*Gambar Ciko*
Bila besar sikit aku jumpa orang nama Ciko. Hadoii. Okay selingan.
Bila aku lagi besar, aku jumpa kucing lagi dan lagi dan lagi comel dari Ciko. Biasanya aku tengok dekat blog Darkbatman je. Aku tengok pun sipi sipi je sebab selain Ciko, bagi aku semua kucing sama je walau comel orang lain kata. Ibarat baru frust putus cinta, kau tengok Aaroon Aziz depan mata pun kau masih terbayang ex kau macam ehem ehem. Taknak cakap.
Tiba tiba aku tengok beliau keluar lagi ke blog lucah Terbang tinggi tinggi. Tergamam. Sekali keluar di blog Aizul Marcello. Gigit jari tengok kucing pemes. Maka, selepas Photoshoot dengan Pen Merah, kami pun berbuka puasa la di rumah Darkbatman. Sambil menyelam minum dan teguk air. Teguk air Ribena terbatuk tengok Bella. Cantik,gebu,menawan....
Ini Bella. Ala, yang Hamzah Ian cium tu.
Namanya Hero. Suami si Bella. Serbaguna, boleh dijadikan karpet. Wohhh!!! Telah dipeluk oleh Aizul Marcello. Wahhhhhhhhh!!!! Maka, aku nak peluk lama lama. Hikkssss
Ololololor...come to momma sayang..Kau tengok, karpet tak karpet ???
Namanya Juliet. Nama manja Yuyet. Slim daripada yang lain, almaklom la tengah pantang beranak 6 orang anak, Meninggal 3. Tak sempat beraya. Sobbbs sobbbs sobbss
Disebalik tabir nak ambil gambar kucing Parsi milik Darkbatman. Susah juga. Macam pegang baby baru jumpa. Nasib baik dorang tak tahu menangis dan hentak kaki je. Kalau tak...
Tak keruan sejak dari berjumpa Hero, Bella dan Yuyet. Aku dah sukakan kucing. Tu baru 3 ekor, belum lagi Zuriat dan sanak sedara dorang ( kata ganti nama untuk binatang apa eh? dotang???).
Nak kenal lagi dotang ni, jom jenguk blog Dakbekmeng !!!!!!!!!. Tanda seru banyak ni tanda suruh pergi tengok.

