Oct 25, 2011

Klip 3gp setanding 2 alam???

Hai.

Korang tahu apa itu klip 3gp? Dia famous zaman aku sekolah dulu dulu. Sekarang ni famous jugak, famous dengan filem klip 3gp. Bagi aku dalam tahun ini, filem melayu ni paling bangang   entah apa apa walau aku tak tengok lagi dan taknak tengok. 


1.Gaya pelakon macam pelakon lucah.



2. "Mengingatkan wujudnya klip 3gp"

Ini kata salah seorang pelakon filem klip 3gp dalam Malaysia Hari Ini pada minggu lepas. Hello!!! lebih baik kau ingatkan orang ramai/ remaja tentang sejarah negara, tokoh tokoh negara dari tayang gambar perempuan gaya pelacur untuk ingatkan bahawa klip 3gb pernah wujud dalam negara. Tak perlu ingatkan balik la.

Apa ni Yuyu, nak cerita pasal sejarah negara pula. Ini filem sekarang la. Filemmm!!. Nak sejarah pergi belek buku sejarah la oiii.


3. "Menambah ilmu pengetahuan."

Nak tergelak aku dengar salah seorang pelakon cakap menambah ilmu pengetahuan jika menonton filem ini. Aku godek beberapa trailer filem ini di youtube dan hairan celah mana tambah ilmu pengetahuan selain tengok aksi ghairah dan seksi pelakon. Mungkin tambah ilmu pada remaja sekarang untuk lakukan aksi dan kembalikan balik zaman klip 3gp. 


4."Filem ini berkisarkan masyarakat sekeliling dan boleh ambil pengajaran darinya"


Lebih kurang macam ni ayat salah seorang pelakon/ krew. Pengajarannya untuk tengok kesan baik dan buruk menggunakan telefon katanya. Kok ye pun tak perlu nak buat filem bagai. Kesan baik dan buruk dalam penggunaan telefon. Wahhh dah macam tajuk karangan SPM. Semua orang tahu kesan buruk pasal klip 3gp. Bagi aku, pasal penggunaan telefon pula, kalau lagi banyak guna, lagi tinggi bil. Kan???. Tak pun paling kurang info aku tahu, kalau taruk handphone dalam poket dan biarkan dia bergetar boleh jejaskan kualiti sperma lelaki.

5. "Filem ini membawa mesej"


Mesejnya aku tak tahu apa. Adakah Filem klip 3gp boleh standing filem dua alam???  Mesej yang nak sampaikan mungkin sama pada firasat aku.(walau aku tak tahu mesej sebenarnya apa).

Sekian wabilahitaufikwalhidayah.

Pesanan tulus ikhlas : Stop la pembikin filem buat filem melayu untuk mendapat untung saja. 

26 comments:

rerehalim said...

selain 2 alam dan jalang, ni cerita lebih jalang aku penah tgk (trailer). mmg murah habis. dah tak femes buat care tak femes. takpayah nak blakon mcm gmpeng begitu.

ascil.punye.lah said...

wow yuyu marah.kita tak berapa minat lah cerita camni.banyak pengaruh buruk dari baiknya.

Anonymous said...

3gp?

macam sampah.

tak terfikir dek akal kenapa melayu mahu tayang story like rubbish cam nie.

Sudin Shaari said...

"Mesej disampaikan oleh posmen." U-Wei Shaari

Miscellaneous Smiles said...

hmmm

aNaYaNa said...

setuju 700%!
macam harem jer filem nak lakonkan watak orang yang tak sengaja jadi macamtu dia pulak nak bagi pengajaran pada masyarakat kunun!!
nyampah serius!

Zayani said...

setuju sangat.
mcm ape je cerita ni, mcm takda point. yg zahiril tu dok mcm ti sampai la habis cerita.
menambah ilmu dgn mengajar lebih ramai org untuk bt bnde2 yg tak elok. tak nampak langsung pon ada pengajaran kt dalam filem ni. blur jugak tgok cerita tu. haha.~ :)

hiro said...

nama nak up je.

Nur Aischa said...

tula psl oh. mcm ntah apa apa lah cerita 3gp tu, takda faedah. tgk iklan jea pun rasa mcm dah lain. hmm

Umie Artoqiemie said...

i luv u mimie...
hahaha..

YOUsoF said...

Niat pengarah kononnya 'murni'.. Pelakon pulak nak bagi komitmen 200% pada kerja diaorang.Tapi komitmen pada Tuhan apa cerita ya??



Serius rindu nak layan filem melayu islamik macam Syukur 21 dulu tu..

Ain Zulaikha said...

huhuhu tengok ayat 3gp je dah malas nak tgk... mesti banyak lucah.. hehehhe

*i E J a* said...

saya sokong dgn anda . . i menggalakkan bukn na bgy pengajaran pown !

Alan said...

cerita ni best ler. seksi gila pompuan tu. nak kata macam cerita x lucahpun sebab kalau citer lucah lain jalan cerita dia. citer lucah start cerita terus bogel pastu main tak hingat sampai klimaks.

EZAN IDMA said...

entah pape crite tu

pazil said...

agak2 leh kalahkan papajahat.3gp tak?**nge

Ini Kisah Tia said...

entah , tengok trailer 10 saat tu rasa seram dan geli .. "kau tak kenal aku?" hahaa .. bajet retis sat ..

yaya_flanella said...

amboi yuyu. peka kan pasal kualiti sperma lelaki. hikhik

Azroy Kassim said...

baa~ CAK!!

ouh.. dikau kah ayu dalam kesah akim iqbal? owh~ ayu~ <3

miss epal said...

da tgok dah cter ni...m'bazir jek..huhu..macam haremmm

Sumijelly said...

ok.. nakbagi tahu.

lama tak tgk WAYANG!!!!!!!!!!!

http://sumijelly.com

yunovelis zarai. said...

tersangatlah sampah ini cerita.

Faiz Tapit said...

hah? btol ke kurgkan kualiti sperma?
takut nyeww

sYafIk-wAy said...

kalau jumpa msj tuh lmbt lg lah mokknyee , xde nye secepat tuh blh nak sampaikan msj , org kite n tgk mnde jahat dulu . haha

shawn razaleigh said...

membazir sebelas saat aku tgk vid tu,hahaha.

ahh 2 alam lagi menarik kalau mcm ni.

fRaMe+LenSeS said...

tak tgk. rasa geli ng cita ni. n sekarang ni kita pn da terikut rasanya. cita kena ada babak camtu. sedih aa T.T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...