Oct 4, 2011

Cita citaku main tahi

Kawan kawan, apa cita cita kawan kawan sejak kecil? Mesti berubah ubah kan sampai ke tua bangka? Ke sama je ???


Dulu dulu zaman 1996, aku dah ada cita cita tahu. Masuk sekolah dua tiga hari dah ada cita cita. Bila ingat balik baru aku sedar rupanya 'berwawasan' aku ni. Balik sekolah mesti aku mengadap kipas angin. Bukan sebab tak selesa sebab panas menyebabkan tak selesa nak stadi ABC. Bukan bukan bukan!!!


Tapi sebab ambil feel. Feel nak menyanyi. Kepala kipas angin besar punggung kuali tu ibarat microfon. Betapa nikmatnya menjerit dan pejam mata sambil suara bergema dek angin dan rambut terurai macam depan pantai. Bila suara tersebar sebab angin kuat sangat, rasa macam ada backup singer tahu.




Siti Nurhaliza pakai lipstick merah menyala dengan rambut ada bulan sabit didepan tula aku puja puja. Pengaruh besar zaman tu. Sampaikan banyak kali kakak aku tanya cita cita aku apa dan kemudian dia mengeleng dan jawab 'tak boleh tak boleh nanti mak marah'.


"Kenapa tak boleh tak boleh nanti mak marah.". Aku selalu tanya soalan ni balik dekat kakak. 


"Sebab suara tu aurat. Mana boleh menyanyi depan ramai orang. Mana boleh jadi Siti Nurhaliza."


Hairan juga aku kenapa dia taknak aku jadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, walhal dalam masa sama dia selalu tarik rambut depan aku dan buat bulan sabit macam Siti. Katanya muka aku dah macam bulan, bulat sebulatnya. Bila buat rambut macam Siti, jadi comel macam siti la. Aku pun terperasan dengan sendirinya.



Sambil pejam mata terbayang ermmmm macam siti ada rambut bulan sabit. Fuyooooo!!!


Bila besar sikit baru tahu aurat tu apa. Dulu aku tahu jadi penyanyi tu dosa je. Menjadi bakal Medical Lab Technologist (MLT) tak pernah terlintas. Korang pun tak pernah tahu wujudnya MLT dalam hospital kan??? Mungkin budak budak sekarang hanya tahu nak jadi pelakon, penyanyi, cikgu , nurse, doctor. Bosan la bosan la.


Jadi la MLT yang bermain dengan tahi, urin, kahak, darah dan banyak lagi sampel dalam badan. Baru la cool. Kalau orang tanya  MLT  ni kerjanya apa, biasanya aku jawab ''Ala.. macam CSI yang diagnos penyakit tu. Ala yang bermain dengan sampel orang mati tu dan kemudian tahu siapa pembunuh tu ( tambah sendiri kasi orang boleh kata 'ooooooooooo' panjang panjang). Ala... jangan banyak tanya la kalau taknak aku kelentong lebih!!!'


Oh ya minggu depan aku start praktikal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kalau anda anda anda ni staf disana....ehem ehemmm eehhhemmmm..nak jadi kawan boleh???


Makanya sekarang cita cita aku nak jadi seorang MLT berjaya tanpa ada silap buat pesakit mati. (Sebenarnya, jadi usahawan berjaya ada duit berjuta juta pun nak jugak)


Ps: siapa tak paham lagi MLT tu apa, nanti masuk hospital aku tanya MLT tu apa dekat staff sana. Aku pun ragu ragu nak jawab apa.

21 comments:

JIJI YU said...

hoh..menyelerakan jugak MLT ni

budaksetan said...

eh eh, dah dekat sangat tuh dengan spital HTAA :D

ceklala said...

eh my kg!okeh nnti jumpa kt sane yek hehe

ceklala said...

eh my kg!okeh nnti jumpa kt sane yek hehe

'sEweL sKeJap' =.='' said...

yuyu!! nnti saya bawak awk jalan2 kat bandar kuantan tu keyh:D

'sEweL sKeJap' =.='' said...

yeaaa!! yuyu nnti saya bawak yuyu g jejalan kat bandar kuantan tu keyh..hahahaha

cici tembikai said...

waaa tak semua yang kita impikan kita dapat kan. asalkan ada kerjaya =)

amier azrul alias said...

selamat berpraktikal.
hoho

gadis oren said...

la mlt kt htaa ke ??? tah2 penah jumpe . HAHAHA

yusuf mujahidin ™ said...

MLT pegang tahi orang mcm kool je
serius


kehkehkeh~

El-Janna said...

mlt main tahi.. nurse pun siap buat kuih pakai tahi.. pastu makan..sekian-.-"

ain dzaya said...

baek jgn tanya yuyu...nty meraban sampai ke laut......

fRaMe+LenSeS said...

zaman kite bebudak lagi tu.. hihihi.

YOUsoF said...

ooooooooooo.. Bunyi macam sangat cool je MLT ni.

Selamat menikmati praktikalnya ya Yuyu..






*Kalau boleh jangan kongsi gambar yang menunjukkan aurat ya, apatah lagi aurat sendiri. (kongsi je, aku pun naif) ;)

Warna Warni Kehidupan said...

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO baru la i tau sape yang test menda-menda ala tu sume huhuhuh

Farhan Hanif said...

MLT ni mcm forensik ke?

Puteri Iqa Izyan said...

xpenah tau pun psl MLT> dan kalau tahu, mesti tak suka kerja mcm tu. haha

erysweetie said...

MLT mcm biomedic kan.

check sample dalam lab, tgk mikroskop etc...

=)


gudluck practical..

**::CIKNUURUL::** said...

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo,..*cukup panjang x?*,.ngeh3

Yuyu said...

hai korang.lama saya tak online.hik hik hik...

Anonymous said...

biomedic mcm mlt la..sbb diploma dulu bru ijazah..so biomedic tiru mlt.. ;D

gud luck practikal yuyu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...