Nov 11, 2017

Pengalaman mengandung selepas keguguran

Assalamualaikum,Hai...

Bulan 8 lepas aku mengalami keguguran,nanti kite citer ye tapi kali ni nak citer Alhamdulilah pregnant anak kedua lepas gugur. Sekali je period lepas gugur then mengandung. betapa cepatnya kan? sebelum ni tunggu hampir 3 tahun nak mengandung lepas lahirkan Aira Qadeeja :)


Aku menulis ni saja2 nanti baby keluar inshaallah boleh tau mak nyer rasa caner masa mengandungkan dia kan..haha!


9 weeks pregnant 

morning sicknes start lambat berbanding anak sulong dulu.8 minggu barulah takleh makan nasik,muntah muntah. mungkin penangan minum MaMariam,alhamdulilah berkurang sikit letih dgn alahan tu..

Masa minggu 4 hingga 7, waktu awal mengandung nak makan aje kerjanya,kalau tak perut rasa berangin. tengah makan boleh pulak dia rasa lapor.acaner?hahaha

Makin lama dia nak makan western jer,mulut rase pahit. Nasik taknak tapi laporr. kalau dulu feveret tomyam,kali ni makan tomyam je tak sampai 2 minit terus muntah.

perut melebar sebab rasa seluar makin ketat. Dulu boleh pakai seluar kerja sampai hujung trimester. Hebat kan?haha. Mungkin anak 1st.


Sebab pernah frust keguguran, aku berjaga jaga kali ni. Hampir setiap minggu jugak Mejah outstation dan aku tak ikut :( sedih.


Macam biasa aku alahan takleh masuk dapur.Bau dapur tu busuk apatah lagi kalau tengah masak. jadi aku tak masak. Hari hari beli kedai, tak lalu jugak makanan kedai.so makan buah,oat, burger jer. Alhamdulilah ada jugak makanan boleh telan.


sekarang ni tengah buat experiment makanan ni boleh telan ke tak.Haha. kalau takleh telan,memang takkan sentuh pastu. kalau boleh telan alamaknya hari hari la makan tu. tadi boleh telan telur punyuh. esok confirm makan lg .hahaha..


gitulah gayanya nak keluarkan sorang2 budak. so husband, terima kasih memahami :)


Sebenarnya takut nak bagi tips ke apa buat mommy yg tengah preggy sekarang dan ada history keguguran kan, cuma aku share mana yang mak ajar dan aku buat..


  • Banyakkan duduk ,baring.
  • Jangan makan nenas atau masakan ada nenas,contoh ikan siakap 3 rasa ada tabur nenas. tak payah makan takpe lauk tu. Air dia pun dikira ada nenas. Nenas ni boleh kecutkan rahim kata doktor Wan Fazidah aku jumpa awal pregnant haritu.
  • Elak makan jeruk/ benda berasid. Doktor ada pesan elak makan nenas je cuma aku jenis penakut dan serik utk makan benda berasid ada cuka macam tomyam,somtam. Awal2 tak sentuh langsung. kecur liur tengok somtam tapi takpe, ibu kena berkorban. 
  • Jangan mengurut badan terutamanya celah peha,perut.
  • pesanan doktor dan orang tua, elak bersama utk trimester pertama ni. bagi katogori rahim mudah gugur.
  • pakai lapik bantal masa bawak kereta. nak elak punggung kita bergegor.
  • naik turun tangga pun jangan kerap sangat.

semoga bermanfaat :)


May 17, 2017

Kakyu kini

Assalamualaikum..

Lama benor tak masuk ofis tapi harini masuk sebab ada 2 orang staf baru masuk, Kakyu nak kenal2 dgn dorang. briefing sikit2.  walau tak masuk tapi hari hari Mejah update pasal bisnes dan kami memang non stop bercakap pasal bisnes.


Dah sebati bila masuk kereta je ada je idea bisnes. Hidup kami banyak dalam kereta. hujung minggu confirm balik rumah Mak Ayah/mertua,kalau tak kami travel KL,Kedah,kelantan dan banyak tempat utk bisnes.


Disebabkan hal bisnes Aira tak suka,dia akan buat perkara pelik dgn tiba tiba atau menjerit panggil kami.


Sekarang kami belum berjaya,masih banyak lagi impian belum tercapai tapi jujurnya Kakyu sangat2 bersyukur Allah murahkan rezeki mencurah curah, bisnes berkembang. Kalau dulu masalah kami adalah buat sales,macam mana nak buat duit tapi sekarang masalah kami adalah pengurusan dan kami bermain dengan manusia untuk kembangkan syarikat. Kami dalam proses hasilkan leader dari team dan ini bukan mudah.


InshaAllah lagi seminggu 20 hb 5 2017 kami akan berpindah ke pejabat baru lebih luas. Semua ni bagi keselesaan staf. Semoga Mamariam sdn bhd maju jaya !!yuhuuuu!


salam sayang,
Yuyu Musa comel

Apr 18, 2017

Buang title blogger

Assalamualaikum..

Ya Allah lamanya buang status blogger since dah kahwen dan beranak pinak ni. Nak kenalkan nama saya Yuyu, mempunyai seorang suami yg kacak dan seorang anak perempuan yg comel. Aira Qadeeja nama anak sebab Mejah cakap "kita mesti bagi nama anak bercirikan KAYA sebab kita bisnes, wanita kaya zaman nabi dulu Siti Khadijah"

"tapi nak letak Aira sebab dulu Yu tengok sinetron nama heroin tu Aira,cantik gilerr"

so,dalam hati cakap anak aku akan jadi cantik dan kaya.amin. baik budi pekerti dan solehah.amin.

sorry guys, bila masuk dalam bisnes, akan berbungalah dgn perkataan "kaya".

Aira Qadeeja dah 2 tahun 4 bulan. Muka sebijik Mejah. Hahahah!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...