Walaweh, aku dijadikan eksperimental pertama untuk entry pertama blog personal pertama Pen merah . Boleh kata aku ni kesemuanya pertama la dalam blog Pen Merah.*Angkat kening tinggi tinggi lama lama *
Lama angkat kening kak. Sebelum berangan jadi model, meh kita touch up dulu.
Pesen suka dongak kasi cover anak lemak bawah dagu. Kalau guna perkataan dagu berlapis rasa nak puasa 2 bulan berturut turut pulak. Maka guna anak lemak bawah dagu. Lagi comel bila sebut. Anak lemak.
Kau nak nangis ke apa ??? Ke pelempang ???
Sekian. Pose ni namanya dilarang bercakap. Eh ???. Dah boleh jadi model dah. Model library.
Banyak cakap pula si pendek ni. Siapa sebenarnya Pen Merah woiii ??? Haaa...Kawan kawan sila la jenguk blog dia. Ada muka aku di entry pertama. Ulang lagi sekali, ada muka aku di entry pertamanya.
Posing punya posing, baru aku sedar, pakai baju terbalik rupanya. Lepas berbuka puasa baru timbul kesedaran. Malu oiiii. Tutup muka tutup muka.
Terima kasih Pen Merah!!!!*Kenyit mata *. Lain kali kita potosut terbalikkan baju lagi. Boleh guna baju sama banyak kali. Ngeeeee....

