Aug 1, 2010

bila benci apa perlu buat?tips atasi perasaan benci

bila saya dah membenci awak!!!
''tengok muka awak pon saya tak hingin lar!!!!''-fb yuyu lar

okay kawan kawan,perlu ke perbuatan seperti diatas?semestinya TIDAK!memang itu dapat puaskan hati kita tapi itu juga menunjukkan kita tidak matang.okay yuyu,kau sekarang membenci seseorang tapi kau kena berubah menjadi pemaaf.kau dah minta maaf banyak kali tak bermakna kau loser!kau pengalah!kau muka tembok takde maruah!okay yuyu.tiba tiba cakap sorang-sorang.hehe.


apa tips nak bagi benci itu hilang?


okay kawan-kawan,sila tarik nafas.bertenang.ingat kembali jasa orang yang awak benci tu.apa?takde?


next!!!!
disebabkan tiada,cuba pula fikirkan bagaimana kalau tiba tiba awak tahu awak dibenci seseorang?apa?bukan seseorang tapi dah tubuh satu fans club membenci awak?okay okay nevermind.setiap orang boleh berubah untuk menukar benci menjadi suka atau paling tidak menjadi tidak rasa apa apa terhadap orang yang nak sangat kita serbu.tembak tembak.pukul sepak tendang belakang,tarik rambut,kasi koyak baju,patahkan heels dia,atau maki dia depan depan.''cukup cukup cukup!!!!!'' tiba tiba yuyu menjerit tapi takde orang pandang sebab dia menjerit dalam blog yang takde bunyi.lalalalalalal~~~~ 


tips lain makcik yuyu?yang atas tu budak sekolah pun tahu.

okay okay sabar sabar.apa sabar?.iya,kawan kawan kena sabar menahan benci.benci itu syaitan yang hasut kat tepi kiri kanan kita tambah pula kawan baik dia hawa nafsu.nak tambah kawan ke?boleh boleh tapi bukan kawan dengan syaitan yang sememangnya tak hansome.ya!tak hansome sebab dia api.api hansome ke?tak kan.so fikir fikir kan.tengok,makcik yuyu dah jadi ustazah.ehem ehem.:)


cuba tenangkan diri dengan tidur.apa tidur?taw la kau kuat tidur.alahai makcik.
ini saya selalu buat.boleh katakan hidup saya banyak dalam mimpi je.bukan apa kawan kawan,saya juga manusia normal membenci orang dan nak orang tu hilang bila saya bangun dan benci itu juga turut hilang.ini bergantung pada individu la kan tapi kalau saya kan, akan tidur 2,3,5 jam dalam kebencian,bangun tu hilang benci itu sekit demi sedikit dan bila benci itu datang semula,kawan kawan sila tidur macam saya buat juga.terlebih la kau yuyu,suruh orang ikut kau!takpe takpe sememangnya yuyu gila kuasa.


cuba luah rasa benci itu kat mana mana.macam saya sekarang ni saya nak kurangkan rasa benci saya,so saya menaip tips bagi hilang benci.dalam masa sama saya tengah bagi ceramah kat diri sendiri juga kan?


sekarang pergi ke depan cermin dan tengok muka masam awak bila berdepan dengan dia se benci?alahai burukkan?tengok lagi.buruk jugak.hilang seri muka.rugi pakai mekup tapi muka masam.so,cubalah senyum dalam kebencian.okay try.try lagi.lagi dan lagi.hah,tengok!kan manis.apa kata kita senyum kat si benci itu?ini bukan hipokrit tau tapi cara nak kurangkan peratus benci itu.macam lagu ''hadapi dengan senyuman,apa yang terjadi biar terjadi''.cewah.cuba senyum ikhlas.kalau tak boleh cuba pandang muka si benci dan senyum dalam hati.



ambil wuduk.hehe.takpun awak mandi la kasi sejuk.saya akui ini cara last saya buat sebab saya sangat malas bangun tapi suka tenangkan emosi lagi sebab tak perlu tenaga.haha.bapak malas kamu yuyu!



cuba lupakan dia itu musuh awak.anggap dia kawan awak walaupun dia pun benci awak.haha.kawan disini bukan maksud pergi kat dia,peluk peluk,ajak keluar tengok wayang,add dia sebagai BFF kat FB.ini macam keterlaluan dan susah nak buat tapi kalau boleh buat.saya dengan ini tabik spring kat awak!!!!



last sekali.apa???
''maaf?oh no!!!tidak sama sekali saya maafkan dia.sampai tujuh keturunan saya tak maafkan dia!kalau anak saya kahwin dengan cucu dia pun saya saman dia!(tiba  tiba rasa nak kaya terus nak saman kan,ini salah satu job juga).''
menjadi seorang pemaaf itu yang terbaik.memang susah apatah lagi awak ego macam makcik yuyu.ala makcik yuyu yang hidung kembang mata bulat tu.dia ego.nak jadi kembang dan bulat macam dia ke?kalau taknak buang la ego tu.tak kemana ego,bukan kalau ada ego tak bertempat tu awak boleh jadi cantik,anggun,menawan pun.langsung tidak.buat orang menyampah ada la.cuba la maafkan dia.anggap perkara yang terjadi takdir tuhan yang tepat pada masa waktu dan dengan siapa awak benci.sekarang tuhan nak uji awak menjadi seorang yang lagi baik iaitu pemaaf.









tengok muka baby dan main dengan baby pun dapat jadi hati kita lembut dan mana tahu boleh jadi pemaaf kan?
tapi dengan syarat jangan tutup mata baby dan suruh dia nangis,ini kejam namanya.kejam macam makcik yuyu.
ini anak saudara sulung saya,aleesya.lepas dia nangis,saya ketawa.ketawa boleh hilangkan rasa benci meluat menyampah itu juga kan?hahahahahhahahahaha:)
kalau saya paksa baby ni menangis,so saya paksa diri saya gelak dan buang dia sebagai musuh.anggap dia itu bukan sesiapa yang boleh bagi kita jadi jutawan.sekali lagi.jutawan okay!!!




okay kawan kawan.kalau nak tambah tips,sila komen dibawah.ya! saya yakin dengan jawapan awak!



3 comments:

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

Nurul Afifah said...

huhu..tp dah benci cgt2..tips2 gni pon tros xnak bce mcm mne? :P

izzat said...

thanks sngt2... thanks atas nasihat... xthu nk brterima kasih gane dh... thanks sngt2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...