Oct 25, 2011

Klip 3gp setanding 2 alam???

Hai.

Korang tahu apa itu klip 3gp? Dia famous zaman aku sekolah dulu dulu. Sekarang ni famous jugak, famous dengan filem klip 3gp. Bagi aku dalam tahun ini, filem melayu ni paling bangang   entah apa apa walau aku tak tengok lagi dan taknak tengok. 


1.Gaya pelakon macam pelakon lucah.



2. "Mengingatkan wujudnya klip 3gp"

Ini kata salah seorang pelakon filem klip 3gp dalam Malaysia Hari Ini pada minggu lepas. Hello!!! lebih baik kau ingatkan orang ramai/ remaja tentang sejarah negara, tokoh tokoh negara dari tayang gambar perempuan gaya pelacur untuk ingatkan bahawa klip 3gb pernah wujud dalam negara. Tak perlu ingatkan balik la.

Apa ni Yuyu, nak cerita pasal sejarah negara pula. Ini filem sekarang la. Filemmm!!. Nak sejarah pergi belek buku sejarah la oiii.


3. "Menambah ilmu pengetahuan."

Nak tergelak aku dengar salah seorang pelakon cakap menambah ilmu pengetahuan jika menonton filem ini. Aku godek beberapa trailer filem ini di youtube dan hairan celah mana tambah ilmu pengetahuan selain tengok aksi ghairah dan seksi pelakon. Mungkin tambah ilmu pada remaja sekarang untuk lakukan aksi dan kembalikan balik zaman klip 3gp. 


4."Filem ini berkisarkan masyarakat sekeliling dan boleh ambil pengajaran darinya"


Lebih kurang macam ni ayat salah seorang pelakon/ krew. Pengajarannya untuk tengok kesan baik dan buruk menggunakan telefon katanya. Kok ye pun tak perlu nak buat filem bagai. Kesan baik dan buruk dalam penggunaan telefon. Wahhh dah macam tajuk karangan SPM. Semua orang tahu kesan buruk pasal klip 3gp. Bagi aku, pasal penggunaan telefon pula, kalau lagi banyak guna, lagi tinggi bil. Kan???. Tak pun paling kurang info aku tahu, kalau taruk handphone dalam poket dan biarkan dia bergetar boleh jejaskan kualiti sperma lelaki.

5. "Filem ini membawa mesej"


Mesejnya aku tak tahu apa. Adakah Filem klip 3gp boleh standing filem dua alam???  Mesej yang nak sampaikan mungkin sama pada firasat aku.(walau aku tak tahu mesej sebenarnya apa).

Sekian wabilahitaufikwalhidayah.

Pesanan tulus ikhlas : Stop la pembikin filem buat filem melayu untuk mendapat untung saja. 

Oct 15, 2011

Konsert suara kami astro- gambar

Minggu lepas dan lepas dan lepas aku pergi konsert suara kami dekat Stadium Merdeka. Hamzah Ian dapat tiket free. So, aku tumpang sekaki join. Terima kasih Nuffnang kasi tiket free kat Mejah!!!!! Layan gambar jela. Jom jom..*tarik tangan*


Hai saya Yuyu. Tak perlu kot kenalkan Maria Elena kat korang. Sekali lagi 'Hai !!!saya Yuyu'.








Ini kakak kesayangan saya. Beliau berjaya turunkan berat badan 6kg seminggu. Inginkan tipss? Jom ke blog beliau. Disebelahnya blogger lucah abad ini. 





Faizal Tahir yang sangat aktif dipentas, dia kesana kemari siap panjat tangga lagi tu. Woahhhh!!! Hebakkk arrr. Mula mula aku kagum gila, rasa nak loncat loncat je nak tengok dia . Orang depan aku semua tinggi tinggi macam mat saleh, sebab tu kena loncat, bukan sebab aku pendek. Bukan. Best gila tapi bila aku tahu Pejal Tahir miming mulut, aku mengeluh ''e'eleh mamat ni, baling tali pinggang kang!!" . Lepas baling ambil balik.


Ini gambar belas ehsan Heidi Shafiq. Kamera aku tak dibenarkan masuk ke dalam stadium. Sobbbsss. Sebelum masuk dah hujan, beli la baju hujan sepoloh hinggit. Nipis je macam legging (nasib baik tak ketat macam legging) . Aku angkat ketiak skit dah koyak. Ayoyoyo ama apa.


Selepas teguk air hujan dua tiga titik dan aku asyik menguap je dalam ramai orang, baru aku sedar bahawasanya tengok bola lagi syok dari tengok konsert. Sungguh tak tipu. Kalau tipu pun sikit sikit je.


Ok tata babai.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...