Jun 30, 2011

Lepas putus cinta, perlukah terus cari penganti?

Hik hik hik. Sebelum cakap lebih laju dan gelojoh lagi, aku nak gelak sopan dulu, Hik hik hik. See, tajuk macam apa je (garu kepala). Aku nak cerita ikut pengalaman orang  sendiri. Cewah. Kuis kaki atas tanah dulu sambil gigit kuku. Can you see kegedikan? Urghhhhhhh!!!!



Bila kau putus terus ada penganti.


Mungkin kau sayang penganti tu separuh separuh. Bekas/parut/sisa masih ada pada yang lama. Sikit sebanyak masih sayang. Ye dak? Tanya diri sendiri okay. Untuk aku, Ya. Jujur la pula. Kemudian try sayang orang lain / penganti. Paksa diri. Kesian si dia okay. Lama lama dia tawar hati dan kau pula meroyan. Kemudian patah hati. Makan hati. Mula salahkan diri sendiri dan maki dia pree periii...


Bila kau putus, tunggu lama. Relax. Kemudian ada penganti. 


Masa nak ada penganti tu lama bertahun tahun. Pelbagai cabaran ditempuhi (ayat spm), akhirnya kau temui bakal Mr. Right. Tak rasa suwittt ke tu? Tak ke rasa sebelum ni kekosongan tu diisi dengan benda baru yang bunga bunga ???  Hati terbuka seperti ada cahaya bersinar sinar silau kalah panahan silauan kepala orang botak. Haaaa giteeew.

Dalam masa bertahun, belajar dengan pengalaman lama. Kau frust bila dia dah ada orang lain tapi kau solo . Belajar erti makan hati, sabar. LOL. Kau boleh bukak mata "Dulu aku salah apa eh?"."Dulu...aku kurang apa eh?". Eh eh eh....

Dari situ la kau boleh mulakan hubungan baru dan perbaiki daripada pengalaman lama. Matang. Ya! kau akan menjadi matang dengan sendirinya. Ho ho ho. 

Selepas bertahun putus, single. Kita dah takkan salahkan ex 100%  kenapa dulu  putus. Sebab 'masa' Itu mengajar. Dimana salah kau dan dia? Mula mula putus...memang  tak nampak salah diri sendiri. Salah dia asyik muncul. Lepas tu benci. Mencarut maki maki maki. OMG!!!

Lama lama boleh jadi kawan balik. Shake hand . Salam salam. Takmo gaduh gaduh. Musuh musuh takmo.


*gambar hiasan*


Aku pilih Tunggu dulu, tanya hati kemudian baru buka untuk yang baru. Korang??? Heeee....

Apa aku cakap ni ????.(Anak mata hitam pusing pusing banyak kali)

Jun 29, 2011

Hiburan Malam

Wordless wednesday




ps : Orang kata wordless wednesday takleh cakap  pape eh?? Okay nak diam.Entry malas macam taik.


Jun 27, 2011

Klon Justin Bieber (Malaysia)

             


*Speechless*







ps: Adik sekolah darjah berapa? Nak ambil jadi anak ikan boleh???- anon -

Jun 24, 2011

Balas surat untuk Hell

Bila tengok poket, duit tinggal 3 hengget. Handphone pula lemas kena beli baru. Geleng geleng kepala tanda  hidup tanpa arah tujuan dan penuh dengan masalah . Tiba tiba ada perempuan bermula dengan suku kata HELL inbox/ pm aku. Sedikit eksaited.


Kelik untuk beso .

Salam sejahtera buat Hell...

Hellina : Yuyu pernah join bisnes yang ada 2 sumber income??..kire 2 dalam 2 la..pernah? Kalau belum pernah, sy nak tunjukkan dengan Yuyu  dengan bisnes yang Yuyu leh dapat 2 sumber pendapatan.. RM dan USD tu..masyuk tak masyuk tu Yuyu leh pikir sendiri la k.. kat bawah ni bukti income.. jadi la kan.. RM.. USD pon dapat.. terbukti memang biz ni leh buat duit..

Aku : Yuyu tak pernah join bisnes. Dua dalam 1 ke, 4 dalam seghiboo ke.. Takkan pernah.

Rm dan USD tu jadahnya apa? Eh terkasar pulak. 

Tak dapat pikir la masyuk ke tak. Kena tanya mak ayah kakak abang adik dulu. Otak lambat pikap sikit nak pikir ni.

Kat bawah ada bukti income??? mana? mana? tak nampak pun?? Haiyoooo.*yuyu tepuk dahi ni hell.*

Jap..biz tu apa hell? buzz yuyu tahu la.



Hellina : Anda tiada alasan lg utk mengatakan tidak boleh menjana income lumayan dari internet .

Aku : Yuyu tengah sengket takde duit ni. Tu kira alasan ke tak? Hell nak bagi duit ke??? boleh boleh. Menjana income lumayan dari internet tu apa??? Yuyu taknak lumayan sangat. Cukup cukup dapat beli belekberry sudah la.



Hellina : Lihat sendiri buktinya RM masuk berderet deret di >>>http://slimberryxtreme.wordpress.com/

untuk maklumat lanjut,daftar dahulu di www.view.my/deras

Klau ade ape2 yg x pham,bole je tanya sy,reg free je dulu, nanti sy jelaskan

terima kasih yer Yuyu.. :-)


Aku : Hell ni kelakar la. Yuyu dah puas tatap skrin laptop ni hah. Mana bukti? tak keluar pun duit. Okay hell, yuyu lapor ni. Nak pergi makan. Sama sama.

*klik reply kemudian cari makanan. *


Ps: Aku sendiri tak paham apa aku balas dekat hellina tu. Tengah lapar time tu.

Cadangan aku :

Senangnya dapat duit cara hell. Aku cadang kementerian pelajaran bubar la semua IPTA, IPTS semua tu. Buat UNIVERSITI MULTI LEVEL MARKETING haram jadah. Kaya raya orang Malaysia. Tak payah keluar subuh balik petang bersangkut dalam traffic jammed nak cari duit. Hanya '' menjana income lumayan daripada internet'' sahaja. Haaa gitewwww...

Tangkap la ramai ramai yang kepala kepala Skim cepat kaya ni, lepas tu sumbat dalam penjara macam tahanan ISA. Duit dorang pula kebas dan bagi kat orang susah. Lanun ni lanun. Kerja nak kaut untung lepas tu menipu orang ramai. Yang terpedaya tu kesian juga. Hmmmm...


Cadangan korang ????


Jun 21, 2011

Cinta Pertama

Hai kawan kawan....


Kawan kawan pernah jatuh cinta tak???  Bila cinta pertama kawan kawan ????







***************

Hari pertama sekolah, saya pergi dengan kakak saya darjah enam. Cantik orangnya. Dalam kelas, ramai budak menangis . Saya tidak tahu kenapa. Mereka sangat manja. Saya tidak menangis seperti bakal rakan rakan saya. Cuma saya memilih tempat ditepi dinding. Tempat duduk saya boleh nampak bumbung rumah saya. Kalau rasa hiba rindukan emak, saya akan pandang bumbung rumah.


Tiba tiba...


Syafiq, duduk disebelah saya. Otomatiknya beliau menjadi rakan saya. Selain dia, Zulhelmi. Saya tidak tahu kenapa zulhelmi duduk disebelah saya. Mulutnya fulamak pedas. Asyik kacau saya. Tetapi Syafiq selalu bela saya. Terus saya rasa syafiq tu kekasih saya macam dalam tivi. Saya rasa saya jatuh cinta  dengan syafiq.


Bila saya baca dalam buku, kata buku , Cinta pertama tu macam telan gula gula. Manis. Tapi cinta pertama saya macam air masak, tiada rasa. Mungkin tiada gigi kot sewaktu itu.

Cuma saya suka bila syafiq bela saya dan cakap 

''Mak ,kakak, ayah saya kirim salam dekat awak.''

See, dia bagitahu famili dia pasal saya. Ada bakat tu jadi pecinta wanita.

                              Mungkin Syafiq sekarang seperti ini. Kepala tu jaga jaga. Pening saya.


PS ehem ehem : Syafiq, jika awak sekarang bakal pilot, doktor, peguam, engineer, pensyarah, blogger...silalah add saya di pesbuk. Sekian. Malu malu...

Errr tiba tiba saya cerita pasal cinta pertama. Bagaimana cinta kedua ketiga kesgeribooo??  Ce korang kabor sikit..

Euuwwwwww....euwwww...

Jun 19, 2011

Cemburu




Saya ada 2 boyfriend, satu di Universiti dan satu di kampung .

Di Universiti namanya Adam. Suatu hari kami pergi dating di bandar Kuala Lumpur.

Kami sama sama memakai baju merah. Tengah minum air , air tertumpah. Disebabkan saya adalah seorang perfectionist, maka saya terus beli T-shirt baru tetapi warnanya lain. Kelabu. 

Tengah memilih baju tiba tiba seorang lelaki memandang saya , pandangannya berbisa. Gaya tidak ubah seperti Seth Tan memandang Nora Elena. Saya kemudian pandang Adam, lagi berbisa pandangannya. Mukanya merah seperti bajunya.


Dia bisik.

"Jangan pandang dia lagi, saya cemburu"

Kami kemudian berjalan lagi. Haus. Beli air lagi. Tidak disangka , saya berjumpa pakcik jual air yang sangat peramah.

"Oh !!! ni bukan ke anak blablablabla...." Panjang ceritanya. Kesimpulannya dia adalah orang kampung saya dan kawan kepada ayah saya.

"Baju kau sama kaler macam pakcik la. Sepadan dengan Pakcik". Adam datang kepada saya dan mendegar ayat terakhir Pakcik Abu itu.

"Tula awak, beli baju lain kaler. Kan dah sepadan dengan pakcik tu. Urghhhh. Cemburu. Jeles lah! "

Saya tunduk dan bisik dalam hati.

"Kalau beli merah juga, nanti bila baju ni dah basuh, banyak la baju merah aku. Tak pikir ke hah mamat ni? Bodoh juga rupanya."

Bermacam macam adegan saya lalukan pada hari itu dan dia asyik sebut "Saya jelesss!!" " Saya cemburu". Mahu berploh kali. Diakhir garisan sewaktu magrib muncul dan matahari kian tenggelam. Kami sampai di Universiti tercinta dan dia asyik bebel ayat yang sama . Saya pula lebih suka diam diri dan fikirkan apa yang dibeli siang tadi.

"Awak kalau nak jeles, cemburu sangat. Kita putus. Babai.". Akhirnya saya bersuara. Adam diam. Orang cakap diam tanda setuju. Bagus sangat la tu. Hihihik.

Kami putus. Saya terbayang bayang Atan. Bagaimana dia dikampung????. Saya senyum sambil tengok bantal berbentuk love di dalam plastik dibeli tadi. Untuk Atan.


Bersambung.....

Jun 17, 2011

Supermaket, Amoi dan Susu.

Kerja sebagai casher supermaket best juga sebenarnya. Dapat hiburan free free je, tak perlu beli tiket berebut macam nak tengok Maharaja Lawak. Cuma kau perlu berdiri berjam jam dan layan karenah pelanggan pelbagai generasi. Rasa macam telan nasi basi ada juga. Kalau nasib baik, kau akan gelak sampai kering gusi. 

Ni kisah sebenar. Takde tipu tipu punya. Kalau kencing sikit je.

Tengah sibuk packing barang di kaunter masuk ke dalam bag plastik sambil usha pelanggan hansome hansome, datang amoi umur 40-an. Tergesa gesa dia cari aku. Macam boss la pula rasanya orang nak jumpa kita dan mukanya fuhhh risau toksah kira la.

" Ada apa aunty? ". Tanya aku dengan senyuman yang manis.

"Ni haaaa....saya ada bili susu tin maaa..dia tulis ada 'free'..mana itu barang free maaa???"

"Bila aunty beli ???"

"Semalam maaa...saya balik rumah baru parasan itu barang free kamu tak bagi..Ini hari saya datang mau ambil itu barang free..."

"Aunty tunjuk mana itu barang boleh kah???". 

"Kejap maaa..." Dia tergesa gesa pergi. Nak cari tin susu tu kot. Fikir aku.


Sementara tunggu aunty Cina tu datang, aku duduk atas kerusi macam biasa aku buat bila bos tiada. Kerja aku dialihkan oleh pekerja baru. Kira aku ni macam senior la. Fuhhh sedikit riak. Senyum sinis sorang sorang.


"Ini susu tepung tin maa..mana itu barang free. Sudah manyak kali beli tapi tiada pernah kasi.."

Aku diam. Setahu aku susu tepung tu memang tak pernah bagi barangan percuma.

"Mana free itu aunty???"

"Ini maa...free kolestrol"

Aku tarik nafas dalam dalam.

"Aunty, free kolestrol tu maksudnya takde kolestrol."

"Kolestrol tu apa? "

Dalam hati nak je tunjuk iklan dalam tivi kat perempuan berbaju hijau ,berskirt hitam ni.

"Kolestrol tu macam lemak. Jadi, dalam susu tepung aunty beli ni takde lemak . Bukan barang free."

"Oh..itu kaaa?"



Puas aku cari video susu tepung free kolestrol. Nah tengok la yang ni. Susu juga. Sweet lagi. Bila aku ada anak mungkin sebijak budak ni. Bijak macam mak dia. Ehem ehem.


ps: Aku tak pernah kerja sebagai casher. Cerita diadaptasi oleh pengalaman makcik kepada Syamimi. Sekian terima kasih.

Jun 15, 2011

Ayat Sentap Masa Depan Jiwa Raga

Dalam dunia ni orang kata takleh lawan cakap orang tua, cikgu. Nanti tak berkat. Haaa giteew. Lagi bertambah kurang (tambah, kemudian kurang?) keberkatan tu lagi bila kena sumpah maki seranah mencarut oleh mereka. Tudia...


Lagi satu jangan buat salah dengan orang, nanti orang tu sumpah kau. Tak pasal pasal hidup kau merana. Nauzubillah.


Contoh 1

Dalam kelas. Sebelum quiz bermula..Ayat macam dalam skrip buat drama la pulak.


Cikgu masakini.


" Saya nak bagi awak quiz. So, sila jarakkan meja anda!! Siapa meniru  SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA DAN FAILED EXAM NI!!!!!!!!!!!!!!!!!". Jerit lecturer aku. Tanda seru perlu banyak tanda marah bebenor.

Tengah buat quiz tu pen aku jatuh. Aku tunduk nak ambil (gaya perlahan takut bising), tiba tiba mata tak pejam lalu nampak la jawapan best student 4 flat tiap sem duduk sebelah aku. Jawapan dia banyak beza dengan aku. Kalau kau jadi aku, ubah tak jawapan tu???heeeeee.. Kalau aku jadi aku , aku ubah. Kira meniru la nih? Habis la....Failed la aku..*muka terus pucat.




*****************


Contoh 2

Dalam rumah. Bersama orang tua tua.


Contoh orang tua 


"Mak nak kau kahwin dengan sepupu kau jugak. Kalau kau kahwin dengan orang lain mak tak halalkan makan minum kau dan segala mak telah belanjakan untuk kau dari kecil sampai la ni..!!!!". Jerit emak.

"Ayah setuju. Kalau kau kahwin dengan sepupu kau tu blablablabla....." Sampuk ayah.

Tup tup tup...Kahwin juga tapi dengan orang lain. Maka tak halal la segala makan minum kau, duit belanja kau sebelum ni, tiap titik susu mak engkau mak yang engkau minum. Sadis sadis. 

Perlu ke sumpah seranah macam tu? kalau dah jodoh? Ragam orang melayu kan, nak ikut kehendak dia, kasi warning dengan carutan sumpah dulu. Macam zaman mahsuri tak pernah hilang la pula. Eh kaitan???



***************

Kalau la Bush, Tony Blair semua tu keturunan Melayu/ jawa/ kepulauan melayu. Aku rasa tak sempat nak menyerang negara Islam lagi dah takut terketar ketar.


"Kau bush kalau bom Afghanistan !!!! seluruh keturunan kau aku sumpah jadi beruk!!!! "


Tengok. Termenung tak sudah.


"Kau blair, kalau kau bunuh orang Palestin, aku sumpah kau dengan keturunan kau serta seluruh rakyat kau mandul. Tak beranak kang!!!! Aku sumpah ni, Sumpah!!!"


"Jangan la jangan la."

Sumpah seranah mencarut ni dah jadi sebahagian hidup orang melayu kan. Ce tukar jadi lain. Jadi puji pujian ke. Orang kita tak suka di carut tapi suka dipuji walau tak ikhlas. Dibodek suka la. Kan??? 

" Kalau awak meniru time exam/ quiz, awak jadi cantik dan hansome bergaya segak rupawan semuanya , yang lelaki macam Atan dan perempuan macam Nora !!!!!"

Walau tanda seru banyak tanda tegas namun tetap buat kita tersengih kan ??? Macam tula baru harmoni.



Sekian saja bebelan tak berasas saya kali ini. Babai...

kredit gambo : Google.


Jun 14, 2011

Abang , Khemah, Kebun, Kucing dan Ikan

Gambar time baby. Puas aku cari dalam album lama. Huhu.


Time kecil kecil dulu aku dipengaruhi oleh abang abang yang comel macam adik perempuannya. Dorang suka sangat bermain rumah rumah dalam khemah dengan jiran sebelah rumah, Farid dan Fahrin . Bina 1 khemah dekat dengan rumah . Dalam khemah ada mentol. Fuhhh kira sangat canggih la tu. Malam malam dorang masuk dalam khemah tu tapi aku tidak dibiarkan masuk. Hampeh. Fungsi aku pada siang hari je. Kutip paku dengan kayu. Bila ingat balik, dorang kejam. Kejam sampai sekarang.


Tahu kenapa aku suka kutip paku, kayu dan bata?




Sebab si Farid/ Fahrin selalu cakap kat abang aku. Aku pula selalu curi curi dengar sambil buat muka blur.

"Untung la ada adik perempuan  yang rajin..."

Sebab 'rajin' tula memberi semangat aku bekerja tanpa gaji. Tapi dua beradik tu entah kemana sekarang sebab aku darjah 3 kami dah pindah rumah. 


***********




Ingat tak musim  kereta mainan pasang bateri tu??? .Lepas tu main atas litar dekat kedai runcit. Macam dalam gambar ni ha.. Abang abang aku semua ada kereta tu, maka aku juga kena dan wajib ada. WAJIB ADA KALAU TAK AKU TAKDE KAWAN. Guna duit raya kot. Dorang tolong beli  tapi guna duit aku, kemudian pasang dan bila nak main dorang ajar la. 


Sampai sudah dorang konon ajar tapi buat kereta tu hak milik dorang. Bila kereta tu rosak, kami gaduh dan aku ungkit serta kutip duit aku korbankan. Yang menariknya kalau guna kereta aku mesti menang lumba kereta tapi bila guna kereta dorang hampeh macam labi labi kena kilat. Lembap. Kami lawan lumba kereta dengan budak budak yang datang ke kedai runcit tu untuk lumba kereta juga. Kampung aku ada macam tu. Hebak ork? hebak ork??? ..Hehe.


Duit raya dulu dulu dalam RM50 paling banyak tapi semua dihabiskan beli mainan macam  untuk abang abang aku. katanya nak main sekali dengan aku. Askar, kereta kebal, patung ultraman superman semua ada. Menyesal. Kalau la aku menabung dari dulu....(Pejam mata sambil bayang.)


**********

Bila maju sikit , abang aku dah masuk darjah 4. Dah belajar subjek sains. Dia sibuk nak bercucuk tanam. Kami cari tanah dan buat pagar, kemudian tanam la pokok. Aku yang dipaksa siram tiap pagi. Balik sekolah aku la paling excited nak tengok kebun. Sampai satu tahap aku lupa macam mana sehingga  kebun tu berkubur. Innalilah. Ish ish ish...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bayangkan sendiri.


***********

Zaman kecil kecil aku  suka bela binatang. Kira penyayang la jugak. Bela kucing ,bagi makan frieskies . Bila ekor dia kembang dengan gebu enak dipeluk, jiran sebelah cakap tu kucing dia yang hilang. Dengan murah hatinya aku kembalikan kucing tu pada tuan konon kononnya.



 Ce tengok kucing ni. Ada rasa nak telan tak???


Hidup aku yang sepi seketika menjadi ceria bila kawan sekelas aku ajak bela ikan. Wahhh seronok. Tapi setiap ikan tu akan mati setiap hari. Lepas tu beli lain. Mati lagi. Beli lagi. Sehinggalah pada satu tahap ikan aku beli ni hidup mereka agak lama dalam seminggu tapi mati juga gara gara gaduh dengan abang aku dan dia masukkan sampah serta kulit buah limau dalam tu. Terpaksa dikuburkan kesemua ikan ikan tu. 


Nasib baik ikan aku comel macam ni.


Kalau macam ni aku suruh dia telan dah abang aku. Huh!!!



Panjang bebenor entry ni hah. Siapa baca sampai habis aku hargai gila baby !!! Eh ada lagi...



Entry ni juga untuk contest blog Dr Siti Hamidah yang di tag oleh Mia berangan.

Siapa nak join boleh pergi ke blog beliau. Aku tag semua orang!!! 





Jun 12, 2011

Terengganu Gomo Kelate Piala FA !!!

Fuhhh!! bahang semalam masih terasa. Satu famili aku datang KL semata mata piala FA 2011. Aku bawa kawan baik sekali , Gee join kami satu famili. Bergerak ke stadium  Bukit Jalil dalam pukul 3 petang. Dapat masuk dalam pukul 5 petang. Macam nak report apa ntah cakap pasal waktu ni kan. Hihi. Arghhh cakap banyak guna . Jom layan gambar. Besar gedabak saiz satu satu ni hah. 


Siapa tak dapat tiket , meh nak tunjuk sikit. Ngeh ngeh ngeh.


Sweet juga kan bila dah kahwin pimpin tangan suami /  isteri masuk stadium. Sorak sama sama. Makan burger sejuk sama sama. Bangun berdiri serentak.Hik hik hik. 


Sebelah kita ni la Gee.


Ini bukan mercun , Ini obor semangat.








Duduk dalam tu dari pukul 5 petang , sorak sorak lepas tu hilang suara. Nak cari orang jual air dan ada air tu mahu basah dulu ketiak ni sebab air memang cepat habis. Bila nak start perlawanan ,letih ,lapar semua tu hilang . Fokus punya pasal. Puas hati sebab perlawanan malam tadi sama sama saling menyerang. Semangat penyokong fuhhhh susah nak esepelin.


Minit terakhir perlawanan ( Terengganu belum gol ), kami dah nak keluar stadium. Aku berjalan sambil berpaling kepala kebelakang , still lagi berharap ada gol walau satu pun cukup la. Tiba tiba GOL!!!!. Serentak aku dengan Gee berpelukan, terus cari seat. Panjat kerusi sambil lompat lompat.  Sampai lupa diri. Haiyaaaa..Tepuk dahi.


Sinar harapan tu muncul bersinar sinar la. Ada hero menyelamat. Ouh suwittt.


                               
Hero PIALA FA TERENGGANU dah sampai. Kena tepuk dan lompat..haha



 
Tekak sakit gara gara jerit mengalahkan panggil anak suruh masuk rumah, suruh MANDI!!!Eh tercapslock..hihi



Bila juara diumum.Woahhh!


Aku takde dalam gambar ni . Jangan cari okay. Ce tengok banner tu. Tengok lama sikit. Amacam????


Dalam gambar ni ce ZOOOMMMM empat lima nam meter. Hik hik hik. Tak sia sia aku berkelah dengan burger sejuk , air oren suam dan jagung tanpa gula dalam stadium tu. 

Kelantan 1, Terengganu 2!!!!!
Tahniah Marzuki!

Ps: Terima kasih penyokong kelantan yang bagi laluan pada kami nak balik semalam. Kami terPARKING ditempat parking penyokong kelantan. Ngeh ngeh ngeh...

Jun 11, 2011

ADA

                      *  quick update*


       

Pagi pagi buta layan lagu ni memang la something wrong gitewww. Kalau ada cinta dihati korang, luah la. Kalau pendam jadi pekasam. Tak best tak best. Tetibe pulak.


Okay aku kena blah nak pergi Stadium Bukit Jalil !!!! Yang tak dapat tiket ke Piala FA Terengganu vs Kelantan malam ni, sabor yek..sabor..


Aku sokong TERENGGANU for sure!!!!


                                                 Babaiiii...*melambai dengan muka bangga*

Jun 10, 2011

Hari Yang Sempurna




"Yu, bangun..kelas kau pukul 8 kan.". Dalam mamai aku bangun. Suara housemate aku kejutkan aku di subuh hening. Arghh!!! kena kejar bas pukul 7 pagi la jawabnya aku.

Sorang sorang terkedek kedek aku berjalan naik bas.

Yu, bukan kelas kau pukul 10 ke? ''. Kawan aku dalam bas tegur aku.  Oh shit, aku kena turun bas sambung tidur dalam bilik la macam ni. Sorang sorang lagi aku berjalan balik ke bilik. Tidur.

Pukul 9 aku terbangun sebab mimpi ngeri aku ditinggalkan classmate. Ditinggalkan classmate pun boleh jadi igauan tahu. Fuhhh..

Aku bangun gosok gigi tanpa cuci muka , sarung uniform dan pakai tudung. Aku tengok apesal uniform aku ada atas katil, sekarang aku pakai siapa punya? Oh my! roomate aku punya. Aku cepat cepat tukar , kemudian aku  naik bus. Sambung tidur lagi.

"Apesal takde orang bagitahu aku kelas pukul 10 pagi hah?". Sesampainya aku di kolej tersayang.

"Dalam jadual memang kelas pukul 10 pagi la."

"Bukan hari ni selasa ke?. Betul la aku tengok." Aku tanya lagi kawan aku.

"Hari ni khamis la."

Oh yeke .


Petang.

Aku ambil gitar yang dah lama dihuni sarang labah labah. Try tune tali gitar . Sampai satu tahap tali putus. Ni kali ke berapa ratus kali pun aku tak tahu aku kena ganti tali baru. Grrrrr.

Begitu sempurnanya hidupku. Sampai hari pun aku boleh lupa. Macam rabu tak wujud pula. Nak tune gitar pun ambil masa bertahun untuk tak putuskan tali dan tune dengan elok walau menggunakan tuner.


Sesempurna bilangan cincin dijari perempuan ini. Cewah. Takde kena mengena.








Jun 9, 2011

Woodhinked too l Bila little red riding hood jadi heroin


Minggu ni aku dapat tiket free dari Nuffnang untuk Premier screening Hoodwinked Too ( Hood vs Evil) . Movie kartun yang kelakar dan comel sangat. Wajib tengok!!! Kalau bawa budak budak lagi syok.  Terima kasih Nuffnang!!!


Little Red Riding Hood ni kira hero /  heroin la dalam movie ni. Hansel and Gretel pun ada . Dorang jadi jahat tapi comel gila gila. Nampak konon comel kan tapi penuh muslihat .




Sinopsis Woodhinked Too.
*klik gambo untuk besor*


              

Comel kan? comel kan???. Haaa jom la tengok ramai ramai.

Antara blogger perempuan yang cantik jelita anggun comel cun yang hadir malam tu .








Blogger lelaki yang hot , macho, maskulin ( ambil hati ambil hati).








Nampak sangat kau tinggi yuyu. Eyla klon Yuna, saya jeles dengan anda!


Alorhhh blur dan kuning la pula. Ini blogger paling saya rapat. Tak perlu diperkenalkan lagi. Datang dan pulang bersamanya. Hik hik hik.

Kalau rasa nak masuk panggung wayang duduk tanpa keluarkan air mata tangisan tapi air mata ketawa terbahak bahak, silalah datang tengok bawa anak anak/ adik adik/ pakwe makwe / kawan kawan menonton Woodhinked Too.






Jun 5, 2011

Calon suami masakini

Berikut adalah gambar calon suami pilihan bakal isteri june kiini.



Memasak dan menyiapkan makanan untuk isteri.Basuh pinggan/mop lantai/kemas rumah semua kerja suami.



Selalu berbincang dan sediakan rumah macam ni.

Sediakan rumah bertangga tangga.


Senyum macam ni.


Tidur angkat ketiak.



Ambil gambar macam ni pon boleh janji body taf taf...


Eh yang ni takmo takmo.


Tengok ! terbaring kat wad pun boleh senyum dapat suami macam ni. Tula yang diidamkan. Taf! taf..

Yang lain sila tambah sendiri. Aku nak taruk gambar banyak2 takut berat plak. Hadoiii. Kredit to Fanpage Seth Tan.


Jun 4, 2011

Pre-loved.Preloved.Love.love.

Bila tahu Jezmine Obb ada buat preloved harini dekat Old Blossom Box Store (OBB), aku terus  jiwa kacau. Urghhhhh. Emo nak pergi tapi takde kawan nak teman.


Macam mak Shin Chan tak dapat pergi shopping sale besar besaran. Namun dengan pujuk rayu dan kemanisan kata kata, akhirnya  Syamimi  teman juga aku. Hoooo Yeahh!


Okay gedik.



Apa kau rasa kau cantik? Erkkk



Gambar kau 3, gambar mimi 1 je. Melampau.


Makcik, makcik nak beli clutch tu ke?


Ini mimi, kawan baik kita.


Dengan Jezmine, Owner OBB. Tak sah kalau datang sini tak ambil gambar dengan Jezmine.


Ramai fashonista datang tadi. Nurul cakap cakap pun ada tapi segan nak tegur. Serius segan.Tadi aku beli jacket dan dress putih untuk tengok wayang dengan otomen isnin ni. Terima kasih Nuffnang sponsored tiket wayang. Woahhhh.. Tetiba.

*gambo tak lawo, guna hanset cikai .*

ps: Serius shit taip entry macam gedik. Urghhh.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...