Feb 3, 2013

saya kini

Asslamualaikum kawan kawan.maaf ye blog ni saya buat tempat meniaga dah,kalau boleh masukkan gerai sekali kerusi-kerusi saya nak masukkan dalam blog ini untuk promote barang dan jual secara besar besaran.Serius.

Sebenarnya selepas saya penat dengan praktikal hampir setahun,kemudian kembali ke Shah Alam exam dan balik tidur kat rumah.Bangun,tidur kemudian makan dan bangun sambil ngadap facebook saya rasa bosannya hidup macam ini.Aku dah umur 23,kenapa tak ada duit di poket selepas tamat belajar(kalau dulu duit penuh dalam poket sebab alaun rakyat Malaysia bagi.Aku dah 23,kenapa nak tunggu kerja dan kemudian perlu plan buat pinjaman nak kahwin?Kenapa?kenapa?kenapa.

Sambil meniarap ngadap laptop macam korang semua buat ni,aku mula fikir,kenapa perlu ngadap facebook dan blog 24 jam tapi tak ada buahkan hasil?senang cerita,kenapa tak tukar kan facebook,blog ini kepada DUIT?MONEYYYY U OLLSSS..nak kahwin cepat tak?haaaa.cari duit secara tamak okay.

Kalau dulu aku teringin sangat kamera DSLR yang sekarang dah ada fungus dalam kantanya sebab tak reti cuci hanya reti beli,jadi aku cuba sedaya upaya cari jalan dapatkan duit,ya!aku berniaga secara bijaksana target setiap rumah di delta beli perak original aku jual.Tu dulu.Akhirnya dapat la bergambar di hari raya bersama keluarga dengan kamera D2100.Semua masuk dalam gambar dari nenek sampai cicit nenek.


Sekarang.Tak pernah terfikir boleh bercakap dengan sesiapa saja bila ditanya tentang SNE.Apa tu SNE??SLE aku tahu la dulu.serius.tak pernah nak tahu tentang mana mana produk tapi alhamdulilah dengan niat baik nak duit simpanan sendiri tanpa ada pinjaman bank,Allah permudahkan.Sekarang dalam 2 bulan lebih berniaga,income lebih masyuk dari kerja aku bakal posting bulan depan.Lagi bertambah usaha,lagi tinggi income.

Awal awal meniaga perlu target setiap hari perlu ada 1 customer.Walau macam mana pun,kau tetap kena rasa customer tu bagai emas.Kalau dulu bangun pagi call ada kelas ke tak wehhh tanya member member tapi sekarang bangun pagi call poslaju.Poslaju dah kenal ini budak nama siapa.Lepas ambil stok di poslaju,ayah akan teman duduk bawah pokok teduh sikit dekat pos laju dan packing barang dalam kereta.

sebagai penganti gambar "saya kini",tatap la produk sne yang saya jual.

walau setiap hari tetap ada individu ambil kesempatan jadikan aku kaunter pertanyaan(hanya bertanya tapi beli di tempat lain.itu biasa),aku tetap redha.Kepada yang betul betul jadi customer tetap,aku bersyukur dan sayang la adik akak semua.*Walau customer jauh lagi tua dari aku tetap panggil aku 'akak'.*

Bukan selamanya blog ini jadi tempat meniaga ye kawan kawan,saya akan kembalikan blog ini ceria suatu hari nanti InsyaAllah selepas capai target pertama dalam hidup untuk mula jadi orang dewasa.HIHIHIHI..

p/s:entry ini saya taip tahun lepas.tahun ini baru publish.seee betapa kekok rasa  nak menulis.



1 comment:

Sumijelly Sumi said...

x nak tahu pasal produk.....

mana pergi DSLR tu?? hik3

http://Sumijelly.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...