuuuu). Mungkin dalam peta dorang ada rumah aku je. Alhamdulilah ada juga yang datang. Hikkks.

Gembira tahu kawan sekolah nak datang. Sambil bancuh air sambil tunjuk gigi. Gembira orang kata. Sengih. Kawan kawan datang sembang macam taknak balik. Macam macam hal kami sembang (tambah sendiri).


*********


Bila tamat sekolah, dorang datang beraya mula la kau pandang aku, aku pandang kau. Kau sengih sengih, aku tuang air. Duduk. Sengih sengih lagi. Aku paham sebab lama tak berjumpa kan. Kemudian yang baju biru duduk dekat dengan aku bersuara, Kasim namanya.

"Mana adik kau?"

"Hah!sah kau datang beraya bukan nak jumpa aku tapi adik lelaki aku." Kecil je hati ni berbisik.

Kebetulan datang la adik lelaki aku dari pintu depan. Gay ke apa member member aku ni.

"Peminat datang ni." Jerit aku pada adik. (Dalam hati cakap  Haikkk tuieee).

Kawan kawan bangun sambil bersalam dengan dia. Sembang sembang lepas tu gelak gelak. Aku dipinggirkan.

"Weh, dah nak asar ni. Kami balik dulu naaa". Tak sampai 5 minit mereka dah nak balik. Sekarang hati ni dah tak kecil dah tapi terbantut situ je. Sedih tahu. Cakap la awal awal kau datang bukan nak jumpa aku kannnnn...bersembang 2 3 patah je dengan aku. Taknak kawan dah. Sobbbsss.(tacing ni)



*********

Raya tahun ini. Seperti biasa.

"Yu..ada kat rumah tak? Kami nak beraya ni". Salah seorang dari mereka call aku.

"Meh la meh la. Ada je ni". Jujur je kan cakap ada dekat rumah nak sambut tetamu.

Kemudian aku berfikir dua tiga jenak. Tak boleh jadi ni. 

"Hello. Aku takde dekat rumah ni. Sekarang duduk  rumah nenek la. Sorry. Tahun depan datang la beraya yek". Aku cakap dua tiga perkataan guna ayat sopan. Tiada langsung nada menipu. Pandai kau.




Apesal kau duk cerita pasal adik kau? Pasal raya ???




Pasal hari ni raya lagi. Aku rasa cerita raya aku tak cukup lagi. Hari ini kan syawal ke 28, boleh lagi cerita raya kan? kan? kan?. Pasal adik aku pulak, hari ini birthday dia. Tiba tiba teringat dia. Gabung sekali la ni.

Aku tahu korang tak baca aku taip panjang camni TAPI AKU TERSENGAJA TAIP MACAM KARANGAN SPM .


Happy Birthday woiii. Muka agak buruk aku taruk.




 Aku nak cakap muka dia serupa dengan Mejah.



Selamat Hari Jadi ke 20 Fakhrurazi. Semoga jadi penyayang macam kakak yang buat entry wish birthday untuk adiknya. Ehem ehem. 


Ps:Hamzah ian, Ce tanya mak balik kot kot dia kutip dari celah pokok pisang ke???. Haaaa...tak tahu tak tahu.







Sep 19, 2011

Saya suka kumpul gambar raya

Dah 3 minggu raya, aku rasa sudah sepatutnya aku taruk gambar raya (baru terbuka hati orang kata). Peram gambar lama lama bukan boleh  makan macam tapai. Lagi lama lagi sedap. Ini lagi lama lagi basi. Haiyooo.



Selamat hari raya pertama. 


Sorang menangis real. Sorang lagi mengajuk. Pandai kau budak. Kalau korang perasan semua anak mami jarum, pakai barang kemas berjuntai juntai. Geram je maksedara comel ni tengok. Pajak gadai macam panggil memanggil je ni. Haiiish.


Hehehe. Terima kasih Hamzah ian sudi datang rumah awal pagi beraya. Redah 2 jam nak sampai rumah. Okay terharu. Tsk tsk tsk. Blogger pertama datang beraya rumah aku. Hikkks.



Kemudian kami beraya ke rumah Kak Anne. Rumah blogger pertama aku beraya. 


Balik KL, aku sambung raya ke rumah Kak sumi sambil tengok Paksu Huzaiman anak terbaru Kak Sumi.  Drebar kami ke rumah kak Sumi tak lain dan tak bukan Kak Pen Merah dan bawa konco konconya Nisa kayMejah dan adik Kak Anne.





Ni la Paksu Huzaiman anak bongsu Kak Sumi. Asyik kentut dan berak atas peha aku. Pandai pilih tempat berak yek. Hehehe. Kentut kuat pulak tu. Berak lagi la bunyi kuat. Huzaiman Huzaiman..



Sambung berak atas peha Atok Mejah ye dik. Huzaiman pandang Mejah lama lama nak suruh basuh berak lettew. Mejah buat buat tak paham kan duk pandang balik.


Walau gambar ni blur tapi aku tetap rasa gambar ni menunjukkan aku penyayang. Serius. Kalau boleh mana mana gambar dengan Huzaiman aku nak tayang. Sebab terbukti nampak dengan jelas aku ada sifat keibuan je bila pegang baby. 



Bagi menghidupkan suasana hari raya ke 19, aku sorang sorang pakai baju kurung. Kalau takde aku dalam gambar ni mesti tak macam pergi beraya. Ye dak?. Tangan atas peha tu sambil kepala disengetkan. Kau mampu? (Mengharapkan bakal mak mentua tengok gambar ni. Amin).


 Kak Anne @  Pen Merah jeling semacam je.

 Bagus Nisa Kay. Jamu air dengan blackberry je. Hikksss



Jejak kasih dengan nenek pesbuk. Namanya Sumijelly. Lupa nak mintak duit raya. Haiyoo. Menyesal tak sudah.


Aku tak sangka Mejah berbakat besar dalam bidang fotograpi. Ni namanya teknik gambar jarak jauh jauh jauh dan kerusi. Mejah ambil gambar ni. Cantik kan? cantik kan? mata aku yang asalnya besar bola golf nampak sepet je. Comel je.  Nisa Kay pakai spek nampak macam pakai contact lense je.

Akhir sekali. Selamat Hari Raya (ke 19) !!! Esok aku final exam, maka bersedia la blog ini untuk berhabuk kembali. Terima kasih sudi membaca kawan kawan.=)

Sep 8, 2011

Kau kutuk mereka, kau pun sama.

Aku asal orang kampung dan bila dikampung waktu sekolah dulu, aku hanya duduk dalam bilik sambil baca buku. Ye! betul tak tipu. Kalau tipu sikit sikit je. Bila duduk dirumah, aku hanya tertumpu pada keadaan dalam rumah dan kampung. Tidak bayang sosial club malam dan orang comolot depan depan macam dalam drama. Nak cakap budak baik la ni? Geli tekak nak muntah.

Bila besar aku terpaksa merantau ke bandar besar di sebelah Kuala Lumpur (Merantau?hahahahikkkuiii).

Disini macam macam ada.

1. Kau nak tengok orang melayu mabuk balik pagi pagi? Ada.

2. Kau nak tengok orang bercomolot dalam kereta pukul 10 malam? Juga ada.

3. Mahu tengok culture shock lelaki dan perempuan bersosial namun dorang masih gunakan dialek pekat dorang? Lagi la ada.

4. Perempuan dulu bertudung litup kini tiada lagi litup. Ada banyak.

Aku mengaku aku bukan budak baik, Dulu mula mula sampai kesini pernah juga  skodeng konon jemur baju sambil mulut cakap " Macam hareeem kau beromen depan rumah aku.".  Bab mengutuk aku cakap awal awal, janganlah kutuk orang sebegini kaw kaw. Aku bersalah dulu mulut agak longkang.

Ya, dorang bersalah buat dosa namun siapa kita nak adili mereka sebegini "Kau perempuan kotor!!! kau pula lelaki tak layak jadi suami sebab mabuk tiap tiap malam". 

Jangan kutuk pasangan dalam kereta buat perkara tidak senonoh kaw kaw. Kalau berminat, tengok dan diam sudah. Telan liur. Kalau tak berminat jaga tepi kain orang, sila pejam mata dan pergi tidur. Atau cara mudah panggil JAIS. Jangan jaja cerita merata Si Polan dan Si Polan buat ni buat tu. Begitu juga dengan yang tiba tiba bukak tudung tapi dahulunya kau tengok alim. Jangan terus pandang rendah "Eiii kau, perempuan tak sedar diri!!! Tak kenal asal usul!!!".

Sama juga memaksa seorang perempuan untuk bertudung secara mendadak. Dia tak ikut kehendak kau, kau umpat dia merata tempat. Sekarang kau pun sama je dengan dia.

Bagi aku, mereka sekarang diuji kawal nafsu. Mungkin bila kau ditempat mereka kau akan lakukan perkara lebih teruk dari itu? Maka, diam. 

Mungkin suatu hari nanti mereka lebih dan lebih baik dari kau sekarang. Siapa tahu? 



Kagum dengan perubahan Wardina Safiyah. Kalau tengok dia dulu mungkin tidak boleh bayangkan dia sekarang. Semua kuasa tuhan memberikan hidayah.


Aku pernah jumpa seorang wanita yang mengalami culture shock, kemudian lahirkan anak luar nikah dan hidup dia bertukar menjadi sangat sosial tapi bila diberi hidayah, dia lebih baik dari aku dan mungkin dari korang yang menggangap diri baik sekarang.

Jangan pandang rendah golongan sebegini. Tuhan sayang setiap hambanya cuma jalan menguji hamba hambanya adalah lain lain. Semuanya bersebab. Ketika dia diuji bantu lah dia sikit sebanyak, jangan terus salahkan dia seratus peratus.

Tak mampu cegah, doa dalam hati.


Bila dengar Isteri Sham cakap " Ya Allah kau dengar doa aku...". Touching. Kita tak mampu ubah orang untuk dia berubah tapi kita mampu berdoa untuk kebaikan dia.

Ps: Entry ni entry aku taip semasa Ramadhan tapi laptop buat hal, Sekarang dah raya. Maka Selamat menyambut syawal. Eh ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...