May 25, 2014

Mejah & Yuyu juniors?

Assalamualaikum.Ramai tanya aku " bila nak ada isi??".Sebenarnya benda macam ni aku paling tak suka dengar dan sangat faham bagi mereka yang kahwin tapi belum ada anak.Sebenarnya takde anak awal perkahwinan (2 tahun perkahwinan) bagi aku normal cuma yang jadi beremosi bila ada yang menanya dan buat benda tu pelik.

Kemudian cakap "berusaha!!berusaha!!".Kau ingat "usaha" buat anak macam lari jarak 100m ke??Macam main bola petang petang??Ini melibatkan emosi pasangan.Siap ada cakap "tak reti buat la tu.meh nak ajar".Ya Allah sedihnya bila dengar orang main main bab ni.Ini rezeki dan kurniaan Allah.

5 bulan kahwin,tiba tiba satu hari tu aku buat balik UPT strip.Aku memang kerja makmal dan setiap hari buat Upt test untuk patients.Saja je buat Upt test dan biar je,lupa nak tengok.Lama sikit masuk balik toilet tengok ada double line slow je.

Esok tu buat test lagi sekali (tipu.repeat hampir 10 kali dlm seminggu.Semua positif).Buat ujian B-Hcg dan alhamdulilah result positif.Dalam 4 minggu macam tu.

Kali pertama scan gelak gelak sebab tengok ada benda bergerak dalam perut kita.Kali kedua scan masa 8 minggu.Saja saja scan kat HKL sebab kerja sini.

Yang check MA(Medical assistant) perempuan.

"Ada cyst ni."-Kata beliau.Terkejut juga la aku

"Nak buat macam mana ye?"-Aku curiga.takut.kaget.(biasalah,masuk bahasa sinetron sikit)

"Ni normal.kecil lagi 2 cm.Kena check up semula."

MA perempuan tu nak sure dia panggil MA lelaki yang nampak lagi senior.

"Ni cyst.You ada famili kembar ke??Ada kembar ni"-MA lelaki bersuara sambil duk tekan tekan perut aku.Aku iyakan dan sengih.Excited dengar kembar.Dah terbayang 2 stroller.

"Tapi ni kembar macam tak jadi."



Walau dia sebut kembar tak jadi,aku tetap gembira.Paling kurang ada 2 kantung dalam rahim.Yang 1 tu beating okay.Yang satu lagi kecil je kantungnya.Harap harap tengah menyorok.Jangan la hilang ye baby kantung kecil,Ibu nak beranak sekaligus dapat dua ni.



Disebabkan banyak kali tipu Mejah cakap mengandung tapi tak.Kali ni dia dah tak percaya.Lama lama baru percaya.Efek jadi Mat jenin yang suka menipu.Dah tak percaya dah tapi ni tipu gurau je.Hihihihi.

Lepas tahu 2 kantung,terus lupa ingatan pasal cyst.Jika takdir yang kantung kecil tu hilang dan mengecil,aku redha.Malam tu tidur dengan telipon sebab google baby kembar.Yang kembar tak jadi omputih cakap "vanishing twin".Ada yang hilang kantungnya dan ada yang muncul semula.

Dengar cerita Ma(mak mentua) cakap dia dulu mula2 scan macam ni ada 2 kantung tapi satu kantung kosong.5 bulan baru muncul yg kosong tu.Harap harap sama la macam dia.



Selasa ni check up,kita sambung cerita ye.

4 comments:

Cik Umie Artoqiemie said...

moga dapat kembo mejah & yuyu hee <3 mesti cumils cam yuyu!!

yana yassin said...

Tahniah,.. dah agak pregnant . Tunggu Yuyu announce jer... hihiihi best nye kalau kembar. Hope semua selamat :)

cik violet said...

aaaaaa... sweetnye if kembar. hehe. takecare ea sis :)

Siti Shahfinaz Jaafar said...

Tahniah yuyu..bakal ibu!! Kami readers doakan yuyu :)
Kalau yuyu org asek tanya bila nak ada isi, kami yang belum kawen org tanya bila nak kawen pulak..hah sentapan semua ini..blergh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...