Feb 11, 2015

Pengalaman bersalin anak pertama

Fuhh fuhhh tajuk rasa macam tak percaya.Saya sudah jadi seorang ibu sekarang!!!!isteri dan ibu kepada Mejah.Siapa tahu dari blog boleh ke jinjang pelamin??terusss bersambung ada anak.(Tenyeh tenyeh mata buat buat tak percaya)


Disebabkan nak beranak anak pertama,takde pengalaman,maka aku ambil cuti 2 minggu awal dari due.Lagi best 3 hari sebelum cuti perut memulas asyik ke toilet,aku pun paksa Mejah settlekan urusan hari tu dan petang balik kerja bertolak balik kampung.Dalam solat selalu doa nak bersalin ada mak dan suami di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Alhamdulilah,doa dimakbulkan.

27hb 12 2014,
Bangun subuh rasa macam basah je kain batik aku pakai,berdiri je terusss mencurah air ketuban keluar macam air paip.Bermula la kelam kabut mak,ayah dan Mejah.Alhamdulilah,salah satu doa aku minta keluar tanda sebab sepanjang duk kat kampung tunggu hari,takde tanda tanda nak bersalin macam yang digoogle.Risau kalau overdue.Alhamdulilah,tanda nak bersalin aku "pecah ketuban"tanpa rasa sakit.Boleh bual bual gelak sambil whatsapp lagi dengan sedara mara.

Ayah basuh bunga siti fatimah/akar siti fatimah dan rendam dalam air tapi tak kembang kembang juga.mak buat telur kampung separuh masak,Mejah prepare barang nak bawa gi hospital.

Aku ditahan diwad bersalin Hosp.sultanah Nur Zahirah yang baru buka seminggu.Disebabkan wad 1st class tak buka lagi,so aku duduk wad 2nd class yang cun melecun sama macam wad di KPJ Tawakal.

Disebabkan aku takde langsung contraction padahal dah tukar 9 pad penuh dengan air ketuban,mak ayah buat solat hajat kat surau lepas isyak.Memang lepas isyak barulah aku start rasa contraction.Aku catat berapa kali sakit macam sengugut tu datang.Aku memang jenis sengugut,jadi boleh tahan lagi sakit sekejap sekejap tu.Sampai la pukul 1pagi aku tak tahan sangat.Masa tu baru 2-3cm laluan bukak.Alhamdulilah Mejah masuk senyap senyap dalam wad(ikut peraturan takleh masuk,guard kat luar poyo campur kerek memang tak bagi husband masuk walau bini dalam wad separuh mati sakit.Alhamdulilah guard pergi kencing dan Mejah senyap senyap masuk)

Nurse dalam tu kenal mak(member mak dimana mana sahaja.haha!!!),dia yang check jalan dan bagitahu siap siap nanti akan sakit tanpa henti.Tu memang nak beranak sangat.contraction kuat perut memulas,pinggang rasa nak tercabut,mulut tak berhenti baca doa nabi yunus.Badan husband jadi mangsa time tu.Pegang dia kuat kuat.Kadang rasa nak dipeluk kemas2,kadang rasa nak diurut belakang.Tu pentingnya suami ada masa isteri berperang nak beranak.

5cm laluan buka pukul 4.40.Terus tolak pergi labour room.Alhamdulilah aku bersalin bilik sorang je,jadi tak dengar la jeritan ibu ibu yang lain.

Dalam tu doctor ke nurse ke semua aku bercakap macam kawan,memang hilang rasa malu.Aku minta epidural dengan doctor lelaki dan satu satunya dr lelaki yang check laluan sepanjang aku mengandung(check laluan aku sebelum belumnya semua doctor perempuan)Doctor tu saja tipu aku padahal dia taknak bagi epidural.Dia cakap"japgi saya bagi,tengok jantung anak awak dulu".Sampai kesudah dia tak bagi.


Sebolehnya memang taknak epidural.Aku leaking/pecah ketuban lebih 24jam,jadi perut dah diikat siap2 dengan alat CTG check jantung baby.Serabut sangat tali tu semua.Diinduce juga masa subuh 28.12.2014.Mejah tak henti henti bagi semangat "Allah ada tolong kita".Aku minta dia azan kat telinga banyak kali.Bila ingat balik rasa sebak pulak.HIHIHIKKK.

Layanan nurse,doctor kat hospital SNZ ni memang terbaik.nurse semua perempuan.Doctor yang guide kat situ pun perempuan.Yang lelaki tu sekejap je watak dia.Lepas tu tak sedar dah dia kemana.Aku sedut asap yang buat lali tu.Jadi ingat ingat lupa.HAHAHA.

Nurse ramai macam pasukan sorak bagi semangat,ajar cara teran.Masa 9cm bukaan baru aku tahu cara teran.Sebelum tu aku belajar dengan kawan,kakak,makcik2 cara tahan sakit je.Semua aku apply.Nafas pendek pendek(curi nafas),tahan nafas,tarik nafas dalam dalam bila contraction datang.

Tips dalam labour room,bila contraction kuat tarik la nafas sedalamnya.Bila bukaan dah 9-10cm,tarik nafas dan teran panjangggggggggggg.Jangan sedut balik nafas tu.Satgi anak masuk balik.curi nafas je sikit lepas tu teran panjangggggggggggggg.Aku belajar dengan nurse dlm labour room.

Teran bila contraction kuat datang tau.Takde contraction jangan duk bazir tenaga teran.Jangan duk keluar suara.ingat tenaga kita untuk keluarkan anak je.

Dalam 4 kali teran,Alhamdulilah keluarlah baby perempuan tembam pipinya seberat 3.155kg.Terus Mejah azan dan qamatkan baby masa baby duk atas dada aku.Part jahitan,Nurse minta Mejah keluar.Aku redha je kena jahit.Bius.Tak berapa sakit,lagipun sakit contraction tadi lagi sakit.Sambil sambil tu aku minta nurse urut tapak kaki aku.Dia layan je.Aku minta air milo,nurse cakap "satgi lepas jahit saya bagi milo kaw kaw untuk awak".Ye betul lepas habis jahitan episiotomi, dapat milo kaw kaw.Baik nurse kat situ.Terima kasih banyak banyak.


Nurse cakap "dah keluar dah anak awak."legaaaa.Mejah tunjuk tu anak kita(macam dalam drama).Ni gambar kali pertama bersentuhan dengan anak.Mejah sempat snap.Muka baby blur je.Mata dia pandang kita.nikmat jadi ibu.Alhamdulilah.

Tadaaa!!baby girl lepas dibersihkan.rambut dia pacak pacak.

Aira Qadeeja bt Mohd Faez hari ke dua.Dah boleh balik rumah.Pipinya ranum macam buah epal masak.

Sekian terima kasih,
Ibu Aira Qadeeja

lepas berpantang boleh try SAKURA CANDY.Memang best.
Update.Beucure dah keluarkan Sakura candy iaitu supplement pertama di Malaysia menggunakan extrak sakura japan yang hanya kemam bawah lidah.terus meresap ke salur darah.lagi cepat berkesan dari telan!!



SAKURA CANDY PAKAR SERVIS MASALAH DALAMAN DAN LUARAN WANITA
Cantikkan??nak tahu lebih lanjut pasal Sakura candy Malaysia ni boleh klik link bawah ni



Lepas try sakura candy,berjaga malam jaga baby pun tak letih.Esok elok je bertenanga pergi kerja.

3 comments:

yana yassin said...

pengalaman memasing bersalin . Yang pasti , lepas tgk baby comfirm nak nangis . Rasa terharu dan tak percaya kan . Tahniah , sesama kita dapat baby gurl .

ibuHasifHafiy said...

alalala comelnye anok dara puan yuyu dan encik mejah....nok jadi anok ganu ye...ic 11 same mok ye...

~salam kenal dari akak...anok ganu gop eh...hehehe~

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...