Aug 30, 2010

lirik lagu kanda dinda

hello!korang pernah dengar tak lagu sweet geli sumpah comellllsssssssssssss !
atilia duet dengan monoloque.Kat HOT FM sekarang lagu ini dah dapat tempat ke 2 dalam carta tawwww.....!
banyak kali main kalahkan lagu raya !
hehe..

layannnn....


(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
(P) jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,


(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,


(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini smua demi masa depan keluarga,
(P) dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,


(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?


(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010









 

Verse_1

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

----------------------------------
lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010

Lagu Tema 8 Bulan - Kekanda Adinda 

Verse_1

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

----------------------------------
lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010

Aug 25, 2010

kenapa perempuan berubah hati?part one

okay kawan kawan.bertemu kembali dalam keluh kesah kak esah  yuyu.sebagai perempuan la kan,nak berubah hati tu bukan senang tapi kadang kadang senang jugak.

apa kau cakap ni yuyuuuu?.

macam ni la kan,perempuan ni pun manusia jugak dan berubah ubah juga sifatnya.macam aku,dulu suke sangat kaler putih tapi sekarang lagi sukakan kaler yang ceria.kuning.merah,hitam.hijau bersinar sinar.


dalam bab hati ni.perempuan berubah sebab sifat lelaki tu sendiri.takkan bergoyang pokok kalau tiada angin yang menolak,tak bergelora air jika tiada ombak mendampinginya.amboiiii kau berbicara!ehem ehem.tak dinafikan mula mula bercinta amboi laki pijak semut tak mati tapi lama lama perangai asalnya akan keluar.
pada mulanya semut tu pikir banyak kali

 '' aku nak mati ke tak.laki ni pijak aku ke belai belai aku?''tak ke konpius semut tu kannnnn...

lama lama,semut tuh berkata:
''kau tak pijak pun aku rasa nak mati!''




perangai macam mana tuh yek?


  • lelaki dengan semulajadinya ada sifat cepat bosAn.so,membuatkan perempuan ragu ragu.so,kena la reject awal awal laki nih.

  • lelaki yang ego nya melambung!yang ni memang meluat menyampah aku nengok.kalau hansome ,mata kuyu macam farid kamil takde la nak meluat sangat,ni tak cakap pun senget benget,pastuh nak ego ego.amboihhh bang,mau pelempang ka?

SORRY yek abangg  farid kamil.i terpaksa letak gambar you nih.just nak tunjuk mata you yang kuyu nih membuatkan yang menyampah jadi menyuka...ehem ehem...
  • lelaki yang berlagak .dapat malukan diri sendiri je.


KES PERTAMA
''bapak i ada bmw,merz...boleh la ronda2 bawak you''...

KES KEDUA
''i baru je beli bag.rm 300 taw.selepas tolak tolak campur campur..sangat murah''

padahal si makwe tahu je tu barang siam.oppppps!dapat makwe yang taktaw  boleh la kau kelentong.tapi kalau yang high taste kau kelentong alamaknye reject lagi la.
nah!masuk dalam plastik bag i nih.oh my DIOR! *gedik gedik dengan punggung tertonggek*.sebolehnya lelaki tu rendahkan la diri tuh (bukan pendekkan body taw,cuma hadirkanlah rasa rendah diri tu).baru hati wanita ini cair.betul la you.i tak tipu.nak berlagak buat apa kannnn...

  • lelaki perasan macho dan buat buat macho pun membuatkan wanita masa kini rimas yek wahai abang abang.jadilah diri sendiri.wanita lebih tertarik pada lelaki yang sedia adanya dirinya macho konpemnya dan lelaki yang menjadi dirinya.

tengok abang  depp nih.nak kata macho semestinya la kan.cuba bayangkan lelaki tak macho buat2 macho macam nih.tak ke buruk?....telebih la pulak kau yuyu!jangan marah...hik3
 
  • kalau lelaki tak suka wanita yang ada body order.macam tu jugak la wanita kurang suka lelaki yang sedemikian.so,jagalah kebersihan badan anda serta pemakanan anda.

  • lelaki yang selalu abaikan girlfriend nya demi bersama kawan kawan dia je 24jam .perempuan ni lebih beremosi dan selalu fikir bukan bukan.contohnya....
''you,tak jadi la dating hujung minggu nih,i nak main futsal.kalau takde i dalam team maknanya musnah la team tuh.kawan kawan i mengharapkan i pergi'' si teruna berkata demikian.

buat perempuan yang dah biasa dan lali dengan keadaan ini akan jawab dalam hati

''entah2 kau nih gay.asyik nak berkepit dengan laki jek''.tak ke jadi fitnah dalaman tu yek?ehem ehem.akak taktaw.


mak aiiiii...euuuuwwwww...

  • lelaki yang selalu abaikan teman wanitanya dalam bahasa sopan.lelaki lelaki ini tunggu masa je untuk girlfriend nya berbaik dengan lelaki lain dan berubah hati.so,jika terkena pada batang hidung sekarang.sila sila la meminta maaf dan berubah.sememangnya pemikiran wanita dan lelaki itu berbeza.wanita akan lebih fikirkan negetif bila perkara yang sama berlaku pada dirinya.

  • bila rasa hormat wanita terhadap seorang lelaki berkurang,maka kurang jugak la kesetiaan itu.so,wahai lelaki,jangan telalu memilih wanita yang jauh lebih tinggi citarasanya daripada anda.risau suatu hari beliau jumpa yang sama seangkatan,beliau berubah hati dan selamat tinggal la romeo....

semua ni bergantung pada hati wanita jugak.walau banyak mana keburukan dan hati tu sayang dan setia macam akak ni kan,tetap tak berubah jugak hati tuh.selama akak perhati,inilah antara puncanya.wahhhh tetiba keluar akakkkkk bila tengok gambar gay tadi kan.kah3

ok la akak nak tidur dulu.banyak lagi nak cerita nih.to be continue yek.cow cin cow....

Aug 17, 2010

bila aku budak dan berpikir

Aku tilik punya tilik rasa rasa la otak aku lagi berkembang masa kecil dari besar nih.bukan apa rakan rakan,ni otak jadi lampi sangat taktaw la apa penyebabnya.nak kata makan semut,tak jugak.makan otak ikan lagi la tak.tapi aku kena takes time la kawan kawan kalau nak gelak tuh.ok tutup cerita!

Ni kawan kawan kan,masa aku budak budak dulu suka tengok dan pikir.contohnya

Kisah pertama:
Nak dekat raya,mak saudara dan kaum kerabat pun duk la berkumpul nak tidur.ramai ramai tidur kat ruang tamu rumah nenek sebab bilik tak cukup.rumah kampong bertiang sepoloh  la katakan.hehe.masa tu aku tak sekolah tadika pun lagi.tengah dalam gelap tuh aku Tanya la kat mak cik aku..
‘’mak cik,bakpe rasa pisang dan rambutan lain yek? ’’..dengan berkobar kobar aku menunggu jawaban.
‘’ciptaan Allah yu.dah takdir macam tuh’’.mak cik pun tarik selimut.



inilah rumah kampung tiang sepoloh yek adik adik..tak caye cuba kira tiang bawah rumah dan dalam rumah.


Lagi?

‘’ayah,bakpe lampu isyarat ni tukar kaler?siapa yang duk tekan tuh kasi nyala kaler lain?’’.
‘’komputer yang jaga suruh lampu tu nyala ke tak’’.jawab ayah aku sambil bawak kereta.almaklum la nak explain lebih lebih bukannya anak tercinta ini taw pun .aku hanya tahu computer je lagu mana.so segala soalan aku berkait elektronik,media segala bagai nih dia jawab ‘’komputer yang jaga’’.

Bila  aku dah masuk sekolah rendah .situasi dalam kereta lagi.
‘’ayah,bakpe lampu tiang tepi jalan ni menyala?banyak pulak tuh.siapa yang tekan suis dia?’’
Korang mesti dah tahu jawapan kan?..ayah aku jawab lagi ‘’komputer yang jaga’’


ini lampu jalan raya !


 ini pulak lampu merah orang indon panggil tapi kita warga malaysia sebut lampu isyarat.omputeh pulak traffic light.

Aku Tanya juga kenapa kening aku tak cantik macam kakak kakak aku?(cantik ker?)..haha.kenapa muka aku bulat macam bola padahal muka emak bujur,kening mak macam cukur,rambut mak pula lurus .kakak aku jawab masa mak mengandung aku,mak pergi salon dan buat curl rambut,sebab tu rambut aku tak selurus dorang.aku pun percaya la.macam ayah tak wujud jer.macam 100% genetic dari mak sebab mak yang mengandung.aku keluar pun dari perut mak.so kerja ayah apa?kerja ayah bekerja cari duit la.ala,macam dalam tb tuh.dari sebelum sekolah lagi


Bilamana orang Tanya ‘’mak mana?’’
Aku kena jawab ‘’mak memasak’’
Orang tu Tanya lagi ‘’ayah buat apa?’’
Aku kena jawab ‘’ayah pergi kerja’’.
Ini soalan dan jawapan common untuk budak budak .motifnya nak suruh kita bercakap jer.hampehhh!padahal kedua dua mak tercinta dan ayah tersayang pergi kerja.


Masa budak budak sebelom masuk sekolah rendah korang pikir tak dalam sebulan ada berapa hari?hah!yang ni la siang malam aku duk pikir dulu.
Budak comel:’’mak teh,sebulan ada berapa hari ar?kalau seminggu 7 hari kan.sebulan?hah!jawab!’’
Mak teh merangkap mak saudara yang jaga aku dari aku cuci mata sampai tutup mata:’’sebulan ni macam 1 bulan lengkap.’’
Maka,budak comel ni pun tengok la bulan.muka pun dah macam bulan.bulat!



To be continue yek rakan rakan…….

Aug 14, 2010

anniversary at pangkor island bebeh





sempena setahun aniversarry kami,so kami tetapkan nak bercuti kat pulau pangkor.sana kan makanan dan souvernior sangat murah.semua murah murah sampai last sekali saya hanya beli sotong merah yang mak pesan.rasa kecewa gila gila sebab nak shooping last minute.tengok la jadinya.haha.padan muka kau yuyu!

kalau nak masuk pulau tolong draw duit dulu.dalam poket tinggal 50 ringgit,risau juga  nak shoping kalau kalau nak guna time kecemasan.selepas draw duit pulak masa dah tak cukup.tambah lagi  kau nih cerewet yuyu!tengok baju dah cantik dari jauh,bila dekat kain pula macam panas.lepas tu bas kami dah sampai untuk pulang shah alam.saya pun cepat cepat la naik bas.baju pun tak beli untuk adik.sempat beli untuk aleesya je.dalam bas rasa menyesal pula tak beli je baju tu.so,saya berbual mesra la dengan uncle driver tuh

''uncle,nak pergi toilet kejap jer boleh?''buat buat muka gelisah macam sembelit.

''you cakap betul betul,you nak ke toilet ke you nak beli baju?''macam tahu tahu je mamat nih.

''nak ke toilet la uncle''dengan bangga sambil kepitkan kaki saya dan menjawab.

''i bagi you 5minit''uncle keling botol nih jawab dan tiba tiba rasa malas jer nak bergaduh saya pun blah jer.bukan blah keluar dari bas tapi blah ke seat.
hampeh betol la!

cukup cukup yuyu cerita pasal uncle tu!!!!



setibanya kami di jeti..
ini van comell yang bawa kami ke pulau pangkor!!!


semua ni muka muka nak berendam dalam air.baru jer sampai kami terus tukar baju dan serbu pantai!!!yeayyy!!!






tengok!yuyu pegang mak enon la!masa nih dah nak balik.so,try
la nak tune dia .sebab tula mak enon tak berbaju.sampai jer shah alam,baru sedar yang tali mak enon putus sebab nyeng chain tuh putuskan masa dalam bas.ala vokalis the donkees tak femes tuh.ganti balik wooooiiiiii!





dalam dorm yang disediakan.kami bayar untuk 1 pakej rm 140 jer dan sekali dengan bas dari shah alam total up jadi rm 200.bilik sangat selesa untuk harga sebanyak itu.
dalam pakej tuh ada snorkeling,bbq,karaoke,sarapan,makan tengah hari,boat tripdan macam macam lagi.murah kan?




kau suke la kan yang ni yuyu!





bawak jer mak enon nih,main tak reti pon.haha..



kenalkan ini budak sesat!kah kah kah




tengok!!!mak enon dah jadi penyambut tetamu dah...




satu lagi.mak enon pon ade personal seat..


makan lagi!yeayyyy!









resort panvill!sini la kami stay for 3days and 2 nigth.
orang tua tua depan nih hanya hiasan semata mata.haha



shoping jom!kat teluk nipah!





yang 3 jelitawan dan seorang mamat tak perasan macho ni lah geng kancil.kalau takde korang tak tahu lah ceq lagu mana.sayang gila babeng lah kat korang!!!!muahhhhhhhhhh!






jelitawan nih lagi!gambar atas tengok mata gee cepat...haha..
mandi pun sekali!!!yang sekor tuh tak malu join kami jelitawan ini.haha




sebelom berendam jugak nih.nak snorkeling!!!yeayyyy!



malam bbq dan karok!last night kami kat sini







malam ni kamu santai tepi pantai main gitar




nak tengok sunrise tapi silap pantai la.tengok yuyu gemokk nih!!tembam giler!lepas tuh upload picture sini..arghhh tak malu!



hampir semua budak kelas 


okay babai semua!!!


inilah anniversary kelas kami!!!budak kkm batch hijau!!
pantai sini taklah secantik pantai dan pulau kat terengganu tapi aktiviti sini best best jugak!
murah murah!clasmates pun best best!thumbs up!!!!

choppppp!chooopppp!
sebelum tuh kalau korang nak pergi pulau jangan lupa bawa
shampoo.serum rambut.handy plast.ubat.bio oil.losyen.sunblock.cuci muka.ubat dan berus gigi.sabun mandi.baju yang cukup.once again!!!draw duit siap siap taw!



Aug 1, 2010

bila benci apa perlu buat?tips atasi perasaan benci

bila saya dah membenci awak!!!
''tengok muka awak pon saya tak hingin lar!!!!''-fb yuyu lar

okay kawan kawan,perlu ke perbuatan seperti diatas?semestinya TIDAK!memang itu dapat puaskan hati kita tapi itu juga menunjukkan kita tidak matang.okay yuyu,kau sekarang membenci seseorang tapi kau kena berubah menjadi pemaaf.kau dah minta maaf banyak kali tak bermakna kau loser!kau pengalah!kau muka tembok takde maruah!okay yuyu.tiba tiba cakap sorang-sorang.hehe.


apa tips nak bagi benci itu hilang?


okay kawan-kawan,sila tarik nafas.bertenang.ingat kembali jasa orang yang awak benci tu.apa?takde?


next!!!!
disebabkan tiada,cuba pula fikirkan bagaimana kalau tiba tiba awak tahu awak dibenci seseorang?apa?bukan seseorang tapi dah tubuh satu fans club membenci awak?okay okay nevermind.setiap orang boleh berubah untuk menukar benci menjadi suka atau paling tidak menjadi tidak rasa apa apa terhadap orang yang nak sangat kita serbu.tembak tembak.pukul sepak tendang belakang,tarik rambut,kasi koyak baju,patahkan heels dia,atau maki dia depan depan.''cukup cukup cukup!!!!!'' tiba tiba yuyu menjerit tapi takde orang pandang sebab dia menjerit dalam blog yang takde bunyi.lalalalalalal~~~~ 


tips lain makcik yuyu?yang atas tu budak sekolah pun tahu.

okay okay sabar sabar.apa sabar?.iya,kawan kawan kena sabar menahan benci.benci itu syaitan yang hasut kat tepi kiri kanan kita tambah pula kawan baik dia hawa nafsu.nak tambah kawan ke?boleh boleh tapi bukan kawan dengan syaitan yang sememangnya tak hansome.ya!tak hansome sebab dia api.api hansome ke?tak kan.so fikir fikir kan.tengok,makcik yuyu dah jadi ustazah.ehem ehem.:)


cuba tenangkan diri dengan tidur.apa tidur?taw la kau kuat tidur.alahai makcik.
ini saya selalu buat.boleh katakan hidup saya banyak dalam mimpi je.bukan apa kawan kawan,saya juga manusia normal membenci orang dan nak orang tu hilang bila saya bangun dan benci itu juga turut hilang.ini bergantung pada individu la kan tapi kalau saya kan, akan tidur 2,3,5 jam dalam kebencian,bangun tu hilang benci itu sekit demi sedikit dan bila benci itu datang semula,kawan kawan sila tidur macam saya buat juga.terlebih la kau yuyu,suruh orang ikut kau!takpe takpe sememangnya yuyu gila kuasa.


cuba luah rasa benci itu kat mana mana.macam saya sekarang ni saya nak kurangkan rasa benci saya,so saya menaip tips bagi hilang benci.dalam masa sama saya tengah bagi ceramah kat diri sendiri juga kan?


sekarang pergi ke depan cermin dan tengok muka masam awak bila berdepan dengan dia se benci?alahai burukkan?tengok lagi.buruk jugak.hilang seri muka.rugi pakai mekup tapi muka masam.so,cubalah senyum dalam kebencian.okay try.try lagi.lagi dan lagi.hah,tengok!kan manis.apa kata kita senyum kat si benci itu?ini bukan hipokrit tau tapi cara nak kurangkan peratus benci itu.macam lagu ''hadapi dengan senyuman,apa yang terjadi biar terjadi''.cewah.cuba senyum ikhlas.kalau tak boleh cuba pandang muka si benci dan senyum dalam hati.



ambil wuduk.hehe.takpun awak mandi la kasi sejuk.saya akui ini cara last saya buat sebab saya sangat malas bangun tapi suka tenangkan emosi lagi sebab tak perlu tenaga.haha.bapak malas kamu yuyu!



cuba lupakan dia itu musuh awak.anggap dia kawan awak walaupun dia pun benci awak.haha.kawan disini bukan maksud pergi kat dia,peluk peluk,ajak keluar tengok wayang,add dia sebagai BFF kat FB.ini macam keterlaluan dan susah nak buat tapi kalau boleh buat.saya dengan ini tabik spring kat awak!!!!



last sekali.apa???
''maaf?oh no!!!tidak sama sekali saya maafkan dia.sampai tujuh keturunan saya tak maafkan dia!kalau anak saya kahwin dengan cucu dia pun saya saman dia!(tiba  tiba rasa nak kaya terus nak saman kan,ini salah satu job juga).''
menjadi seorang pemaaf itu yang terbaik.memang susah apatah lagi awak ego macam makcik yuyu.ala makcik yuyu yang hidung kembang mata bulat tu.dia ego.nak jadi kembang dan bulat macam dia ke?kalau taknak buang la ego tu.tak kemana ego,bukan kalau ada ego tak bertempat tu awak boleh jadi cantik,anggun,menawan pun.langsung tidak.buat orang menyampah ada la.cuba la maafkan dia.anggap perkara yang terjadi takdir tuhan yang tepat pada masa waktu dan dengan siapa awak benci.sekarang tuhan nak uji awak menjadi seorang yang lagi baik iaitu pemaaf.









tengok muka baby dan main dengan baby pun dapat jadi hati kita lembut dan mana tahu boleh jadi pemaaf kan?
tapi dengan syarat jangan tutup mata baby dan suruh dia nangis,ini kejam namanya.kejam macam makcik yuyu.
ini anak saudara sulung saya,aleesya.lepas dia nangis,saya ketawa.ketawa boleh hilangkan rasa benci meluat menyampah itu juga kan?hahahahahhahahahaha:)
kalau saya paksa baby ni menangis,so saya paksa diri saya gelak dan buang dia sebagai musuh.anggap dia itu bukan sesiapa yang boleh bagi kita jadi jutawan.sekali lagi.jutawan okay!!!




okay kawan kawan.kalau nak tambah tips,sila komen dibawah.ya! saya yakin dengan jawapan awak!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...