Mar 31, 2014

Kahwin waktu belajar


Bismilahirahmanirahim...

Dulu aku banyak baca macam mana kehidupan selepas kahwin bila kita atau suami masih belajar.Alhamdulilah aku masih bersyukur kahwin dengan suami masih belajar.Syukurnya sebab pengalaman tu tak ramai yang rasa dan aku dah ada kerja lepas grad.

Mencabar?

Jujur kalau orang tanya memang mencabar kahwin waktu suami belajar.Kalau sebelum ni semua mak ayah tanggung,sekarang hidup berdua.Susah senang kau bersama suami.Dulu kau nak apa saja mak ayah boleh bagi,sekarang tak sampai hati nak minta dengan suami.

3 bulan perkahwinan,kami masih duduk berasingan.Dia ke kelas dan tinggal di hostel UIA dan aku di rumah bujang.Hidup di KL,deposit rumah kalau tak cecah dekat RM2000 tak masuk la rumah.Jadi kami decide takpe berjauhan dulu.

Balik kerja suami datang ambil.Dating kejap kat tasik titiwangsa.

Dalam tempoh stadi,husband bekerja di bengkel perodua hujung minggu sahaja kalau ada permintaan.Ada waktu orang dah booking nak servis kereta,bila sampai bengkel,tunggu punya tunggu takde.Jadi biasa bagi kami.Jangan mengharap.

Aku bekerja sebagai Medical lab tech,gabung income cukup cukup untuk tampung kos laki bini hidup di KL.Syukur.

Waktu sedih tu selalu ada.kalau cerita ramai pulak yang nangis.He he he.

Masuk rumah baru.

Alhamdulilah hari pertama suami habis belajar,kami dapat sewa rumah di kampung dalam KL.Perkara pertama kami beli tikar getah sebab penghuni lama tinggal dah tak boleh diguna.Perabot? Kami jalan jalan dalam UIA,mana meja orang buang kami kutip dan letak di dapur kami.


Alhamdulilah kami jumpa sofa cantik lagi di luar stor UIA.Letak sebelah PC suami.Meja pc cuma kotak2.Ada duit lebih kami beli katil terpakai.Syukur.


Tiba tiba menangis pulak tulis ni.

Alhamdulilah dikurniakan suami sempurna

Dulu aku selalu berangan nak suami kaya raya macam dalam drama melayu tapi jodoh Allah kurniakan yang lebih baik dari tu.Suami aku inilah yang sediakan sarapan setiap pagi sebelum kerja.Buat milo dan roti salut planta.Dia juga yang basuh baju cuci dengan tangan.Memasak walau mula2 masak dulu selalu tak masak.Kemas rumah.Ambil dan hantar aku pergi kerja.Bila aku on call dia datang bawa nasi goreng dia masak.

Dia yang menjadi tulang belakang hasilnya produk kecantikan aku sendiri iaitu BEUCURE rejuvenation skin.Dari sebelum kahwin lagi aku plan buat produk.Alhamdulilah 31.3.2014 terhasilnya Beucure.Hari pertama pelancaran kami dapat hampir 50 orang agen/dropship.

Ramai juga kawan kawan cakap
 "kau takpela banyak duit.Famili bisnes.Boleh la buat produk sendiri''.

Aku cuma menjawab
 "mungkin nampak senang tapi disebalik tu aku punya suami seorang student dan aku baru bekerja,duit hasil bisnes time menggangur dulu aku guna buat produk.apa kami ada sekarang adalah semangat untuk laburkan duit dengan cari ilmu dan buat tindakan"

Selalu fikir positif,perabot dan rumah cantik cantik takpe kemudian,asalkan duit ada sekarang labur untuk beranak.Jika wujud perkataan 'rugi dalam bisnes' mesti ada kawan dia ''untung''.Jadi jangan takut.

Tujuan jujur bercerita

Tujuan tulis ini bukan sebab nak buka aib sendiri atau tagih simpati cuma nak pesan:

#Jangan takut untuk kahwin awal,rezeki pasti ada.

#Jangan takut untuk kahwin waktu susah sebab berapa yang kaya kahwin akan susah juga akhirnya?Jadi,punca susah bukan sebab kita berkahwin pada asalnya kita susah tapi sebab cara kita corakkan masa depan kita sendiri.

#Bagi yang sangat takut berniaga,cubalah positifkan diri.tekad aku mesti berjaya.Kalau semalam kau hanya mampu buka kedai dan tengok orang lalu lalang,harini ada seorang customer masuk bertanya dan tak beli lagi,itu pun pencapaian.Esok pula ada orang datang beli.Itu pencapaian lagi.Dah dapat buka kedai pun satu pencapaian besar.

#Bila suami pegang buku belajar dan kau disisinya buat air kosong,tak ke rasa so sweet menyuwit???Halal waktu belajar.

Jika kawan kau kahwin awal/waktu belajar

Kalau ada kawan kawan kahwin waktu belajar,bagi lah sokongan.tak perlu buat ayat bagi mereka down.
cth: "kau cantik.kenapa kahwin dengan dia..berlambak lagi lelaki kat luar dah ada kerja boleh sara kau"

atau bandingkan dia dengan orang lain yang nampak lebih bahagia senang lenang.

Jika ada kawan nak mula merubah hidupnya,cumalah bagi ayat pendorong.kalau tak tahu ayat nak bagi dorangan tu macam mana,better diam.diam lebih baik.

Hidup baru kami




Dengan pelancaran Beucure , kami dah ada arah nak kemana lepas ni.Tak apa suami tak kerja makan gaji pun,tetap bersyukur dengan company sendiri.Viral beucure dah merebak.Tak sia sia kami berguru dengan Dr Azizan Osman,Pengasas produk Fellina Beauty yang sangat sangat baik,Pengasas produk kecantikan lain dan guru sebenar adalah diri kami sendiri yang bawa keberanian untuk lakukan tindakan ''gila'' bagi pandangan orang lain.

Doa juga mak ayah tak baca entry ni.Tak mahu mak ayah risau lagi sebab kami dah mulakan hidup baru.Ini titik permulaan kami berubah.InsyaAllah.



Lepas balik personal coaching dengan Puan Fellina dan Sifu Rafie,kami rindu sangat nak bersembang lagi.Bila mereka ceritakan waktu mula mula kahwin,kami dah menangis sebab rasa bagaimana ditempat mereka dulu.Orang nak merubah hidupnya perlu berhijrah.


Salam sayang,
Yuyu Musa
Pengasas Beucure
31.3.2014

6 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

moga segala urusan yuyu dan suami dipermudahkan.insyaAllah.tak susah pun salah seorang masih belajar.yg penting 2-2 kena memahami dan redha.mcm maera dulu pun, nikah dgn suami masa tu dia final semester.pastu kena berjauhan more than 5 months.Alhamdulillah penantian pasti berbaloi. :)

athirah said...

wah xtau nk ckp cena baca entry ni.. mcm2 rs ada.. mmg entry ikhlas dari lubuk hati ni... semoga berjaya selalu dan bahagia bersama suami :)

susah2 dahulu senang2 kemudian ^_^

ceklala said...

yuyu ngn mejah boleh buat, ingat rezeki tu allah yang pegang, asal kite rajin usaha insyaallah allah tolong..kuat semangat dan jangan mudah putus asa, memang orang tak tau apa yang kita lalui tapi cukupla kite ade suami, ade mak ayah dan jugak allah sentiasa bersama kita :)

Evagurl said...

*Lap air mata*

yu, im happy for u. sedih walaupun hanya tau sedkit je kepayahan korang. but i know, mejah mmg the best for u. wlupun dia mungkin kurang dr segi kekayaan mcm org lain, bkn anak dato, tp dia x penah malu utk buat kerja-kerja biasa, jd mekanik, berniaga kt bazar and so on. penah jual nasi lemak masa kt cfs dlu kn? hehe. Allah tu kan adil, just have a faith on Him. yu..yu pregnant eh? napok berisi lain mcm jah..hihi.

Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah kepada mereka berdua, sampai bila-bila dan murnikan hati mereka untuk sentiasa beribadah padaMu, tidak lupakan golongan tidak mampu dan letakkanlah mereka di bawah rahmat Mu sentiasa. Aminnnn....

p/s: I know how it feels, kak pun pilih org yang tak ada harta apa2..tp kak percaya dgn smngt dan keikhlasan dia suatu hari nanti kami akan hidup senang jugak. hehe. :')

Anonymous said...

Yu, aku akan sentiasa support mu ok.. jgn sedey2.. nanti x comey. tp xpe beucure ada. hehe.. yu, mu rasa aku sape? hehe

Anonymous said...

Xpa kak,bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian, ye dok?? Saya suka baca blog kak dengan mejah, semoga kakak bahagia dan dmurahkan rezeki,amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...