Feb 20, 2012

Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan?

Ramai perempuan selalu tanya diri sendiri mengapa ditinggalkan. Untung la mana mana perempuan yang mana cantik atau tidak tapi tak pernah ditinggalkan kekasih. Tak pernah rasa kehilangan. Untung la...


Gambar hiasan. Tiada kena mengena. 

Entry ni bukan nak salahkan perempuan tapi cuba kita selidik sendiri dimana silap kecil/besar kita. Contoh nya:



Merajuk.

Cuba akak akak sekelian congak dengan jari berapa kali awak merajuk seminggu?. Tak mampu congak dengan jari, nah buku tiga lima!!! setiap kali merajuk sila catat dalam buku itu. Kalau melebihi sepoloh kali, korang dah buat lelaki bosan. Tambah lagi lelaki yang tak matang( Sebaya korang berumur awal 20-an atau belasan tahun) dan sejak azali dari ber-cop jenama Crocodile dan Lacoste (muka muka mulut manis tapi sebenarnya mulut panjang macam buaya).


Manja.

Manja berlebihan. Sikit sikit nak bergesel. Lengan boyfriend tak nak lepas dari pagi sampai malam. Bercakap dalam low note dan merengek sentiasa. Kau mampu buat camtu? bakal membuat kekasih kau rimas. Tahniah. Bakal ditinggalkan. Tapi lain pulak kalau boyfriend kau jenis gila seks. Tak ditinggalkan kot. 


Hipokrit.

Korang (perempuan) tak menjadi diri sebenar. Berjalan sambil bilang saat. 10 saat pertama baru jalan selangkah, kemudian selangkah lagi. Nak ambil barang semua dalam slow motion depan kekasih. Lelaki mungkin tak nampak bagaimana kehipokritan perempuan tapi golongan perempuan memang nampak sambil mencarut dalam hati dan sesama golongan mereka. Geli ok geli. Terasa macam ulat bulu naik tengkuk.


Berprasangka.

Bf kau tengok handphone, kau tuduh dia message dengan perempuan lain. Bf datang dating lambat sebab hujan, kau kata dia dating dulu dengan perempuan lain. Bf balik kampung jumpa mak dia, kau kata dia bersiap sedia nak beli hantaran pinang anak dara orang. Hah sudah. Semua perkara dilakukan adalah salah dan ragu ragu bagi kau.


Gaduh/ Cari gaduh.


Lebih kurang macam prasangka la juga. Sikit sikit cari gaduh. Lepas gaduh asyik fikir ' Sebelum ni banyak kali gaduh, boleh je baik. Kira kali ni pun sama.' Tu andaian perempuan sebenarnya. Lepas tu cari gaduh lagi, lama lama salah seorang akan tawar hati. Lagi lama jadi lah..........



Jodoh.

Senang cerita. Ada jodoh bersama la tak kira ditinggalkan berapa kali. Tapi ini biasanya untuk sedapkan hati sendiri lepas clash 'Ramai cakap muka dia iras aku, so tang mana pun dia tetap akan jadi laki aku sebab orang tua tua kata muka iras sama ada jodoh. '.  Lepas tu berharap berharap berharap. Mulalah kecewa sendiri. Makan diri sendiri.

Sebenarnya pasti ada yang Mr/Mrs right muncul. Ni ayat nak sedapkan hati jugak ke Yuyu??


Kalau takde jodoh, berpisah sampai bila bila jugak. 




Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki??? Lain kali aku cerita, nak pergi soal selidik dulu.




Ditinggalkan adalah PENGALAMAN BERHARGA kerana kita kenal baik buruk seseorang tu dulu sebelum kita menerima padah olehnya di kemudian hari. Pengalaman kau dapat lebih berharga dari orang yang sentiasa bahagia sebab dia hanya tahu ketawa tanpa duka dan tak sedar kesilapan diri sendiri. Bila masa berubah, kau berubah dan ada hidup baru, kau akan rasa betapa bersyukurnya ditinggalkan dan tak bersama Dia. PERCAYALAH!!! 


Ps: Perkataan 'padah' dengan 'duka' tu aku taip pun rasa lain semacam.




48 comments:

Aura Qaseh Beauty Centre said...

ewahhh ewahhhh !kemain lgggggggggg ! huhu.. mcm pnh alami je ni ?? hahaha

cintailmu89 said...

entah ler.
salah dua2 org sebenaqnya..

Aleen Aiden said...

xdaya weh nak merengek je 24jam klo dgn boyfren.hik3 :P

Raden said...

aku awek yg baik oke..senang je sbbnye..sbb die da jumpe awek yg lebih gebu dr aku. Lahanat

najihahfara said...

dah x de joodh kan :(

Yuyu said...

1 lagi jawapan adalah jawapan raden.

betul2.bila jumpa lagi gebu dia akan tinggalkan.

nafsu namanya.

ascil.punye.lah said...

perghhh kemain lagi.bab manja n merajuk tuh memang gua pon terasa ada ulat bulu atas tengkuk!

khaizarien said...

setuju ngn yuyu.... yg di tinggalkan akan lebih tahu erti menghargai & erti hidup sebenar....

Shahada Fauzi said...

amboi..dah bleh jd doktor cinta ni yuyu..hehe..;p


kenapa lelaki tinggalkan perempuan ek?

err..sebab perempuan tu terlalu baik untuk die..kan selalu laki kalau nak tinggal pompuan reason cliche die.."awak terlalu baik untuk saya.." ececeh..tahik die!


boleh tak jawapan macam tu? kuikuikui..;p

izuddinrahim said...

fuiyoh. makan dalam entri ni. haha

dayu_myself said...

betul3...
stuju sgt...llki mne boleh dkongkong sgt...
24jam nk brsme...
fuh....gli laa...
klu nk kkl,smnggu skli jmpe pun dh ckup..hahaha

aq byk tgok,
bdak yng lng distnce rltionship ni sllunye kkl skit dri yng sllu jmpe 24jm..hihi

alin said...

huhui amik kau se-das . haha , suke ayt yg pling bwh tuh , nampak cool gila :D

Nalisa Syahira said...

ada pengalaman latewww , ahha .

Unknown said...

fuhhhh! mmg membina lah. haha

Anonymous said...

dan perempuan juga akn rse rimas jika lelaki bperangai seperti diatas. sekian (",)

Akim Iqbal said...

Gua tan pernah tinggal dan tak kena tinggal sebab gua takdak awek.. hahahaha

fisya sabri said...

bessss hehehe

soutulmujahid.com said...

kawin je la terus... huhu~

tp, serius menyampah kalau keje asyik nak majok je

ceklala said...

kite akan rasa kehilangan bila org tu dah xde..br nk hargai...br nk faham..oo dulu sepatutnye xbole wat camni camtu..sesal kendian tak guna dah hehe

aindzaya said...

sbb tu kena cari cinta berlandaskan hukum ALLAH! dan mencintai seseorang kerana ALLAH..
COMFEM TA KENE TINGGAL!!

Eyka said...

gua sokong raden..lahanat

cimöt said...

Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki???

tu ko kena tanya aku..hahaha

rintzpalil said...

Sebab hanya DIA yang Maha Mngetahui sipa yg terbaik utk kita.

yuyueyuliana said...

semua kerana jodoh kan ? :)

Yutaka Mushimura said...

yes...den sgt2 setuju..yang tang bold color itam tuh...hhehehe

by the way. good luck dlm mencari cinta yer....

to all yang tak der jodohnyer

moshi said...

btol4

Unknown said...

ok. fine.. gua x romantic.. sbb tu asyik kena tgl.. puih!!

Amy Syahirah said...

merajuk,manja,berprasangka,dan cari gaduh..semuanya ada pda saya..huwaarrggghh!!tpi dia ttap than dgn sy. hehe

iEdA said...

suka ayat yg last 2

Marcella said...

aku takde dalam list sume tu pun kena tinggal jugak..oh..

jwpnnya: aku tak ckup ayu..cett!!!

mando said...

karma kot.

Namee Roslan said...

emmm takutnya. em kdg2 mungkin takde jodoh dan di usia muda di mana sifat tak matang.

fRaMe+LenSeS said...

macam mana syg pn, serasi pn kalau da bukanjodoh. pisah gak. ;)

Fizfai said...

cayalah~~

m i a said...

hehhee, stuju btol yuyu. stuju jgk dgn jawapan raden tu..

emylase. said...

setuju laa..
tp kita tkde penglman lg huhu^^

tiafazunia said...

lepas dah ditinggalkan belajarlah dari kesilapan :)

H Y D E said...

ayat yang terakhir mengenai DITINGGALKAN itu memang menusuk jiwa. the best!

kaizen said...

yess!!! i loike all this point...

*x sabar nk tggu sbb pompn tgglkn laki lak

Unknown said...

Kadang2 bkn salah sesaoa pon, tp da xdak jodoh buat lagu mana pon berpisah juga akhirnya. :-)

Allah da tetapkan yg lagi baik utk kita d masa akan dtg. :-)

Unknown said...

semua tu bergantung pada jodoh..kalau kuat jodoh seseorang tu, maka akan bertahanlah hubungan dorang

Raden said...

kemon sister kemon..update weeiii

azalia hjsalleh said...

really need to read this..
ahahaha

grosir pakaian murah said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Unknown said...

tp kn beb if xwt panagai annoying gitu, stil dtinggalkn ugak,means jodoh xkuat la herk...
tuk pihak yg seakan begitu bgusla bace text tu.. dpt memotivate diri yg xtermotivasi lg tu...

lazaac said...

eden baru putus kelmarin... huhuhu..

Anonymous said...

Mudah je... terima dia seadanya.. in syaa Allah lepas kawen awk xsuh dia berubah mcm awk nak pun dia akan berubah. Dan satu faktor lagi jodohlah... lelaki baik utk pempuan baik. Dan sebaliknya...

Anonymous said...

my bf tinggalkan saya for bitch .. pompuan duk anta gambar seksi Kat bf. tp xpela dia lagi laws pun dari I.. xpe la.. bail pisah sblm kawin dari LPs kawin x sempat nak menyesal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...