Feb 12, 2012

Kau bercakap soal kesopanan dan kesusilaan

Hai, best makan ayam? Sebenarnya penuh dengan newsfeed facebook aku dengan video pekerja KFC pukul pelanggan. Mula mula hanya nampak video tengah gaduh, hari berikutnya video sebelum gaduh dan hari seterusnya video full.



Sebelum pergaduhan.




Selepas.


Hai.

Aku tertanya tanya Budi bahasa budaya kita dan slogan 1 Malaysia tu kat mana pada jati diri orang Malaysia. Tanya pada diri aku sendiri. Dari kecil aku dengar pasal budi bahasa ni tapi bila kau tengah hot panas membara nak marah, ada kau ingat Ohhhh cikguu ajar jangan marah marah macam ni kat sekolah. Cikgu ajar berbudi bahasa la. Emak ayah cakap jangan berkasar dengan orang.


Bila tengah marah orang tengking tengking kau, ada kau buat semua tu? Yang duk berkempen pun belum tentu buat. Yang dengar kempen lagi la kan.


Bila kau dalam keadaan normal, tengok kes pergaduhan dalam video, kau bangkitkan mana budaya timur kita? mana nilai kesabaran kita? mana itu mana ini!!!.


Hello!!! Cuba berada ditempat mamat kena tengking??? Orang tengah bersesak dalam KFC tu. Peluh ada keluar setitik dua (Dalam aircond tak rasa mana peluh tu), lepas tu kau kena tengking, kau mengamuk tak ?Paling kurang dalam hati kau mencarut maki hamun jugak kan?.Ala macam tak biasa. Mula mula mencarut dalam hati, lama kelamaan ??? Aku tahu korang nak jawab lama kelaman keluar bertemu pelanggan sambil senyum dan berjabat tangan berpelukan. Sengih sampai ketelinga sebab gembira ditengking.


Yang tengok sekadar komen "Sabar la!!" "Memalukan la.." "Dah tu kerja kau, buat la kerja kau" .Bagi aku yang jawab macam ini adalah jenis yang kena marah boss pun boleh diam tunduk dan ikut arahan, salah ke betul ke tetap rasa arahan boss tu betul.(Situasi dalam pekerjaan). Tetap berserah, kau jadi kuli, kau tetap kuli. Takde fikir nak selamatnya diri dalam gaya kau buli aku, aku buli kau balik. (Maksud aku, kena buli tapi tahu pertahankan diri dan tak kena buli di lain hari.)



Okay, kita bayangkan kita bekerja jadi orang bawahan, memang kita bukan boss atau tokey  tapi bila kita sedaya upaya buat kerja dan akhirnya dikomplen macam macam disusuli tengkingan, bagaimana respon kita???






Dan ini video perli yang aku tengok bukan lawak tapi sangat annoying.

PS: Jangan timbulkan isu perkauman disini, jika sesama bangsa tengking macam tu pun aku rasa pekerja tu melakukan perkara sama juga. Dia tengah marah dan tension mungkin dan pelanggan lapar dan dahaga. Ini pendapat saja, terima kasih sudi membaca. Hewhewhew..



Feb 1, 2012

Saya suka lelaki merokok.

*Situasi sebenar baru je siang tadi. Takde tipu tipu punya*

GF : " Apa!!! You nak semooking?? Oh god!!! I tak suka"

BF : "I pernah try dulu. Batuk batuk. Sekarang MACAM NAK TRY SMOKING BALIK. Kawan merokok macam best je."

GF : "Ikut kawan??? Kalau kawan you makan taik you makan taik la??".

Si BF diam. Si GF geram.



*************


Hoi lelaki kacak dan kekasihnya yang jelita...




Lelaki kalau merokok rasa hebat ke? Persoalan jujur ni daripada kami golongan perempuan yang cantik cantik khususnya. (Aku termasuk okay)


Ada perempuan tak boleh terima boyfriend dia merokok dan ada yang boleh. Ada juga yang tengah tengah jenis tak kesah. Yang tengah tula aku. Ececeh ceh ceh ceh.  Jadi tengah tengah pun bersyarat tahu.

1. Lelaki boleh merokok tapi jangan sampai duit nak makan pun takde.

2. Bila sakit masuk hospital , paru paru dah kaler sama jalan tar, jangan duduk bersedih la dan menyusahkan orang lain suruh jaga.

3. Merokok dalam gua sorang sorang. Asap tu jangan kasi orang lain sedut. Kau ingat asap rokok kau bau macam perfume Paris Hilton ker hah ???

4. Nak merokok jangan duk sembur macam halau nyamuk sangat la. Berkepul kepul. Biasanya di kedai makan. Orang lain nak makan kau pergi sedut hembus sedut hembus. Masuk dalam makanan aku tahu!!! Jadi perisa tembakau sudah.

5. Lepas beli rokok, duit sama harga rokok tu sila masuk dalam tabung kami. Barulah takde bazir sangat. Sekurang kurangnya, lelaki boros pada diri sendiri tapi beringat pada orang tersayang.

6. Bila kahwin, jangan salahkan perempuan sebab tak dapat anak. Lepas tu cari asalan untuk kahwin lain.  Salahkan diri sendiri bunuh sperma sendiri. Mati pucuk. Sebab salah diri anda sendiri.



Bagi aku , lelaki boleh merokok kalau rasa nak mati cepat tapi hormat la kaum wanita insan yang lemah dikelilingmu. Tersedut sedut udara kalah exsos lori balak. Pasal kesihatan biaq pi la depa. Perlu kami kesah? Perempuan lain yang sayangkan korang mungkin kesah. Aku tidak. *Peluk tubuh sambil dongak*






Perempuan merokok ??? Sikit je kan??? Kadang kadang....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...