Nov 3, 2014

Testimoni Beucure

Beucure rejuvenation skin atau nama famous krim Beucure ni banyak gila testimoni wahai kawan kawan.Harini saya nak share testimoninya sahaja.















Banyak lagi testimoni Beucure.Ni baru separuh.Apa lagi,jom cuba Beucure!!!

Cara order 
Boleh PM di facebook Beucure.Klik je link ini==>>https://www.facebook.com/beucure

atau

sms ke 011-29410140 untuk dapatkan senarai agen terdekat dengan anda.

Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!



Boleh baca di link ==>> Sakura candy


Nov 2, 2014

Tips cara elak bayi songsang

Assalamualaikum,harini dah masuk 32 minggu aku mengandung.Alahai kejap je.Cuma sekarang sedikit risau sebab kepala baby masih kat atas.Taknak turun.Macam mana nak elak songsang???Jom sama sama kita buat petua dibawah ni.


1.Ibu hamil perlu sujud lama sikit dalam 5 minit.Kemudian rebahkan badan ke kanan atas kiri.(kalau baby duk sebelah kanan,rebah badan ke sebelah kiri).Baringlah dalam 15-20 minit.Masa sujud,berdoalah dan bayangkan baby tak songsang.

2.Buat posisi merangkak.statik.Jangan bergerak pulak.Dalam 5 saat dan ulang 2-3kali

3.Letak pek ais kat atas perut.Tujuannya,nak bagi baby tak selesa dan bergerak kearah haba(haba duk kat bawah)

4.Halakan lampu suluh kebahagian bawah pusat untuk bagi baby bergerak kearah cahaya.Pujuklah baby supaya dia hadap kepala ke bawah.

5.Jangan lupa doa senjata utama.Baca ayat 74 surah Al Hijr yang bermaksud:'Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah"

6.Ambil segelas air kosong,baca surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dalam air.Minum dan ucap ke perut 3 kali mengikut arah lawan pusingan jam beserta selawat

7.Amal baca surah Al -Insyirah 10 kali selepas solat fardu.


Selamat mencuba.Kita sama sama cuba ye.

Sep 21, 2014

Bagaimana nak kahwin tapi duit takde??

Tajuknya "Nak kahwin duit tiada".

Biasanya yang duk fikir pasal duit dan mengeluh ni adalah student tengah study,baru kerja,duit ada tapi hilang kemana mana ntah dan banyak lagi alasan bila saya dengar saya menyampah(sebab alasan dan keluhan terlampau banyak sampai takde matlamat jelas).jujur pulak.Hahahha


Saya kahwin semasa suami tahun last degree.Mejah buat macam macam untuk kumpul duit contohnya berniaga bazar,buat blog,meniaga online dan banyak lagi lah.Kita perlu lakukan apa sahaja untuk capai matlamat.Saya pulak dari meniaga tudung,perak sampai produk kecantikan kesihatan.Dari offline ke online.Alhamdulilah masa dekat dekat kahwin mak ayah, adik beradik,pakcik makcik,sepupu sepapat banyak support kewangan.Lebihan duit kita buat modal berniaga untuk kehidupan lepas kahwin.


Yang penting niat.Nak tak kalau saya bocorkan rahsia benda basic tanpa risiko untuk buat duit secara online???


Caranya dropship.Dropship adalah awak cari customer dengan bahan promosi Beucure bagi,bila ada pelanggan,HQ Beucure akan pos kepada customer.Untung dalam RM15-RM30(Bergantung kepada produk Beucure)


Ini sistem dropship.tanpa keluar modal.tanpa risiko.

Sejarah saya menjual online hingga ada produk sendiri adalah dengan bermula sebagai dropship produk orang lain.Medium online saya guna adalah facebook,blog dan facebook fanpage.Kemudian follow up customer di telefon.Ramai customer tu jadi kawan dan mudah beli untuk produk produk saya jual lepas tu.Dah bocor dah rahsia.


Target bila nak kahwin???Fokus berapa perlu kita dapat untuk legakan hati bila majlis tiba.Set target setiap bulan perlu simpan berapa.InsyaAllah Allah mudahkan.


Sesiapa nak tambah side income,nak kumpul duit kejar impian,bermula dengan dropship.Tak salah.tak perlu ke poslaju tiap hari.Jimat masa,duit pun masuk.

Boleh ke facebook YUYU MUSA atau sms ke 011-29410140 untuk jadi dropship/agen/stokis Beucure.

Sep 19, 2014

Magic

[Magic]

Bila kami suami isteri join bisnes,memang kami gila gila dahagakan kejayaan dan nak tahu serta ikut step bagaimana mereka berjaya.

Di MMM tempoh hari,dari hari pertama saya dah cakap kat suami."walau macam mana cara pun ambil lah peluang duduk dengan jutawan kaki printing.Belajar walau dapat sedikit elmu dari beliau".Tuan Abdul Basit sama seat dengan kami.Cuma nak duduk sebelah belum rezeki.

Boleh dikatakan tiap kali pintu dewan nak bukak,husband orang pertama masuk.Bila dalam dewan,saya intai kat mana dia duduk.lepas balik kelas saya akan tanya sebelah siapa duduk dan apa yg dipelajari.(macam mak tanya anak balik sekolah gitewww)

Dan...
hari last,sessi last saya terkejut suami dah pakai tag Abdul Basit bila keluar dewan.Ya Allah syukur alhamdulilah Allah tolong bagi rezki dlm bentuk Elmu.Kalau Boss besar tak benarkan,tak dapat.

Siapa nak tahu elmu yg beliau sampaikan???Kalau ada nak tahu baru saya cerita.Jeng jeng jeng!!!

Sep 16, 2014

Satu langkah kehadapan

Bismillahirahmanirahim..

Dah 6 bulan baby dalam perut.Macam tak percaya.Masa awal awal pregnant selalu cakap "Nanti baby duduk rumah lain.Dah tak duduk rumah ni".Memang betul kami pindah lepas duduk 5 bulan rumah lama.Alhamdulilah,satu fasa baru dalam hidup.Allah bagi satu nikmat keselesaan.Rezeki baby.


Beucure rejuvenation skin pun akan dapat 'adik' baru tak lama lagi.Lagi special,unik dan luar biasa.InsyaAllah.


Setiap berlaku percayalah ada hikmah.Solat,doa,sabar.Allah akan atur yang terbaikkkkkk!!!



Hari raya kedua.


Raya pertama.tema biru.kita kedepan sikit cover perut abam mejoh.hehehe!!!




May 25, 2014

Mejah & Yuyu juniors?

Assalamualaikum.Ramai tanya aku " bila nak ada isi??".Sebenarnya benda macam ni aku paling tak suka dengar dan sangat faham bagi mereka yang kahwin tapi belum ada anak.Sebenarnya takde anak awal perkahwinan (2 tahun perkahwinan) bagi aku normal cuma yang jadi beremosi bila ada yang menanya dan buat benda tu pelik.

Kemudian cakap "berusaha!!berusaha!!".Kau ingat "usaha" buat anak macam lari jarak 100m ke??Macam main bola petang petang??Ini melibatkan emosi pasangan.Siap ada cakap "tak reti buat la tu.meh nak ajar".Ya Allah sedihnya bila dengar orang main main bab ni.Ini rezeki dan kurniaan Allah.

5 bulan kahwin,tiba tiba satu hari tu aku buat balik UPT strip.Aku memang kerja makmal dan setiap hari buat Upt test untuk patients.Saja je buat Upt test dan biar je,lupa nak tengok.Lama sikit masuk balik toilet tengok ada double line slow je.

Esok tu buat test lagi sekali (tipu.repeat hampir 10 kali dlm seminggu.Semua positif).Buat ujian B-Hcg dan alhamdulilah result positif.Dalam 4 minggu macam tu.

Kali pertama scan gelak gelak sebab tengok ada benda bergerak dalam perut kita.Kali kedua scan masa 8 minggu.Saja saja scan kat HKL sebab kerja sini.

Yang check MA(Medical assistant) perempuan.

"Ada cyst ni."-Kata beliau.Terkejut juga la aku

"Nak buat macam mana ye?"-Aku curiga.takut.kaget.(biasalah,masuk bahasa sinetron sikit)

"Ni normal.kecil lagi 2 cm.Kena check up semula."

MA perempuan tu nak sure dia panggil MA lelaki yang nampak lagi senior.

"Ni cyst.You ada famili kembar ke??Ada kembar ni"-MA lelaki bersuara sambil duk tekan tekan perut aku.Aku iyakan dan sengih.Excited dengar kembar.Dah terbayang 2 stroller.

"Tapi ni kembar macam tak jadi."



Walau dia sebut kembar tak jadi,aku tetap gembira.Paling kurang ada 2 kantung dalam rahim.Yang 1 tu beating okay.Yang satu lagi kecil je kantungnya.Harap harap tengah menyorok.Jangan la hilang ye baby kantung kecil,Ibu nak beranak sekaligus dapat dua ni.



Disebabkan banyak kali tipu Mejah cakap mengandung tapi tak.Kali ni dia dah tak percaya.Lama lama baru percaya.Efek jadi Mat jenin yang suka menipu.Dah tak percaya dah tapi ni tipu gurau je.Hihihihi.

Lepas tahu 2 kantung,terus lupa ingatan pasal cyst.Jika takdir yang kantung kecil tu hilang dan mengecil,aku redha.Malam tu tidur dengan telipon sebab google baby kembar.Yang kembar tak jadi omputih cakap "vanishing twin".Ada yang hilang kantungnya dan ada yang muncul semula.

Dengar cerita Ma(mak mentua) cakap dia dulu mula2 scan macam ni ada 2 kantung tapi satu kantung kosong.5 bulan baru muncul yg kosong tu.Harap harap sama la macam dia.



Selasa ni check up,kita sambung cerita ye.

Mejah Dan Yuyu Selamat Kawen(Entry Bergambar)


Setelah banyak bulan kawen baru reti nak upload gambar.Sorry kawan.














okay.setakat ni saja.banyak lagi.ni baru hari akad nikah.gambo2 famili dulu.Nanti kita upload gambo kawan kawan ye.peace.

May 4, 2014

Apakah Beucure?

Beucure (Rejuvenation skin) merupakan krim pertama di Malaysia dan Asia yang menggabungkan Pure Vitamin C,Argan oil,Sweet Almond Oil dan Apple stem cell.Dimana fungsinya khas untuk merawat,mencerahkan kulit secara semulajadi.


Beucure Rejuvenation Skin



Nama Beucure diilhamkan gabungan BEU(Beauty/cantik) dan CURE(rawat).Proses penghasilan Beucure makan masa sampai 8 bulan.Kami sedaya upaya berikan krim hebat yang terbaik untuk mereka ada masalah jerawat,jeragat,kusam,penuaan,berminyak dan kering.

Apakah bahan bahan Beucure??

1.Pure Vitamin C (COS-VCE):

Cos--Vce merupakan vitamin c yang stabil dan tak merubah warna.Molekulnya sangat halus.Fungsinya mencerahkan,menganjalkan dan merawat kulit bermasalah.Bau Beucure seakan citrus dan wangi sebab kandungan Cos-Vce yang tinggi.

2.Apple Stem cell:

Menggunakan Swisstech formula,maka terhasilnya Apple stem cell.Ia sangat berkesan untuk anti aging atau awet muda.Serta melembabkan dan mencerahkan.Tak mustahil lepas cuba Beucure,kulit rasa tegang sebab faktor utama Apple stem cell dalam Beucure juga untuk menegangkan dan melembutkan kulit.

3.Argan Oil & Sweat Almond Oil:

Argan oil sangat popular dinegara timur tengah dan telah menjadi satu fenomena luar biasa disana dalam industri kecantikan.Argan oil boleh menyihatkan kulit dan menyembuhkan kulit.

Sweat almond oil merupakan agen pelembab yang tinggi.Disebebakan agen pelembab ini,ia dapat lembabkan kulit dan cegah kulit daripada menjadi kering dan kusam.

4.Collagen:

Fenomena baru dalam industri kecantikan Malaysia.Kolagen khas untuk menegangkan kulit dengan lebih cepat dan menggantikan sel mati dengan pantas.

5.Beta White dan Tiny White:

Untuk kesan pencerahan lebih pantas.Gabungan Beta white dan Tiny white sangat berkesan untuk mencerahkan kulit 10 kali ganda.


Beucure mampu:

  • Musnahkan jerawat
  • Hapuskan Jeragat bak peta Malaysia
  • Bunuh kedutan
  • Cuci Minyak
  • Lembabkan kulit
  • Tegangkan wajah
  • Cerahkan kulit
  • Pudarkan dan buang parut
  • Licinkan kulit
  • Sekatakan tona wajah
Siapa boleh guna Beucure?
Kandungan Beucure bebas Paraben,bebas hidroquinon dan merkeri.Ibu mengandung boleh guna.Individu tidak kira perempuan atau lelaki berumur seawal setahun hingga tua boleh pakai Beucure.

Cara pakai:

Seeloknya pakai malam sebelum tidur kerana kulit dalam keadaan rehat waktu itu.Beucure mudah menyerap dan mereawat.



Cepat cepat dapatkan krim Beucure dari stokis/agen Beucure dekat dengan anda!!!



Kalau nak Beucure FREE,boleh join contest mudah ni!!Selfie jerrr.



Mar 31, 2014

Kahwin waktu belajar


Bismilahirahmanirahim...

Dulu aku banyak baca macam mana kehidupan selepas kahwin bila kita atau suami masih belajar.Alhamdulilah aku masih bersyukur kahwin dengan suami masih belajar.Syukurnya sebab pengalaman tu tak ramai yang rasa dan aku dah ada kerja lepas grad.

Mencabar?

Jujur kalau orang tanya memang mencabar kahwin waktu suami belajar.Kalau sebelum ni semua mak ayah tanggung,sekarang hidup berdua.Susah senang kau bersama suami.Dulu kau nak apa saja mak ayah boleh bagi,sekarang tak sampai hati nak minta dengan suami.

3 bulan perkahwinan,kami masih duduk berasingan.Dia ke kelas dan tinggal di hostel UIA dan aku di rumah bujang.Hidup di KL,deposit rumah kalau tak cecah dekat RM2000 tak masuk la rumah.Jadi kami decide takpe berjauhan dulu.

Balik kerja suami datang ambil.Dating kejap kat tasik titiwangsa.

Dalam tempoh stadi,husband bekerja di bengkel perodua hujung minggu sahaja kalau ada permintaan.Ada waktu orang dah booking nak servis kereta,bila sampai bengkel,tunggu punya tunggu takde.Jadi biasa bagi kami.Jangan mengharap.

Aku bekerja sebagai Medical lab tech,gabung income cukup cukup untuk tampung kos laki bini hidup di KL.Syukur.

Waktu sedih tu selalu ada.kalau cerita ramai pulak yang nangis.He he he.

Masuk rumah baru.

Alhamdulilah hari pertama suami habis belajar,kami dapat sewa rumah di kampung dalam KL.Perkara pertama kami beli tikar getah sebab penghuni lama tinggal dah tak boleh diguna.Perabot? Kami jalan jalan dalam UIA,mana meja orang buang kami kutip dan letak di dapur kami.


Alhamdulilah kami jumpa sofa cantik lagi di luar stor UIA.Letak sebelah PC suami.Meja pc cuma kotak2.Ada duit lebih kami beli katil terpakai.Syukur.


Tiba tiba menangis pulak tulis ni.

Alhamdulilah dikurniakan suami sempurna

Dulu aku selalu berangan nak suami kaya raya macam dalam drama melayu tapi jodoh Allah kurniakan yang lebih baik dari tu.Suami aku inilah yang sediakan sarapan setiap pagi sebelum kerja.Buat milo dan roti salut planta.Dia juga yang basuh baju cuci dengan tangan.Memasak walau mula2 masak dulu selalu tak masak.Kemas rumah.Ambil dan hantar aku pergi kerja.Bila aku on call dia datang bawa nasi goreng dia masak.

Dia yang menjadi tulang belakang hasilnya produk kecantikan aku sendiri iaitu BEUCURE rejuvenation skin.Dari sebelum kahwin lagi aku plan buat produk.Alhamdulilah 31.3.2014 terhasilnya Beucure.Hari pertama pelancaran kami dapat hampir 50 orang agen/dropship.

Ramai juga kawan kawan cakap
 "kau takpela banyak duit.Famili bisnes.Boleh la buat produk sendiri''.

Aku cuma menjawab
 "mungkin nampak senang tapi disebalik tu aku punya suami seorang student dan aku baru bekerja,duit hasil bisnes time menggangur dulu aku guna buat produk.apa kami ada sekarang adalah semangat untuk laburkan duit dengan cari ilmu dan buat tindakan"

Selalu fikir positif,perabot dan rumah cantik cantik takpe kemudian,asalkan duit ada sekarang labur untuk beranak.Jika wujud perkataan 'rugi dalam bisnes' mesti ada kawan dia ''untung''.Jadi jangan takut.

Tujuan jujur bercerita

Tujuan tulis ini bukan sebab nak buka aib sendiri atau tagih simpati cuma nak pesan:

#Jangan takut untuk kahwin awal,rezeki pasti ada.

#Jangan takut untuk kahwin waktu susah sebab berapa yang kaya kahwin akan susah juga akhirnya?Jadi,punca susah bukan sebab kita berkahwin pada asalnya kita susah tapi sebab cara kita corakkan masa depan kita sendiri.

#Bagi yang sangat takut berniaga,cubalah positifkan diri.tekad aku mesti berjaya.Kalau semalam kau hanya mampu buka kedai dan tengok orang lalu lalang,harini ada seorang customer masuk bertanya dan tak beli lagi,itu pun pencapaian.Esok pula ada orang datang beli.Itu pencapaian lagi.Dah dapat buka kedai pun satu pencapaian besar.

#Bila suami pegang buku belajar dan kau disisinya buat air kosong,tak ke rasa so sweet menyuwit???Halal waktu belajar.

Jika kawan kau kahwin awal/waktu belajar

Kalau ada kawan kawan kahwin waktu belajar,bagi lah sokongan.tak perlu buat ayat bagi mereka down.
cth: "kau cantik.kenapa kahwin dengan dia..berlambak lagi lelaki kat luar dah ada kerja boleh sara kau"

atau bandingkan dia dengan orang lain yang nampak lebih bahagia senang lenang.

Jika ada kawan nak mula merubah hidupnya,cumalah bagi ayat pendorong.kalau tak tahu ayat nak bagi dorangan tu macam mana,better diam.diam lebih baik.

Hidup baru kami




Dengan pelancaran Beucure , kami dah ada arah nak kemana lepas ni.Tak apa suami tak kerja makan gaji pun,tetap bersyukur dengan company sendiri.Viral beucure dah merebak.Tak sia sia kami berguru dengan Dr Azizan Osman,Pengasas produk Fellina Beauty yang sangat sangat baik,Pengasas produk kecantikan lain dan guru sebenar adalah diri kami sendiri yang bawa keberanian untuk lakukan tindakan ''gila'' bagi pandangan orang lain.

Doa juga mak ayah tak baca entry ni.Tak mahu mak ayah risau lagi sebab kami dah mulakan hidup baru.Ini titik permulaan kami berubah.InsyaAllah.



Lepas balik personal coaching dengan Puan Fellina dan Sifu Rafie,kami rindu sangat nak bersembang lagi.Bila mereka ceritakan waktu mula mula kahwin,kami dah menangis sebab rasa bagaimana ditempat mereka dulu.Orang nak merubah hidupnya perlu berhijrah.


Salam sayang,
Yuyu Musa
Pengasas Beucure
31.3.2014

Feb 15, 2014

Jadi Bini Orang

Assalamualaikum...

Sapu sapu habuk sikit kat blog ni.bersawang dah.Kejapnya masa berlalu,sekarang bukan sama macam dulu duk ngadap laptop je layan blog.sekarang dah jadi isteri orang.Hew hew hew.serius geli dengor dah jadi isteri orang dah.Hahaha.Dah ada pekerjaan.Alhamdulilah.

Haritu kita janji nak sambung cerita kawen.Dah 4 bulan tapi kita tak hapdet jugak.Tiba tiba teringat masa akad nikah,kenduri kahwin.Sebenarnya nak cakap kita duk sorang sorang tepi tingkap lepas tu flash back memori masa kenduri haritu.Pertama sekali,Rasa bersyukur ada famili yang menolong sampai selesai kenduri.Adik beradik,pakcik makcik sponsor sampai lepas bayar makan kenduri,Duit kita tak seberapa lepas bayar itu ini.Alhamdulilah ada insan yang baik hati sponsor kami honeymoon.Alhamdulilah.Rezeki.Rezeki besar lagi bila ada keluarga baru,keluarga suami jadi keluarga kita juga.Ada 2 mak,2 ayah dah sekarang.Hihihik.

Terima kasih kawan kawan datang dari Perak,Kedah,Kelantan,Kl,Selangor.Jauh jauh datang memang rasa terharu gilerrr.Ni dah jadi karang ucapan dah.Okay kite stop.kite tengok gambor.


****** <<<< ni space nak taruk gambo.


Lupe gambo kawen kite duk dalam cd.Cd nya kat kampung.Laptop suami format hilang segalanya hangus semua gambar dari hari pertama daftar matrik dulu sampai gambo nenek kita angkat tangan buat peace time kita kawen.Hangus.

       
 ****** <<<< ni space nak taruk gambo.
 ****** <<<< ni space nak taruk gambo.
 ****** <<<< ni space nak taruk gambo.
 ****** <<<< ni space nak taruk gambo.

(nanti ada gambo kita letak kat space kat atas.buat masa sekarang imagine je.)


Dah namanya lampi blur,syok karang mengarang lupa kite mana ada gambo dalam laptop mewah ni.cap oren betul laptop.Jadi sebab dah buat kerja separuh jalan.Kita publish jela cite ni.Nak cite pun dah tak semangat takde gambo.Kite buat kesimpulan jela.Kahwin memang best,kalau suami kita cakap lepas sunat dah nak kawen,kita nak cakap apa ek?kita pun tak tahu nak cakap apa.Jadi sekian saja.Rasa kesian kat diri sendiri taip entry penamatnya begini.Lagi kesian sape yang baca.Ye dak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...