Aug 16, 2011

Kenapa perlu tayang girlfriend atau boyfriend di blog?

Kepada pakwe handsome dan makwe comel...

Sepanjang aku berblogging dalam masa singkat ni, aku banyak perhati adik adik ramai benor expose makwe/pakwe dorang. Wahai kakak kakak dan abang abang jangan bebel sorang sorang " Pehal pulak budak ni duk tanyang gf/bf je memanjang ", mereka buat semua ni beralasan. Apa alasannya kak?

Tunjuk kasih sayang.




Takde tempat lain yang boleh tunjuk kasih sayang melainkan di blog/ internet. Ramai boleh baca. 1 dunia boleh tengok boyfriend dan girlfriend korang. Hebat bukan? Dari korang mula mula kenal sehingga la putus ditengah jalan. Semua ditunjukkan dalam kasih sayang.


Sebagai diari.

Masa kecil kecil aku ada diari yang ada kunci. Kunci tu kalau gigit dengan gigi pun boleh patah. Walau diari tu tak selamat dan takde rahsia besar besar pun dan cuma ada lirik lagu dan gambar artis pujaan, tapi aku tetap simpan tak nak bagi sesiapa pun baca. Nama pun diari. 

Bila besar aku jumpa blog, macam diari. Segala isi hati kepada bf/gf ada dalam tu, kadang kadang aku pikir dorang ni tak terpikir ke orang geledah baca dan gelakkan dorang? Ibarat jumpa diari orang tak kenal dan belek baca. Diari tu bukan lagi diari. Maksudnya, bahan personal/ peribadi kau bukan lagi perbadi. Semua orang boleh tahu. Malu pada diri sendiri.


Meluahkan isi hati.

Setiap manusia ada rasa sayangnya. Nak luah isi hati pada pasangannya. Tidak salah. Bila curahkan isi hati kau pada orang tercinta secara detail di internet, secara sengaja atau tak sengaja famili bf/gf  boleh baca, jiran sekampung boleh tahu, semua orang boleh tahu dengan siapa kau bercinta . Menarik juga. Luahan inilah yang dikatakan luahan sebenar. Buat apa luah kalau orang tak tahu kan? 


Tingkatkan traffic.

Berduyun duyun stalker masuk blog adik adik. Terutama bf/gf adik orang gelemer. Traffic melonjak tinggi. Tak kurang juga yang membenci. Tahniah! adik berjaya kumpul trafic dengan bancian berguna. Eh silap, bencian.


Dia, aku punya.

Sebenarnya, adik adik nak tunjukkan bf/gf adik adalah kepunyaan adik kan. Tak salah. Tunjuk la. Orang lain takde bf/gf, hanya adik je ada. Setiap inci dari dia ceritalah. Tiap tutur katanya, adik bicarakanlah balik. Seronok tu seronok. Seronok untuk adik tapi annoying bagi orang lain.


Sorry, aku tak tujukan pada mana mana pasangan atau blog. Buat kakak abang yang dah kahwin, kemudian cerita pasal perkahwinan/ keluarga, seronok untuk baca tapi buat adik adik yang belum kahwin dan bercerita tentang pasangan gaya baru kahwin, terkedu akak baca. He he he..


"Kak Yuyu! Maria Elena dan Dato sweet apa". 

"Ya dik, sweet sebab dia tak cerita detail sangat."

Sorry lagi adik adik comelss, aku gunakan 'adik' sebab rasa kematangan asyik tayang pakwe/ makwe dalam blog adalah kurang. Senang cerita, " Tak matang la woiii duduk tayang bopren gaya kau nak kahwin esok hari".

"Eleh Yuyu! macam kau matang sangat!!!". 

Diam.


36 comments:

Faiz Tapit said...

die, saia yg punyer, jangan kaco2 ourh!

Siti Safiyyah said...

dengar tu dik kakak yuyu bagi nasihat tu.. hihi

Pojiepooh Abdullah said...

yup for me sweet kalau sikit2 jer letak, tak selalu letak orang pun naik rimas dan jelak, silap2 orang doakan kehancuran. bila dah hancur maka keluarlah entri2 pasrah berbaur emo, orang yang baca dok gelak tepuk tangan.. for me, tak salah nak share tapi jangan over.. simpan2 utk diri sendiri sudah.. bukan retis pun ok! it's just a cent of my thought...

ir yien 9897 said...

haah lah kakak yuyu.

salah satu sbb nk tayang bf/gf,

sesiapa yg niat baik sesuci kain putih
sesungguh nyer blogger yg baca,akan mendoakan kebahgiaan pasangn tersebut..

saya suka jerk tengok maria elena ngn dato..
cik epal dengn shazly sam..

saya doa mereka kekal kejingjing pelamin..tak salah kan..."kita amik yg positif"

Raden said...

adik tak brape nk matang la kaka...

Yuyu Musa said...

@faiz tapit: ok.hahaha

@siti safiyyah:hai dik..

@pojie:tak salah share tapi jgn keterlaluan..

@ir yien:pasangan dlm blog sy suka maria elena dan dato.sweet.jujur.

@raden:adik matang la.cite sikit2 xpe..meh peluk ngn akak meh..

si Bella Bilot said...

kakak oh kakak. mne bf kakak? tayanggggg ahhh sikit hikhik.

mia said...

yea, entry ni nmpak matang la yang, seriusly, hehehe..

dan yeahhh..mia stuju sangat-sangat!!

Dhiya Fariza said...

A very nice advice. Long long long time ago ada zaman writing bout pakwe aje, dah besar ni, save as draft terus LOL. Malu gilah. Now just put a bit tiny inch story. Does it count as annoying. I wonder.

♥ MISZ hazNie said...

bab2 cmnie kena mek positif gak..
dh nmer pown blog ..mcm diari kehidupan..n sesetgh org 2 berhak nak tulis pew2 ttg diew...cumer xmo terlalu expose...kalo expose lebey sgt,tkt org len xskew...ckit2 jer...=)

nelly said...

fuyoo ! entri yang sweet !!

Yuyu Musa said...

@dhiya fariza:hahaha...biasa la tu..annoying bila terlalu dedahkan benda peribadi yg org tak perlu tahu.mcm ko,normal..aku pernah buat time mula2 blogging..hihi

@misz haznie:lg elok privatekan blog dan luah sorang2 dlm blog klo tanak org bace.hihihikk..boleh nak dedah/cerita tapi jangan keterlaluan.hihikkk

aizadalias said...

biasala tu org tgh hangat bercinta..nasi semalam basi pon dia kate sedap..hahahhaa ;p

ZouL said...

hahaha..nak tayang gak lah pasni..:P..tapi segan la pulak..hahaha

Yuyu Musa said...

@mia:hihik..

@aozadalias:hahaha..

@zoul:tayang la.tak salah.

JIJI YU said...

lagikan tunang nabi suh wat nyorok2..inikan pulak baru berpakwe makwe..

♥yaya budak suka embun♥ said...

tak penah rasa nk tayang. hahaha

low profile la katakan. :P

CIKGADIS said...

nanti nak tayang gambar mak ayah jelah..ok kan yuyu..hikhik

cik pha said...

biaselah tu kak tengah beronok2 kapel kalu boleh nk tayang satu mesia..bila dah paap clash tara pape nak dikata

Daya SooYoung H said...

tader button share ke? hehehe

betul tu! kdg2 naik menyampah bile on9, si polan dgn polin bercinta wall-to-wall . mcm la tader im nk beromantik bagai pasangan bru kahwin . then show off dekat blog bersama.

euwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww~

ayu jazari said...

aah kn..kalo nk cite pon ckit2 dah le..xpayah over sgt..smpai msg2 hp sume nk taip balik kt blog matik le..

Solihahazahar said...

perghh mmg sokong gile2 lahh !

Umie Artoqiemie said...

memang annoying sebab mereka x matang lagi ;P

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

maaflah kalau saya selalu cerita pasal lisa kat blog saya kak..adik mintak maaf..tp adik memang suka dia ..nak buat macam mana.. =(

O'gosh said...

nasib ahkak dah kawen dik..hehe

Suhaili Sarif said...

wah 1 nasihat dari sorg kakak pd adik
thanx tlg nasihat kan adik2 kita kat luar sana :)

Suhaili Sarif said...

wah 1 nasihat dari sorg kakak pd adik
thanx tlg nasihat kan adik2 kita kat luar sana :)

Amirah Suhana said...

HAHAHAHA ingat semua pesan kakak ! hihi

sYafIk-wAy said...

untung laaa org tuh ad makwe/pakwe . hahaha . jgn jealous .

kecohabes said...

makan dalam tuh..heheh!

hiro said...

cuweeeeet hape..kah2

Alya EsprĂ©zzo™ said...

hahahahhaahahahaha..wahh akakk bagi nasihatt.. ngeeeeeeee ;D

Lynn said...

Setuju sangat..! hehe..(nasib baik x letak..haha)

Kad raya digital untuk korang..

ina said...

yesss! truee! duk sebuk tayang boipend pasaipa..! *emo*

pikah yang baik said...

hahaha..pakwe adik comellaa kak..adek xsanggup orang laen amik...adek nak dia je..nak dia je...erk..agaknya macamnilah kot adek2 pk..eh...

~ieda~ said...

haha....setuju

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...