Sep 26, 2011

Zaman tak gemilang

Setiap tahun muka sama je beraya rumah aku (Katogori kawan). Kalau bukan budak lelaki sekelas  satu kumpulan, memang tak ada yang lain. Aku takdela se-excited Memey time kahwin pun tapi gembira ada la pada raut wajah aku mulus ni PADA MULANYA DORANG DATANG (zaman sekolah dulu dulu dulu tuuuu). Mungkin dalam peta dorang ada rumah aku je. Alhamdulilah ada juga yang datang. Hikkks.

Gembira tahu kawan sekolah nak datang. Sambil bancuh air sambil tunjuk gigi. Gembira orang kata. Sengih. Kawan kawan datang sembang macam taknak balik. Macam macam hal kami sembang (tambah sendiri).


*********


Bila tamat sekolah, dorang datang beraya mula la kau pandang aku, aku pandang kau. Kau sengih sengih, aku tuang air. Duduk. Sengih sengih lagi. Aku paham sebab lama tak berjumpa kan. Kemudian yang baju biru duduk dekat dengan aku bersuara, Kasim namanya.

"Mana adik kau?"

"Hah!sah kau datang beraya bukan nak jumpa aku tapi adik lelaki aku." Kecil je hati ni berbisik.

Kebetulan datang la adik lelaki aku dari pintu depan. Gay ke apa member member aku ni.

"Peminat datang ni." Jerit aku pada adik. (Dalam hati cakap  Haikkk tuieee).

Kawan kawan bangun sambil bersalam dengan dia. Sembang sembang lepas tu gelak gelak. Aku dipinggirkan.

"Weh, dah nak asar ni. Kami balik dulu naaa". Tak sampai 5 minit mereka dah nak balik. Sekarang hati ni dah tak kecil dah tapi terbantut situ je. Sedih tahu. Cakap la awal awal kau datang bukan nak jumpa aku kannnnn...bersembang 2 3 patah je dengan aku. Taknak kawan dah. Sobbbsss.(tacing ni)



*********

Raya tahun ini. Seperti biasa.

"Yu..ada kat rumah tak? Kami nak beraya ni". Salah seorang dari mereka call aku.

"Meh la meh la. Ada je ni". Jujur je kan cakap ada dekat rumah nak sambut tetamu.

Kemudian aku berfikir dua tiga jenak. Tak boleh jadi ni. 

"Hello. Aku takde dekat rumah ni. Sekarang duduk  rumah nenek la. Sorry. Tahun depan datang la beraya yek". Aku cakap dua tiga perkataan guna ayat sopan. Tiada langsung nada menipu. Pandai kau.




Apesal kau duk cerita pasal adik kau? Pasal raya ???




Pasal hari ni raya lagi. Aku rasa cerita raya aku tak cukup lagi. Hari ini kan syawal ke 28, boleh lagi cerita raya kan? kan? kan?. Pasal adik aku pulak, hari ini birthday dia. Tiba tiba teringat dia. Gabung sekali la ni.

Aku tahu korang tak baca aku taip panjang camni TAPI AKU TERSENGAJA TAIP MACAM KARANGAN SPM .


Happy Birthday woiii. Muka agak buruk aku taruk.




 Aku nak cakap muka dia serupa dengan Mejah.



Selamat Hari Jadi ke 20 Fakhrurazi. Semoga jadi penyayang macam kakak yang buat entry wish birthday untuk adiknya. Ehem ehem. 


Ps:Hamzah ian, Ce tanya mak balik kot kot dia kutip dari celah pokok pisang ke???. Haaaa...tak tahu tak tahu.







14 comments:

Alya Esprézzo™ said...

hahahhaa..haah laa, muka nak dekat sama mcm abam mejah!

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

adik mu muke sama ngan mejah?..sesuai jadi adik ipar..hik3..

adik mu main bola wakil malaysia??

cimOt said...

aku pon nak tanya pasal adek kau laaa..hahaha..HB fakhrurazi..

ascil.punye.lah said...

ada lah sama sikit.
aih,ada pape ke dgn si mejah tu?

cikida said...

HEHEE,,agak terkilan cerita di atas,,ngee,neway,,so sweet taw,,wat entry besday tok adik ye,,:)

ceklala said...

copy paste???

O'gosh said...

errr...de jodohkah..huhu..ahkak baca sampai abis tau...wuwuwu

Umie Artoqiemie said...

a’ah lah. muka macam faez hahahaha..
kesian kau dipinggarkan, meh kawan ngan aku meh...

hamzah ian said...

keh keh keh

izwanyusof said...

sebijik hamzah ian! ke memang dia kat situ..

Faiz Tapit said...

tu mejah time mude2 ke? hahah

Heidi Shafiq said...

aku ingatkan selipar je same dgn muke mejah..

IeRa said...

hb dik.. ;p
hihi

YOUsoF said...

Agak sedih jugak kalau kawan datang beraya dengan niat yang kurang tulus macam tu.. Hehehe



Sekali tengok ingatkan gambar tu Hamzah ketika masih hingusan.. ;D

Happy belated birthday untuk pelanduk dua seghupa Hamzah tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...